Feb 15, 2022

EBook Review - Dersik Pilu by Ayeshah Amani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ini karya ke 6 dari Ayeshah Amani yang saya baca. Sejujurnya, Ayeshah Amani semakin baik dalam bidang penulisan berbanding dengan kali pertama karyanya yang saya baca iaitu Duda Buat Safeera beberapa tahun yang lalu. Terimakasih juga kepada penulis untuk ebook Dersik Pilu. Mungkin lepas ini, saya akan baca novel Lockdown Moment. Sengaja saya tinggalkan karya sulung penulis yang menjadi best seller di Fajar Pakeer untuk dibaca pada akhir sekali. 


Secara ringkasnya, Dersik Pilu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Qisya. Dia mempunyai seorang rakan baik bernama Afifah. Kemana-mana saja pasti berdua. Dan kehadiran abang Afifah iaitu Ziyyad yang disengajakan oleh Afifah itu telah membuatkan Qisya rasa tidak senang. Lagi pula, Ziyyad juga seperti tidak suka dengan kehadirannya. Apa yang akan jadi selepas itu?. Sampai bila agaknya Qisya & Ziyyad akan kaku sebegitu? Saya nak highlight secara ringkas beberapa perkara yang saya suka dengan Dersik Pilu. 

• Pengunaan ayat yang puitis. 


• Hubungan persahabatan yang baik dan akrab antara Afifah dan Qisya. Ini membuatkan saya rasa ingin lebih lagi menghargai sahabat yang berada di sekeliling saya. Berat perasaan yang dirasa jika kehilangan sahabat. Saya percaya itu.


• Suka dengan gap dan limit yang telah Ziyyad hadkan. Dia tahu dan faham tugasnya sebagai seorang yang perlu bersikap professional ketika bekerja di rumah dan lain-lain. 


• Menjadi seorang Qisya memerlukan hati yang sangat kuat. Bukan mudah untuk menerima dugaan yang berat dalam hidup. Terutamanya bila dugaan tersebut memerlukan dia untuk belajar menerima ketentuan Ilhai. Bertubi-tubi rasanya Qisya diuji. Tapi, itu yang menjadi akar umbi kekuatanya.


• Memang sedih. Pengakhiran yang meninggalkan kesan yang mendalam. Entah bagaimana agaknya Qisya mendapat kekuatan untuk bangkit. Bukan senang. Dari tersenyum gembira akan kehadiran seseorang disisi sehingga keseorangan. Begitulah pengakhiran kita sebagai manusia.


Kalau kalian berminat nak dapatkan Dersik Pilu, kalian boleh direct message penulis di Instagram. Mungkin juga penulis akan jual ebook tersebut kepada kalian. 



 





No comments:

Post a Comment