Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Cerpen ringkas ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Khairina Najihah. Bekerja sebagai penulis novel & berkerusi roda (OKU). Dia tinggal bersama seorang lagi rakannnya bernama Lufy. Pada hari kejadian, seperti biasa Lufy akan keluar kerja dan Khairina akan tinggal berseorangan untuk teruskan menulis. Tiba-tiba keadaan luar pangsapurinya itu huru hara dengan manusia yang berlari ketakutan, jeritan dan banyak lagi. Rupanya zombi muncul! Apa yang akan terjadi selepas itu?
Mungkin tahun ni saya banyak baca dan menonton movie pasal zombi ( Alive, Hope 1-10/Zint, All Of Us Are Dead etc) Jadi saya rasa No 5, Tingkat 5 ini sudah boleh dijangka jalan ceritanya. Seolah-olah pattern jalan cerita zombi tidak kira la buku atau movie sudah dapat ditebak dari awal sehingga akhir. Satu virus boleh buat ribut.
Satu percubaan yang baik dari penulis. Saya mengharapkan lebih dari Khairina tapi dalam masa yang sama saya juga ter-sangat faham dengan keadaannya yang tidak berupaya untuk keluar dari pangsapuri itu dan fight dengan zombi. Memang ada part di mana Khairina selamatkan diri dari zombi. Tapi dayanya terhad. Jadi saya kesian dengan dia dan rasa macam nak selamatkan dia pulak. T.T
Bila penulis meletakkan satu jurang besar dalam satu cerita. Cerita itu akan jadi batu penghalang untuk penulis explore something yang lebih luas dan luar kotak. Selain dari tahu apa yang jadi dekat watak Khairina. Saya juga nak tahu apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa & kerajaan untuk menangani masalah zombi tersebut. Maksud saya selain misi menyelamatkan survivor. Takkan Kuala Lumpur akan dipenuhi dengan zombi sampai bila-bila? 👀
Ada beberapa watak yang pengakhiran hidupnya menyedihkan. Hanya gara-gara satu virus yang berpunca dari _ _ _ _ _. Ramai manusia yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.
Buat pengetahuan kalian, ada satu aplikasi ebook yang kalian boleh muat turun dan langgan untuk baca buku & cerpen. Dengan hanya RM 4.90 setiap bulan. Kalian akan dapat baca buku-buku yang terbaru dan juga rare di Aplikasi Cereka. Ika harap mereka akan dapat masukkan lebih banyak lagi buku-buku yang best. RM 4.90 memang tak rugi dan sangat berbaloi. Rasa macam tak masuk akal pun ya. Tapi itulah kenyataannya. Nanti ika akan cerita dalam post yang lain khas untuk Apps Cereka sahaja.
Wa.. siap ada Zombie lagi.
ReplyDeleteMenarik cerpennya..
ReplyDelete