Temporary Mini Library 2019.

6:09 AM


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini, rasa nak share sikit mini library dalam bilik ika. Honestly, ika memang ada impian untuk at least ada mini library sendiri dan yang penting selesa dan sedap mata sendiri memandang. Usually, ika akan kerap tukar kedudukan rak buku dalam bilik sebab ika cepat bosan. Paling lama kedudukan bertahan hanyalah 6 bulan. Parah ada habit macam ni. Paling latest mengemas, ambil masa 1 jam. Nak alih rak, buku. Nak tukar itu sana, ini sini lagi. Phew. 

Rasanya semua book lover pun impikan benda yang sama. Tak kisah la mini library tu kecil atau besar. Asalkan capai tahap kepuasan diri masing-masing. Perkongsian ni bukanlah niat nak show off. Sekadar entry untuk ika jugak in future andai kata mcm ye la, nak tengok apa yang ika upgrade untuk mini library ni. Korang doakan ika murah rezeki so that, ika mampu untuk nak upgrade mini library ika. Ika plan nak beli kerusi untuk baca buku. 

Tema mini library untuk temporary ni ialah black and white

Black section which is sini lah tempat buku-buku random dari pelbagai publisher. Masih banyak lagi dalam wishlist yang tak beli. Kalau untuk section ni, makin berkembang buku-bukunya, tak mustahil untuk ika upgrade section ni dengan rak besar. 

Harap dapat kumpul kesemua buku FIXI. Sebab sebelum ni tak suka baca buku FIXI. Lepas 3 kali percubaan membaca. Baru lah timbul rasa suka & nak jadikan FIXI as one of my collection. Terimakasih dekat Kasihku Amani sebabkan dia la, ika suka dekat buku Fixi semula. Kak Sha kasi ika baca buku Mereka // Ariff Adly. Best. Dan, ika masih dalam proses mengumpul. Setakat ni, ika cuma ada 43 buah. Coming soon lagi 7 buah dan cukuplah 50 buah buku buat masa sekarang. 


Dan setelah lama hold centre section ni, ika decide untuk letakkan random stuff yang ika beli sikit-sikit. Asal nampak cantik je beli. Kadang rasa mcm haha no point ada tema. Sebab sendiri main langgar. Tapi apa pun, disebabkan nak sangat karpet bulu-bulu tu, ika beli dekat Kaison. Fluffy sangat. Sayang nak pijak. Haha. If korang nak beli yang size besar pun ada je dekat Kaison. Ikea pun ada mcm-mcm pilihan. Tinggal nak hulur duit bayar je. 

And untuk bantal. Ika hanya tukar sarung bantal je. Beli dekat Eco Shop. Serious jimat. Tahu kan yang EcoShop kedai RM2.10? So, ika jimat banyak. Dah la corak cantik. Banyak jugak pilihan. Rambang mata. Sarung bantal ni jenis kain yang sedap. Bukan jenis yang kasar. Setakat ni, inilah pembelian ika yang paling berbaloi ika rasa dekat EcoShop. 


Ini half shelf untuk novel pelbagai genre. Messy sikit. Ika cuba nak susun ikut warna tapi nampak warna tak teratur. So, ika biarkan dulu.Nanti ada masa, barulah susun. Banyak cara nak susun buku. Sama ada secara random, by colour, size, publisher, genre, or maybe author. Terpulang dekat masing - masing.  Ini serba sedikit hasil kumpul dari zaman sekolah sampailah sekarang. Ini kategori sikit sebab ika pernah nampak ada lagi book lover yang melimpah ruah buku dieorang sampaikan taktahu nak letak mana. Huhu.

Special thanks to my bestfriend, Najwa sebab belikan rak ni untuk ika as a birthday present tahun ni. Of course, ika happy gila. Dari rak kayu dah diupgrade yang ni. Bersyukur sangat. Korang nak tengok ke overall punya mini library? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ini overall look. Ika masih cuba untuk penuhi impian ika untuk ada mini library serba putih dan ada my own yellow chair. Dalam bilik, ika cuma dapat bagi sebanyak ini saja ruang untuk buku. Tak besar, tak kecik. Just nice. Yang lain, untuk kegunaan lain pula. Personally suka kumpul physical book, tapi ika pun baca jugak ebook. Agaknya lately ni baca ebook banyak sgt sampaikan buku pun ada beberapa bulan stop beli. Haha. 

