Dec 18, 2023

Cerita Ringkas - SIBF 2023



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Harini, ika nak share pengalaman kali kedua ke SIBF / MBSA Shah Alam. Tapi secara ringkas saja ya. Sama macam tahun lepas. Tahun ni juga ika jadi Personal Shopper. Cumanya, hanya untuk hari pertama & terakhir sahaja. Fun-fun only. Hm, dah tua-tua ni tak minat tempat sesak. Kalau ada hala tuju barulah gigih menapak. Oh ya, memandangkan parking pun tak berapa banyak. Ika datang awal pagi. Datang awal balik lambat. Ha macam mana tu?. Sebab hari pertama selalunya ika akan explore tempat, buku & harga. Dan hari terakhir, dah tak melilau sana sini dah sebab dah tahu tempat. 


Total damage personal ialah RM 50+. Tak ada list nak beli buku apa. Memang ke sana as PS and nak cuci mata. End up, terbeli juga sebab harga not bad. Lagipun, ada banyak buku baru. Mana boleh tahan :') Antara buku yang ika beli :- 


1. Carmine - Ruwi Meita 

2. Koyak - Aini Bakar 

3. Pada Subuh Yang Membawaku Pergi - Yaya Samad 

4.Ilustrasi Ed - Ayumi Syafiqah 

5. 3 buah buku PTS. 


Ika share sikit gambar yang ika sempat ambil sepanjang ika di SIBF. ๐Ÿ™Œ๐Ÿป Tak sempat sangat nak pegang phone all the time. Sebab tangan penuh mengangkut barang customer. Apa pun, hopefully, penganjur ambil kira luahan/kritikan dari pengunjung untuk penambahbaikkan di masa akan datang. Sebab this year, ada reruai yang tersorok & messy dari segi susunan. 








 

So far, ika enjoy pergi ke SIBF. Sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan & penulis buku. Selalunya communicate dekat medsoc. Bila jumpa face to face memang lagi happening :) Ya memang ramai sangat orang especially weekend. Tapi, dah nama pun pesta buku kan. Mustahil tak ramai. Seronok tengok family yang datang ramai-ramai dan layankan permintaan anak nak beli buku. 

Semoga rakyat Malaysia suka baca buku sampai bila-bila :) 

https://www.instagram.com/ikashoid/reel/C0T2b28Pu-A/

3 comments:

  1. ada anak dara ammi sebut haritu..tapi bila dah duduk Seremban ni weekend macam malas je nak naik KL sebab setiap hari dah penat berulang kerja SEremban-KL

    ReplyDelete
  2. Aisssh kalo saya ada di sana, pastilah nak borong banyak buku juga kak. Berharap ada beberapa penulis Malaysia yg saya suka, dijual juga bukunya ๐Ÿ˜. Dulu suka sangat dengan buku2 Aisya sofea. Itu novel pertama Malaysia yg saya beli saat masih belajar di Penang. Dari novel2 beliau saya belajar dan paham bahasa Melayu yg sering digunakan.. Tapi suka juga dengan penulis lain ๐Ÿ˜๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  3. Surga untuk book worm ni. Kalau kata taknak beli apa, mesti terbeli punya hehe

    ReplyDelete