Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Kebelakangan ini, banyak ebook yang diberikan secara percuma oleh penulis kepada pembaca. Ika juga tidak lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Sebab ika nak explore lebih banyak lagi karya baru. Dan penulis-penulis ini juga penulis baru jika tidak silap. Salah satu ebook percuma yang ika terima ialah Pael & Cha dari Harita.
Terimakasih buat saudari Harita kerana memberikan ebook ini secara percuma untuk dibaca. Disebabkan ika ada kelapangan waktu untuk mengulas pada bulan ini. Jadi, selepas membaca ika akan terus letak di medsoc supaya lebih teratur. Ebook Pael & Cha ini memang sangat sesuai dibaca oleh pembaca yang masih boleh menerima cerita cinta yang manis dan tidak complicated. Cuma, ika rasa kalau kulit ebook ini kurang menyerlah. Tapi, don't judge book by it's cover. Sebab apa yang penting ialah isi di dalamnya. Kan?
Jom kita proceed ke ulasan ringkas. Bismillah.
Selepas Aisya menolak pinangan Nadim (ex boyfriend) nya. Pada hari yang sama juga, Rafael (Pael) yang secara tiba-tiba muncul di rumahnya juga telah masuk meminangnya. Aisya (Cha) merasakan perbuatan Rafael itu pelik dan menimbulkan tanda tanya. Dia tahu Rafael tidak sukakan dia dan dengan hanya mimik wajahnya saja sudah cukup memberikan Aisya jawapan yang jelas. Tetapi, lain pula bagi Rafael. Sudah lama dia memendam rasa dan keputusannya untuk menjadikan Aisya sebagai isterinya merupakan satu keputusan yang tepat.
Namun, timbul satu konflik 10 tahun yang lepas. Dimana Rafael sedar itu mungkin membuatkan Aisyah menolak pinangannya. Aisyah juga turut terluka dengan cerita lama tersebut. Apa sebenarnya yang terjadi 10 tahun lepas? dan apakah perbuatan yang dikesali Rafael?
RINGKAS | PADAT | TIDAK OVERDOSE TAHAP KEMANISAN
Penulis menampilkan satu karya yang easy going. Cerita cinta yang santai. Ika senang sekali membaca Pael & Cha ini. Dalam fasa reading slump ini juga, ika rasa ebook ini memang membantu ika untuk mengembalikan mood membaca. Tahniah buat penulis untuk kisah cinta yang manis tapi terkawal gulanya. Tiada part yang meloyakan dan boleh buat pembaca muntah hijau.
Watak Rafael di dalam ini boleh dikatakan seorang lelaki yang cool dan tidak mudah melatah. Meskipun dia tahu dia ada membuat kesilapan. Namun, dia sentiasa mencari ruang untuk menceritakan hal sebenar kepada Aisyah. Bukan sejenis lelaki yang mudah mengalah sebelum berjuang. Untuk watak Aisya pula, dia seorang gadis yang garang pada awalnya. Tapi bila berhadapan dengan Rafael. Perangai dia berubah 360 darjah which is kena admit la. Comel. Ika rasa penulis juga berjaya letakkan watak tambahan yang lain sebagai seri kepada cerita ini. Tanpa mereka, kaku juga la 2 watak utama ini. Mungkin krik krik. Tapi semuanya melengkapi dan mendukung antara satu sama lain.
Jalan cerita yang senang untuk difahami. Bahasa yang digunakan juga mudah untuk difahami. Konflik juga tidak rumit dan dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang sangat tepat. Tidak rushing juga dalam menghabiskan cerita. Walaupun, hakikatnya ika mengharapkan penulis dapat panjangkan lagi cerita sebab baru nak merasa kemanisan Pael & Cha ini. Tapi sebab penulis belanja ekstra part dimana diselitkan cerita Dena & Aizat. Tiada apa lagi nak dikatakan.
Tahniah penulis. Teruskan berkarya. <3
Selamat membaca dan moga bermanfaat..
ReplyDeleteTerimakasih. InshaAllah, mudah mudahan.
DeleteK ret pun suka jalan citer yg ringkas. Pastu cara olahan penulis dlm buku, suka baca yg x terlalu comolicatwd sgt dr segi bahasa.. Suka novel yg ringan2 je hahh.. Maklum dah tua2 ni mmg suka yg light2 aje ��
ReplyDeletedari gaya review boleh nampak ika have fun dengan cerita cinta pael dengan cha ni. Mesti susah nak move on kalau best kan?
ReplyDeleteSounds like an interesting read. Will check it out. Thank you for sharing your review.
ReplyDeleteHi, this is my 1st time visiting your blog. Nice reviewed. Di masa sekarang ini, kita memang suka bacaan dengan bahasa dan jalan cerita yang ringan ya. Penasaran saya membaca Pael dan Cha ini. But hei, its look like my nickname, Cha. hehe
ReplyDeleteSalam kenal dari Indonesia.
Rawlins pun kena belajar la mencintai ebook untuk novel sebab Rawlins terbiasa memegang yang fizikal. Dipinang pada hari yang sama kita menolak pinangan? Wow! Di situ dah menarik dah
ReplyDeleteSuka baca cerita yg sweet2 ni. Pastu mula la senyum sorang2 sambil berangan sendiri..hehe
ReplyDeletealamak...macam menarik jalan cerita ni... walaupun klise.. tapi cerita yg dekat dengan hati masyarakat jarang mengecewakan
ReplyDeleteWah bagusnya review dari Ika. Buku ni akak jarang jumpa. Nanti nak tengok kat shopee kot ada e-book mereka jual. Tq Ika.
ReplyDeleteTerhibur juga sekali sekala baca cerita bersemut macam ni kan..seronok dapat spend time membaca.
ReplyDeleteJalan cerita dia menarik lah! Nak tahu apa kes 10 tahu lepas tu. Macam tak sabar plak nak tahu
ReplyDeletedah lama tak baca buku, hehe. bagus ye rajin membaca. menarik juga storyline yer. berbaloi lah kan..
ReplyDeleteBila baca tidak overdose tahap kemanisan tu barulah ada rasa nak baca juga. Alaaa teringat zaman2 bujang masa masih hot setuff gituuu. Mesti dalam kepala ada nak terikut-ikut situasi macam dalam novel yang dibaca. Ehehehe
ReplyDeleteSame thought with you la sis for the first glance... sejujurnya ini genre kegemaran saya wor, i spend reading novel time zaman uni dulu selain menonton drama2 cinta.. jiwang bethol dulu.. :P senang la skrg ada ebook macam ni kan...
ReplyDeleteStarting story yg menarik buat AM nak cari gak ebook Pael dan Cha juga..
ReplyDeletenampak menarik tapi heheh x kene genre pulak
ReplyDelete