Dec 26, 2021

Book Review - Penceroboh Hati | Dekna Lee (2016)


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Mungkin itu kepakaran dia, menceroboh masuk ke dalam hati seorang lelaki yang berperisa 'mint'.

Ini merupakan karya Dekna Lee yang ke-4 yang ika baca. Dan secara jujurnya, ika suka dengan karya Dekna Lee. Tak sangka yang novel Penceroboh Hati yang dipandang sepi selama ini rupanya best. Kalau tak cuba baca memang taktahu la ceritanya. Selain dari buku ini, ika suka lagi satu buku bertajuk Samurai. Yang itu juga best kalau kalian nak baca. 

Mengisahkan tentang Maya yang telah melihat satu kejadian yang tidak sepatutnya. Dia berada di situ pada waktu dan masa yang salah. Secara tidak sengaja, dia telah menempah maut. Maya diburu oleh sekumpulan lelaki mat saleh berkot hitam dan bersenjata. Maya yang ketakutan terus melarikan ke sebuah tempat yang tidak diketahuinya. Buntu dengan apa yang menimpa, dia hanya fikir untuk menyelamatkan dirinya sahaja. Sangkaannya dia terselamat. Lain pula jadinya bila kepalanya diacu senapang patah oleh seseorang. 


 



Suasana dan keadaan sekeliling yang digambarkan penulis sudah cukup membuatkan saya teruja. Tambahan pula, penulis selitkan juga pasal kuda dan serba sedikit info mengenai kuda. Jangan terkejut. Sebab hal kedua yang membuatkan saya suka buku ni sebab kuda. Sebab ada impian baru untuk memiliki seekor kuda sendiri. Doakan la impian mat jenin saya ini. Mana tahu suatu hari nanti boleh beli dan bawa kuda :) 🐎

Watak hero & heroin sangat kontra. Tapi itulah yang melengkapi kedua-duanya. Nampak macam tak mungkin ada chemistry. Tapi lama kelamaan, seronok baca sebab kedua-duanya memang bikin ribut. Faez seorang lelaki yang tegas, lantang, macam robot dan sangat ego. Dia memang tidak senang dengan kehadiran Maya dalam kehidupannya. Serba serbi tentang Maya dia tidak suka. Sebab Maya. Dia seorang yang loya buruk, berani lawan Faez dan annoying. Tapi, kehadiran Maya yang secara tiba-tiba itu diterima baik oleh keluarga Faez. Sikap Faez yang ego telah membuatkan dia merana malahan Maya juga.

Penulis juga selitkan elemen suspen dalam cerita ini. Dengan meletakkan scene buruan antara kumpulan mat salih dan Maya (target). Ada juga kejadian tembak menembak, culik, dan sebagainya which is okay ianya tidak mencacatkan jalan cerita. Selingan tambahan orang panggil sebab sejujurnya saya lebih tertarik dengan cerita tarik tali antara Maya & Faez.

Sebelum itu, saya tolak tepi ya dengan part klise. Saya anggap saja yang keluarga Faez memang orang kaya dan berharta sebab mampu ada tanah persendirian sendiri yang besar, kuda dan banyak lagi. -- Suka juga dengan aura positif dari keluarga Faez. Sangat harmoni, aman dan damai walaupun duduk serumah dan ramai. Terasa kasih sayangnya. Buatkan kita akan lebih menghargai keluarga yang masih ada.

Saya syorkan buku ini buat peminat Dekna Lee. Dan sesiapa yang baru saja nak berjinak-jinak untuk baca karya DL.

Dec 2, 2021

Book Review - Aku, Kau & Sains #2 : Terokai Bersama

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Memetik sedikit info dari komik ini :_ 

📖 Perkataan 'sains' dikatakan berasal daripada perkataan Latin, 'scientia' yang bermaksud ilmu pengetahuan. Komik terbaru bertajuk Aku, Kau & Sains #2: Terokai Bersama keluaran Komik M ini memang sangat sesuai dimiliki dan dibaca oleh setiap lapisan umur. Sebelum itu, ika nak puji kulit buku komik AKS ini. Memang A dan sangat cantk. Sejuk mata memandang. Lama pandang terasa seolah-olah hidup karakter dan suasana yang ada di kulit buku. 

Dah nak masuk 2022. Ika harap orang yang masih ada mindset di mana komik ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak, komik bukan bahan bacaan, baca komik tak ada faedah, baca komik untuk orang pemalas. Sila buang jauh-jauh mindset sebegitu. Kerana, semua buku yang ada dalam muka bumi ini termasuk komik ialah bahan bacaan. Oki geng! 


Komik ini mempunyai 8 buah cerita dan sudah semestinya bertemakan sains. Jangan khuatir. Walaupun bertemakan sains. Ika jamin yang kalian akan terhibur dengan setiap cerita di dalam ini. Pasti sedikit sebanyak kita sebagai pembaca akan memperoleh manfaat dan juga pengajaran yang boleh diambil selepas selesai pembacaan. 

Setiap cerita akan memasukkan pengisian maklumat yang menarik mengenai topik sains yang dipilih. Sambil kita membaca sambil kita belajar. 2 dalam satu. Kadang rasa tak sedar dah di penghujung buku sebab ralit membaca. Ada juga topik yang dapat refresh semula minda kita seperti contoh topik magnet, kitaran hidup haiwan, sumber-sumber penting tumbuhan, graviti, hukum gerakan Newton dan banyak lagi. Menarik!


