Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Landskap perdagangan digital sedang berkembang di mana terdapat perubahan besar dalam tingkah
laku pembelian pelanggan, terutama dalam kalangan Gen Z. Interaktiviti menjadi pilihan utama yang
membentuk pengalaman pelanggan dengan penstriman langsung dan pembelian dari hantaran video laly memacu
ke arah era baharu membeli-belah dinamik.
Jadi, bagaimana video mengubah pengalaman membeli-belah dalam talian? Dan adakah ia benar-benar
berpotensi untuk perniagaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) hari ini?
Menurut kajian terkini Kantar tajaan Shopee, Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah
Generasi Z di Era Digital’ , hampir 70% Gen Z di Asia Tenggara menganggap platform e-dagang sebagai titik
permulaan untuk perjalanan membeli-belah mereka. Mereka bergantung pada platform ini untuk menyelidik
pembelian mereka termasuk menonton video demonstrasi produk. Penstriman langsung menawarkan titik
sentuhan ideal untuk pembeli dengan membolehkan penjual menerangkan secara mendalam tentang fungsi
produk sambil menjawab soalan pembeli secara langsung.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa lapan daripada sepuluh responden mengatakan mereka mencari pengalaman
membeli-belah yang menarik dan menghiburkan - menunjukkan peranan penting video dalam perjalanan
membeli-belah mereka. Ini membuka peluang hebat untuk PMKS menonjolkan kreativiti mereka untuk
membawakan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif sambil mengukuhkan hubungan dengan
pelanggan.
Kejayaan Produk Sambal dengan Strim Langsung Sepanjang Masa
Syukor Majid, pemilik Kedai Abang Syukor, memulakan perjalanan perniagaannya dengan menghasilkan dan
menjual minuman pra-campuran dan produk lain melalui saluran tradisional. Setelah memasuki dunia
perniagaan dalam talian pada tahun 2015, Syukor mencari strategi untuk mencapai audiens yang lebih luas
dan meningkatkan jualan untuk produk sambal yang baharu dilancarkan pada tahun 2023. Menyedari cabaran
dalam mempromosikan produk berjangka hayat pendek, Syukor beralih kepada penstriman langsung di Shopee,
yang menonjolkan produknya berbanding jenama lain di pasaran.
"Menggunakan strategi penstriman langsung 24 jam membolehkan kami berhubung dengan pelanggan pada
bila-bila masa," katanya. "Dengan jangkauan luas Shopee dan antara muka mesra pengguna, kami berjaya
mempertingkatkan keterlihatan dan jualan produk sambal kami."
Hasil jualan dan minat hebat daripada pembeli, Syukor mengembangkan pasukannya kepada tujuh pengacara
strim langsung untuk membantu menguruskan permintaan dan terus menyampaikan kandungan berkualiti tinggi.
yukor menjadi salah satu penjual terbaik Shopee Live, mencatatkan tempoh penstriman langsung selama 155 jam
seminggu. Dalam tiga bulan pertama di Shopee Live, Syukor menjana keuntungan RM1 juta, dan penyertaannya
dalam kempen jualan dua digit Shopee mencapai peningkatan jualan sebanyak 600% melalui strategi penawaran
diskaun dan baucar Shopee Live.
Baru-baru ini, Syukor berjaya menjual lebih daripada 60,000 pek daging dendeng sedia untuk dinikmati semasa
Hari Raya Aidilfitri, atas sokongan 300,000 pengikut setia Shopee. Dengan memanfaatkan ekosistem kukuh
Shopee, produk Syukor juga mendapat pendedahan antarabangsa, mencapai pelanggan di negara jiran seperti
Singapura. Didorong oleh hasil ini, Syukor merancang untuk membuka akaun Shopee Live tambahan untuk
memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat sambil meneroka kedai jual produk bukan makanan.
Penstriman Langsung Transformasi Pakaian Tidur kepada Fesyen Harian
Bella Hazaha,, seorang usahawan fesyen dari Terengganu, bercita-cita untuk memecahkan stereotaip pakaian
tidur. Visi Bella?
