Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Buku Dr Alpha Male dari penulis Anjell ini sangat hype dari hari pertama buku ini dikeluarkan sehinggalah sekarang. Bayangkan dari tahun 2017 - 2022. Buku ni masih mendapat tempat di hati pembaca novel di Malaysia. Dan, ika masih nampak ada beberapa rakan pembaca di Instagram yang mula bercakap pasal buku ini sejak beberapa bulan yang lepas.
Alasan utama kenapa ika simpan buku ini hampir setahun di rak sebab ika risau jika ika mula baca DAM, tak kena dengan taste ika. Ini sebenarnya yang merisaukan ika. Ika akan terlalu jujur tanpa berselindung mengatakan apa yang ika rasa tentang DAM ini. Sebelum itu, ika nak minta maaf banyak-banyak jika ulasan buku DAM ini akan menganggu sedikit sebanyak niat kalian yang baru saja terasa nak baca DAM ini. Tapi, ini hanya pendapat peribadi ika. Mari mulakan dengan apa yang menganggu pembacaan ika:-
Terlalu banyak kebetulan.
“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – Hilman Ukasyah
Banyak sangat kebetulan dalam hidup Hazel & Hilman. Dari perselisihan faham di 7E, mereka berdua jumpa pula di kolej di mana tempat Hazel belajar. Tup tup, mereka berjiran pulak dan seterusnya adik Hilman jatuh cinta dengan kawan baik Hazel, Sabiha. Jumpa orang yang sama terlalu kerap? Menarik tapi jarang berlaku. Untuk orang macam ika, ika tak boleh nak relate lansung. Meskipun ini cerita fiksyen namun ika rasa harus meletakkan logik akal bab bab terserempak ni.
Normally, kita ni nak berjumpa dengan orang yang kita kenal tu memang susah. Kadang kalau jumpa sekalipun, mahu dari jauh dah U Turn. Entahlah, bab terserempak ni memang tak boleh nak faham. Sebab, dalam banyak-banyak orang. Bula pula lecturer kau berjiran dengan kau. Memang la Hilman tu baru balik dari luar negara tapi itulah, dalam banyak-banyak orang. Jadi jiran pula.
Kesempurnaan yang Keterlaluan.
Untuk karakter Hilman. Terlalu sempurna! Sebagai seorang manusia biasa pasti ada celanya. Dari cara penulis describe Hilman. Memang boleh buat pembaca muda berangan teruk. Mahunya tak boleh nak move on. Sebab nyatanya secara realiti, kalau kau kacak mungkin kau pendek. Kalau kau pendek mungkin kau kaya dan kalau kau kaya mungkin kau tak kacak. Selalunya begitulah. Tapi andai kata ada seseorang yang memang boleh dikatakan hampir sempurna , maka itu mungkin jarang sekali dapat dijumpai. Ini contoh sahaja, tidak ada tuju kepada sesiapa.
Seperti Hilman. Penulis gambarkan dia sebagai seorang lelaki yang kacak, anak Dato, bijak, bekerja, smart, pandai seni mempertahankan diri, seksi, hot, very protective dan lain-lain. Sebab tu Hazel asyik lemah lutut je kalau nampak Hilman. Belek muka tak usah cakap. Kira memang tidak jemu dipandang. Ika sebenarnya okay jika penulis reka watak yang tidak sempurna. Sebab bagi saya lebih realistik.
"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." -
Hilman Ukasyah
Untuk watak Hilman, saya suka wataknya hanya ketika dia mengajar. Very strict lecturer. Strict dapat mendisiplinkan pelajar. Dan pelajar pun tak main-main untuk subjek dia mengajar dan tidak ponteng. Boleh rasa aura lecturer dari watak Hilman.
Heroin
Hazel sepertinya seorang gadis yang kelihatan lantang bersuara namun bila waktu dia sepatutnya kena bersuara. Dia tak buat. Dan itu sangat mengecewakan. Kenapa dia tak terus cakap dekat tunang dia masa dia nampak tunang dia curang dengan dia. Marahlah sebab kau memang patut marah. Kena dengan situasi dan tempat. Ini tidak, duduk la ceruk mana menangis. Mujur la ada pemujuk.
Dan kalau tak kena rogol pun cuba beritahu orang yang kau tak dirogol. Diamkan diri menimbulkan lebih banyak salah faham. Sebabnya tak ada sebab pun kenapa kena pekakkan telinga dan terima apa yang jadi. Tak faham kadang dengan perangai Hazel. Complicated.
Mana yang baik saya boleh ambil dari buku ini, saya ambil dan jadikan pengajaran. Selebihnya saya hanya nyatakan pendapat peribadi saya. Saya tahu buku ini terlalu ramai peminat. Malah saya juga yakin, ada juga kalian yang sangat meminati dengan karakter dalam DAM ini. Saya percaya semua pembaca juga ada taste tersendiri dan mungkin saya bukan target reader Anjell.
--
Terlalu sempurna pun boleh jadi gangguan untuk membaca..
ReplyDelete