Jika ditanya secara peribadi. Cerita yang manakah menjadi kesukaan saya. Saya akan memilih :_ 

Matahari // Harithroon & Mar 
Kawanku Dudu // Oz Ishak & Mar 

Suka dengan ilustrasi comel dari kedua cerita ini. Ada vibes anime Jepun. Dia akan jadi ekstra teruja bila bewarna rasanya. Tapi jangan salah faham. Yang lain juga best. Dan kalau tidak berwarna sekalipun tetap best!  Siapa yang rindukan watak-watak yang pernah ada dalam siri komik sebelum ini juga, kalian boleh jumpa watak tersebut di dalam ini.

Kan best kalau buku sekolah sains macamni. Ada gambar. Mungkin pantas khatam baca buku sains.🙊
Terimakasih buat pihak PTS & Komik M untuk naskah ini. Oh ya, untuk pengetahuan kalian. Sekarang tengah ada Pesta Buku Selangor di SACC Shah Alam. Siapa yang berminat untuk dapatkan buku-buku menarik dari PTS dan imprint yang lain seperti Bookiut, Puteh Press, Junior PTS, Penerbit X. Boleh singgah ke booth mereka di sana okay :) 

 #gengzcelikmembaca #ikareviewbuku

Dec 1, 2021

Book Review - Renda Cinta #1 (Doa Ibu) & #2 (Pintu Hati)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Harga: RM 10 sebuah 

Penerbit: Komik M 

Pelukis: Ben Wong 

Ini karya solo Ben Wong yang pertama saya baca. Kedua-dua komik karya Ben Wong ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Reda. Kelakuan Reda yang makin lama makin teruk gara-gara terpengaruh dengan rakan sebaya yang nakal. Dia selalu ponteng kelas dan melakukan perkara yang tidak pernah dibuatnya. Jika perbuatannya itu diketahui ibunya mesti Reda akan dimarahi. Reda hidup bersama ibunya. Hanya mereka berdua kerana abangnya sudah lama tidak jenguk mereka dan baru-baru ini kehadiran abangnya memburukan keadaan sehingga ibunya sentiasa sedih. Dah berjaya lupa diri. Kacang lupakan kulit!

Dan Nadrah. Seorang gadis merangkap rakan sekolah Reda. Nadrah sentiasa ingin cuba membantu Reda lari dari terjebak dengan budak-budak nakal. Dia risau jika Reda semakin jauh. Reda juga sudah berubah sikap menurutnya. 

Menarik.Cerita yang simple. Sis tak boleh kalau baca komik yang jelas nampak muka mak-mak yang menangis ni. Memang touching. Rasa nak menangis sama. Dan Reda. Ketahuilah. Yang perbuatan kau ikut budak-budak nakal tu confirm membawa keburukan dari kebaikan. Ada sambungan. Jadi lepas baca sambungan tu . Kita komen details sikit la eh. Tapi untuk RM 10. Berwarna. Ilustrasi juga cantik. Sis bagi 5 terus. Sesuai untuk dijadikan bacaan kanak/kanak & remaja. 


#2: Pintu Hati: Reda masih berkawan dengan budak nakal. Tapi kalini mereka mengajak Reda melakukan perkara yang lebih ekstrem. Reda masih budak yang baik cuma dia salah pilih kawan dan dia seronok bila disogok kan dengan kebendaan. Hidup manusia yang sentiasa ada turun naiknya. Bila melibatkan kebendaan ini memang akan putih mata. Lagi-lagi benda tersebut memang menjadi kesukaan dan impian kau. Nadrah juga merupakan watak yang pasif namun tetap memberikan impak yang besar buat karakter Reda. Reda dan Nadrah masing-masing ada nasib yang sama dan mungkin juga feeling yang sama. Nadrah memang mendukung watak Reda di akhir cerita.




I love this so much. ❤️ Sebabnya, Komik Renda Cinta ini penuh pengajaran. Meskipun, pengajaran yang acapkali kita lihat di kaca TV & baca dalam buku. Namun, masih tetap sampai di hati. Especially melibatkan hubungan di antara mak-anak. Hubungan istimewa yang sentiasa istimewa. Faham? . Untuk anak yang tidak kenang budi. Mengertilah yang kehilangan permata itu akan memberikan satu perasaan yang aneh. Masa ada tidak terasa, sudah hilang meraba raba. 

Dan Reda. Akhirnya, dia juga menemukan sesuatu yang bernilai dalam hidupnya. Sebuah pengakhiran yang baik buat karakter Reda. Cuma sis nak tahu apa akan jadi dekat abang Reda dan bapa mereka. Musykil juga sebab kalau tahu lagi syok ni. Congrats Ben Wong. Nak sambungan lagi boleh ke? Haha

⭐⭐⭐⭐⭐
Mohon like & support sis di Instagram: Review Renda Cinta (IG)

Nov 14, 2021

Movie Review - Red Notice (2021)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 

Memandangkan semalam baru la dapat lepak dekat rumah. Jadi, kiteorang satu family decide untuk tengok movie lepas makan. So, movie yang kiteorang tengok semalam dekat Netflix ialah Red Notice. Kita layan dulu movie Top 10 dulu. Dan Red Notice No 1 dalam carta Top 10 tu. Rasa macam baru je tengok cerita Ryan Reynolds yang baru tajuk Free Guy. Alih-alih dia ada lagi movie baru. Haha. The Rock pun sama kot sebab baru layan Jungle Cruise. Masyuk sungguh ya. 

Semalam ada ternampak yang ada orang rate movie ni 1/5 kalau tak silap dekat twitter. Tapi nasib baik tengok dulu sebab lepas tengok baru nampak tweet tu. Okay, jom proceed. Bismillah. 