Pakaian tidur selesa yang mudah dijadikan sebagai pakaian harian, dan kekal bergaya, sopan, dan berpatutan.
Tetapi untuk mencapai audiens dengan imej statik terbukti sukar buat Bella untuk memperkenalkan idea ini.
"Pengiklanan bersasar di media sosial sudah tidak berkesan," kata Bella. Bella memerlukan platform yang
menangkap intipati jenama beliau: platfrom sesuai untuk interaksi dan demonstrasi produk secara langsung.
"Shopee Live membolehkan saya berhubung terus dengan pelanggan. Strim langsung mampu mengubah cara
pelanggan lihat jenama. Penonton dapat melihat bagaimana pakaian tidur bertukar kepada pakaian harian bergaya,
bertanya soalan secara langsung, dan menikmati proses membeli dan ‘checkout’ dengan lancar," jelasnya.
Pendekatan Bella melangkaui pameran produk. Beliau memilih dan melatih pasukan lapan pengacara yang ceria,
menjadikan mereka sebagai duta jenama. Pasukan pengacara ini menjalin hubungan tulen dengan penonton
memastikan setiap komen dijawab dan semangat komuniti berkembang.
Kejayaan Bella Hazaha Pyjamas melonjakkannya menjadi penjual terbaik di Shopee Live, memperoleh jualan harian lebih 1,000 helai. Kejayaan jenama itu melangkaui dunia digital, membolehkan Bella membuka pejabat dan gudang fizikal untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Shopee Live bukan sekadar platform jualan bagi Bella; tetapi merupakan landasan untuk mentransformasikan idea beraninya menjadi perniagaan maju.
Baru-baru ini, Bella Hazaha Pyjamas mula menceburi Shopee Video, melihatnya sebagai alatan untuk membantu mempromosikan jenama beliau dan meningkatkan keterlihatan kepada audiens sasarannya. "Seronok memuat naik video," katanya, dengan menyatakan bahawa walaupun niat asalnya menyertai Shopee Video adalah untuk penglibatan pengguna, tetapi Bella dalam melihat aktiviti pembelian sejurus memuat naik video.
Perjalanan Pertumbuhan Kedai Elektronik Kecil Melonjak 900% dengan Penstriman Langsung
Pada tahun 2020, Lee Chin Sun melancarkan impiannya: Allblue5367, sebuah kedai penuh dengan elektronik dan gajet yang menarik. Bermula secara kecil-kecilan dengan gudang sebesar pangsapuri studio dan hanya beberapa pesanan harian, Lee menghadapi cabaran – bagaimana untuk menarik perhatian pelanggan dalam dunia dalam talian yang luas? Penerangan teks sahaja tidak mencukupi, terutamanya dalam kalangan Gen Z yang mahir teknologi.
Kemudian, pada tahun 2023, Lee menemui platform yang mampu memajukan perniagaannya: ciri penstriman langsung terbina dalam Shopee. Kebolehupayaannya bukan sekadar untuk menunjukkan produk. Lee mengubah penstriman langsungnya menjadi siaran menarik yang mendemonstrasikan produk, membawa penonton melihat dengan tepat bagaimana gajetnya berfungsi dan menjawab soalan mereka secara langsung. Beliau juga mengambil maklum balas dengan serius, mengetengahkan perkhidmatan selepas jualan terbaik - khidmat yang amat dihargai penontonnya.
Dedikasi Lee membuahkan hasil hebat. Bukan sahaja pengikut kedai Shopeenya meningkat sebanyak 20%, tetapi Allblue5367 meraih gelaran berprestij "Shopee Super Seller Awards 2023: Penjual Elektronik Penstriman Langsung Terbaik" hasil daripada undian awam. Tetapi Lee tahu ia bukan hanya tentang angka. Beliau memastikan penonton melekat pada skrin mereka dengan kandungan kreatif yang memberikan hiburan selain membeli-belah. Beliau menawarkan intipan eksklusif ke dalam gudang, menunjukkan penonton bagaimana beliau bekerja bersama pasukannya, malah berstrim secara langsung semasa bercuti.
