Jun 19, 2023

Produk Terbaru Tasneem Naturel : Sleep Tight Patchure & CF-Patch Patchure

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Kiyot nyaaaa packaging :) 

Saya percaya semua yang mempunyai anak mesti inginkan yang terbaik buat anak-anak kalian. Tidak kira dari segi apa pun termasuklah bab kesihatan dan keselesaan anak. Malah, kita mesti tidak sampai hati melihat si kecil kurang sihat. Jadi serba tidak kena dibuatnya. Berita gembira buat parents di luar sana. Tahukah kalian, Tasneem Naturel telah mengeluarkan 2 produk iaitu: 


Sleep Tight Patchure & CF-Patch Patchure

Non-Toxin | No Chemicals | Less Odour 


Kedua-dua produk ini memang khas buat si manja anda. Tasneem Natural bukan satu nama baru dalam Malaysia. Mereka dikenali sebagai jenama popular untuk produk bayi. 


Selain dari memperuntukkan dan ketepikan siap-siap duit untuk membawa anak kalian ke klinik. Saya kira, kalian juga perlu standby awal produk yang  bagus di rumah untuk dijadikan sebagai produk alternatif . Tambahan pula dengan cuaca sekarang yang tidak menentu. Bukan saja kita yang dewasa ni terkesan malah anak-anak kecil juga. 


1. CF-Patch Patchure / 6 pcs / RM 25



Kelebihan & Manfaat 

1. Atasi Batuk: Jika batuk tidak dirawat dari awal. Ianya boleh melarat dan berpanjangan. Tentu sekali ianya akan menyakitkan buat si manja. Jangan anak kecil, orang dewasa juga tak dapat menahan kesakitan batuk yang lambat sembuh. 

2. Keringkan Hingus: Kita sedia maklum anak kecil tidak reti untuk hembus hingus (mengeluarkan hingus) mereka sendiri. Kita sebagai parents harus cari punca. Jangan sampai hidung anak kecil kita lemecet gara-gara kerap mengelap hingus. 

3. Melancarkan Pernafasan: Rongga pernafasan anak tidak akan tersumbat. Pernafasan akan lebih teratur, tidak berbunyi dan lancar. 

4. Turunkan Suhu: Kebiasaanya, bayi yang selsema akan mendapat pakej demam juga. Selain gunakan rawatan tradisonal untuk turunkan suhu demam. CF Patch juga boleh menurukan suhu badan juga. 


Teruja sangat bila tahu yang patch dari Tasneem mengunakan 100% natural herb. Wow! Tak la ragu-ragu dengan bahan yang kita gunakan untuk anak kita :) Nak buat kajian atau rujukan juga mudah kerana Tasneem tidak sorok ingredient yang mereka gunakan untuk produk. 



1. Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb membantu menurunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada batuk. 

2. Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root pula menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak. 

3. Heartlef Houttuynia Herb sebagai penyahtoksin dalam badan Pepperweed & Apricot Seed untuk bantu melancarkan & melegakan paru-paru.


Cara Mengunakan CT-Patch -- sangat mudah. Tak makan masa dan siapa saja boleh tampalkan pada anak. Tiada alasan! Mudah-mudahan tidak keselesaan anak berkurangan dengan patch ini :) 



____________________________________________________________________________________


Sleep Tight Patchure  / 36 pcs  / RM 25 

Saya faham dengan keadaan sesetengah parents yang mempunyai anak yang sukar tidur awal. Ada anak yang sangat aktif sehingga masa tidur jadi tidak menentu. Mungkin kalian boleh cuba Sleep Tight Patchure ini untuk anak kalian. Mana tahu lepas ini waktu tidur lebih terjaga. Anak akan mendapat kualiti tidur yang sangat baik dan yang paling utamanya emosi dan mood anak juga akan lebih menyenangkan. 




Kelebihan & Manfaat

1.  Kitaran Tidur Yang Lebih Baik: Anak-anak yang susah melelapkan mata akan mendapat jadual tidur yang lebih teratur dengan Sleep Tight Patch. 

2.  Tidur Yang Nyenyak : Emosi dan mood bayi bergantung pada kualiti tidur yang mereka perolehi. Ianya sangat penting dan membantu anak untuk tumbesaran yang baik. 

3. Kurangkan Keresahan: Musykil bukan dengan anak yang tidak mahu tidur, merenggek dan meragam?. Ianya adalah punca keresahan yang dialami mereka. Sleep Tight Patch akan membantu anak untuk tidur dengan lebih mudah. 

4. Kurangkan Situasi Terbangun: Tidur ibu dan ayah akan terjaga. Kemungkinan anak kecil untuk terbangun pada lewat malam  itu akan berkurangan. 


Bahan Yang Terdapat dalam Sleep Tight Patch 




1. Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark dapat membantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti depresi. 

2. Amber & Raw Dragon Tooth dapat menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan. 

3. Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori untuk membantu menyahkan angin dalam badan

4. Angelica Dahurica & Lotus Plumule yang mempunyai fungsi antipiretik untuk kurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan. 


Cara Pengunaan Sleep Tight Patch




Kenapa Memilih Tasneem Patchure? 

Bayi yang masih kecil masih belum sesuai diberi makan ubat. Solusi / produk lain yang berada di pasaran pula leceh dan kurang praktikal untuk ibu ayah yang sibuk. Disinilah Tasneem Pacthure dapat membantu. 

1. Shortcut Mudah: Mengapa perlu beratur panjang di klinik atau menghabiskan masa yang lama menyapu produk jika boleh main lekat saja? 

2. Tidak Berbau Kuat: Tidak seperti koyok yang berbau terlalu herba dan keras. Tasneem Patchure tidak meruap sehinggan satu bilik busuk. 

3. Tiada Kesan Gam: Tidak meninggalkan kesan lekatan. Gam juga tidak terlalu kuat sehingga menyakitkan bayi ketika mencabutnya. 

4. Bahan Toksik Lulus FDA:  Tasneem Patchure diyakini selamat untuk digunakan untuk kegunaan bayi & kanak-kanak. Rumusannya adalah 100% dari herba semulajadi.


Wah, Bilal anak Neelofa pun pengguna produk Tasneem Natural la! Lovenyaa



Memandangkan Malaysia menghadapi cuaca yang tidak menentu mutakhir ini, maka Tasneem Naturel, jenama produk semula jadi untuk bayi bermurah hati ingin mengedarkan 5,000 Cough & Sleep patch secara percuma terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Korang boleh dapatkan patch ini dengan mengisi maklumat ringkas di bahagian paling bawah pada halaman ini. Pengedaran patch adalah secara rawak dan akan diedarkan sepanjang tahun 2023. Jangan lepaskan peluang gais ! 







2 comments: