July 2020 - Jari Jemari Menari ♡

Jul 26, 2020

Suprise Box dari Blogger Kasihku Amani

7:41 PM 16
Suprise Box dari Blogger Kasihku Amani

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini nak quick update pasal satu parcel yang ika received beberapa hari lepas. Tengok kotak dah tahu dari siapa. Ika sebenarnya nak try dulu projek ni dengan 1 blogger. And, ika pilih untuk cuba dengan Kak Kasihku Amani dulu. Ianya seolah olah macam swap/exchange book. Dalam kotak ni, benda wajib kena ada ialah buku. Berapa banyak buku, buku apa dan sebagainya terpulang. 

Seronok sebab dapat exchange buku kita dengan org lain, dan org tu offer buku yang kita tak pernah baca. And plus, kiteorang bukan saja exchange buku. Tapi we can put anything we want inside the box. Hee. Personally, ika rasa projek swap book ni bagus ya diterapkan dalam kalangan kita sebab dari buku tu dibuang atau diberikan kepada org yang tak menghargai buku tersebut. Ada lagi bagus beri kepada seseorang yang tentu-tentunya akan baca, sayang, hargai buku tersebut. Kita pun akan happy.  It just my personal opinion. 



Buku-buku yang ika pilih memang yang nak dibaca la. Kebetulan sangat, kak sha ada buku-buku tu. Ika pilih tajuk Ari, Penjara & Makalli. And kak sha bermurah hati bagi extra 1 lagi buku tajuk Waddat. Bila tengok balik, semuanya buku seram & thriller. Haha. Tapi tak apa la, ika okay je sebab memang baca genre  macamtu. 

Lepastu, ika macam eksited la bila bawak keluar barang lain. Tak expect pun kak sha nak bagi banyak macamni. Thankyou so much kak sha sebab sudi join projek ni and bagi a lot of things. Ika harap kak sha happy dengan apa yang ika bagi dekat kak sha. Happy reading and teruskan membaca tau. Ika suka tengok macam mana kak sha manage masa untul baca, kerja,uruskan anak-anak & lain lain. 

Ika ada plan nak buat satu lagi projek yang sama. Tapi tengah mencari blogger yang sudi collabrate sebab benda wajib yang patut ada dalam box ialah buku. If ada yang berminat, boleh pm tepi la. Nak cari sorang je hee. Boleh pm di IG - @sicashoid


Ini hadiah yang ika balut untuk Kak Sha. Yes, ika happy buat semua ni. 

Dan nantikan segmen baru yang ika akan buat khas untuk reader blog JJM ni and of course untuk book lover. Harap segmen ni akan konsisten & kerajinan tu sentiasa ada. Doakan! :) Ini mungkin akan jadi segmen paling lama akan bertahan dalam blog ni. InshaAllah. 


Kalau nak baca dekat blog Kak Kasihku Amani pasal parcel Ika, tekan link di bawah. 

Jul 9, 2020

MOVIE REVIEW - EEGA (2012)

7:46 PM 16
MOVIE REVIEW - EEGA (2012)

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Ika actually suka tengok Tamil movie. Hindustan pun layan jugak Tapi, mostly ika banyak tgk Tamil movie sebab em okay no reason. Nak kata banyak terdedah dgn org yg tgk cerita Tamil. Tak jugak. After all, it's all about myself. Haha. Minat sendiri. Kalau korang tanya ika mana nak tengok movie ni with subtitle. Boleh tengok dekat Netflix. Netflix memang ada banyak jugak cerita tamil & hindustan. 

Movie kalini, ika tengok lama dah. Tapi tadi tengok lagi sekali sebab ingat ingat lupa. Eega(2012).  Also known as Makkhi. Maksudnya lalat. Poster movie ni eye catching jugak. Suka dengan tagline "The Ultimate Revenge Story'. I wonder why this animal? Haha. Apa kaitan pulak dengan revenge? 




SYSNOPSIS: A man (Jani) loves a woman(Bindhu) but is killed by another jealous man(Sudeep), who lusts after the woman. He reincarnated as a fly and decides to avenge his death. He teams up with the woman to make the murderer's life a living hell. Source - Google
GENRE: Fantasy / Sci Fiction
YEAR: 2012 
STARING: Nani. Samantha Akkineni, Sudeep. 







Macam ika, I don't mind at all to watch fantasy movie like this. Untuk org yang tak suka tengok benda tak logik, merapu, out of box, pelik dan sebagainya. Ika tak suggest lansung untuk tengok cerita ni. Sebab ye la, lalat nak balas dendam. Tak logik. Tapi pendapat ika, ada ke cerita tamil yang bergenre macam ni yang logik haha. Tamil movie memang terkenal dengan scene yang tumbuk org melayang sampai pecah batu, datang satu geng gengster bawak parang pun masih tidak mampu mencalarkan hero. Haha. Tak make sense kan. Tapi tu la yang seronok sgt tgk tu. 

