Apr 21, 2021

BOOK REVIEW - PUAKA TASIK BY KHAIRUL NIZAM KHAIRANI



 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ini merupakan naskah terakhir dari koleksi ika. Kalau nak baca Siri Puaka kena beli la ceritanya. By the way, setelah lama ika baca karya dari penulis Khairul Nizam Khairani. Ika rasa ika memang suka dengan cara penulisan beliau. Sebab rasa macam dia pandai menulis. Haha. Rasa macam hidup juga cerita-cerita yang dia tulis. 


Mukasurat: 122 mukasurat
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Penerbit: Penerbit X 
Tahun : 2018
Harga: RM 10 (SM)/ RM 12 (SS) 

Perniagaan Raja Zamarul merosot. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan drastik untuk pulang ke kampung dan menetap di sebuah banglo pusaka keluarganya. Dibawa bersama isteri & anak saudaranya Raja Zairi. Raja Zairi yang kehilangan kedua ibu bapanya tiada pilihan lain selain mengikut saja kemahuan maklong & paklongnya.

Kepulangan mereka sekeluarga menjadi buah mulut orang kampung. Kata mereka, penunggu tasik telah munculkan diri kerana keturunan Raja Tengah kembali ke situ. Berlakulah perkara-perkara yang aneh. Kehilangan beberapa orang pemuda & budak-budak telah menguatkan teori dimana penunggu tasik itu telah mengamuk dan mencari mangsa.

"Kelibat bayang hitam yang sangat besar selalu kelihatan di permukaan tasik itu."

Manakala, Raja Zairi. Dia binggung dengan apa yang dilihat sepanjang dia berada di banglo yang dikelilingi tasik itu. Gadis, bau busuk, banjir di dalam rumah & tapak kaki haiwan menjadi tanda tanya. Apa sebenarnya yang terjadi?

Secara peribadi. Saya memang suka dengan semua karya dari penulis. Memang kena dengan citrasa dan pengunaan ayat dari penulis terasa senang untuk dihadam. Mudah sangat. Cerita Puaka Tasik ini unik. Bilamana penulis describe tentang penunggu tasik itu. Saya imagine dan terus rasa takut. Haha. Storylinenya juga tersusun dan flow cerita pun disusun dengan baik. Cover pun cantik.

Kerana janji dan desakan hidup. Meranalah keturunan yang ada. Memilih untuk larikan diri dan meratapi nasib atau memilih untuk teruskan dengan apa yang dilakukan oleh tradisi keluarga dan hidup mewah. Demikianlah permainan syaitan menyesatkan manusia.#ikareviewbuku

4 comments:

  1. kalau hati tak cekal, senang ja syaitan nakkkkkkkkkkk sesatkan kita dlm pelbagai hal huhuhu

    ReplyDelete
  2. Akak dapat siri ini sebagai hadiah tapi belum baca baca lagi sebab akak ni penakut 😅 nanti terbayang-bayang

    ReplyDelete
  3. Cerita seram pun takut nak tengok..ni nak baca, tak tau la..imaginasi akak tinggi..haha

    ReplyDelete