Feb 15, 2022

Book Review - Neraka Bawah Rumah by Khairul Naim

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Nak dijadikan cerita, jari ni rajin sangat search buku seram dekat Shopee bulan lepas. Sebab nak tahu jugak kalau ada buku best-best yang ika tak sedar kewujudannya. Jadi, masa tengah seronok scroll tu. Ika terjumpa satu buku ni yang dijual dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal ( tak pasti jika harga sudah berubah). Lepastu, bila tengok dekat shop seller tersebut yang dia siap jual dengan harga kombo. Last-last, ika decide beli yang kombo instead of per book. Lebih jimat.  :)


"Dia dapat rasakan seorang perempuan berdiri di hadapannya. Tapi..

Kenapa tangannya panjang sampai ke lantai? 

Kenapa wajah macam tanah merekah?

Mulutnya besar, bergigi tajam dan tidak berbibir. "


Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Irina. Ketika Irina cuba membantu seorang makcik yang tengah diragut. Niat baik Irina itu telah memakan dirinya sendiri apabila kepalanya diketuk oleh seorang lagi peragut yang sedang bersedia di motor. Selepas kejadian itu, Irina sering diganggu makhluk halus bernama Talis. Dia cuba meminta bantuan dari sahabat baiknya iaitu Fatin. Namun, dia tidak diendahkan. Itu yang membuatkan Irina nekad ke rumah Fatin untuk mencarinya. Ketakutan Irina telah membawa dia ke rumah Fatin. Disana lebih banyak kejadian pelik berlaku. 



Penulis: Khairul Naim
Penerbit: Penerbitan Paluan Seni 
Rating: 3/5
Mukasurat: 107 mukasurat

Apa sebenarnya yang terjadi kepada Irina dan Fatin? Apa punca Talis menganggu Irina?. 


Saya sendiri sebenarnya binggung dengan apa yang terjadi kepada Irina. Setelah kepalanya diketuk, dia terus dapat melihat dan dikacau oleh Talis (hantu). Adakah gara-gara kepalanya tercedera dan dia mula berhalusinasi?. Cerita Neraka Bawah Rumah ini bukanlah cerita hantu secara keseluruhannya. Siapa yang ragu-ragu nak beli, ika beritahu siap-siap. Buku ni lebih kepada psikologi thriller. Risau terberi spoiler kerana ceritanya pendek dan ringkas. Takut kalau tertulis panjang-panjang dah dapat agak jalan cerita. 


Ingatkan mimpi tetapi tidak, 

Ingatkan berhalusinasi tetapi tidak. 

Ingatkan realiti tetapi tidak, 

Ingatkan kebenaran tetapi tidak, 

Ingatkan penipuan tetapi tidak.


Ika suka dengan karakter yang ada di dalam Neraka Bawah Rumah ini. Terlalu misteri sehingga ika tak dapat nak agak apa yang terjadi. Terlalu banyak yang ditwist. Sebab banyak sangat plot twist dalam buku ni. Saya rasa penat untuk otak saya menghadamnya. Tapi, bagi saya okay la sebab segala persoalan saya terjawab juga di penghujung cerita. Itu yang penting. Tidak la saya ditinggalkan terkontang kanting memikirkan persoalan tersebut. Tak sangka juga kebenarannya sangat kelat untuk ditelan. Bagi ika, ini bukanlah naskah yang lansung tidak boleh dibaca. Masih ada keistimewaanya. 


Untuk isi di dalam, font yang digunakan besar. Gap spacing juga luas dan bukunya sangat nipis. Kira in one sitting dah boleh selesai baca. Satu percubaan yang baik oleh penulis. Cuma saya rasa, endingnya terlalu rushing. Seolah-olah penulis ingin cepat habiskan Neraka Bawah Rumah ini. Untuk watak Hilal juga terasa seperti satu watak yang boleh dikembangkan lagi. Mesti seronok jika dapat baca lebih lagi mengenai Irina & Hilal. 


Buat pembaca yang tidak cerewet dan teringin untuk baca karya yang jenis straight forward. Kalian boleh dapatkan buku ini di Shopee. Hanya search tajuk Neraka Bawah Tanah. 






No comments:

Post a Comment