Itu je yang ika nak share untuk entry kalini. Mini library biasa-biasa saja. Harap dapat lah bagi manfaat utk korang. Mungkin dari segi deco ke, kedudukan ke atau apa apa saja yang korang nak ambil. So, kalau ada apa apa nak tanya, drop comment down below tau. Insha'Allah ika reply except untuk soalan total buku semua ada berapa. If ada juga yang tanya, kemungkinan besar, ika akan kira. HahaSee you in my next entry. Tada. 

One of my fav quote: 

"Ordinary people have big TVs, Extraordinary people have big libraries"


Please check it out this girl blog to see her cute lil space of library.

You Might Also Like

38 comments

  1. Bestnya Ika ada mini library sendiri. Kemas dan simple je. Good job ika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mini library kecil kecilan saja sis Kinah. Thankyou akak 💕

      Delete
  2. Sukanya tengok mini library ika!! Hehehe. And cantik gila susun buku Fixi macam tu, macam warna pelangi. Nini dulu suka kumpul jugak Fixi nih tapi makin lama asyik kumpul ja, baca tak. So dah tak beli dah Fixi. Paling last beli Gantung 2 hahaha.

    Nak jugak karpet bulu-bulu tuu. But I wish ada yang lagi besar. Dekat Kaison sini takde saiz yang nini nak. Tapi makin besar makin mahal la pulak haih. Btw,comel gila sarung bantal tu and banyak betul beg tangan ika :3

    Rak putih tu cantik gilaa and serious, suka tengok ika susun ikut warna, rajin betul! Nanti nak reorganize lah rak nini hehe. Nini dulu suka baca ebook, tapi sakit mata, so stop. Padahal kalau manga tak kisah dah mata kelabu pun hahaha.

    Thanks for sharing both your mini library and the quote. Love it! xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nini, Thankyou so much 💕 . Ika saja susun ikut warna rasa cam best pulak tgk tersusun je warna tu. Hihi normal kalau beli tapi hold dlu nak baca tu. Ika pun ada habit mcmtu jugak.

      Dekat Kaison kalau tak silap ika, yg besar dalam RM40mcmtu.Haritu Ikea ada buat sale utk karpet bulu putih besar dalam RM35+. Hihi. Taktahu ada lagi ke tak.

      Haha ika masih fikir utk susun ikut colour tone pulak. Nampak messy mcm mcm colour ada hehe. Nanti share la tau kalau Nini dah organize. Hee. Normal tu. Kalau dh minat, sanggup jugak redah baca hehe.

      Thanks again Nini sebab drop komen panjang-panjang. Hargai sangat. Hee. Salam perkenalan dari Ika.

      Delete
    2. Nanti nini try cari balik kalau singgah Kaison lain kali hehe.
      Okayy, insyaAllah nini share!

      Sama-samaa, salam kenal jugak ika :3

      Delete
  3. Waahhh bestnyaa.. ada mini library.. kalau sy.. semua dlm bilik.. bilik pun kecik.. buku tak puat kat rak semuanya dlm kotak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee mini library kecil saja sis. Ahaaa, Kalau dalam kotak lagi terjaga bukunya. hee. sebab tak kena udara cahaya dan sebagainya. Serious cakap mmg terjaga 🌸

      Delete
  4. Cantik mini library ika.. kemas dan sejuk mata memandang :)

    ReplyDelete
  5. Kemas je dan cantik rak buku tu. Wow banyaknya buku . Bagus akak rajin membaca.

    ReplyDelete
  6. wehh banyaknya buku fixi! lama gila tak baca buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak follower buku Fixi. Hee. Takpe Fatin. Take your time utk baca. 🌸

      Delete
  7. OMG seronoknya tengok buku banyak banyak. My mini library is much smaller than yours. Haha. Hopefully one day boleh macam ada macam you juga.
    Keep it up :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou. Hee. It's okay Eeiou_. Kecik ke besar ke as long as you happy. Hee. Insha'Allah. Hope you dpt your dream library.

