Jun 6, 2022

Book Haul - PBAKL 2022 di WTCKL



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Kalau kalian nak tahu, sekarang tengah berlansung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 di WTCKL. Dan, pesta ini sangat dinanti nantikan oleh semua pembaca buku sejak beberapa bulan yang lepas. Ika juga tidak lepaskan peluang untuk ke sana pada Sabtu lepas. Yang gigihnya, lepas balik kerja terus drive ke sana. Bila fikirkan jalan sesak, rasa macam malas. Tapi memikirkan yang sekali sekala bersesak apa salahnya. Husband pula bagi permission. Apa lagi, ika angkut adik ika sekali dengan ika buat peneman. Nak berjalan sorang boleh tapi lebih afdhal berdua. 


Kalau datang awal mungkin boleh park kereta dekat Sunway Putra Mall. Kalau nak lagi senang boleh naik pengangkutan awam sahaja. Jimat minyak dan tenaga. Ika cadangkan untuk kalian bergerak awal untuk sampai awal. Kalau lambat memang sangat sesak. Pesta kalini memang lain kemeriahannya mungkin sebab dah 2 tahun pesta ini tertangguh. Jadi, memang orang lepas geram kalini. 



Tapi malangnya, bila sampai sana. Memang terus rambang mata tengok banyak buku dan harga dia memang tak masuk akal. Memang sangat murah. Rupanya rakyat Malaysia masih sukakan buku. Jadi, seronok pula bila dah ramai-ramai tu. Masing-masing datang dengan family, kawan, rombongan sekolah dan lain-lain. Yang penting jangan jadi macam ika. Kalau kalian berhajat nak ke PBAKL. Make sure tahu nak beli apa dan buat senarai. Kemudian tahu di mana no kedudukan reruai yang kalian cari dan bawa beg yang sesuai untuk bawa buku-buku yang dibeli. Nanti over bajet. 


Ini merupakan buku-buku yang ika sempat beli semasa singgah ke booth di PBAKL. Ada 14 buah kesemuanya. 2 buah buku tiada dalam gambar sebab sebuah ada dalam simpanan Siqah dan sebuah lagi akan dihantar kemudian by pos. 


-Anarkis Bangkit / Khairul Nizam Khairani (RM 4 / Reruai Pavilion PTS)

-Anarkis / Khairul Nizam Khairani (RM 4 / Reruai Pavilion PTS)

- Simulasi/ Lokman Hakim (RM 4 / Reruai Pavilion PTS)

- Eksistensi / Lokman Hakim (RM 4 / Reruai Pavilion PTS)

- Hiatus / Budak Tomato  (RM 3 / Reruai Iman Publication -Clearance)

-Kombo Silat Boy / Beng Wong ( RM 25 / Reruai Pavilion PTS)

-Kombo Misi Solat Lima Waktu (RM 18 / Reruai Pavilion PTS)

-ESC /Budak Tomato (RM 3 / Reruai Iman Publication - Clearance)

- Nahkoda Tenggang / Mohamad Shaidan. (RM 5 / Reruai ITBM)

- Nabi Adam AS (RM 3 /Reruai Iman Publication-Clearance)

*Bookmark - RM 5 





12 comments:

  1. Replies
    1. Harga dekat PBAKL memang murah. Ada juga buku yang harga tak masuk akal. Kena pandai menyelam dekat sana :)

      Delete
  2. Halahhh seronoknya dpt pi pbakl. teringin nk bli buku budak tomatu tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok. Lepas gian setelah sekian lama tak ke pesta. Buku budak Tomato ni tengah ada clearance dekat reruai Iman Publication. Murah sangat cik jaja.

      Delete
  3. Dah lama tak pi book fare ni..
    Zaman bujang rajin ler.. skrg ni kurang nk pi tmpt2 event ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee book fair ni pun baru je ada tahun ni. Dapat juga booklover pergi ke pesta buku walaupun musim covid. Hehe

      Delete
  4. memang murah harga tu. aduh belum berkesempatan nak pergi. betullah kalau tak plan memang lari bajet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. kalau pergi menonong memang boleh kering poket dibuatnya haha. Kena ada target nak beli buku apa. Sekurang-kurang tak overspent.

      Delete
  5. wow RM4 je? Okayyyy nak memborong nanti hihi kena angkut bagpack ni haha

    ReplyDelete
  6. Murahnya..tak sabar nak pergi minggu ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh selamat berjalan dan memborong buku Fariha :)

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete