Apr 19, 2024

Ulasan Buku - Perempuan Busana Merah by Ramlee Awang Murshid


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Aku bukan hantu..bukan syaitan. 


Lama rasanya ika tak beli buku RAM. Kalau tak silap rasanya buku terakhir ika beli tajuk Mandatori. Finally semalam sampai juga buku pre order yang ditunggu-tunggu. Pre Order ni dapar 2 freegift iaitu magnetic bookmark & poskad. Cantik. Thank you Buku Prima. Semalam tepat pukul 2 pagi ika habis baca ✨ 


Jom baca resensi PBM. Bismillah. 


Sinopsis Ringkas: Mukmin menerima tawaran kerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah agam di Kundasang, Sabah. Dan di rumah agam itulah ada seorang perempuan busana merah yang sering kelihatan bagi orang yang hijab matanya terbuka. Akhirnya, Mukmin & perempuan itu berjumpa sesama mereka buat pertama kalinya disana. Apa yang terjadi seterusnya? 


..memegang kepalanya, kemudian menarik ke bawah. 
Dia kelihatan memegang kepalanya sendiri. 
Tubuhnya yang mongel itu nampak tidak berkepala 


Let me tell you something 🤏🏻 
Cerita ni bakal memanipulasi minda kalian sebagai pembaca bijaksana.




Buku nipis tapi tak sangka dengan terlalu banyak sangat perkara yang berlaku dalam PBM ni. Penulis berjaya habiskan cerita dengan perkataan tamat. Kalau baca sinopsis belakang nampak macam simplenya storyline & perempuan busana merah tu mesti roh yang terperangkap di mana-mana. Tipikal kan?
BUT guys -- Cerita ni lebih dari tu. Pemikiran penulis jauh berlangkah-langkah dari pembaca. Dan bila kita baca cerita PBM ini berinspirasikan apa. Kita lagi macam wow 🙌🏻 


Baca cerita ni yang penting kena tumpukan perhatian & sabar. Takut konfius. Watak tak banyak tapi dari segi timeline & plot twist dia. Tak santai. Kalau hilang fokus mungkin korang akan lost. 


Bayangkan dari Kundasang yang dikatakan Little New Zealand tu terus ke satu dimensi fantasi yang lain. Dunia fantasi yang direka penulis berhubungkait dengan misteri yang ada di rumah agam tersebut. Kemudian, dibawa pula kita ke dalam alam mimpi. Kita amaze. 


Kemudian, towards the end tu sangat laju macam tak ada hari esok dan plot twist dia macam sangat banyak sampaikan kita terpaksa selang seli bacaan dengan buat something else untuk tenangkan fikiran hshs.

Karakter Mukmin yang lurus bendul tu kalau bab lain dia memang bendul (lurus macam pembaris). Tapi kalau bab nak mempertahankan dan menyelamatkan seseorang. Dia No 1. Jadi tuan rumah agam (Cik Lily) tidak salah memilih orang untuk kali ini. Sebab Mukmin sejenis yang tidak akan duduk mendiamkan diri selagi tidak masalah di tempat dia bekerja tidak diselesaikan. 

📌 Rekomen PBM untuk collector & peminat setia RAM. 
📌 Ada elemen misteri, fantasi, thriller & keagamaan yang diselitkan penulis. 
📌 In one sitting dapat habiskan. 
📌 Unexpected ending & plot twist.
📌 Dapat belajar perkataan baharu yang tak pernah tahu sebelum ni.






Apr 15, 2024

Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Bukan Sekadar untuk Raya: Bayu Somerset Takrif Semula Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian


Bayu Somerset adalah perintis jenama fesyen yang membawakan nafas baharu terhadap industri fesyen tempatan

dengan rekaan ranggi dan visi inklusif. Ditubuhkan pada 2021 oleh Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pasangan yang

dahulunya bekerja sebagai pegawai bank, melahirkan Bayu Somerset atas keinginan untuk mengisi ruang kosong

untuk baju kurung yang berwarna-warni dan ranggi, di mana selalunya didominasi dengan rekaan bersederhana.

Bayu Somerset juga menawarkan rangkaian pakaian yang boleh diakses semua tanpa mengira usia, latar belakang,

warna kulit, saiz, majlis, atau musim.  


Sambil menguruskan lima cawangan kedai fizikal, Bayu Somerset semakin bersinar di dunia e-dagang di

mana mereka sentiasa belajar dan menyahut cabaran landskap dunia digital. Memahami keperluan untuk

mengadaptasi, Emir menggunakan pendekatan dipacu teknologi dan memberi fokus terhadap trend semasa

seperti berstrim langsung dan pemasaran affiliate.


"Peralihan kepada e-dagang memerlukan kita untuk sentiasa belajar dan adaptasi, terutamanya dalam mengikuti

trend semasa,” kata Emir. "Ianya memerlukan pelbagai sumber penting, tetapi potensi manfaat yang boleh dikecapi

syarikat dan jenama tidak boleh dinafikan. Shopee merupakan salah satu sumber kritikal dalam membantu kami

mengharungi cabaran dalam talian. Shopee bukan sahaja membantu menarik pelanggan untuk membeli tetapi juga

meluaskan kesedaran jenama kami. Pendedahan jenama amat penting dalam dunia e-dagang, dan kestabilan

platform Shopee adalah sesuatu yang saya amat hargai.” 


