Feb 14, 2019

Hadiah Dari Printcious buat Yang Teristimewa ❤️️



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 


Finally sampai jugak barang -barang yang diorder dari Printcious baru baru ni. Ika memang eksited untuk tengok hasil yang mereka buat. Disebabkan ada banyak sangat barang yang boleh dicustomize. Ika sendiri mengaku ika rambang mata. Taktahu nak yang mana satu, rasa macam nak semua. Pilihan terakhir ika ialah 3 barang iaitu Coaster, PU Leather (Round) & Ceramic (Square). 

Sebelum ika nak cerita panjang lebar pasal barang yang ika pilih. Ika nak bagitahu korang yang service Printcious ni sangat best. Semua barang yang ika dapat diterima dengan sangat baik sebab mereka wrap produk dengan bubble wrap. Sampai serabut jugak nak bukak haha. Bagus diwrap dengan rapi, so that barang kita tak akan pecah, sumbing ke, terpatah dua ke dan sebagainya. 

And harga yang mereka tawarkan sekarang pun affordable. Sekarang mereka ada diskaun buat semua yang order. 




So yang ni Ceramic Tiles (Square). Yang ni ika pilih paling kecil iaitu berukuran 11cm  x 11 cm /4.3" x 4.3"
Ika cuma tambah gambar & nama kawan Ika saja. Tak kreatif sangat nak design power power. Haha

Maaf atas kualiti gambar ika. Haha. Kena belajar banyak ni nak tangkap proper picture. Firstly, birthday kawan ika nak dekat. So, ika pilih Ceramic Tiles (Square) & coaster untuk kawan-kawan ika. Harap dieorang suka dengan apa yang ika design. Haha. Satu benda yang paling penting yang korang kena tahu ialah bila melibatkan gambar, korang kena letak gambar yang HD sikit la. So that gambar tak pecah. Kalau pecah, kemungkinan besar kualiti tu akan kurang sikit. 

Printcious dah sediakan guide untuk korang adjust gambar mengikut kotak. If melebihi warna hijau dia akan jadi warna merah. Bila jadi warna merah, means posibility gambar tu pecah besar. Okay? 
Yang ni pulak coaster. If tak silap ika, ini untuk letak kopi. Simple saja designnya. 
Coaster ni ika buat untuk Tasha sebab dia suka minum kopi. So, ika tak pasti la dia nak letak coaster ni dekat mana. Maybe dekat ofis dia ke? So, bila dia letak atas meja. Time dia minum kopi. Dia boleh alas dengan benda ni. Ika harap benda ni memberi benefit la untuk Tasha. Material coaster ni mcm kain yang kalis air. Hee. Best. 

Ika tak expect pun yang material dia macam tu. Ingatkan jenis yang lain. Tapi apa pun, bagus jugak jenis material macam ni. 



Lastly, ika pilih PU Leather (Round) untuk diri ika. Bukannya apa, yang ni ika nak letak kunci kereta ika. Sebab ika memang selalu letak merata tempat and ika perasan yang tempat letak kunci ika tu, tah apa apa dia punya holder. Kelakar je. Ni nampaklah macam proper sikit. Ika paling suka yang ini sebab serious leather dia berkualiti. Yang penting tak berbau. Selalunya leather berbau. 

And nak feeling feeling sikit, ika letak gambar ika & nama. 

So, korang nak tunggu apa lagi? Singgah la ke website Printcious. Design sendiri apa saja yang korang nak untuk insan yang teristimewa dalam hidup korang. Mana tahu dengan sekecil kecil usaha kita ni, mampu buat mereka tersenyum lebar sampai ke telinga. Ecewah. 

5 comments: