May 9, 2024

Ulasan Buku - Your Name Is Halal by Aamir Hafreez

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Pertama sekali, terima kasih buat penulis Am untuk naskah edisi kemaskini YNIH 2020 ini. Maaf sebab lambat dan ambil masa yang lama sangat untuk letak resensi di media sosial. Maaf kalau ulasan ada menyakitkan hati atau buat penulis terasa. 


So here we go. Bismillah. 


Sinospsis Ringkas: 

5 tahun dalam relationship dengan Zarief. Alih-alih Dayana Qaisarah dapat tahu boyfriend dia (Zarief) sudah berkahwin. Secara mengejut dan tanpa pengetahuan dia. Dari mana Dayana tahu? Dari mulut sahabat baiknya sendiri. Dan Dayana? Dia terus tutup pintu hatinya untuk menerima & mempercayai insan bernama lelaki. 


Dalam masa yang sama, ayah Dayana iaitu Pak Syah cuba untuk 'mengkenenkan' anaknya dengan seorang lelaki mualaf bernama Shiraz Danial. Apa yang akan terjadi selepas itu?


Penulis memang dari awal dah inform yang cerita cinta ni klise & cringe. Memang penuh dengan pickupline. Ada sesetengah pembaca yang tak boleh nak terima ayat manis yang sangat melimpah ruah. I can understand that. Saya pun rasa memang banyak sangat pickupline & ada beberapa perkataan pengulangan yang penulis tulis seperti halal. 

Kalau difikirkan juga memang secara realitinya susah nak jumpa lelaki yang all the time manis mulut. Selalunya masa mengorat tu mungkin la ada. Hshs tapi lepas tu? Sambung la sendiri eh. 


Tapi as for me, saya anggap karakter Shiraz Danial yang penulis cipta ini seorang yang sweet talker & suka ekspresskan sayang dia terhadap pasangan dengan kata-kata. Plus with action too. Jadi, kita terima sajalah semua pickupline yang ada dalam buku ini.


Thanks to Shiraz Danial yang tak pernah giveup untuk menawan hati Dayana. Sebab kalau orang yang tak ada kesabaran tinggi. Nak face it orang macam Dayana. Kena level sabar yang tinggi woo. Member baru putus cinta pulak. Hm. 


📌 Apa yang kita suka dalam YNIH ini ialah selingan ayat Al Quran diletakkan bersesuai dengan situasi. Bukan simply letak macam tak ada arah.

📌 Hubungan kekeluargaan & persahabatan yang kuat dan penuh dengan kasih dan sayang. 

📌 Plot yang kemas dan bahasa yang mudah difahami. Tak sangka dapat baca POV (cintan cintun) dari seorang lelaki. 

📌 Ada watak yang perlu diberikan exposure yang lebih sebab berpotensi untuk menyerlah. 


And kita sangat berharap kita dapat baca sikit cerita dari side Zarief pasal apa sebenarnya yang berlaku sampaikan dia kena kahwin. Tak kisah la dipaksa ke aturan keluarga ke. Nak tahu dari POV dia. Watak antagonis yang tak antagonis sangat. Sebab senang je nak patahkan kejahatan dia. Hati dia tak seterong enuf untuk jadi langau.


Untuk bacaan santai cerita cinta, boleh baca YNIH. Teruskan menulis @aamirhafreez .Jangan putus asa. Kasi buku baru dekat pembaca okay 👌🏻Hopefully jika penulis nak revamp buku ini for good. Kita harap penulis dapat polish lagi storyline and kurangkan ayat ayat manis yang terlalu overload. Less is more. 







1 comment:

  1. Thank you buat resensinya kak. Saya terkadang suka bingung memilih novel saat di Malaysia. Saya suka baca novel Malaysia soalnya. Makanya jika ada resensi seperti ini, jadi gampanglah nak decide cari novel apa. Honestly tak terlalu suka novel dengan terlalu banyak Kata2 manis melampau 😅

    ReplyDelete