Bayu Somerset mengambil pendekatan dinamik terhadap Shopee Live, berstrim langsung lapan jam sehari,

dua jam setiap sesi, tanpa mengira musim. Strategi ini memastikan keterlibatan pelanggan yang konsisten dan

melangkaui kemuncak musim seperti Raya. Walaupun mengakui prestasi jualan meningkat sepuluh kali ganda

semasa musim Raya, Bayu Somerset mengutamakan kelestarian berbanding kebergantungan terhadap kemuncak

musim. Selari dengan visi mereka untuk mempromosikan pemakaian baju kurung sebagai pakaian harian,

ayu Somerset memperkenalkan sekurang-kurangnya dua koleksi baharu setiap bulan, dengan saiz sehingga 5XL

untuk memastikan keterangkuman.   


Semasa sesi Shopee Live Bayu Somerset, pengacara dengan bersemangat berkongsi tentang keselesaan memakai

baju kurung dengan mengetengahkan keselesaan fabrik kapas yang diguna bersesuaian dengan cuaca Malaysia.

Dengan memastikan kemampuan milik, mereka menawarkan pakaian dengan harga serendah RM79, tanpa

kompromi terhadap kualiti. Semasa bulan Ramadan, pengacara juga mempamerkan koleksi Raya yang

merangkumi lapan koleksi berbeza di mana setiap koleksi mempunyai enam ke sepuluh corak, dan koleksi-koleksi

ini termasuk pakaian kanak-kanak dan pakaian lelaki. Rekaan diinspirasikan dari budaya Malaysia dan

gabungan ceria pelbagai budaya seperti dilihat dalam koleksi Moroccan, Mexican, dan African. Tambahan lagi,

Bayu Somerset baru-baru ini berkolaborasi dengan pengilustrasi tempatan, Arina Azhar untuk membawakan ‘whimsical vibe’ dan ‘twist’ menyeronokkan terhadap penawaran pakaian mereka.



Review pelanggan dan ruangan komen Shopee Live Bayu Somerset dipenuhi dengan pelanggan yang

berpuas hati dengan pembelian mereka seperti “Saya memakai baju kurung Bayu Somerset semasa berkebun!

Ianya sangat versatil, saya amat sukakannya!”, “Saya selalu memakai baju Bayu Somerset untuk ke pasar raya

atau cafe hopping. Fabrik yang mereka gunakan amat ringan tetapi tahan lasak, sesuai untuk pakaian harian.”

Sesi strim langsung Bayu Somerset bukan sahaja bertujuan untuk mempamerkan produk, tetapi turut memupuk

komuniti berkaitan keselesaan berpakaian dan fesyen versatil.  


Bayu Somerset aktif mengeratkan hubungan dengan pelanggan melalui ciri Shopee seperti Shopee Coins

dan baucar untuk meningkatkan lagi perjalanan membeli-belah mereka. Penawaran diskaun dan ganjaran

memberi insentif untuk pembelian berulang dan membina kesetiaan pelanggan. Tambahan lagi, penyertaan

mereka dalam kempen Raya Shopee, termasuk pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang

berstrim langsung dan ditontoni 70,000 rakyat Malaysia, menggunakan kebolehcapaian meluas platform

semasa musim perayaan untuk mempamerkan koleksi terkini dan menawarkan promosi istimewa.

Dengan menggunakan ciri dan kempen Shopee secara strategik, Bayu Somerset menguatkan kesedaran

jenama dan meningkatkan pengalaman pelanggan.  


Tambahan lagi, Diana menjelaskan kejayaan jenama dengan program Shopee Affiliate:

“Kami dapat melihat impak signifikan dari ahli

affiliate yang aktif mempromosikan Bayu Somerset dalam platform media sosial, terutamanya di aplikasi X. Ahli-ahli affiliate ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan kredibiliti jenama melalui testimonial dan perkongsian pengalaman memakai produk kami, yang memacu aktiviti pembelian.” Dengan program Shopee Affiliate, Bayu Somerset, dengan efektif berjaya menyebarkan mesej tentang nilai jenama mereka, harga mampu milik, dan rekaan unik, lalu meluaskan kecapaian dan impak pasaran. 


Bayu Somerset bercadang untuk meneruskan perjuangan. Dipacu semangat keusahawan, pesan Diana dan Emir kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia e-dagang: “Maksimumkan penggunaan ciri Shopee seperti Shopee Live dan Shopee Affiliate untuk menguatkan pendedahan jenama,” cadang Diana. “Adaptasi strategi kemenangan dari peniaga Shopee Live yang lain dan lihat apa yang bersesuaian dengan penonton anda.” Emir menekankan kepentingan untuk sentiasa beradaptasi: “Adalah penting untuk entiasa selaraskan diri dan adaptasi trend semasa dalam landskap e-dagang yang sentiasa berubah untuk kekal relevan dan kompetitif. Sentiasa kemas kini strategi anda agar sentiasa di hadapan.”

 

Dalam masa tiga tahun, Bayu Somerset telah menjadi batu asas ekonomi dan komuniti tempatan, mengambil 60 pekerja sepenuh masa dan 30 pekerja separuh masa dengan 95% adalah wanita. Jenama ini juga telah terjual lebih 8,500 helai pakaian di Shopee dengan Kebarung Merdu sebagai produk terlaris. Dengan hampir 30,000 pengikut di Shopee dan rating cemerlang 4.9 bintang, jenama ini berusaha untuk sentiasa berkembang maju dan kekal relevan dengan pengkalan pelanggan mereka yang semakin berkembang.