Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Bukan Sekadar untuk Raya: Bayu Somerset Takrif Semula Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian
Bayu Somerset adalah perintis jenama fesyen yang membawakan nafas baharu terhadap industri fesyen tempatan
dengan rekaan ranggi dan visi inklusif. Ditubuhkan pada 2021 oleh Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pasangan yang
dahulunya bekerja sebagai pegawai bank, melahirkan Bayu Somerset atas keinginan untuk mengisi ruang kosong
untuk baju kurung yang berwarna-warni dan ranggi, di mana selalunya didominasi dengan rekaan bersederhana.
Bayu Somerset juga menawarkan rangkaian pakaian yang boleh diakses semua tanpa mengira usia, latar belakang,
warna kulit, saiz, majlis, atau musim.
Sambil menguruskan lima cawangan kedai fizikal, Bayu Somerset semakin bersinar di dunia e-dagang di
mana mereka sentiasa belajar dan menyahut cabaran landskap dunia digital. Memahami keperluan untuk
mengadaptasi, Emir menggunakan pendekatan dipacu teknologi dan memberi fokus terhadap trend semasa
seperti berstrim langsung dan pemasaran affiliate.
"Peralihan kepada e-dagang memerlukan kita untuk sentiasa belajar dan adaptasi, terutamanya dalam mengikuti
trend semasa,” kata Emir. "Ianya memerlukan pelbagai sumber penting, tetapi potensi manfaat yang boleh dikecapi
syarikat dan jenama tidak boleh dinafikan. Shopee merupakan salah satu sumber kritikal dalam membantu kami
mengharungi cabaran dalam talian. Shopee bukan sahaja membantu menarik pelanggan untuk membeli tetapi juga
meluaskan kesedaran jenama kami. Pendedahan jenama amat penting dalam dunia e-dagang, dan kestabilan
platform Shopee adalah sesuatu yang saya amat hargai.”
Bayu Somerset mengambil pendekatan dinamik terhadap Shopee Live, berstrim langsung lapan jam sehari,
dua jam setiap sesi, tanpa mengira musim. Strategi ini memastikan keterlibatan pelanggan yang konsisten dan
melangkaui kemuncak musim seperti Raya. Walaupun mengakui prestasi jualan meningkat sepuluh kali ganda
semasa musim Raya, Bayu Somerset mengutamakan kelestarian berbanding kebergantungan terhadap kemuncak
musim. Selari dengan visi mereka untuk mempromosikan pemakaian baju kurung sebagai pakaian harian,
ayu Somerset memperkenalkan sekurang-kurangnya dua koleksi baharu setiap bulan, dengan saiz sehingga 5XL
untuk memastikan keterangkuman.
Semasa sesi Shopee Live Bayu Somerset, pengacara dengan bersemangat berkongsi tentang keselesaan memakai
baju kurung dengan mengetengahkan keselesaan fabrik kapas yang diguna bersesuaian dengan cuaca Malaysia.
Dengan memastikan kemampuan milik, mereka menawarkan pakaian dengan harga serendah RM79, tanpa
kompromi terhadap kualiti. Semasa bulan Ramadan, pengacara juga mempamerkan koleksi Raya yang
merangkumi lapan koleksi berbeza di mana setiap koleksi mempunyai enam ke sepuluh corak, dan koleksi-koleksi
ini termasuk pakaian kanak-kanak dan pakaian lelaki. Rekaan diinspirasikan dari budaya Malaysia dan
gabungan ceria pelbagai budaya seperti dilihat dalam koleksi Moroccan, Mexican, dan African. Tambahan lagi,
Bayu Somerset baru-baru ini berkolaborasi dengan pengilustrasi tempatan, Arina Azhar untuk membawakan ‘whimsical vibe’ dan ‘twist’ menyeronokkan terhadap penawaran pakaian mereka.
Review pelanggan dan ruangan komen Shopee Live Bayu Somerset dipenuhi dengan pelanggan yang
berpuas hati dengan pembelian mereka seperti “Saya memakai baju kurung Bayu Somerset semasa berkebun!
Ianya sangat versatil, saya amat sukakannya!”, “Saya selalu memakai baju Bayu Somerset untuk ke pasar raya
atau cafe hopping. Fabrik yang mereka gunakan amat ringan tetapi tahan lasak, sesuai untuk pakaian harian.”
Sesi strim langsung Bayu Somerset bukan sahaja bertujuan untuk mempamerkan produk, tetapi turut memupuk
komuniti berkaitan keselesaan berpakaian dan fesyen versatil.
Bayu Somerset aktif mengeratkan hubungan dengan pelanggan melalui ciri Shopee seperti Shopee Coins
dan baucar untuk meningkatkan lagi perjalanan membeli-belah mereka. Penawaran diskaun dan ganjaran
memberi insentif untuk pembelian berulang dan membina kesetiaan pelanggan. Tambahan lagi, penyertaan
mereka dalam kempen Raya Shopee, termasuk pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang
berstrim langsung dan ditontoni 70,000 rakyat Malaysia, menggunakan kebolehcapaian meluas platform
semasa musim perayaan untuk mempamerkan koleksi terkini dan menawarkan promosi istimewa.
Dengan menggunakan ciri dan kempen Shopee secara strategik, Bayu Somerset menguatkan kesedaran
jenama dan meningkatkan pengalaman pelanggan.
Tambahan lagi, Diana menjelaskan kejayaan jenama dengan program Shopee Affiliate:
“Kami dapat melihat impak signifikan dari ahli
affiliate yang aktif mempromosikan Bayu Somerset dalam platform media sosial, terutamanya di aplikasi X. Ahli-ahli affiliate ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan kredibiliti jenama melalui testimonial dan perkongsian pengalaman memakai produk kami, yang memacu aktiviti pembelian.” Dengan program Shopee Affiliate, Bayu Somerset, dengan efektif berjaya menyebarkan mesej tentang nilai jenama mereka, harga mampu milik, dan rekaan unik, lalu meluaskan kecapaian dan impak pasaran.
Bayu Somerset bercadang untuk meneruskan perjuangan. Dipacu semangat keusahawan, pesan Diana dan Emir kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia e-dagang: “Maksimumkan penggunaan ciri Shopee seperti Shopee Live dan Shopee Affiliate untuk menguatkan pendedahan jenama,” cadang Diana. “Adaptasi strategi kemenangan dari peniaga Shopee Live yang lain dan lihat apa yang bersesuaian dengan penonton anda.” Emir menekankan kepentingan untuk sentiasa beradaptasi: “Adalah penting untuk entiasa selaraskan diri dan adaptasi trend semasa dalam landskap e-dagang yang sentiasa berubah untuk kekal relevan dan kompetitif. Sentiasa kemas kini strategi anda agar sentiasa di hadapan.”
Dalam masa tiga tahun, Bayu Somerset telah menjadi batu asas ekonomi dan komuniti tempatan, mengambil 60 pekerja sepenuh masa dan 30 pekerja separuh masa dengan 95% adalah wanita. Jenama ini juga telah terjual lebih 8,500 helai pakaian di Shopee dengan Kebarung Merdu sebagai produk terlaris. Dengan hampir 30,000 pengikut di Shopee dan rating cemerlang 4.9 bintang, jenama ini berusaha untuk sentiasa berkembang maju dan kekal relevan dengan pengkalan pelanggan mereka yang semakin berkembang.
adik ipar MA pun pakai baju kurung somerset baru2 ni.. nice sgt
ReplyDelete