Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Ika pernah share pada tahun 2019, mini library ika.Klik Sini. Tapi lepas dari tu, ika tak update sebabnya ika sendiri tiada masa untuk buat apa-apa dekat mini library tu selain dari menambah buku. Haha. Kalau tak silap masa tu, ika still jaga arwah mak yang sakit dan lepas daritu, sibuk kerja and uruskan hal kahwin. Jadi memang terabai sebentar la mini library dalam bilik tu.
Ika sebenarnya memang ada my own dream mini library. Kalau boleh nak rak besar atau rak yang penuh sampai ke atas, letak tangga. Boleh la fefeeling panjat tangga sebab nak cari buku. Lepastu nak ada sofa yang selesa. Kecil pun tak apa asalkan tak baca buku dekat atas katil. Sebab ending dia kadang tu ternganga tidur. Haha.
Kualiti memang teruk sungguh gambar ni.Pening kepala nak adjust. Handphone pun buat hal sekarang haih. T.T |
Lepas kahwin, ika ada suarakan dekat husband ika untuk buatkan ika at least satu ruangan tetap untuk letak semua buku. Sebab kalau korang nak tahu, ika suka ubah perabot. Setiap 6 bulan. Jenuh juga nak fikir habit macamtu. Tak stick in one place. Jadi, sepakat pilih ruangan di sebelah pintu masuk bilik. Gambar dekat atas merupakan mini library yang paling latest yang ika boleh usahakan untuk diri sendiri. Serius bersepah sebab lepas baca terus letak merata and dan tak ikut warna buku lansung.
Nanti, inshaAllah. Ika tak janji bila tapi ika harap lagi sekali ika share mengenai mini library ika. Memang dah sepenuhnya menjadi apa yang ika betul-betul nak. Sebab sekarang , ika pakai apa ada. Cadang memang nak besarkan meja and cari kerusi selesa. Besarkan rak & tambah floating shelf. Plus, ika nak beli any Tab or maybe Ipad khas untuk baca ebook. Sebab ika rasa, ika seronok juga baca ebook sekarang :)
Patut kutip derma kilat tak untuk beli rak baru haha. Okay jumpa lagi nanti dalam next entry oki!
cantiknya mini library ika, dah banyak progress ni..hehe
ReplyDeletedalam banyak2 port membaca katil juga yg paling selesa..haha
cantiknya mini library kak
ReplyDeleteCantikk dah mini library akak tuu, bersusun susun dah buku bahagian atas tuu, comel je susun ikut warna tag kan hehehe
ReplyDeletesemoga impian tu tercapai. salute dgn orang yang masih baca real book just like my girl.
ReplyDeleteSaya belum ada mini library.. Buku² banyak juga. Ada yang disimpan dalam kotak.
ReplyDeletesebagai seorang pengumpul buku, memang bahagia betul tengok gambar ni ika hehe
ReplyDeletewowww cantiknyaaa mini library..selamat berpuasa
ReplyDeletewow!
ReplyDeletemy friend pun buat mini library juga.. dia buat dekat bilik tetamu hehehe
ReplyDeleteSemoga your dream mini library akan jadi nyata suatu hari nanti. Mini library Ika yang sekarang ni pun akak suka tengok. Nampak cozy and inviting 😊
ReplyDeleteCantik mini library Ika.. Seronok nak membaca nie..
ReplyDeletecantiknya mini library Ika. kemas dan sedap mata memandang. Rajin tu suka ubah ubah setiap 6 bulan sekali. Sesekali tukar mood kan, why not :)
ReplyDeleteHehehe. Memang impian jika hobi dan banyak masa suka membaca. Akak pun ada library sendiri. Sekali dengan bilik kerja. So nak reading, baca kat meja kerja. Pastu kalau nak mood balkoni berangin, akak membaca kat kerusi rocking chair. Kerusi enjut tu masa menyusu anak pun relax. Masa membaca pun relax sebab bleh bersila sekali. Semoga impian ika menjadi kenyataan. Minimalist adalah yang terbaik. Hehe.
ReplyDeletefamily khai pun ada mini library juga. so buku2 lama banyak dekat rumah tu especially mastika. kadang2 balik bosan tak tau buat apa baca je buku tu. mak pun kadang suka baca novel
ReplyDeletedebooom lah mini library ika! suka tengok kemas je hehe
ReplyDeleteNampak kemas je, nanti nak tunjuk anak supaya dia boleh jadikan contoh utk tempat letak buku dia, kalau tak..mcm tongkang karam
ReplyDeleteoklah tu walaupun mini kan? nanti lama-lama akan jadi library besar pula.
ReplyDeletebestnyaaa. i pun dream my own library at home. hope dapat realisasikan. cantik mini library awak
ReplyDeletebanyaknya buku. Kalah sis! memang betul suka membaca ni. kipidap!! suka tgk, kemas
ReplyDeleteRawlins pun teringin nak ada satu ruangan untuk dijadikan my reading corner but for now, memadai dengan deretan rak ikea hehe
ReplyDeleteWahhh banyaknye buku ika. Kemas dan cantik je mini library.rajin setiap 6 bulan susun atur balik
ReplyDeleteMoga hasrat Ika tercapai ya. Kalau rajin boleh DIY, so costing tu tak terlalu mahal cuma kena cari part masa nak buat tu.
ReplyDeletesemoga tercapai nk upgrade mini library nanti. bagus sangat suka membaca buku..
ReplyDeleteStill kemas LAGI Tu.. suka tgk rumah org yg Ada banyak buki
ReplyDeleteSamalah Sis, kat rumah ni ada mini library.. walau takde laa membeli buku selalu, yang ada tu semua buku ilmiah jer, so boleh baca bila rasa perlu..
ReplyDeleteWahhh, kemas dan sangat menarik ye Mini Library ni... nak baca pun semangat sikit kan.. yang belah atas tue cantik macam2 color coding.. :P
ReplyDeletecantik mini library ika. kalau rumah besar, nak juga buat mini library camni, boleh letak novel2 akak.
ReplyDeleteSuka nya tengok mini library Ika. Cantik kemas tersusun! Kak nina pun suka baca buku tapi belum sampai nak buat library.
ReplyDeletebeli perabot kat ikea senang nk ubah ikut citarasa.,
ReplyDeleteskrg ni ebook lagi mudah dan murah rasanya., ;p
Cantik je lah gambar tu hihi. Tak sabar nak baca pasal mini library ika.
ReplyDeleteTerbaikk :D
ReplyDelete- Kebaikan Bersenam
- Swimwear Muslimah
- Sport Attire