Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Masih terlalu awal untuk jangkakan keseluruhan jalan cerita bagi siri Kru Paranormal ini. Sebab setiap buku mempunyai kesinambungan yang sangat berkait rapat. Ternyata, penulis bijak memberikan tanda tanya kepada pembaca setiap kali pembaca berada di helaian terakhir. Jadi, macam mana sekalipun, pembaca yang sudah terjebak dengan siri ini perlu dapatkan kesemua siri. Jangan tercicir walaupun hanya satu siri sebab ada watak yang diflashback semula dari siri sebelumnya.
Bagi saya, kedua-dua siri sebelum ini iaitu Baphomet dan Hantu Misi lebih kepada misteri berbanding seram. Berbeza bagi Imaginary Friend, saya boleh cakap ada gabungan elemen seram dan misteri. Sebab, saya dapat rasakan aura meremang ketika membaca beberapa bahagian di dalam Imaginary Friend ini. Meremang beb.
Masih menjadi persoalan siapa agaknya dalang disebalik semua kejadian pembunuhan yang terjadi. Saya bercakap mengenai hantu berkepala kambing. Memang psiko orang tersebut kerana sangat berani mengambil nyawa orang tanpa rasa bersalah. Selalunya orang macamni ada sakit mental. Atau dia memang psikopat. Dia akan puas hati bila melakukan sesuatu yang salah.
Blurb Imaginary Friend~ |
Dalam Imaginary Friend kali ini, kita akan menyelusuri perjalanan hidup Khairil. Kharil pulang ke Malaysia hanya kerana ingin menziarahi ibunya yang sakit. Lama dia membawa diri ke negara orang. Sejak kepulangannya di rumah itu, banyak peristiwa pelik berlaku. Malah, ada juga yang tak dijangkau dek akal. Bisikan, penampakan, mimpi, kemunculan Ajim (kawan imaginasi Aril) & ibunya yang kerap hilang dan banyak lagi. Semuanya menganggu Aril. Malah, Aril juga boleh dikatakan macam seolah-olah short/lost memory. Ada rahsia besar yang terjadi dan hanya diketahui oleh rakan baiknya Epul. Namun, Aril lansung tidak ingat apa-apa. Apa agaknya yang terjadi ya?
Kalian kena dapatkan siri ini untuk mengetahui lebih lanjut. Saya lebih puas hati dan suka dengan siri ketiga ini. Tahniah penulis. Sata dapat rasa semua emosi di dalam ini. Saya masih terfikir-fikir beberapa bahagian di dalam ini yang bikin bulu roma saya naik. Dan dalam masa yang sama, saya geram sebab clueless di bahagian terakhir cerita. Mujur la sambungan setiap siri tidak mengambil masa yang lama untuk diterbitkan. Kalau tidak saya merajuk setahun haha. Untuk watak pula. Kalian akan diperkenalkan dengan watak baru. Watak seperti Imtiaz dan siri sebelumnya tiada.
hebat betul penulis ya boleh buat pembaca ternanti-nanti.
ReplyDeleteTeruja nya nak baca sambungan dia.. tq share review..
ReplyDelete