Sinopsis: Mengisahkan tentang Special Agent John Hartley (Dwayne Johnson) yang ditugaskan bersama dengan Interpol Agent untuk menyiasat satu kes kecurian barang purba. Barang purba itu ialah milik Celopatra pada 2000 tahun lalu yang berupa tiga biji telur berhias sebagai hadiah perkahwinan .Telur itu hilang mengikut peredaran masa dan pada masa kini, mereka perlu menangkap pencuri seni antarabangsa yang sangat mahir iaitu Booth ( Ryan Reynolds). Booth diburu oleh ramai orang dan hanya disebabkan satu kesilapan, John Hartley terperangkap dan terpaksa menghadap Booth demi mengumpulkan barang purba tersebut. 

Pelakon: Dwayne Johnson, Ryan Reynold, Gal Gadot, 
Tahun: 2021



Secara peribadi, ika enjoy tengok movie ni walaupun sebenarnya memang ada rasa macam untuk karakter The Rock dalam Red Notice ini seperti watak yang selalu dia lakonkan sebelum ni dalam movie yang lain. Sebab itu la kalau siapa yang nak tengok sisi lain The Rock, ini mungkin bukan movienya tapi kalau kalian nak tengok Red Notice berdasarkan storyline. Ika rasa no problem sebab ika enjoy dengan movie ni sebab storyline dia menarik. Untuk Ryan Reynolds seperti biasa, not bad lakonan dia. Best. Dan untuk Gal Gadot. Ika tak suka watak dia yang jenis kacau daun. Tapi, ika rasa dia bawa watak dia dengan baik dan suka tengok muka dia. Cantik <3 

Ika tak pasti dengan BT untuk RN ni tapi yang ika tahu ika enjoy dengan setiap tempat yang dibawa oleh cerita ni seperti Argentina, Bali dan sebagainya. Rasa macam dapat berjalan ke negara orang tapi dalam movie. Itu apa yang ika rasa la sebab kita mesti berlainan citarasa kan. Ika juga suka dengan unsur komedi dalam ni. Sebab ika gelak means kelakar. Kalau tak kelakar untuk orang lain ika anggap ika mudah terhibur. Haha. 

Hanya disebabkan 3 biji telur berhias, masing-masing pun gigih bersaing untuk dapatkan telur tu. Ada yang sampai sanggup tikam belakang, talam dua muka dan macam-macam lagi. Ada juga beberapa plot twist yang diselitkan which is okay good. Seronok juga main teka teki. Tapi untuk orang yang dah boleh predict apa babak seterusnya yang jadi, mungkin kalian akan rasa macam meh. Dah tahu dah la apa jadi. Boringnya. Sebab, adik & husbnad ika pun jenis macam mudah predict. Mungkin sebab dieorang dah selalu layan movie jenis macam ni. Tapi untuk ika yang jenis otak tu nak mudah taknak fikir panjang. Ika akan layan movie sampai habis tanpa gigih predict haha. 

Kalian boleh tengok di Netflix jika berminat. Maaf untuk ulasan yang ringkas ini. Ika bagi 3.5/5 bintang. Masih mengiburkan dan boleh dilayan. Bkukan kategori cerita sampah. Sebab masih ada sense of humor, action, and adventure. 



Nov 12, 2021

Giveaway by Lady Dini 1.0


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 

Selamat Hari Sabtu. Harini, ika nak join satu giveaway dari Sis Lady Nini. Hi sis. I'm your new followers. Salam perkenalan. Jom la gais kita join GA sis ni. Support and memeriahkan lagi :) 


 Syarat mudah je :

1. Create entry bertajuk "Giveaway by Lady Dini 1.0"

2. Save banner di atas dan backlink kan ke entry saya ni

3. Ajak rakan bloggers semua join Giveaway ni ok!

4. Copy link entry korang dan paste kat komen entry saya ni

Nak pilih 3 pemenang bertuah ❤ Nak bagi hadiah special to you 🎁 Tempoh penyertaan 7 hari sahaja, bermula harini hingga 18 November 2021. 

ARTisFAIR’ Exhibition Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 


ARTisFAIR is fashioned on this very premise, to challenge perceptions about art, while creating a new kind of appreciation and ownership. This biggest hybrid art fair in Malaysia aims to build a sustainable ecosystem of art and community within a real global marketplace. 

Opening on November 11 to 28 at Fahrenheit88, ARTisFAIR showcases the voices, ideas, and colours of over 500 artists from Malaysia and Indonesia. The creative realm spans over 2,000 artworks, from paintings to sculptures and unique installations, in over 100,000 square feet of gallery space. The mission: to connect emerging and established artists with emerging collectors, across four levels of exciting, welcoming areas, to spark art appreciation from ground level. Because everyone deserves to have good art in their lives. 



“This immersive art event was born out of a desire to champion creativity and make art accessible to a wider, appreciative audience,” says Andrew Yap, co-creator of ARTisFAIR, who brings his experience in running the World’s Biggest Book Sale, Big Bad Wolf Books, and 14 BookXcess bookstores, to this artistic venture. “By transforming this massive mall space into the largest art exhibition in the region, we’re inviting people of all walks of life to view the brilliance of contemporary art, while giving them the chance to actually own a piece.”

ART IS WHAT WE NEED



Andrew Yap, co-creator of ARTisFAIR, who brings his experience in running the world’s biggest book sale, Big Bad Wolf Books, and 14 BookXcess bookstores, to this artistic venture.

Bernard Chandran, co-creator of ARTisFAIRand hailed as the 'King of Fashion’, branching out from high fashion to contemporary art.


