Aug 9, 2023

Ulasan Buku - Miss Detective by Ai_Nini




Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kalau sebelum ini kita ada Detektif Hantu / Sharina Elisa . Yang menampilkan watak lelaki sebagai watak utama. Kalini kita ada Miss Detective. Of course watak perempuan pula. Eksited! Cover cantik dan ada vibes misteri & klasik. Love!. Ini merupakan buku debut dari penulis Ai_Nini. Tahniah awak :) 

Let's proceed dengan ulasan ringkas. Bismillah. 

Kakak Naila menghulurkan sepucuk sampul coklat kepada Naila . 
Sampul dibuka..--terdapat 2 keping gambar lama yang sudah kekuningan bersama sekeping kad didalamnya.

Selepas kejadian kebakaran yang berlaku di dewan sekolahnya. Naila yang sedang berehat di rumahnya telah menerima sesuatu dari seorang lelaki misteri bertopeng musang bernama Calypso. Sebuah teka teki yang perlu dirungkai olehnya untuk mencari bukti kebenaran tentang sebuah kilang coklat Marionette yang terbakar pada 10 tahun yang lepas. Siapa Calypso? Kenapa Naila yang perlu pecahkan teka teki yang ada dan apa kaitan kejadian 10 tahun lepas dengan kebakaran yang baru terjadi di sekolahnya? 



First of all, benda yang boleh dipuji ialah walaupun dah Bab 3. Masih clueless untuk menebak sesiapa yang jahat dalam buku ini. Tak ada sebarang petunjuk. Which is for me. Very good idea untuk tarik minat pembaca untuk terus menyelak m/s untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Mungkin ada yang kata terlalu awal bab 3 tu untuk kita syak sesiapa yang jahat. 

Masalahnya dekat sini selain dari jalan cerita yang bergerak dengan laju dan  tidak melewah di bahagian 3 bab pertama. Itu membuatkan banyak benda sudah terjadi dalam lingkungan bab yang saya nyatakan. Bayangkan sudahlah blur pasal Kilang Coklat Marionette. Kemudian, berlaku kebakaran di dewan sekolah Naila. Pun dari mana punca pun tak pasti. Tambahan lagi, Naila terima gambar & kod rahsia untuk dia pecahkan. So boleh imagine tak banyak benda berlaku haha.

Next, benda yang saya nak highlight dekat sini ialah kerjasama antara Naila & rakan-rakannya dalam misi mencari kebenaran. Kalau nak buat seorang diri mungkin Naila akan terkial-kial dan patah tangan. Tapi, dengan kerjasama mereka bersama, banyak teka-teki terbongkar sedikir demi sedikit. Nak cari siapa dalang bukannya sesenang yang disangka. Tapi kalau dicombine beberapa kepala mesti akan berjaya mencari. Yang penting, penjahat ada motif. 


Memandangkan ini first book penulis. Saya boleh cakap. Satu percubaan yang baik dan kalau ada cela di mana-mana. Masih boleh dibaiki di karya yang seterusnya. Yang penting jangan putus asa dan teruskan menulis. Nampak gaya buku ni kena ada sambungan untuk tidak menampakkan yang cerita ini tergantung.  Hopefully, buku ke 2 untuk Miss Detective nanti banyak cerita pasal magis, Leo, Widad & Naila. Saya tak puas hati dengan ending MI ni haha please buat saya puas hati! Prekuel or sekuel k!

Bookiut menjalankan Jelajah Buku PTS untuk meraikan karyawan-karyawan sempena bulan kemerdekaan. Dapatkan novela Miss Detective di bookcafe.com.my. Ikuti Bookiut untuk ketahui perkembangan Bookiut. 

#bukubookiut #MissDetective #PTSGrandBooktour #JelajahBukuPTS

3 comments:

  1. Wa.. jalan cerita yang menarik.. Boleh Sha bagi tahu Amani..

    ReplyDelete
  2. Anak suka baca novel. Menarik juga jalan ceritanya....

    ReplyDelete
  3. datang singgah sini sat dari http://www.thefox.my/ ^^

    ReplyDelete