      Delete
  8. Ya ampun. Berharap sangat nak ada mini library.
    Tapi entah bila siapnya. Bacaj e lepas tu letak merata. Huhuhu.
    Inspired sangat entry kali ni.
    Keep it up tau. Semoga dapat library yang diimpikan.
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sheyang, hope awak pun akan ada your own mini library. Hee. Ika pun kdg mcmtu. Tapi since dah ada rak, lepas baca terus simpan. Hee. Thankyou awak. You too. Semoga dapat library yg awak mahukan hee

      Delete
  9. Alahaii comelnyaaa mini library.. Kita pun memula buat gitu.. Lama2 dh tak tau nak letak mana buku makin byk2. Last2 donate kat siapa2 nak 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha thankyou Farah. Haha. At the end of the day dah taktahu nak letak mana mesti akan donate. tapi okay jugak donate so that cm kita just simpan apa yg kita nak saja. 🌸

      Delete
  10. lawaaaaa. nak nangis tengok. sebab ada ruang perpustakaan mini. bilik kite sempit. ada lah rak buku. tapi raknya kian roboh. kalau diganti rak baru pun no point. tiada ruang nak letak. sebabnya katil dua tingkat je dah segabak (saiz queen). and lagi satu, rumah kita memang diharamkan letak karpet bulus2 ni. HAHAHH. sebab rumah sangat dekat dengan jalan besar. so rasanya setiap hari ada je habuk. seminggu kemudian bilik penuh rambut dan habuk tebal. sumpah benci. hari2 kena tengok2 buku nak kena buang habuk. kalau dibiar, memang habislah. penat nak buat seketul2. goodjob sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mieza, Terimakasih bbyak. hee
      Kita faham apa yg Mieza rasa. Sebab kekangan yang ada. End up terpaksa la kita utamakan apa yg spttnya. Cakap psl habuk mmg tak dinafikan la nak jaga buku 24/7 mmg payah. haha. Kadang ika pun mcm tak larat nak lap habuk dkt buku satu persatu. Tapi dah nak sangat kan buku tu dkt rak. Seminggu tu kena bersihkan at least sekali hee. Anyway, ika doakan supaya one day awak akan dpt jugak ada mini library sendiri. 🌸

      Delete
  11. banyaknya novel cinta, sama macam kita..hehe

    nice mini library ika. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee yayy ada geng. Sep sikit 🙌🏻
      Thankyou Tiara. <3

      Delete
  12. Cantik buku-buku Ika semua tersusun rapi, okay sangat sebagai permulaan..
    In shaa Allah ada budget nanti boleh buat mini library..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih sis LZ. 🌸 Utk permulaan ini saja yg mampu diusahakan. Budget tu insha'Allah nanti ada la tu hehe

      Delete
  13. bestnyaaa ada mini library sendiri . Teringat kakak sedara saya . Kembar seiras , dua-dua hantu novel cinta . Rack buku diorang penuh dengan novel je , till now diorang dah kawen pun still beli dan baca novel cinta . Tapi yang kelakarnyaa diorang punya beli dan kumpul novel banyak-banyak , datang sedara mara n kawan-kawan pinjam tak pulang-pulang dah . Hahahahah , kesian diorang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah sampai dah kahwin pun still membaca buku. Great! Haha that one normal. Sebab tu setiap kali kalau org nak pinjam, kita pesan ssiap. Pulangkan smula tau sbb sayang. haha. 🙊

      Delete
  14. Cantik sangat mini library Ika ni! Terletak elok je buku-buku dan hiasan tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih sis Rabila. Hee. sbb nak sedap mata memandang kena la susun elok-elok. Tapi ada masa huru hara jugak. Tapi bila huru hara tu ccpt kemas hee

      Delete
  15. Wow bestnya. Shu peminat no satu buku fixi jugak. Hehe. Seronok tgk mini library awakk ♥️

    ReplyDelete
  16. kemas dan tersusun je semua buku2 tu..

    ReplyDelete
  17. banyaknya collection !! rasanya semua book lover memang akan simpan hasrat yang sama untuk ada own little library.. mine was not as much and as big as yours, yet..

    ReplyDelete
  18. Jealousnya tengok especially your FIXI collection...Harap satu hari nanti dapat kumpul FIXI sebanyak tu..I'm their fans too!

    ReplyDelete
  19. cantik dan kemasnya ika, inspired kak Ana tengok .. :)

    ReplyDelete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe