Jul 30, 2020

PG MALL: MEGA 8.8 PRE SALE


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Pada sesiapa yang suka shopping online mesti selalu nanti-nantikan sale pada tarikh istimewa iaitu pada 8.8 akan datang ini. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu dan ada yang dah aim dah pun barang apa yang nak dibeli nanti sebab tahu harga yang ditawarkan di online website tersangatlah berbaloi dan menguntungkan. 

PG Mall jugak tidak ketinggalan untuk berikan harga yang jimat buat pembeli mereka. Justeru itu, pada 8.8 nanti akan ada Mega 8.8 Pre Sale. Wow. Tak sabar pulak rasanya nak explore website PG Mall. Dekat website PG Mall terdapat 14 kategori seperti fesyen bagi lelaki & perempuan, barang elektrik, barangan dapur, sukan & macam-macam lagi tau. Jadi, ianya sesuai buat semua jenis golongan samaada muda atau tua. 




Buat pengetahuan kalian semua, ini adalah sedikit info ringkas mengenai PG Mall. 
PG Mall merupakan ecommerce platform NO 1 di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2017. Dan PG Mall merupakan salah satunya local ecommerce. Dan mereka berada di rank yang ke 3 sebagai Top 3  E Commerce Site di Iprice Sight. Satu pencapaian yang bagus! Dan PG Mall juga terima semua ewallet. 




BEFORE 8.8

Mesti korang semua eksited nak tahu lebih lanjut mengenai Mega 8.8 Pre Sales di PG Mall ni kan? . Mega 8.8 Pre Sales ini akan berlansung pada 3/08/2020 sehingga 7/08/2020.  Maknanya, sebelum 8.8 korang semua dah boleh dapat good deals dah. Mana tahu ada yang tak sabar nak shopping. Ada pelbagai tawaran menarik yang disediakan buat pembeli antaranya ialah:-

  • Daily Flash Deals As Low As RM 8 
  • RM 5 off with minimum purchase spending RM 38 applicable for new user only 
  • RM 15 off with minimum purchase spending RM 88 applicable for all users (exciting & new users)

8.8


Tepat pada tarikh 8.8.2020. korang boleh menikmati pelbagai tawaran menarik seperti: 

  • RM 8 off 
  • Discount up to RM 88 
  • Minimum purchase spending off RM 188 
  • RM 5 off with minimum spending RM 38 (applicable for new user only) 
  • RM 15 off with minimum spending RM 88 (applicable for existing and new user only)


PG Mall juga turut menyediakan Maybank QR Pay. Buat pengguna Maybank, anda boleh mengunakan QR Pay yang sudah semestinya ada keistimewaan mengunakan QR Pay ini. 

  • Get RM 5 off when you shop at PG Mall or MAE today until 31st July 2020. (LAST DAY TODAY)
  • Apply Promo Code: FLASH

Ika sendiri tak sabar untuk habiskan duit and shopping di PG Mall ini. Lepas tahu ada diskaun dan banyak lagi benefit yang lain, lagi teruja untuk ika beli belah di PG Mall. Macam-macam yang PG Mall tawarkan. Bestnya! 

Kita dah tak payah runsing untuk ke mall lagi kalau dah ada PG Mall. Shopping online kan lebih mudah geng. Jimat duit minyak dan tenaga kita. Lagi lagi sekarang COVID 19 masih belum pulih lagi, nak keluar pun masih rasa tak selamat. 


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Maybankqrpay #Mae #Mega88 #PreSales #eighteight #PresalesParty #PGMall4u #Cashback #points

Jul 26, 2020

Suprise Box dari Blogger Kasihku Amani


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini nak quick update pasal satu parcel yang ika received beberapa hari lepas. Tengok kotak dah tahu dari siapa. Ika sebenarnya nak try dulu projek ni dengan 1 blogger. And, ika pilih untuk cuba dengan Kak Kasihku Amani dulu. Ianya seolah olah macam swap/exchange book. Dalam kotak ni, benda wajib kena ada ialah buku. Berapa banyak buku, buku apa dan sebagainya terpulang. 