Nov 10, 2021

Ulasan E Book - Kisah Seram: FUNFAIR | Del Osmera (2021)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 

Buku pertama yang ika baca dari penulis ialah Meremang dari Buku Prima. Dan sampai sekarang, ika masih mengikuti perkembangan penulis. Dan kalini, ika memilih untuk membeli ebook terbaru dari Del Osmera yang bertajuk Kisah Seram: Funfair. Dengan harga yang sangat murah. Ika rasa ianya mampu milik dan inilah masanya untuk kita support penulis lokal. Kalau kalian berminat nak dapatkan ebook ini selepas membaca ulasan ringkas ika. Kalian boleh ke medsoc penulis. Ika akan sertakan nanti di akhir entry. 

Jom kita teruskan dengan ulasan ringkas Funfair. Bismillah.

Ebook ini mengingatkan ika suasana Funfair. Suasana yang suram ditambah pula dengan sedikit vibes seram dan lampu yang berwarna warni serta permainan yang menyeronokkkan. Dan penulis, dia berjaya letakkan gambaran tersebut. Antara petikan ayat yang ada di dalam ebook ini ialah:-

Langit sudah semakin jingga. Suasana juga semakin suram. -- page 2 

Seluruh kawasan funfair menjadi terangbenderang -- page 48

Muzik dari merry go round turut berkumandang mengisi suasana yang bingit dengan bunyi kilat, angin dan hujan. Permainan kuda yang sudah tidak berfungsi berpuluh-puluh tahun kini kembali rancak berpusing-pusing. -- page 49 & 50

 



Secara peribadi, ika sangat suka dengan tajuk dan sinopsis Funfair. Cuma ika rasa mungkin untuk penambahbaikkan, penulis boleh menyediakan cover ebook yang lebih cantik dan dari segi layout ebook. Ika rasa okay sahaja. Plain dan tidak fancy which is okay for me. Cuma ika rasa font yang dibold kan seperti kurang sesuai.Sedikit menganggu pembacaan. Ini hanya pendapat peribadi ika sahaja. Maaf jika ada salah silap. 

Funfair mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah bersama 2 orang guru ( Cikgu Hani & Cikgu Aris) dan seorang pemandu bas ( Abang Zack). Mereka dalam perjalanan ke tapak perkemahan dan telah sesat ke sebuah funfair yang terbiar. Kejadian misteri itu mengundang seribu satu pertanyaan di benak mereka. 

Menurut Abang Zack, enjin bas tidak dapat dihidupkan dan tayar juga pancit. Jadi mereka memerlukan bantuan mekanik. Bertambah malang lagi, line telefon juga tidak ada. Jadi Abang Zack bercangan untuk mencari mekanik keesokan harinya bersama Cikgu Aris memadangka hari pun sudah lewat. Para pelajar diminta untuk mendirikan khemah dan mereka akan bermalam di funfair terbiar itu. 

Nak dijadikan cerita, banyak kejadian misteri yang terjadi sepanjang mereka menerokai funfair tersebut dan bermalam di sana. Dan Cikgu Hani? Dia sendiri merasa runsing memikirkan apa yang terjadi dan juga kata-kata anak muridnya yang bernama Eva membuarkan Cikgu Hani jadi tidak senang duduk. Apa yang terjadi seterusnya kepada mereka? Berjayakah mereka keluar daripada Funfair tersebut?



  • Suka dengan pengolahan cerita Funfair. Simple but nice. Ending juga bukanlah ending yang mengecewakan. Ending yang sedih dan masih ada terselit plot twist. Tak terfikir pun yang endingnya jadi macam itu.  
  • Watak Eva yang dikatakan memiliki deria keenam sangat misteri perwatakannya. Dan ika harap watak Eva lebih menonjol lagi sebab bagi ika dia juga membuatkan jalan cerita ini mempunyai seri. 
  • Funfair yang terbiar masih mempunyai bekalan air?. Aneh tapi ika harap ada penjelasan kenapa ada bekalan air. Haha tapi begitulah. Tidak semua kejadian misteri mempunyai jawapan. 
  • Puas hati sangat dengan apa yang terjadi dekat Iskandar. Sebab itu memang balasan yang wajar untuk budak nakal macam dia. Supposely kawan-kawan dia pun kena benda yang sama. Baru sama adil. 
  • Benda tu memang suka menyamar jadi kawan-kawan Iskandar ya. Apa istimewanya budak berdua tu. Haha. Tapi part di mana di dalam bas tu memang terasa meremang ya. Diusiknya Cikgu Aris sebegitu rupa. Nasib baik Cikgu Aris kuat semangat kalau diri sendiri kena mahu pengsan atau lari tak cukup tanah. 

Kalau la ebook Funfair ini ingin dipanjangkan penulis. Ika memang sokong. Sebab ika rasa masih ada banyak lagi watak yang boleh dikembangkan. Especially Eva. Nak tahu juga apa sebenarnya yang dia nampak di Funfair itu, dia berkomunikasi dengan siapa, betul atau tidak dia mempunyai deria keenam atau betul ke kabar angin mengatakan dia sebenarnya attention seeker. Tapi, dalam masa yang sama ika juga okay kalau ebook ini sampai disini sahaja ceritanya. Sebab dah okay. Biasalah kerja nak demand je. Haha. 
Untuk penulis, Del Osmera / Ninie Othman. Teruskan menulis okay sebab awak memang berbakat. Oki!



Oct 28, 2021

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 

Lama menghilang. Muncul-muncul terus nak join giveaway. Sebab tengah lunch break ni boleh la luangkan masa sekejap. Sebelum tu, jom la kita sama-sama memeriahkan giveaway dari Mummy Ayu ni. Syarat pun mudah dah tak pening kepala nak ikut. Jom-jom. Masih ada masa :) 

Selamat Hari Lahir buat Mummy Ayu. Semoga yang baik-baik saja buat Mummy Ayu sekeluarga. 



Sep 28, 2021

Jumpa Silent Reader Blog JJM di Instagram.

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 

Few weeks ago, masa belek komuniti buku di Instagram. Ika ada terjumpa satu instagram ni. Ika suka tengok dia buat unboxing video. And ika rasa antara sebab utama kenapa ika terus follow this girl sebab ika rasa macam dapat aura positif nak buat video. Sebab kemalasan paling ketara bila nak buat video unboxing. Lepas follow this girl. Dia terus direct message (DM). And lepastu dia mention something dekat IG Story dia. 

And cuba teka apa dia tulis. Kalau tengok dekat gambar memang banyak sangat dia tulis. Halus je tulisan. Haha ika amazed. How come dia rajin tulis kekecik macamtu. Rupanya dia silent reader blog ika. Ika rasa dia tak follow blog ni. And kebetulan dia baca entri buku seram yang ada dalam ni untuk dia nak ambil mood. 

What a small world. 


nrlatqh:

Tenkiu for writing the bookreview of horror genre yang buat kita ralit. Hehe

Ada la dua tiga kali jugak iqa baca book review genre seram seram sebab nak amik mood utk baca trilogi jangan baca novel ni. yang sampai haritu.
& memang banyak kali iqa blogwalking satu site ni sebab dia banyak buat bookreview cerita seram seram tau, i jelajah sampai entri around 2017-2015 sebab ralit tau baca Hahaha.

Bila start singgah sampai entri yang sudah sudah ni,tahu tahu perasaan rindu nak blogging tu datang balik. Join segment, giveaway, and buat ramai kawan among bloggers. bestnya time tu. Hahaha tapi tulah now dah tak rajing blogging macam muda muda dulu. 

Iqa takdalah nak stalk owner blog ni sape at first tau sebab cam suka baca review dia je lately ni. 
And todayy teknologi membuktikan feature filter recommendation technique (like can trace our suggestions --more to 'retargeting technique' itu exist ye kawan kawan sebab owner blog ni follow iqa. 

Mula mula cam 'eh sape ni'. stalk stalk eh blogger ni la. 

_______________________________________________________________________

Salam perkenalan nrlatqh. Terimakasih sebab sudi baca entri book review lama-lama. Memang dulu kerap ulas buku seram. Sekarang campur-campur genre. InshaAllah nanti kita re-read balik buku seram lama and baru and kita letak latest review okay. Thanks again awak. Jangan jemu singgah sini and sapa kita dekat IG. Ini buatkan ika lagi semangat nak baca buku and buat ulasan. Walaupun rasa macam okay tak ada siapa akan baca ulasan kita. Tapi, ika harap dapat memberikan secebis manfaat buat para pembaca :)

Sep 27, 2021

EBOOK REVIEW - LAUTAN CINTA KAHFI BY AII FARIZA

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 

Bacaan ke 9 pada bulan ini. Jadi slow reader terus bila bekerja. Tapi ika masih akan cuba cari masa untuk baca. Macam ebook Lautan Cinta Kahfi ini. Bila ika tengok yang page tak sampai 200 lebih. Ika terus baca. Selalunya kalau page tak banyak ika akan cepat habiskan. Bulan ni, banyak baca karya penulis yang tidak dikenali sebab ika rasa ika patut explore lebih banyak lagi karya yang telah diterbitkan. Buku lokal juga bukanlah boleh dipandang sepi. 

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa agaknya ika masih boleh membaca novel cinta. Walaupun novel cinta dilabelkan sebagai cerita fantasi dan tak masuk akal. Tapi bagi ika, selagi boleh baca semua karya. Apa salahnya berikan peluang. Tak nafikan yang ika kadang ada juga perasaan macam tak suka bila terlalu klise. Tapi, macam ika cakap. Selagi ada pengajaran yang terselit, Ika terima dan baca tak kisah apa jenis bahan bacaan sekalipun. Percayalah, genre romantik masih ada peminat tersendiri dan sebab itu ramai penulis masih tetap bertahan. Ika salah seorang pembaca yang sapu semua. 

Jom teruskan dengan ulasan LCK. Bismillah. 



Kahfi & Farihan bertemu semula di sebuah majlis berbuka puasa. Farihan tidak menyangka yang dia akan berjumpa semula lelaki yang menyimpan rahsianya. Rahsia yang memalukan. Namun bagi Kahfi. Ini peluangnya untuk memikat Farihan. Dari satu pertemuan ke pertemuan yang seterusnya telah menimbulkan perasaan yang aneh di hati mereka. Apa yang terjadi seterusnya? 

Dalam satu perbualan random di antara Farihan dan ibunya. Farihan ada memberitahu yang Kahfi bukan calon suami yang sesuai untuk dirinya. Kerana pekerjaan Kahfi di laut yang tidak menentu dan perlu meninggalkan isteri dalam satu tempoh masa membuatkan dia berfikir. Baginya, dia lebih suka jika suami ada di depan mata dan disisinya. Untuk apa sudah berkahwin jika perlu berjauhan. Begitulah perumpamaannya. Tak hairan jika Farihan mempunyai mindset sebegitu kerana semua orang pun tidak suka akan perhubungan LDR ( Long Distance Relationship) dan perempuan memang akan selalu overthinking. Ini fakta. Jadi, Farihan mempunyai perasaan yang sama dengan semua wanita yang ada dekat muka bumi ini. Kalau ada yang boleh terima. Kita gelarkan mereka ini "geng mental kuat". Hee. 