Main character ni mcm sekejap sangat dalam movie haha. T.T

Okay back to review. Satu love story yang agak menyedihkan jugak. Jani ambik masa 2 tahun untuk tackle Bindhu. Tapi Bindhu main tarik tali. Sampailah, Bindhu dah sedia untuk confess dekat Jani. Tak kesampaian sebab dah kena bunuh dengan lelaki yang tergila gilakan Bindhu. Tang ni sis emo. Camtu camtu je bunuh. Rasa mcm scene bunuh sekejap sgt. Takda meleret pulak mcm yang lain. Straight forward gila. Main character pun macam tak banyak sgt scene. Dah kena matikan watak. Tak puas. Nak jugak tengok Jani & Bindhu ni at least bercintan cintun masa Jani jadi manusia. 

Pernah tak korang imagine yang hero dia end up akan menjadi seekor haiwan haha? So weird okay. 



Kelahiran Semula! Strategi! Dendam! Effort! and of course cute. Haha. 
Bukan sebab dia lalat. Tapi sebab  walaupun dia haiwan yang kecik. Comel kot tgk dia punya cara nak balas dendam tu. Cara halus org panggil. Tapi tu ah. Kesian sebab kalau difikirkan yang dia hanya seekor lalat dan sampai bila bila pun akan jadi lalat. Dia boleh protect Bindhu tu saja. Nak lelebih cam kenot ah haha. Yang jahat tu, memang tak senang duduk la sebab kena kacau dgn lalat ni. Padan muka. Geram pulak sis. 

Good try la dekat producer movie Eega ni sebab berani cuba lain dari yang lain. Nak kata sama macam Antman tu, konsep haiwan saja la. Tapi kelogikkan cerita, Eega ni mcm lagi win la tak logik dia tu. 

Before that, this is just for fun review tau. Ika nak kata ika recommend tu, mcm tak la. Terpulang la dekat korang nak tengok ke tak hee. Sebab ika nak share je movie yang ika tengok. 



Jul 6, 2020

MOVIE REVIEW - HORROR STORY (2013)

9:53 AM 19
MOVIE REVIEW - HORROR STORY (2013)

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 


Next movie yang ika nak review ialah Horror Story. Pun boleh ditonton di Netflix. Previously, ika ada update pasal movie Lupt kan? . Actually, ika tengok movie ni dulu baru la Lupt. Haha. Ika tak expect yang Netflix akan ada banyak movie horror dari India. Dan, kalau Netflix tak masukkan movie ni. Mungkin ika pun takkan sedar kewujudan movie ni sampai bila-bila. So, thanks to Netflix. 

To be honest, apa yang menarik perhatian ika untuk tengok movie ni ialah bila ika baca sinposis yang tersangatlah ringkas di ruangan details dalam Netflix. Haha. Mudah terpengaruh? Yes for sure! Ika suka cerita dimana konsepnya ala-ala mcm "cabar mencabar" & explore. Okay, lets jump to review. Eh macam ayat youtuber. Haha. 

Bismillah. 


SYNOPSIS
A group of friends meet to bid farewell to another friend, who is going abroad. They decide to spend the night in a haunted hotel, which changes their life in a way they least expected. 

YEAR: 2013
Duration: 1 hour 31min
CAST: APARNAA BAJPAI, NISHANT SINGH, KARAN KUNDRA, SHEETAL SINGH, RAVISH DESAI


Permulaan cerita yang dah menarik minat ika untuk terus menghadap TV. Semua gara-gara sebab nak tahu apa yang dieorang bakal explore di sebuah hotel yang dikatakan berhantu. Ika paling nak tahu sangat, dengan keputusan secara drastik dieorang ni semua untuk ke sana, apa yang akan dieorang jumpa dan experience. Sebab selalunya kalau jenis buat keputusan on the spot ni, adalah satu keputusan yang memudratkan diri. Haha. Tiber. 



Suasana hotel yang sunyi, kosong, besar dan gelap menambahkan la rasa seram tu. Tapi bukan untuk 7 sekawan ni. Mungkin sebab dieorang rasa, dieorang dtg ramai. So, keberanian tu ada. Jujur cakap, kalau ika nampak hotel ni dari jauh pun. Ika takkan berani nak masuk sebab ah memang tak hingin la aku. Buang masa dan tenaga je dan yang penting tak berfaedah lansung tak explore tempat yang mcmtu. Yang perempuan pun sama naik juga eh, tak tau erti takut tu apa. 

Ika suka kejutan dalam movie ni sebab kejutan tu tak berhenti setakat tu saja. Dia mcm nonstop. Buatkan ika rasa tak senang duduk. Haha. Ika suka banyak part dalam movie ni antaranya kerusi roda bergerak sendiri tanpa ada org atas tu. Memang la dah biasakan scene ni dkt dlm cerita hantu. Tapi entah kenapa haha rasa dalam movie ni, rasa suka pulak scene ni. Mungkin sbb rasa mcm menjadi. And also, waktu salah sorang dari kwn perempuan dieorang yang tiba-tiba muncul hm korang kena tgk la kalau nak tahu apa jadi. 


Ika suka cerita macamni sebab ika suka tengok sejauh mana agaknya mereka ini dapat melarikan diri daripada bala yang mereka sendiri cari. Tak ada siapa suruh kan? haha. Ending best. Cuma korang kena accept la cerita bollywood ada la part yang over sikit kan. Tengok dekat Netflix k gais!

Rating: 4 /5