Seronok sebab dapat exchange buku kita dengan org lain, dan org tu offer buku yang kita tak pernah baca. And plus, kiteorang bukan saja exchange buku. Tapi we can put anything we want inside the box. Hee. Personally, ika rasa projek swap book ni bagus ya diterapkan dalam kalangan kita sebab dari buku tu dibuang atau diberikan kepada org yang tak menghargai buku tersebut. Ada lagi bagus beri kepada seseorang yang tentu-tentunya akan baca, sayang, hargai buku tersebut. Kita pun akan happy.  It just my personal opinion. 



Buku-buku yang ika pilih memang yang nak dibaca la. Kebetulan sangat, kak sha ada buku-buku tu. Ika pilih tajuk Ari, Penjara & Makalli. And kak sha bermurah hati bagi extra 1 lagi buku tajuk Waddat. Bila tengok balik, semuanya buku seram & thriller. Haha. Tapi tak apa la, ika okay je sebab memang baca genre  macamtu. 

Lepastu, ika macam eksited la bila bawak keluar barang lain. Tak expect pun kak sha nak bagi banyak macamni. Thankyou so much kak sha sebab sudi join projek ni and bagi a lot of things. Ika harap kak sha happy dengan apa yang ika bagi dekat kak sha. Happy reading and teruskan membaca tau. Ika suka tengok macam mana kak sha manage masa untul baca, kerja,uruskan anak-anak & lain lain. 

Ika ada plan nak buat satu lagi projek yang sama. Tapi tengah mencari blogger yang sudi collabrate sebab benda wajib yang patut ada dalam box ialah buku. If ada yang berminat, boleh pm tepi la. Nak cari sorang je hee. Boleh pm di IG - @sicashoid


Ini hadiah yang ika balut untuk Kak Sha. Yes, ika happy buat semua ni. 

Dan nantikan segmen baru yang ika akan buat khas untuk reader blog JJM ni and of course untuk book lover. Harap segmen ni akan konsisten & kerajinan tu sentiasa ada. Doakan! :) Ini mungkin akan jadi segmen paling lama akan bertahan dalam blog ni. InshaAllah. 


Kalau nak baca dekat blog Kak Kasihku Amani pasal parcel Ika, tekan link di bawah. 

Jul 17, 2020

BOOK SLEEVE BY VAMPY KRAFT


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Harini, ika nak share sesuatu dengan kalian semua. Masih lagi berkaitan dengan buku. Kalini, ika nak cakap pasal Book sleeve dari Vampy Kraft. Foundernya bernama Lea ya gais. Ika memang dah lama aim nak ada at least satu la booksleeve untuk diri sendiri. Benda ni sebenarnya bukan keperluan, tapi lebih kepada kehendak dan kemahuan diri. 

Cumanya, bila dah banyak kali ika balik kampung atau pergi ke mana-mana. Bila bawa buku letak dalam beg. Mesti hujung buku akan terlipat. Dan benda tu sangat la menganggu ika. Ika seboleh bolehnya akan cuba jaga buku sebaik-baik yang boleh. Baca buku pun kalau boleh, nak bukak tu sikit je. Bukan kepak terus. Sebab sayang. 


Basic Padded Booksleeve

Looking for a way to protect your book so they don't go damaged when you are on the go? 
A padded book sleeve with lining is the best way to protect the book for damaged. 

  • Suitable & perfect for standard paperback up to 500 pages and small hardback. 
  • A cute and irresistable book cover, ideal to protect book wherever you go. 
  • Perfect gift for book lover! 



Kebetulan, memang Vampy Kraft jual booksleeve dengan harga murah sangat. Masa ika beli dekat Shopee tu, ika dapat redeem code baucar RM 2 untuk setiap pembelian RM 20. Oh ya, lupa nak cakap. Satu booksleeve berharga RM 20 saja gais. Sangat murah.
Ika pilih corak tembikai sebab kiut! And tak rugi beli sebab kalau buku nipis boleh muat more than 1 book. Kalau novel tebal mungkin sebuah je la ya. Material pun best. Besar. 

Ika beli lebih kepada untuk protect buku la. Bukannya untuk kegunaan lain. Kalau letak dalam beg. Memang nampak kemas dan teratur la. Sebab semua orang tahu, beg perempuan ialah beg doraemon. Memang la buku tu besar and boleh grab tapi maksud ika, sedap la mata ika memandang beg yang isi lebih kemas. 



Apa lagi geng. Meh la support local product. Handmade lagi <3 font="">

Jul 16, 2020

BOOK REVIEW - JIKA AKU BY ANNA LEE



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Nama penulis memang selalu sangat diperkatakan oleh pembaca buku di Malaysia, Tapi, ika masih belum terdetik nak baca sampailah semalam tiba-tiba rasa macam ah why not cuba baca buku Anna Lee. Sebab lama dah dia duduk dekat rak buku, Jadi, setelah baca beberapa muka surat, ika macam terfikir kenapa la tak baca buku ni awal . Kalian, ini merupakan buku pertama yang ika baca tahun 2020 ni yang mendapat full star di Goodreads Ika. 

Storyline Jika Aku memang menarik untuk kita teruskan pembacaan tanpa henti. Banyak lagi buku yang nak dibaca dan diexplore ya gais. Tak sangka ada buku yang mempunyai storyline yang berlainan dari kebiasaan. Ika dah ketinggalan keretapi ni, nak kena baca buku yang lain. 

Sumber: My Own Picture
Oh ya, bookmark comel ni dari Ibtisam Creative Design yang diredeem dari Shopee. Comel  sangat :)



Tak pernah baca buku yang watak utamanya boleh membaca fikiran orang/mind reader. Mengisahkan tentang Teja Citra. Dia ada kelebihan untuk membaca fikiran orang lain. Tapi, dia lebih gemar utk tidak ambil tahu apa yg ada dalam fikiran manusia lain sebab macam-mcam yang manusia fikirkan dan katakan. So, muzik dan earphone menjadi teman sejati dia. Permulaan cerita sangat menarik sebab dia dok usha sorang mamat ni dalam train. Kira dia admire la. Dan semua yang dibaca dalam Jika Aku ni majoriti ialah kata hati dan otak dia. Which is wow. Bermonolog dalaman. 

Yang menjadi tak boleh stop baca is, nak tauu sangat apa yang Teja akan tahu dalam fikiran mamat yg dia dok stalk hari hari tu. Dan siapakah mamat tersebut. 

For me personally dapat menghayati watak Teja ni dengan begitu mendalam. Macam mana kehidupan dia menjadi seorang yg ada keistimewaan yang unik, social circle dia, mcm mana dia adapt dan ignore benda benda toksik, cara dia bawa diri dia. Semuanya best utk diexplore. Cara perkenalan dia dengan Maliq pun boleh buat kita tersenyum simpul. Tak ada kata kata manis cintan cintun. Tapi manis tu mcm ah dont know how la to describe haha. Yang penting, perkenalan dieorang memang membawa satu hubungan yg sangat special. 

Best ya kerja si Teja Citra ni, kerja dekat bookstore kot. My dream job. Jom tukar tempat nak? Haha tapi part job je la. Part yang mind reader tu idunwan. :)

Tapi, tengah syok baca. Part kedua buat sis jadi keliru. Rasa curious. Sebab kalau betul Teja ni mental. Memang aku koyak buku ni. Haha. Tapi sabar sabar. Lagi lama baca lagi banyak persoalan di Part one yang terjawab. Masuk Part 3. Dah cun dah. Storyline makin clear. Mood baca macam roller coster. Persoalan dari Paklong, Puan Lola, Dr Lee dll menjadi persoalan besar. 

Hm, ika suka sangat watak Teja. Dia buat kita rasa sama apa dia rasa. Part 2 turut mengheret kita sama utk ikuti perjalanan Teja merungkai permasalahan yg serabut dalam kepala dia. Misteri sangat. Mencari identiti sendiri walaupun kita yakin kita dah cukup tahu pasal identiti kita. Tapi di tonggang terbalikkan oleh org lain sampai kita was was dgn diri kita sendiri. And watak Maliq/Aidan. Manis dan misteri jua. Okay la padan la dgn Teja. 

