Feb 6, 2019

BOOK REVIEW - PATUNG

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 




Kalini pilihan buku ika untuk direview ialah Patung by Muhammad Fatrim. Pernah baca buku penulis sebelum ni, Asrama. Dalam rak ada Asrama 2. Tapi, saja simpan dulu buku tu dan baca Patung dulu. Sebab dah lama sangat menyimpan rasa untuk baca buku ni. Haha. Walaupun sebelum beli dan baca buku ni, ika ada refer review Goodreads. Tapi ika nak nyatakan kat sini. Apa saja yang ika akan komen sikit pun tak dipengaruhi oleh review pembaca lain. Ini personal opinion. 


Lega sebenarnya dapat habiskan buku ni walaupun tersangkut sangkut. Bagi ika, ika rasa prolog Patung sangat bagus. Mukasurat 11 berjaya buat ika rasa meremang sikit walaupun ika baca di siang hari. Patung menari? Menyanyi? sambil baca mentera Jawa yang tak faham? Okay. Terasa sikit feel seram tu. Puan Bougan dalam cerita ni mengingatkan ika dengan Umie Aida dalam cerita Dukun sebab berkebaya merah. 

DETAILS

PAGE: 301 PAGES 
YEAR: 2015
PUBLISHER: FIXI 
AUTHOR: MUHAMMAD FATRIM 

Ika suka dengan nama watak perempuan dalam cerita ni yang mengunakan nama bunga. 🌸 Orked, Mawar, Cempaka, Melur, Amarilis, Bougan.  Tapi adakah mungkin dgn pemilihan nama bunga sebegini membuatkan ika pening lalat jugak bila baca. Haha. 

Kadang jujur konfius dgn nama Melur, Mawar and Orked sampaikan 





Berbalik kepada cerita, penulis macam ada buat ika konfius sikit di pertengahan cerita hingga ke hujung sebab ika seolah olah lost pulak tiba tiba. Patung tu siapa weh sebenarnya? Orked ke Melur? Argh. Hampir gila juga baca haha sbb konfius. Tapi, cuba jugak untuk fahamkan. Nak selak page belakang tu cam ya Allah liatnya.

Konsep menarik. Penulis ada idea. Cuma campur aduk dgn dialog semasa& diflashback, jadi ekstra konfius. Nak baca balik sekali lagi utk faham mungkin ambil masa. Bukan sekarang. Mungkin akan datang yg tak diketahui bila. 

Banyak yang ika tag di buku Patung ni misalnya bahagian yang pasal lipas. Ika perasan, ika banyak tag scene lipas Zaf, Hanis, Melissa dan Zulina. Dan ika rasa penulis berjaya sekali lagi buat ika rasa meremang di m/s 50-56 & 109-112. 

Pengajaran: Jangan percaya benda khurafat semata mata untuk kepentingan diri sendiri. Nak cantik, kaya dan sebagainya. Usaha, doa & tawakal. 

RATE: ⭐️⭐️



27 comments:

  1. banyak flashback tu yg tak best memang kalau tak paham boleh confius,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha itulah yg terjadi dekat ika. Tapi ika konfius dekat bahagian tgh. Haha. 😂 Sedih betul.

      Delete
  2. Hi ika, nanti email details kar suriaamanda@yahoo.com , awak menang top komentator blog akak

    ReplyDelete
  3. kalau pening sangat memang tak mampu nak baca lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mungkin ika sorang je kot yg pening. Sbb ada je org yg suka baca buku Patung ni. Kira power la sbb dia faham. Ika yang tak faham 😅

      Delete
  4. First time akak baca buku dari Fixi aritu, terus akak terasa tanak baca dah buku brand ni. Haha..klimaks bahagian confuse dan seram tu dah sampai tapi ending buat akak rasa nak mencarut je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha dah agak dah. Mmg mmula ika pun tak berapa gemar buku Fixi sbb ending dia atau kkdg pertengahan citer dia jadi mcm hambar dan konfius. Tapi ika cuba pupuk rasa suka tu dgn baca buku yg best best dr FIXI. Yang direkemen oleh org hehe. 🙊

      Delete
  5. singgah baca! dah lama tak hadap fixi. last beli pun still tak habis baca haha. anw, keep it up! i used to avoid book review cos i hate spoiler but this one simple and just nice. thumbs up hee =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww. Thankyou sis. Personal review je ni sis. Bukan yg detail punya. By the way, buku apa tu yg sis baca tak habis tu? Hee ☺️

      Delete
    2. kelabu dgn perjalanan hahahahaha

      Delete
  6. baru baca prolog dia (free sample dari Google Books punya haha) sebelum nak beli physical copy. thanks for the review!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee most welcome awak. Usually mmg i pun akan prefer baca review, sample or synopsis before beli pyhsical book hee

      Delete
  7. aa sukanya novel fixi! hehe saya suka nadia khan but nak try lah patung

    https://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai suka nadia khan hee. ika tgh bca Gantung. cuba la sis :) Hee

      Delete
  8. Hai Ika! Ika sebagai seorang pembaca profesional, i really need your comments, suggestion, kritikan yang membina. Sy ni penulis baru tgh berjinak - jinak nak menulis cerita. ni ada tulis series KArdiac (KAI & RAN) silalah jenguk https://i-risefromtheashes.blogspot.com/2019/01/kai-i-kejamkah.html kalau ada masa free okay? harap sangat boleh tolong saya improve penulisan saya. thanks in advance!

    ReplyDelete
  9. uiks.. 2 bintang je.. Nampaknya buku ini berjaya buat Ika confuse ya amat ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee ya kak sha. Mmg ika konpius sikit dgn buku ni hee.

      Delete
  10. Replies
    1. Cantik kan hee. comel je cover dia warna pink :)

      Delete
  11. Salam singgah.

    anda dijemput join GA saya,

    http://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html

    :)

    ReplyDelete
  12. omaiiii meremang bila baca siang hari...aiseh ni jadi takot nak baca ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee utk few parts je AD. Yang lain rasanya okay saja. Hehe. Jgn takut. Tahap takut dia tu takda la sampai cm takut gila. Biasa je hehe

      Delete
  13. Kalau Fixi, memang suka Nadia Khan. Cover novel ni lawa jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua cover buku Fixi lawa. Ika suka 😍 Yang ini lawa sbb kaler pink. Cam gigirl sangat.

      Delete
  14. Aku rasa Buku patung ada kaitan dengan buku asrama.

    ReplyDelete