Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Permulaan cerita yang mendebarkan. Detik cemas yang berlaku antara Airis & Hazieq membuatkan saya panik juga. Malangnya, kemalangan kereta tersebut telah menyebabkan mereka berdua koma selama sebulan. Mereka sepatutnya akan berkahwin dalam masa terdekat. Tapi Allah lebih menyayangi Hazieq. Saya memang berharap sangat yang selepas dari bahagian ini cerita akan semakin menarik.
Tapi lama kelamaan cerita ini penuh dengan drama dendam keluarga Hazieq. Di mana mereka seolah-olah tidak percaya dengan Qada dan Qadar. Lagi bertambah pening bila Hazim (adik Hazieq) meletakkan kesalahan 100% atas bahu Airis dan mengelarkan Airis pembunuh abangnya. Musykil betul dengan manusia otak kolot macam Hazim. Dia pun terpaling over sampai haramkan orang datang ziarah kubur abangnya.
Tak tahu pula dah diadaptasi menjadi drama pada tahun 2020. Kalau taknak baca buku. Tengok je la drama okay :) Mana tahu kurang menyirapnya. |