Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Secara ringkas, Miss Adventure mengisahkan tentang 3 beradik (Rufaidah, Uwais & Nuqman) yang terjerumus masuk ke dimensi lain ketika mereka mengikut ibu mereka ke Bota, Perak. Hanya disebabkan sebuah gerobok usang yang ada di dalam bilik tempat mereka menyewa. Atas kenakalan dan kecuaian adik mereka. Sekelip mata mereka ditarik ke dalam almari dan berada di satu tempat yang sangat asing. Mampukah mereka mencari jalan untuk keluar dari dunia asing itu?
Saya suka dengan jalan cerita dari awal sehingga akhir. Ada vibes Narnia. Disusun dengan baik. Ada perkembangan dari segi jalan cerita dan watak. Saya sendiri selesa dengan cara penulis menulis. Sebab itu memang laju berdesup baca. Tambahan pula ada elemen misteri, fantasi dan pengembaraan. Jadi, lagi teruja nak mengetahui apa yang akan terjadi kepada 3 beradik itu ketika mereka berada di dimensi lain. Pertemuan mereka dengan seorang gadis bernama Anum menambah rencah dalam cerita ini.
Selain dari itu, saya rasa sepertinya akan lebih seronok jika dapat mengetahui dengan lebih lanjut cerita Anum sebelum dia berada di tempat asing itu. Apa yang terjadi kepadanya.
"Orang yang terdesak akan sanggup buat apa-apa sahaja"
Saya simpati dengan karakter Anum terutamanya. Membawa diri jauh dari keluarga. Sehingga dia sudah hilang keinginan untuk kembali di sisi keluarganya. Sudah semestinya emosi Anum terganggu. Namun begitu, walaupun dia melalu satu fasa hidup yang tidak indah. Dia sehabis baik membantu 3 beradik ini kerana baginya mereka ini masih ada keluarga yang menyayangi mereka. Tidak seperti dia.
Anum juga seorang yang tetap pendirian. Dia tahu apa yang dia mahukan dan tetap teguh dengan pendirian walaupun dipujuk oleh Rufaidah untuk kembali ke dunia asal. Begitulah. Ada manusia jika kata A. A la. Tak boleh jadi B atau C. Kita kena hormat dengan pendirian orang lain.
Jangan risau jika kalian rasa buku ini akan mengambil masa kalian. Buku ini nipis dan in one sitting saja sudah boleh habiskan. Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur (remaja-dewasa) dan yang penting walaupun ada elemen misteri. Ianya tidak sedikit pun membuatkan adik-adik /anak kalian sehingga takut untuk ke tandas. ✨
Suka sinopsis dia.. Nanti nak belikan untuk anak dara..
ReplyDelete