Menjelang tahun 2024, jualan bulanan Allblue5367 meningkat sebanyak 900% berbanding tahun 2020, mencapai jumlah RM1 juta yang mengagumkan. Gudang mereka juga telah berkembang besar kepada 33,000 kaki persegi.
Dengan kejayaan Shopee Live Allblue5367, Lee bercadang untuk meneruskan perjalanan e-dagangnya: "Kepercayaan kami terhadap saluran jualan Shopee dan kejayaan Shopee Live membuatkan kami teruja untuk meneroka ciri baharu, Shopee Video. Ini adalah kesinambungan semula jadi strategi pertumbuhan kami. Penstriman langsung adalah alatan hebat untuk penglibatan pelanggan secara langsung, sementara Shopee Video akan melengkapinya dengan membolehkan kami mencipta video produk yang informatif durasi pendek di mana pelanggan boleh menemuinya dengan mudah.”
Melangkaui Penstriman Langsung - Ekosistem Kaya Ciri untuk PMKS
“Di Shopee, kami memahami bahawa mencipta keterlihatan dalam talian amat penting buat PMKS. Shopee Live dan Shopee Video boleh membantu memperkuatkan strategi e-dagang mereka, mentransformasikan senarai produk kepada pengalaman dinamik yang membina hubungan tulen dan menonjolkan jenama mereka,” kongsi Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
Walaupun penstriman langsung dan video berfungsi sebagai alat yang kuat untuk PMKS meningkatkan keterlihatan dan mengukuhkan penglibatan pembeli, namun mempunyai platform ekosistem yang kukuh juga penting untuk memastikan kejayaan perniagaan. Kajian Kantar juga mendapati bahawa 68% responden Gen Z menunjukkan kadar pembelian yang lebih tinggi di platform e-dagang berbanding saluran lain. Ini menunjukkan bahawa walaupun pembeli meluangkan masa mereka untuk menyelidik pembelian mereka, proses pemulangan dan pengembalian wang yang lancar serta khidmat penghantaran hari berikutnya juga muncul sebagai pertimbangan utama dalam membuat keputusan membeli.
Sebagai respons kepada perubahan tingkah laku membeli-belah yang berkembang ini dan menyedari peluang yang ada untuk PMKS untuk memacu pertumbuhan, Shopee baru-baru ini memperkenalkan beberapa program baharu untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia, seperti Penghantaran Segera, Penghantaran Hari Berikutnya, dan Jaminan Tepat Waktu untuk memastikan penghantaran tepat waktu, dengan menawarkan baucar Jaminan Tepat Waktu RM5 kepada pelanggan jika pesanan tiba lewat.
Selain itu, Shopee juga memperkenalkan polisi 15 Hari Pemulangan Percuma yang membolehkan pengguna memulangkan barangan yang layak dari semua kategori produk secara percuma dalam tempoh 15 hari, menawarkan pengembalian wang sepenuhnya untuk pemulangan 'Perubahan Fikiran' tanpa soal. Tambahan lagi, proses Pemulangan dan Pengembalian Wang terbaik Shopee boleh dilengkapkan dalam tempoh hari buat pembayaran melalui ShopeePay - lebih pantas berbanding purata tujuh hari industri.
Ciri-ciri ini memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian tanpa perlu risau tentang kerumitan pemulangan dan pengembalian wang atau kos penghantaran tambahan. Melalui program-program ini, Shopee menyokong perniagaan dalam membina kesetiaan pelanggan dan pertumbuhan yang mampan. Ciri-ciri ini secara kolektif memperkasakan PMKS untuk berjaya dalam pasaran digital yang kompetitif, membolehkan mereka memanfaatkan platform Shopee untuk kejayaan perniagaan mereka.
"Peranan kami bukan sahaja untuk membantu penjual berstrim langsung secara efektif. Kami memahami impak penting alat perniagaan ini, tetapi apa yang lebih penting ialah kami menawarkan sokongan perniagaan secara menyeluruh. Shopee mempunyai ekosistem kukuh dengan sistem pembayaran bersepadu yang selamat dan rangkaian rakan kongsi logistik yang memastikan perniagaan sentiasa berkembang maju," tambah Tan.
No comments:
Post a Comment