Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Pertama sekali, terimakasih buat pihak imprint Penerbit X untuk naskah ini. :) Siri Kru Paranomal ni sedar tidak sedar sudah ada 9 buah kesemuanya. Kalau ika tak silap, tinggal lagi 3-4 buah lagi. Ah, nanti mesti akan rindu siri ni ! Sebab tu harapnya penulis tak stop menulis untuk Penerbit X. Kalau boleh nak siri juga. Haha. By the way, ika memang sangat suka dengan cover buku siri ini. Thumbs up buat pereka kulit buku. Anda memang sangat berbakat dan kreatif. Tak sabar nak tunggu cover seterusnya. Jom kita ke ulasan.
Bismillah.
Seorang perempuan berambut panjang sering kelihatan timbul di tengah-tengah tasik di markas baru ❗️
Tiada angin atau ribut, Siu Lun yang merupakan seorang anggota Parti Komunis Malaya (PKM) digesa untuk kembali ke markas baru mereka di hutan Ulu Kinta untuk mengalas satu tanggungjawab besar dari ketuanya, Ka Long. Markas lama mereka sudah tiada kerana diserang pasukan polis. Kehidupannya yang mewah dan selesa di bandar membuatkan Siu Lun lupa dengan identiti dirinya yang sebenar.
Setibanya,Siu Lan di sana. Selain dari menerima ancaman dari pihak musuh (anggota pasukan keselamatan). Banyak perkara misteri berlaku. Seorang demi seorang rakannya hilang. Adakah kehilangan mereka ada hubung kait dengan perempuan misteri yang kerap muncul pada waktu malam itu?. Apa akan berlaku seterusnya?
No comments:
Post a Comment