Kahfi. Baginya pula. Tugasnya di laut, 

“Tangan akan mula berpeluh, darah menderu naik dalam kepala, jantung berdegup kencang, perut rasa sebu dan kaki separuh kebas. Semua itu saya alami setiap kali berlawan dengan ombak ganas. Perasaan itu yang belum saya temui di darat. Saya tak reti nak ungkap kepuasan bila berjaya meredah gelora di lautan. I just love the excitement, the adrenaline rush.”

Personally, ika suka dengan jalan cerita. Simple tetapi masih ada terselit kemanisan, pengajaran dan liku-liku kehidupan orang dewasa. Watak kedua-duanya memang berbeza. Namun saling melengkapi antara satu sama lain. Soft spoken & extrovert kalau bergabung jadi apa? Jadi macam Farihan dengan Kahfi la. Menarik. Persoalan tentang peristiwa memalukan itu pun terjawab dan puas hati. 👍🏻

Ada beberapa perkara yang boleh dihighlight:- 

▪️Jika seseorang itu telah menerima kekurangan diri kita seadanya. Dia tidak akan sesekali menjadikan kekurangan itu sebagai satu isu. Malah dia akan menutup kekurangan pasangan dengan kelebihannya. 

▪️Melakukan sesuatu pekerjaan yang kita suka merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga. Melepaskannya juga mungkin perit untuk kita terima namun mesti ada pulangan yang lebih baik akan diperolehi. 

Lepasni rasa nak cuba baca karya penulis yang lain. Bila tengok di GR. Banyak juga karya penulis. Kena mencari la ni. Untuk LCK, Tahniah buat penulis sebab ika rasa ini satu percubaan yang baik. Siapa kata nak menulis cerita pendek tapi padat itu senang. 

E Sentral - Lautan Cinta Kahfi

Sep 22, 2021

EBOOK REVIEW - SEPERTI SAKURA BY SAI AMBROSE

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ini merupakan buku ke7 untuk bulan ini. Pertama sekali, ika familiar dengan nama penulis sebab kerap muncul di ruangan Instagram namun tak pernah baca karya dari penulis. Jadi, bila penulis berikan ebook percuma. Ika cepat-cepat redeem. Sebab ika plan sebelum nak beli novel.Ika nak baca dulu at least 1 cerita dari penulis. Nak tahu juga kena atau tidak dengan selera ika. Maksudnya ika suka atau tak dengan cara penulis menulis. Jadinya, Seperti Sakura ini ialah first impression dan akhirnya terjadilah entry review pada hari ini. 

Bayangkan, ika sempat habiskan ebook ini masa ika lunch break. Sebab ebook ni hanya 157 muksurat sahaja. Jadi, cepat la dapat habiskan. Jom proceed ke ulasan. Spoiler alert! 

Bismillah. 

Dan..
dengan hadirnya cinta, jiwa sembuh dari segala luka.

Sinopsis Ringkas

Seperti Sakura mengisahkan tentang gadis bernama Farra yang baru saja putus cinta dengan kekasihnya (Fahmi). Dan, tidak semena-mena kehadiran Fadzhil telah mengubah kehidupan Farra menjadi 360 darjah. Fadzhil mengajaknya berkahwin dan akan masuk meminangnya dalam masa terdekat. Jadi, apa agaknya yang akan terjadi kepada mereka berdua? 

Ika rasa ianya satu percubaan yang baik dari penulis. Watak Farra mengingatkan ika yang sememangnya perempuan ialah manusia yang paling complicated di dalam dunia. Dia sendiri was-was dengan perasaan dia terhadap Fadzhil. Bila Fadzhil masuk meminang. Dia taknak tetpi tidak pula dia direct terus mengatakan tidak. Tetap juga berkira-kira dengan pinangan tersebut. Jadi, apa yang Farra mahukan sebenarnya? Dia sebenarnya khuatir dianggap terlalu cepat beralih arah setelah putus cinta dan mungkin dia juga masih mengharapkan Fahmi. Senang cerita. Rumit. Muktamad. Dah berkahwin sekalipun dengan Fadzhil. Farra tetap meletakkan gap dalam hubungan mereka. Pada pemerhatian ika. Watak Farra ialah watak yang pasif dan teringin sangat nak tengok karakter dia yang lain. 

"Listen my future boo.

I like you. 

I want to take your hand, put in mine and then us against the world" 

- Fadzhil-

Fadzhil ialah seorang lelaki yang tersangatlah penyabar dan sweet talker. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia ialah kata-kata pujian kepada isteri. Baby boo, love dan banyak lagi. Dan perkara tersebut boleh diambil kira jika sesiapa nanti dah beristeri. Kerap-kerap la puji isteri sebab semua isteri suka dipuji oleh suami. Cara Fadzhil melayan Farra juga baik dalam SS. Banyak contoh yang baik boleh dipelajari dari perbuatan Fadzhil dalam melayani seorang isteri. 

"Jom, Naruto. Lepas tu Naruto Shippudden. And then I can guarantee you, you will be a fan, just like me.
Oh imagine the time we are gonna spend together to finish all of them, episodes. Man.. that's love"


By the way lepas dari baca ebook ini, ika rasa macam nak tengok Naruto. Sebab, cara Fadzhil hasut Farra untuk bermarathon anime Naruto ni macam best sangat ceritanya dan buktinya Farra terjebak. Soon okey!

