Aug 1, 2023

Ulasan Buku - Rumah Tak Mesti Bahagia by Arif Zulkifli

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


2 hari lepas, ika baru saja habis baca buku terbaru dari Iman Publication yang bertajuk Rumah Tak Mesti Bahagia dari Arif Zulkifli. Penampakan buku ni ada di mana-mana. Terus rasa macam okay kenot wait anymore. Lagi-lagi bila buku ni ada feedback yang baik dari banyak reader terawal Iman. 

Ika familiar dengan nama penulis tapi sebelum ini tak berkesempatan nak beli dan baca karya penulis. Tapi untuk buku ini, ika tak fikir panjang untuk checkout dan terus baca. Ika suka sangat dengan ilustrasi yang ada di cover buku RTMB ini. 1 gambar membawa maksud yang banyak disebaliknya. Tambah pula dengan warna soft pink yang memang love sangat ni. Sumpah eye catching! Buat orang rasa macam nak beli dengan hanya cover saja. Jom ke ulasan ringkas. 

Bismillah. 


"Sungguh, kadangkala tempat pulang kita, suaka kita itu bukanlah terletak pada darah daging kita sendiri"





Ahmad Ain - seorang anak lelaki tunggal yang struggle dalam rumahnya sendiri. Tersekat untuk menyuarakan semua perkara. Dirinya seolah-olah seperti tidak wujud di rumah itu. Hilang komunikasi antara parents dan anak. Dalam masa yang sama, dia juga menyimpan satu rahsia yang sangat sulit untuk dibicarakan secara umum. 

Keputusan Ain untuk bekerja di Laman Harmoni telah mengubah hidupnya. Dia tertarik untuk berkenalan dengan seorang pakcik bernama:


Yazid: Seorang yang tidak mesra dan perengus. Lebih banyak bersendirian. Peristiwa silam kerap bermain-main dalam minda Yazid. Dia juga tersekat dengan kenangan manis bersama isterinya, Melati. Munculnya Ain di Laman Harmoni sebagai penjaga baru rumah orang-orang tua itu membawa perubahan terhadap diri Yazid. Apa yang akan terjadi seterusnya?. 


Entah apa agaknya yang ada dalam kepala orang tua Ahmad Ain. Oh. MASJID, MASJID & MASJID!! 
Itu sajalah yang mereka pentingkan. Sibuk beramal dan menguruskan hal masjid sampai lupa dengan anak sendiri. Tanpa sedar mereka juga sebenarnya sudah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang parents. 


Ada cerita disebalik origami gajah yang ada di bahagian belakang buku :'( Icry. 


Penulis: Arif Zulkifli
PenerbitIman Publication
Genre: Slice Of Life (SOF)
Tahun: 2023
Mukasurat: 316 m/s


"Siapa kata mak ayah tak buat salah dekat anak? " 

Soal ini, melibatkan ego seorang manusia dewasa. Mengungkapkan perkataan maaf itu mahal buat orang yang lemah. Minta maaf dekat anak bukan benda yang memalukan. Kita semua yang ada di muka bumi ini tidak sempurna dan sentiasa melakukan salah. Mengaku silap akan membuatkan kita belajar untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. 


Sumpah. Memang ika puas hati bila Ain berterus terang dekat parents dia. Cumanya, respon parents dia sangat tidak memberansangkan. Malah jadi lebih teruk sebab hujungnya dia yang harus merawat dirinya sendiri. So, saya anggap parents Ain toksik terhadap anak sendiri dan mereka gagal untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Itu saja. ✋🏻  Geram.

Sudahlah anak itu memendam rasa dalam tempoh yang sangat lama. Tak dapat sokongan yang dia harapkan dari parents pula. Kalau aku di tempat Ain. Mesti tak tertanggung rasa di hati. Mujurlah Ain masih ada iman dalam diri. Segala tindak tanduk dia juga dibuat secara rasional dan bukan secara membabi buta. Tentang 'itu'. Saya juga berharap Ain sentiasa kuat untuk menepis perasaan itu. 

Pak Yazid -- Tersentuh hati bila kita selam isi hati seorang lelaki bernama Pak Yazid ini. Saya suka baca kisah cinta Pak Yazid & Melati. Dari awal perkenalan sehinggalah ke tua. Sikit pun perasaan Pak Yazid tidak berubah. Bertuah sungguh Melati. Saya suka cara penulis olah cerita Pak Yazid. Terasa aura kasih sayang yang sangat banyak. Dan no woner la dia berkelakuan sebegitu di Laman Harmoni. Dia kehilangan tempat dia meluah rasa, bermanja dan berkasih. Saya setuju hal-hal berkaitan kehilangan ini bukan satu perkara yang boleh okay poof begitu sahaja. Makan masa. Itupun belum tentu . Bila? Hari apa? Tiada jawapan. 
 



Bukan sebarangan isu yang dibawa oleh penulis dalam buku ini ( berat & sensitif). Tak mudah juga kita masuk dalam dunia Ain & Pak Yazid. Tambahan bila kita tidak mengalami perkara sebenar-benarnya yang dihadapi mereka. Walaupun berlainan isu yang dihadapi kedua-dua watak utama tetapi bila perasaan lost mereka bercampur. Itu saling melengkapi sesama mereka.

Saya kira mereka bahagia dengan cara mereka pada hujungnya. Kerana Ain jumpa dengan seseorang yang 'pedulikan' dirinya. Dan Yazid pula menjumpai seseorang yang 'menghargai kewujudannya'. Buat kalian yang sedang berhadapan situasi sukar sama dengan Ain & Yazid. Tetap terus kuat menghadapi ujian & yang baik-baik saja buat kalian semua. 




6 comments:

  1. Selamat membaca dan moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Cantik betul cover dia.. mengancam..

    ReplyDelete
  3. Sy jarang blog ini.. dah lama tak membaca buku2 mcm nie.. kali terakhir baca novel atau cerita ringan2 sekitar tahun 2019... Nice sharing.. rasa mcm nak baca pula bukunya..

    ReplyDelete