Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
"Kalau tak mampu jadi rajawali, merpati pun sudah memadai"
Disebabkan cuti penggal sekolah akan bermula, parents Sofea menghantar Sofea ke rumah neneknya iaitu Nek Da untuk menghabiskan masa cutinya. Nek Da merupakan seorang pengusaha bengkel menenun songket. Sepanjang Sofea disana, dia musykil dengan arahan dari Nek Da untuk tidak mendekati bangsal terbiar & seseorang yang suka mengintai rumah Nek Da.
TAPI -- ada satu kejadian yang terjadi semasa dia di sana. Dia secara tidak sengaja terjatuh ke dalam sungai. Dan sedarnya Sofea. Dia bukan lagi Sofea. Dia bangun sebagai Dayang & berada di tahun 1970 ‼️ Apa yang terjadi selepas itu?
Cantik sungguh cover Bookiut :) Tak pernah tak eyecatching. |
MA ini bakal membuka mata adik-adik gegadis khususnya. Siapa kata perempuan bakal mengakhiri kehidupannya di ceruk dapur? Kita juga boleh berjaya dan terbang tinggi untuk capai apa yang kita inginkan. Ubah mindset yang sudah lama dalam pemikiran kita. Gegadis juga boleh sukses‼️
Jalan cerita bergerak dengan sangat cepat. Bila Sofea ada di tahun 1970an. Banyak benda yang selama ini dia tidak tahu. Dia mula faham sedikit demi sedikit. Dan once bila dia cantumkan semua persoalan yang ada. Nah. Itu dia ~ Bayangkan, Sofea kena hidup sebagai Dayang. Dayang tu bukan biasa-biasa orangnya. Jadi, Sofea kena sesuaikan diri sebagai Dayang & sekelilingnya. Actually, agak berdebar juga bila sampai di penghujung cerita. Rasa intense. Tapi puas hati baca ending. Plot twist unexpected.
Banyak benda yang boleh kita belajar dalam MA. Penulis memang buat research mengenai tenunan songket. Sambil kita baca sambil google. Lagi feel bila kita tahu apa yang kita baca. Ada proses sebelum menenun kain, kedudukan kepala kain & banyak lagi. Kalau nak google saja-saja mesti boring nak baca. Tapi bila fakta diselitkan dalam cerita. Terus seronok dibaca.
Tahniah Kak @azwinnalisa ✨ Satu naskah yang penuh dengan pengisian. Hopefully, penulis teruskan menulis. Dengar cerita ada lagi upcoming buku :) Tak sabar nak baca. Kita tunggu tau. And terimakasih juga untuk pihak Imprint Bookiut untuk naskah ini.
Me love so much Nek Da bahasakan diri dia 'kita'. Comel sangat. Nanti-nanti saya ada anak cucu nak bahasakan diri sendiri kita jugak la 🫶🏻 #ikareviewbuku #bookiutpts #bookiuteers
Hmmm, saya langsung teringat K-drama MR Queen, yang tokoh utamanya jatuh ke danau, lalu bangun di masa joseon sebagai ratu 😄.
ReplyDeleteTapi saya rasa cuma itu kemiripannya.. alur yg memakai mesin waktu ini kadang tricky. Kalau tak pandai mengolah cerita, yang ada pembaca bingung. Tapi kalo bagus, confirm ceritanya pasti memikat pembaca