Cumanya, mungkin ika terlepas pandang. Ika sepatutnya baca Hello, It's Me. Sebab ika agak clueless ya dengan watak Tiya & Duta yang tiba-tiba ada dalam storyline. Kerana terlangkah bendul haha ika kelihatan blur ya disitu. My bad. Tapi, tak apa la. Sebab ika still enjoy every moment dengan Jika Aku. Sekarang tengah baca Hello, It's Me. Tak sabar nak explore watak Duta and Tiya pula.

# Kalau dapat baca fikiran orang mesti hidup kita jadi tak best sebab ada baiknya tak payah tahu apa org fikirkan pasal kita. Serabut tau. 😂 Depan lain, dalam hati lain. Hipokrit sangat. 

Buku ni highly recommended! 
⭐⭐⭐⭐⭐

Sumber: Google
Ini la penulis Jika Aku: Anna Lee



Jul 11, 2020

BOOK REVIEW - BEAUTIFOOL : SEBUAH ANTOLOGI



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ika tak dapat nak recall berapa harga buku ni tapi kalau tak silap ika la SO Publishing ada buat jualan murah haritu. Rasanya, ini dalam RM 2 atau RM 3. Dan ini merupakan buku pertama dari mereka yang ika baca. Rasa tertarik sebab buku dia colour pink yang menenangkan hati. Ah gitu. Haha. 

Tapi dalam masa yang sama, buku ni mengetengahkan isu yang menarik buat pembaca. Isu yang khususnya buat para wanita & para lelaki juga. Selalu sangat kita dengar yang perempuan ni sanggup buat apa saja demi kecantikan walaupun boleh memudaratkan diri sendiri. Kan kan? Tapi tak salahkan perempuan jugak, Adakalanya, lelaki & masyarakat juga memberi pengaruh besar kenapa perempuan sanggup buat semua perkara tersebut. Kerana sifat suka compare, kritik yang keterlaluan dan sebagainya. 

Tajuk buku ini sesuai la dengan perbuatan yang dilakukan oleh mereka ini. Merangkumi 19 cerpen dari 19 penulis dalam bahan bacaan santai yang penuh pengajaran. 




Tak rugi tangan mencapai buku ini di rak. Antologi Beautifool ini bagi saya merupakan bahan bacaan yang ringkas tapi memberi satu kesan kepada pembaca. Mengisahkan tentang segelintir masyarakat kita yang berusaha untuk mencantikkan diri mereka dengan melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan semata mata demi meraih pujian. Namun, jika dilihat ke akar umbi mengapa ramai org sekarang bersikap sebegitu rupa, kerana mulut masyarakat kita juga lagi-lagi di zaman sekarang. 


Body & faceshaming yang keterlaluan boleh membuatkan seseorang yang lain rasa down. Gemok dikatakan macam gajah, kurus macam lidi penyapu, hitam macam punggung kuali, putih macam muka mati laki dan macam-macam lagi. Kisah di dalam Beautifool ini bukanlah propa semata-mata. Saya yakin berlaku di dunia nyata. Memang beauty is pain tapi sejauh mana kita memahami ayat itu. 

Semua cerita di dalam Beautifool ini best. Very straight forward. Simple & tak complicated. Mood tak meleret lansung bila baca. Recommend for those yang sukakan cerita yang tak corner sana sini. Lurus mcm pembaris. Hehe. 

Konklusi mudahnya, sayangilah diri kita. Ubah diri perlahan-lahan dan gunakan cara yang betul. Bukan secara merbahaya. Kerana ia bakal memudaratkan diri. Dan terimalah pasangan kita seadanya dia dan jangan di compare secara keterlaluan & jaga percakapan. 