"I like you. I like you a lot"

" I think.. I'm starting to like you, too"

Farra & Fadzhil, mereka bercinta lepas kahwin dan mereka juga berusaha untuk memahami perangai masing-masing. Ianya satu fasa yang normal dalam mengenali pasangan dan secara jujurnya ika suka dengan kedua-dua watak. Sangat kontra dari segi keperbadiaan namun tetap menjadi sistem support yang kuat untuk each other. Cuma, ika harap yang 2 karakter ini akan lebih menyerlah dengan meletakkan emosi yang lain. Letakkan juga konflik yang lebih berat in future jika ingin kembangkan lagi cerita. Konflik di dalam Seperti Sakura ini biasa dan memang benar kata penulis. Bacaan santai.

Congrats penulis Sai Ambrose. Masih boleh diperbaiki lagi. Banyak part di dalam SS yang boleh dikembang dengan lebih lagi sebab saya rasa tak puas baca. Sekejap sangat tup tup dah habis. Dan saya tertanya-tanya sebenarnya dari mana bermulanya perkenalan mereka dan macam mana boleh berputiknya perasaan cinta itu. Keep on menulis dan saya akan dapatkan karya encik penulis yang lain. InshaAllah. 



Goodreads Sai Ambrose

Sep 21, 2021

Giveaway by Shida Radzuan

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Selamat Hari Rabu semua. Harini, rasa macam nak join giveaway dari rakan blogger. Korang pun boleh join jugak. Sebab masih ada masa lagi. Jom la kita memeriahkan lagi  giveaway Kak Shida. 


SYARAT-SYARAT GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN

  1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway by Shida Radzuan
  2. Follow Socmed shida : Blog + Facebook + Instagram + Twitter
  3. Letak banner giveaway dan backlink kan ke entri giveaway
  4. Cerita sikit dalam entri : Apa yang korang suka tentang blog shida
  5. Selesai semua, publish dan submit link entri ke ruangan komen entri ini

Ika suka dengan blog Kak Shida sebab banyak sharing benda dalam tu. And suka baca random things. and benda paling utama, segar bugar mata bila masuk blog Kak Shida sebab warna blog akak sekarang warna fav ika :)

Sep 13, 2021

Hadiah dari Alien Oren 🍊


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Entry ringkas ini ika tujukan khas buat saudari Alien Oren. Kalau tidak silap sebulan lepas ika ada join satu segmen yang dianjurkan AO (Segmen Wanna Be My GFF). Jadi, bila AO contact di ws. Rupanya, ika adalah manusia terpilih untuk dapat hadiah special yang diperkatakan oleh AO dalam segmen dia.

Untuk peserta yang berada di sekitar Shah Alam, AO akan bagi hadiah special untuk korang.
-AO-

Masa tu memang ika tengah kerja. Nasib baik dekat rumah ada orang. Itu yang ika minta AO proceed saja kalau nak hantar. Kalau nak tunggu ika balik kerja, alamatnya lambat lagi nak balik. Cuba korang teka apa agaknya barang yang AO hantar dekat ika mengunakan Grab Express?. Tapi kan, memang mudah sangat hantar barang sekarang. Guna saja Grab dan perkhidmatan lain yang menawarkan servis yang sama. Musim COVID sekarang nak berjumpa bersemuka pun ramai yang masih takut. Jadi, ini adalah inisiatif lain yang boleh digunakan.

Buah, Tabung, Keychain & Sepucuk surat <3

Terimakasih banyak-banyak dekat AO sebab berikan ika buah Melon Manis Terengganu dari Golden Fresh Fruits. Tahu-tahu je buah kesukaan ika. Memang kebetulan sangat. Buah Melon ni warna dia menyerlah sangat sampaikan ika tengok warna pun dah terliur. Ini kita terus review ya buah Melon Manis Terenganu. Rasa dia just nice. Tak manis sangat, tak tawar sangat. Kena dengan citrasa ika, Sebab tu ika makan banyak lebih dari orang lain dekat rumah tu. T.T 

AO dia punya baik hati siap selitkan benda lain selain buah. Ika hargai dan sangat suka dengan pemberian AO. Salam perkenalan AO. :) Terimkasih sekali lagi. Semoga AO terus maju jaya. Siapa yang nak berkenalan dengan saudari AO sila ke blog beliau okay. Sana macam-macam cerita boleh baca. 

Aug 31, 2021

COMIC REVIEW - YOUNG AISYAH: HARI KANTIN BY REJA

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Buku pertama untuk Bulan September ialah Young Aisyah: Hari Kantin. Ika curi masa baca komik ni sampai habis sebelum pergi kerja. Baca komik untuk naikkan mood membaca balik sebab 2-3 bulan ni mood membaca memang tak berapa nak ada. Oh ya, siapa yang tengah mencari bahan bacaan yang santai untuk anak-anak di rumah. Ika cadangkan untuk kalian singgah ke website PTS untuk melihat buku-buku yang menarik untuk anak-anak. Ada komik yang pelbagai genre. Tinggal sediakan wang sahaja. 

Ika sendiri pun baru sedar akan kewujudan komik Young Aisyah ini. Rupanya masih ada banyak lagi. Nanti ada rezeki boleh kumpul buat koleksi. Walaupun tak ada budak kecil di rumah. Ika sendiri rasa yang ika nak buat koleksi untuk diri sendiri. Dah ada anak nanti boleh turunkan dekat dia. *berangan itu kan free*. 

Mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Aisyah. Dia dan rakan sekelasnya perlu menjual makanan pada Hari Kantin yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Namun, apa yang merunsingkan mereka ialah mereka perlu memasak untuk menjual pada Hari Kantin. Kerana terdesak, Aisyah tampil untuk menjadi chef bagi mewakili rakan yang lain. Masalah utama yang Aisyah hadapi ialah dia tidak tahu memasak. Akhirnya,atas bantuan keluarga timbul idea untuk membuat dan menjual kek cawan (cupcake) pada Hari Kantin. Konflik terjadi apabila kek cawan Aisyah tidak menjadi sepanjang proses percubaan dan pada hari kejadian, ada beberapa perkara yang tidak mereka jangkakan berlaku.

Apa yang terjadi? Ikuti kisah selanjutnya dengan membeli komik Young Aisyah: Hari Kantin. 

Pertama sekali, komik ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Dialog juga mengunakan bahasa yang mudah difahami. Tiada penggunaan bahasa campur. Idea dan jalan cerita yang simple dan logik. Watak yang ada di dalam komik ini ialah watak-watak yang pasif. Hanya ada 1-2 watak yang yang mempunyai karakter kontra. Sebab, kalau banyak sangat watak yang agresif dan negatif. Mungkin tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang dalam proses membesar dan ingin mencuba. 

Seronok melihat bagaimana Aisyah dan rakan-rakannya yang masih kecil ini berbincang untuk menyempurnakan Hari Kantin tersebut. Cabaran yang perlu dihadapi di usia yang masih muda meskipun cabaran itu ialah cabaran kecil bagi kita yang sudah dewasa. Kanak-kanak sentiasa mahu melakukan yang terbaik buat diri sendiri dan rakan-rakan.

Terimbau juga sedikir sebanyak kenangan ketika di zaman sekolah. Hari Kantin la merupakan hari yang menyeronokan. Semua pelajar akan struggle perah idea untuk melakukan yang terbaik untuk berniaga. Dari hiasan sehinggalah ke produk. Dan yang paling penting, melayan pelanggan sebaiknya. Uniknya ialah pengunaan kupon. 

🧁Diselitkan juga nasihat-nasihat yang baik dan berguna buat semua pembaca. Selingan yang dapat memberi manfaat buat adik-adik. 

🧁Trivia ringkas di setiap akhir bab.  (Bawang - Croissant - Cupcake ) 

🧁Ilustrasi comel. Kalau diwarnakan mesti lagi menarik. Tambahan pula ada makanan. Mesti kalau dah diwarnakan jadi terliur. Sebab selalunya macam tu la. Mudah terpengaruh T.T

🧁Nampak sedap semua kek cawan yang dibuat oleh Aisyah dan rakannya. Ke sebab lapar eh? Haha.

Overall. Bahan bacaan santai yang okay. 

Aug 26, 2021

1 Buku 1 Inspirasi Big Bad Wolf

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Secara jujurnya, ika rasa setiap pembaca mempunyai satu atau dua buah buku yang memberi inspirasi buat diri masing-masing. Ini kerana, dengan buku kita dapat belajar macam-macam perkara tanpa batasan. Bergantung juga dengan bahan bacaan yang kita pilih. Jika kita memilih untuk membaca buku ilmiah, memoir, travelog, islamik, biografi, sejarah dan sebagainya. Mungkin ianya akan dapat menyuntik dalam diri dan jiwa kita walaupun secebis perkara. 

Q: Buku apa yang memberikan inspirasi kepada diri sendiri? 

Buat masa sekarang, buku bertajuk Malaikat Bertali Leher dari Amirul Azmeer Asmadi. Terbitan Puteh Press. Kehidupan penulis di negara orang membuatkan kita sebagai pembaca kagum dengan cara penulis adapt dengan budaya yang berbeza di negara orang. Penerimaan masyarakat di sana terhadap stranger juga merupakan satu cabaran besar ketika di negara orang. Namun, kagum dengan penulis yang boleh berinteraksi dengan masyarakat di sana secara santai seolah-olah sudah kenal lama. 


Big Bad Wolf akan kembali lagi dengan pesta buku online secara besar-besar sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 tahun pada 28 Ogos 2021 sehingga 1 September 2021. Terdapat lebih 60,000 buah tajuk buku yang kalian boleh pilih. Diskaun yang sangat berbaloi iaitu sebanyak 50% - 95%. Buat kalian yang ingin memborong buku, inilah masa yang sesuai. Kalian boleh jenguk ke website mereka bermula 28 hb ini. 

Boleh set reminder di telefon. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sememangnya, kita kena akur yang untuk ke pesta buku pada musim pendemik ini sangatlah mustahil. Jadi, kita boleh mengunakan alternatif membeli yang lain iaitu secara online. Lebih mudah dan jimat masa, tenaga dan duit kereta. Siapkan duit dan tunggu depan komputer untuk melakukan pembelian. Seterusnya, tunggu sehingga parcel buku kalian sampai depan rumah. 

Easy! 


Kalian juga berpeluang untuk memeriahkan lagi contest yang dianjurkan oleh pihak Big Bad Wolf. Sudah semestinya hadiah yang ditawarkan sangat menarik. Mana tahu rezeki kalian untuk memenangi hadiah 1st prize mahupun hadiah yang lain. Rezeki terpijak orang kata. Boleh klik di link di bawah :-

Share & Win Contest


Media social rasmi Big Bad Wolf. Jom, tunggu apa lagi. Nantikan pesta 1 Buku 1 Inspirasi yang akan tiba esok. Selamat membeli dan membaca buku. Semoga dengan membaca dapat memberikan inspirasi kepada diri kalian. 

BBW Facebook

BBW Instagram

BBW Twitter

#BigBadWolfBooks #1Buku1Inspirasi