Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
“Okay, let’s play a game, then.” - FATIYA
“Game?” - BLACK
“Yeah. Whoever falls in love first, loses!”- FATIYA
Nak throwback kejap. Ika beli buku Game Over Romeo ni dah lama rasanya. Masa baru keluar terus ke bookstore untuk beli sebab ramai bagi feedback yang baik. Walaupun ikutkan masa tu tengah catu duit. By the way. Ini karya pertama dari penulis yang ika baca. Jadi Ika ada sedikit high expectation bila ramai pula yang bagi rating tinggi di Goodreads. Bila baca sinopsis rasa macam tertarik juga dengan jalan cerita. Sebab kebelakangan ini, ramai penulis yang akan gabungkan 2 genre dalam satu novel. Which is menarik sangat.
Secara jujurnya, izinkan ika komen sedikit dengan perasaan jahat ika terhadap kulit buku yang ada terselit gambar orang. Ika sebenarnya kurang gemar bila ada penampakan muka orang di kulit buku. Sebab ika rasa ianya akan membunuh imaginasi ika terhadap watak di dalam novel tersebut. Tapi, ika juga kena terima yang memang sudah menjadi trend pada masa kini untuk ada kulit buku sebegini. Itu yang ika kena buang jauh-jauh perasaan jahat ini supaya tidak mempengaruhi keputusan ika untuk membeli sesebuah buku tersebut.
Maaf tiba-tiba komen soal isu kulit buku. Ini hanya pendapat peribadi. Tapi, apa pun. Ika tetap akan beli haha sebab perkara no 1 ika akan tengok ialah sinopsis. Kalau sinopsis menarik. Automatik ika letak kulit buku sebagai no 2 :)
Secara ringkas. Mengisahkan tentang Tiya & Black yang bertaruh dalam satu game. Di mana siapa yang jatuh cinta dulu akan ada perkara yang harus mereka tunaikan. Tiya sebenarnya balik ke Malaysia hanya disebabkan misi dia untuk membantu sepupunya untuk membalas dendam dekat Black. Sebab Black dikatakan telah membuatkan sepupu Tiya (Hany) frust menonggeng. Tipu secara alam maya.Sekali bila balik dia tak sangka bodyguard abangnya ialah Black iaitu lelaki yang sama dalam gambar yang Hany tunjuk. Jadi apa berlaku seterusnya?
Jangan sangka ini cerita cinta klise. Ada plot twist yang menarik untuk dibaca. Storyline juga disusun dengan baik. Ada flow cerita. Rasa macam tak sempat nak rasa ini dah kena rasa macam ni pulak. Rasa macam main roller coaster pulak bila baca GOR ni.
“Kenapa abang suka sangat dengan you ni eh?” - FATIYA
“I don’t know. Tapi I yakin lama-lama nanti, cik pun akan suka saya juga. Mungkin terus jatuh cinta.” - BLACK
Secara peribadi, Ika suka dengan watak Black. Seorang lelaki yang tenang dan bersahaja. Setia kepada majikan dan turutkan apa saja tanpa erti penat. Kerja seperti Black memang memerlukan skill dan juga emosi yang kuat. Tambahan pula, dia diberikan tugas ekstra oleh majikannya untuk menjaga Tiya yang sangat keras kepala dan annoying. Watak Black boleh dikatakan watak yang sukar dijangka. Was-was juga samada dia berada di pihak yang benar atau salah. Tak boleh nak predict juga tindakan Black seterusnya. Tapi, cukup la untuk membuatkan pembaca rasa positif dengan perwatakannya yang seperti diperkatakan pada awal tadi.
Cara Black kawal Tiya memang boleh dipuji. Kadang kita sendiri pun penat nak layan orang yang annoying kan. Diignorekan saja kalau dah malas. Tapi Black. Dia maish melayan. Tapi Tiya. Dia ada sebab kenapa dia berperangai macamtu. Okay la okay la. Kira kita boleh cakap watak kedua duanya melengkapi each other la. And rasanya boleh jangka apa yang akan jadi dengan kedua-dua watak ini dari segi perasaan jiwa. Cuma tak boleh nak agak apa keseluruhan cerita ini sebenarnya.
Tahniah penulis. Satu percubaan yang sangat baik. Ika pasti akan dapatkan karya cik penulis yang lain. Sebab ada ternampak beberapa lagi karya cik penulis yang ada di pasaran. Ika takkan giveup untuk baca cerita yang lain. All the best untuk apa saja yang cik penulis tengah usahakan :)
rabia singgah ke sini kak ika <3
ReplyDeleteTerimakasih singgah sini Rabia :)
Deletemacam menarik je baca sinopsis dia... ok nnt bole try cari ehhehe
ReplyDeleteKalau ikutkan, ika sendiri pun tertarik dengan sinopsis dia sebab tu beli :) Go go Kak Ret hee
DeleteCover depan tu Yusry ehh? haha . Kalau saya pula. ya saya baca sinopsisnya. Cover page saya okay sahaja mcm mna pun hehe
ReplyDeleteSaya tak pasti pulak awak. Bila awak cakap macamni, bila dibelek nampak macam iya tapi masih ragu-ragu hehe. Memang ada yang okay saja dan tak kisah. itulah mindset ni hehe jahat shuh shuh
DeleteOh. Ada twist yer, not the typical love story ye. Rawlins sebenarnya terpengaruh dengan cover dan synopsis sekali. Dua2 kena baca dan tengok sebelum beli haha
ReplyDeletelama x baca buku.. boleh masuk dalam list..jalan cerita menarik.. mmg biasanya sebelum beli buku.. mmg akan baca sinopsisnya terlebih dahulu
ReplyDeleteSinopsis dia menariklah. Lama tak membaca. Rasa kena mula balik ni rasa beku je otak...hihi
ReplyDeleteMenarik juga novel ni. Akak dah lama tak baca novel. Nanti nak cari novel Ika rekemen ni!
ReplyDeletesuka betul cerita yang ada plot twist. menarik and buat kita tak sabar nak tahu cerita selanjutnya
ReplyDeleteTertarik cara ika review buat kak Nina rasa nak beli Dan baca. Tapi kan... Watak Black tu kalau di adaptasi ke drama sesuai sapa ya?
ReplyDeletelawat sini..nice book
ReplyDelete