Ika dah check dkt website SO. Masih kekal RM 3 ya buku ni dah korang boleh claim beberapa buku secara percuma. :) 

Jul 9, 2020

MOVIE REVIEW - EEGA (2012)


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Ika actually suka tengok Tamil movie. Hindustan pun layan jugak Tapi, mostly ika banyak tgk Tamil movie sebab em okay no reason. Nak kata banyak terdedah dgn org yg tgk cerita Tamil. Tak jugak. After all, it's all about myself. Haha. Minat sendiri. Kalau korang tanya ika mana nak tengok movie ni with subtitle. Boleh tengok dekat Netflix. Netflix memang ada banyak jugak cerita tamil & hindustan. 

Movie kalini, ika tengok lama dah. Tapi tadi tengok lagi sekali sebab ingat ingat lupa. Eega(2012).  Also known as Makkhi. Maksudnya lalat. Poster movie ni eye catching jugak. Suka dengan tagline "The Ultimate Revenge Story'. I wonder why this animal? Haha. Apa kaitan pulak dengan revenge? 




SYSNOPSIS: A man (Jani) loves a woman(Bindhu) but is killed by another jealous man(Sudeep), who lusts after the woman. He reincarnated as a fly and decides to avenge his death. He teams up with the woman to make the murderer's life a living hell. Source - Google
GENRE: Fantasy / Sci Fiction
YEAR: 2012 
STARING: Nani. Samantha Akkineni, Sudeep. 







Macam ika, I don't mind at all to watch fantasy movie like this. Untuk org yang tak suka tengok benda tak logik, merapu, out of box, pelik dan sebagainya. Ika tak suggest lansung untuk tengok cerita ni. Sebab ye la, lalat nak balas dendam. Tak logik. Tapi pendapat ika, ada ke cerita tamil yang bergenre macam ni yang logik haha. Tamil movie memang terkenal dengan scene yang tumbuk org melayang sampai pecah batu, datang satu geng gengster bawak parang pun masih tidak mampu mencalarkan hero. Haha. Tak make sense kan. Tapi tu la yang seronok sgt tgk tu. 

Main character ni mcm sekejap sangat dalam movie haha. T.T

Okay back to review. Satu love story yang agak menyedihkan jugak. Jani ambik masa 2 tahun untuk tackle Bindhu. Tapi Bindhu main tarik tali. Sampailah, Bindhu dah sedia untuk confess dekat Jani. Tak kesampaian sebab dah kena bunuh dengan lelaki yang tergila gilakan Bindhu. Tang ni sis emo. Camtu camtu je bunuh. Rasa mcm scene bunuh sekejap sgt. Takda meleret pulak mcm yang lain. Straight forward gila. Main character pun macam tak banyak sgt scene. Dah kena matikan watak. Tak puas. Nak jugak tengok Jani & Bindhu ni at least bercintan cintun masa Jani jadi manusia. 

Pernah tak korang imagine yang hero dia end up akan menjadi seekor haiwan haha? So weird okay. 



Kelahiran Semula! Strategi! Dendam! Effort! and of course cute. Haha. 
Bukan sebab dia lalat. Tapi sebab  walaupun dia haiwan yang kecik. Comel kot tgk dia punya cara nak balas dendam tu. Cara halus org panggil. Tapi tu ah. Kesian sebab kalau difikirkan yang dia hanya seekor lalat dan sampai bila bila pun akan jadi lalat. Dia boleh protect Bindhu tu saja. Nak lelebih cam kenot ah haha. Yang jahat tu, memang tak senang duduk la sebab kena kacau dgn lalat ni. Padan muka. Geram pulak sis. 

Good try la dekat producer movie Eega ni sebab berani cuba lain dari yang lain. Nak kata sama macam Antman tu, konsep haiwan saja la. Tapi kelogikkan cerita, Eega ni mcm lagi win la tak logik dia tu. 

Before that, this is just for fun review tau. Ika nak kata ika recommend tu, mcm tak la. Terpulang la dekat korang nak tengok ke tak hee. Sebab ika nak share je movie yang ika tengok. 



