Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Maksud Mentekedarah ialah makan secara berlebih-lebihan. Biasanya kedengaran orang utagha gunakan perkataan ini. Actually, lepas tahu mengenai anak sulung Natasha Mayza ni memang terus aim nak dapatkan. Sebab sinopsis & tajuk menarik ππ» . Suprisingly, penulis tahun ini keluarkan 2 buku serentak. Haip makan apeni haha idea tumbuh dengan jayanya ya. Another book is Kpop Girl Atiny Yang Tabah under Bookiut. Congrats penulis. Ini memang big achievement ni.
Jom ke ulasan Mentekedarah. Bismillah.
Triggered Warning: Gore & Cannibalism
Genre: Slasher Horror
"Saya nak hidupkan isteri saya sendiri..untuk kekalkan nilai sentimental"
Sinopsis Ringkas
Mengisahkan tentang Jaafar (owner hotel Puspakona) yang tidak dapat menerima kematian isterinya, Teh Habibah. Pemergian Teh memberikan impak yang sangat besar dalam hidup Jaafar. Jaafar menyalahkan dirinya sendiri kerana sehari sebelum kejadian malang itu berlaku, mereka berdua bergaduh. Akhirnya, Jaafar mengambil keputusan untuk menghidupkan isterinya itu semula atas bantuan seorang bomoh.
--
Yang hidup itu bukan isterinya. Tapi makhluk terkutuk pemakan daging (La'un). Jaafat terjerat.
Kemudian, 5 orang ( Dharma, Maisara, Afwan, Megat, Najid & Julia) pergi ke Hotel Puspakona untuk menyelesaikan assignment & content youtube. Mereka terperangkap di hotel milik Jaafar dan menjadi buruan. Berjayakah mereka keluar dari hotel tersebut dengan selamat?
1. Secara peribadi, ika suka macam mana penulis tidak melenggahkan jalan cerita dengan pusing sana sini untuk memanjangkan cerita dan menebalkan m/s. Mukasurat pertama saja penulis direct menceritakan mengenai apa yang terjadi dekat Jaafar sekeluarga. Disebabkan itulah, saya rasa saya boleh habiskan bacaan in one seating saja (2 jam+). Fast pacing & tidak melewah.
2. Bagi orang Islam, kita kena percaya dengan Qada' dan Qadar. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita ini semuanya sudah ketentuan Ilahi. Dalam Mentekedarah ini, kita boleh lihat Jaafar hilang pedoman selepas kematian Teh. Imannya hilang terbang entah ke mana. Berbakul-bakul perasaan bersalahnya itu sehinggakan dia boleh terfikir untuk menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia. Syirik. Macam tu saja syaitan menyesatkan manusia.
3. Jika lihat dari segi perwatakan Jaafar ketika dia menjadi Polygone. Memang nampak yang Jaafar menjadi "orang lain" bila dia pakai topeng. Dia sedang bergelut dengan dirinya sendiri. Mental health dia dalam keadaan tidak baik. Tapi penulis tidaklah terus diagnose mental health yang sedang dialami watak. Penulis haya berikan simptom awal sahaja.
4. Saya senang dengan gaya penulisan penulis. Kena dengan jiwa. π«Άπ» Walaupun sudah banyak menonton serta membaca cerita sebegini. Saya boleh cakap Mentekedarah masih ada originalitynya tersendiri. Mesej utama yang penulis nak sampaikan itu saya rasa berjaya. Tak boleh mention mesej tersebut sebab akan jadi spoiler. Namun, banyak pengajaran yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai peringatan buat semua.
5. Scene meloyakan dalam ni memang euww and so yucks (masih teringat-ingat) πΆ Perasaan suspen masa baca melonjak naik bila sampai part-part Teh Habibah/ La'un seksa mangsa dia.)
6. Mungkin kalau untuk improvement. Mungkin dari segi emosi watak. Tambah sikit lagi then nice dah ππ». Teruskan berkarya Tasha. Jangan stop!
Shopee DN -- Mentekedarah
Instagram -- Ulasan Buku