Jun 18, 2024

Ulasan Buku - Mek Dagang by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Kata orang. Kalau ternampak patung Mek Dagang..
kalau berani. Cium pipinya dan minta saja apa yang kau minta. Jamin kau boleh dapat" - Nazli


Ada banyak khabar angin / versi cerita mengenai restoran Mc Dagang yang terbengkalai itu. Jadi, Hyniyah dan 3 rakannya yang lain nak merasai sendiri pengalaman memasuki premis terbiar itu dan mencari patung Mc Dagang. Mereka jumpa patung tersebut dan Nazli yang perangainya suka bergurau telah mengucup patung itu.
Apa yang terjadi seterusnya?

Satu demi satu kematian berlaku dalam kalangan mereka. Mereka percaya ini ada hubungkait dengan MC Dagang. ‼️


Boleh nampak penulis cuba nak play around dengan dialog dak dak remaja sekarang bercakap & bergurau. For me, saya tak kisah sebab ini mungkin cara penulis nak bereksperimen.

Okay, kalini cerita pasal restoran Mc Dagang & maskot yang dikatakan misteri itu. So far, saya rasa masih ada elemen suspen, suprise & plot twist yang penulis letakkan. Macam biasa. Penulis tahu macam mana nak attract pembaca untuk kekal dengan cerita and teruja tunggu siri seterusnya.


Cara kematian dalam buku ni tak gore sangat. Even, kemunculan makhluk pun kita rasa masih lagi penulis malu-malu nak belanja. Kita rasa penulis mesti makin lama makin all out untuk siri akan datang.

Tak terfikir pula si polan ada kaitan dengan si polan. Sebab kita ni otak lurus macam pembaris. Kalau dapat teka pun sikit je 🤏🏻 Tapi, saya masih rasa tak puas hati dengan seseorang dalam cerita ni sebab tindakan dia tu sangat selfish dan membahayakan nyawa orang. Cara dia justify semua benda pun macam tak boleh terima dek akal. Benci ~
Jadi pattern pemerhatian untuk siri Dimensi Paranormal ni ialah setiap satu buku mungkin satu cerita yang akan ditamatkan terus dari segi jalan cerita. Cuma masih ada connection dari segi watak dan crime scene misteri yang terjadi. Masih terlalu awal nak buat conclusion sendiri. Kita tunggu saja next buku iaitu Hantu Belaan.

Yang pasti siapa sebenarnya 2 orang yang suka datang outofnowhere macam men in black tu. I wonder hshs. Datang jadi hero lepastu poof hilang.



1 comment:

  1. Duuuh dah lama tak baca novel2 Malaysia. Saya masih suka beli tiap kali kesana, tapi terkadang dah tak mengikuti mana buku yg hype mana yg biasa saja. Memang terbantu sangat membaca review novel seperti ini, jadi kalo nanti ke KL, saya dah tahu nak cari buku apa.

    ReplyDelete