Jul 8, 2020

Throwback Aktiviti PKP 2020 - Melukis & Mewarna


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Saja la nak refresh balik apa yang ika buat sepanjang PKP 2020 beberapa bulan lepas selain dari baca buku & tengok movie. Ika sebenarnya ada beli sketch book dekat Ninso PKNS Shah Alam. Tak terguna-guna. So, kebetulan MCO. Lama pulak tu kan. So, berbekalkan sketch book tersebut, ika pun melukis la random cartoon. Saja suka-suka. Tak ada basic melukis lansung. Nak buat shadow ke, perfect circle ke memang kirim salam la. Haha. Macam mana boleh terjebak melukis? Sebab teman adik ika buat assignment melukis juga. 

Minat melukis tu memang ada sebab pernah ada hasrat nak lanjutkan pengajian dalam bidang seni lepas sekolah menengah. Tapi, berubah 360 darjah sebab atas nasihat abah. Abah kata ambil business la. Kalau ika nak ambik seni masa tu, kena ambik foundation setahun dulu. So abah berat hati and terus tak kasi ambil. Tak apalah, lagipun siapa kata kalau belajar bidang lain, tak boleh melukis. Jadi, tiada masalah la :) 




Yang seronoknya kan bila melukis seronok-seronok ni. Rasa release tension. Sebab kalau melukis ada rupa sikit tu kira nasib baik lah. Tapi, kalau melukis tak menjadi tu la yang kerja dok gelakkan diri sendiri tu. Haha. Tangan hilang satu jari la, kepala besar la, warna lain dari yang asal sebab tak ada pen colour tersebut, colour tak habis sebab malas. Haha so jadi macam tak stress lansung. Enjoy <3 span="">

Cuba korang tengok lukisan yang Monster Inc tu. Dah ada rupa macam Chibi Maruko Chan & Duta Mamee Monster dah. Ini yang kelakar. Belum tengok yang lain. Sama jugak. Tu Si Woody Toy Story tak ada mata sebab mata dia susah wei nak lukis. End up tak payah lukis. Settled satu masalah. Tangan Mario pun nampak pelik & misai dia senget. Tepuk dahi tengok. 

Hm, lepas tu, ika fikir why not ika beli pensel kaler sendiri dan benda-benda lain sendiri. Takkan nak pinjam orang punya kan. Nanti kalau barang orang tu rosak atau habis guna macam mana. So, beli la yang murah-murah dekat Ninso, Eco & Faber Castell. Benda asal ada cukup la. Lepastu, on je la nak melukis & mewarna. Yang penting, mood tu kena selalu on la. Karang, benda dah ada, mood yang tak ada-ada susah jugak. 




Ika ada suarakan dekat husband, yang ika nak belajar kaligrafi, nak buat journal and kalau rasa dah yakin sikit nak melukis dekat atas kanvas. Husband pun okay je. So, lepasni nak beli bahan untuk semua tu pulak. Korang doakan la minat suka-suka ika ni in future mendatangkan keuntungan untuk diri ika sendiri. Mana tahu nanti dah ada anak, bila anak suruh melukis. Ika boleh lukiskan. Haha gituw! 

Nak jadi ibu yang serba boleh! Ibu yang multitasking! Ibu yang kreatif! 



Orang kata, mana tahu lama-lama praktis. Akan asah skill lagi. Usaha nak belajar tu la yang paling penting. Budak-budak sekarang lagi advance melukis. Ika salute orang yang pandai serba serbi dalam bidang seni. Seni tu, memang satu anugerah yang paling besar dan mahal buat seseorang. Hargai dan buatlah perkara yang baik-baik sahaja dalam bidang seni tersebut. Semoga memberi inspirasi buat yang lain. 

Adik ika 2 orang dalam bidang seni. Grafik & Fashion Design. Ika nampak sendiri macam mana dieorang belajar, buat assignment, melukis, mewarna dll. Rasa terpegun. Belum tentu ika dapat buat macam yang dieorang buat. Belum lagi yang guna komputer. Haha. Ini ika guna apakebenda tah dekat komputer untuk melukis tu, mampu lukis orang lidi je dik. Haha. 

