Apr 19, 2024

Ulasan Buku - Perempuan Busana Merah by Ramlee Awang Murshid


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Aku bukan hantu..bukan syaitan. 


Lama rasanya ika tak beli buku RAM. Kalau tak silap rasanya buku terakhir ika beli tajuk Mandatori. Finally semalam sampai juga buku pre order yang ditunggu-tunggu. Pre Order ni dapar 2 freegift iaitu magnetic bookmark & poskad. Cantik. Thank you Buku Prima. Semalam tepat pukul 2 pagi ika habis baca ✨ 


Jom baca resensi PBM. Bismillah. 


Sinopsis Ringkas: Mukmin menerima tawaran kerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah agam di Kundasang, Sabah. Dan di rumah agam itulah ada seorang perempuan busana merah yang sering kelihatan bagi orang yang hijab matanya terbuka. Akhirnya, Mukmin & perempuan itu berjumpa sesama mereka buat pertama kalinya disana. Apa yang terjadi seterusnya? 


..memegang kepalanya, kemudian menarik ke bawah. 
Dia kelihatan memegang kepalanya sendiri. 
Tubuhnya yang mongel itu nampak tidak berkepala 


Let me tell you something 🀏🏻 
Cerita ni bakal memanipulasi minda kalian sebagai pembaca bijaksana.




Buku nipis tapi tak sangka dengan terlalu banyak sangat perkara yang berlaku dalam PBM ni. Penulis berjaya habiskan cerita dengan perkataan tamat. Kalau baca sinopsis belakang nampak macam simplenya storyline & perempuan busana merah tu mesti roh yang terperangkap di mana-mana. Tipikal kan?
BUT guys -- Cerita ni lebih dari tu. Pemikiran penulis jauh berlangkah-langkah dari pembaca. Dan bila kita baca cerita PBM ini berinspirasikan apa. Kita lagi macam wow πŸ™ŒπŸ» 


Baca cerita ni yang penting kena tumpukan perhatian & sabar. Takut konfius. Watak tak banyak tapi dari segi timeline & plot twist dia. Tak santai. Kalau hilang fokus mungkin korang akan lost. 


Bayangkan dari Kundasang yang dikatakan Little New Zealand tu terus ke satu dimensi fantasi yang lain. Dunia fantasi yang direka penulis berhubungkait dengan misteri yang ada di rumah agam tersebut. Kemudian, dibawa pula kita ke dalam alam mimpi. Kita amaze. 


Kemudian, towards the end tu sangat laju macam tak ada hari esok dan plot twist dia macam sangat banyak sampaikan kita terpaksa selang seli bacaan dengan buat something else untuk tenangkan fikiran hshs.

Karakter Mukmin yang lurus bendul tu kalau bab lain dia memang bendul (lurus macam pembaris). Tapi kalau bab nak mempertahankan dan menyelamatkan seseorang. Dia No 1. Jadi tuan rumah agam (Cik Lily) tidak salah memilih orang untuk kali ini. Sebab Mukmin sejenis yang tidak akan duduk mendiamkan diri selagi tidak masalah di tempat dia bekerja tidak diselesaikan. 

πŸ“Œ Rekomen PBM untuk collector & peminat setia RAM. 
πŸ“Œ Ada elemen misteri, fantasi, thriller & keagamaan yang diselitkan penulis. 
πŸ“Œ In one sitting dapat habiskan. 
πŸ“Œ Unexpected ending & plot twist.
πŸ“Œ Dapat belajar perkataan baharu yang tak pernah tahu sebelum ni.






2 comments:

  1. Saya belum pernah baca novel nya RAM, dan jadi tertarik setelah baca review kakak. Biasanya pun tiap ke KL atau Penang saya selalu sempatkan beli novel Malaysia, Krn dari dulu sukaa sangat bacanya, sejak kuliah di Penang.

    Nantilah nak cari novel ini. Semoga dapat lagi

    ReplyDelete
  2. Yes!! Setuju dengan awk.. tak letak harapan pun time baca sinopsis buku ni sbb sinopsis dia simple sangat.. tapi yess RAM mmg one of the genius author out there!! buku nipis tapi unexpected plot twist Dan perkaitan antara satu babak ke satu babak Tu mmg best gilaa..

    ReplyDelete