Agak-agak dalam 5 bintang. Korang nak bagi lukisan ika berapa bintang? Haha. 

Jul 7, 2020

OXWHITE MEMBERI BAUCER TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 
Apa itu Oxwhite?
Oxwhite adalah jenama gaya hidup e-dagang yang beroperasi dengan model perniagaan terus kepada pelanggan, memberikan akses alternatif jenama mewah yang menekankan kualiti premium pada harga yang berpatutan.
Oxwhite dilancarkan di Malaysia pada 2018 dengan hanya satu produk iaitu kemeja T asas putih. Bermula dari situ, jenama ini telah berkembang dan menawarkan pelbagai jenis produk khusus untuk keperluan harian penduduk Asia yang moden; dari pakaian kerja hingga kasual, dan untuk yang suka mengembara sehinggalah ke keperluan rumah dan kehidupan.
Sebagai satu jenama, Oxwhite bertujuan untuk terus menambah baik penawaran barangan untuk menjadi e-dagang pilihan penduduk Asia yang mahu tampil bergaya dan selesa dengan harga yang berpatutan.
Untuk lebih maklumat sila layari www.oxwhite.com


5 Jun  2020, KUALA LUMPUR: Oxwhite berusia dua tahun pada 30 Jun 2020. Bersempena dengan sambutan ulang tahun kedua ini, jenama e-dagang gaya hidup pengguna yang berkembang pesat di Malaysia ini, melancarkan promosi ulang tahun dengan memberikan baucar tunai bernilai lebih RM60,000.
Pelanggan boleh menebus baucar bernilai antara RM5-RM20 untuk pembelian bernilai RM50 ke atas.
Pelanggan juga akan mendapat potongan harga sehingga 50% untuk koleksi ulang tahun Oxwhite - yang menampilkan buku terlaris Oxwhite, produk organik dan barangan terpilih dalam kategori pakaian, rumah dan keperluan hidup.
Di samping itu, platform runcit dalam talian HappyFresh, turut memberikan baucar bernilai RM11,320 kepada pelanggan Oxwhite yang berbelanja  antara jam 12.00 tengah hari pada 30 Jun 2020 dan 11.59 malam pada 7 Julai 2020.
Pelanggan aplikasi Digi, Maxis dan RHB juga akan menikmati potongan tambahan apabila mereka berbelanja di platform e-dagang mulai 1 Julai 2020.
Bukan itu sahaja, Oxwhite juga akan melancarkan dua produk baru di platform e-dagang. Produk berkenaan adalah:
  1. Kemeja T Asas Oxwhite

Dibuat menggunakan fabrik 100% kain kapas yang lembut dan selesa, kemeja T asas ini direka dengan teliti agar sesuai dengan bentuk tubuh si pemakai. Setiap kemeja T asas dihantar dalam bungkusan kertas 100% biodegradasi, boleh diguna semula dan dikitar semula.

2. Tuala Bambu



Lebih lembut dan gebu berbanding tuala kapas biasa, tuala bambu ini menjadi lebih popular di spa dan premis mewah di seluruh dunia. Tuala berkualiti hotel ini dibuat secara eksklusif daripada viskose buluh dengan penuh tanggungjawab sosial. Tuala ini sangat menyerap, cepat kering, antibakteria dan anti bau.
Kini, Oxwhite telah berjaya menarik lebih 80,000 pelanggan dan berusaha untuk terus meningkatkan asas pelanggan dengan sasaran 200% tahun ini. Oleh itu, jenama gaya hidup ini akan melancarkan lebih banyak produk dan promosi dalam beberapa bulan akan datang. 
OW-Timeline-Infographic.jpg

So, tunggu apa lagi gais. Jom singgah ke website Oxwhite dan enjoy shopping. Korang mesti suka dengan barang yang ada dalam website mereka. Ika dah cuci mata dah tadi dan aim nak beli beberapa barang.

Website: www.oxwhite.com
Instagram: www.instagram.com/oxwhiteoffial
Facebook: www.facebook.com/oxwhitecom