Jun 25, 2024

Shopee dan Kementerian Kesihatan Malaysia Lancar Inisiatif Pek Kasih Mama

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥



Shopee Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melancarkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pek Kasih Mama hari ini. Inisiatif ini didedikasikan untuk meningkatkan komuniti tempatan melalui teknologi dan menyediakan sokongan penting kepada para ibu di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan MPKS Puncak Alam ini telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad yang secara peribadinya telah menyampaikan 300 pek penjagaan kepada ibu dan bakal ibu. Sebanyak 1,000 pek penjagaan telah disediakan untuk kempen CSR ini.

Setiap Pek Kasih Mama dipilih susun dengan teliti yang merangkumi barangan penjagaan bayi dan ibu yang penting seperti lampin yang disahkan oleh KKM, tisu basah bayi, produk mandian, tuala, keperluan penyusuan anak, dan produk penjagaan kulit yang selamat untuk wanita hamil dan yang menyusukan anak. Baki 700 pek penjagaan akan diagihkan di pelbagai acara kerajaan di seluruh negara, termasuk Program Madani Afiat.



Kempen Pek Kasih Mama merupakan komitmen Shopee untuk menyediakan sokongan jangka panjang kepada para ibu. Melalui kerjasama strategik dengan KKM, Shopee membantu meningkatkan akses kepada barangan penjagaan anak dan ibu yang mampu milik. Kod QR akan diletakkan secara strategik di pelbagai acara kerajaan yang ditetapkan di seluruh negara, supaya para ibu mudah mendaftar secara percuma ke Shopee Mum’s Club yang membuka pelbagai faedah seperti baucar dan diskaun eksklusif, kandungan keibubapaan, tips dan nasihat keibubapaan melalui sesi Shopee Live, serta ciri-ciri lain yang direka untuk menyokong ibu sepanjang perjalanan keibubapaan mereka.

Shopee Mum’s Club adalah komuniti yang menyokong dan memperkasakan para ibu dengan akses pendidikan oleh pakar yang disampaikan melalui sesi Shopee Live informatif, di mana ia membentuk sokongan persekitaran di mana para ibu boleh berkongsi pengalaman dan belajar antara satu sama lain. Sesi-sesi Shopee Live ini telah konsisten menyediakan maklumat penting tentang pelbagai topik keibubapaan dari pakar penjagaan anak. Antara topik yang telah distrim langsung adalah penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja, piawaian keselamatan kerusi kereta anak, menguruskan tantrum, psikologi warna untuk mencipta bilik anak yang menenangkan, dan memilih kereta sorong bayi yang betul. Kelab ini akan terus menganjurkan sesi Shopee Live, dengan pelbagai topik keibubapaan membolehkan para ibu juga terlibat bersama dalam perbincangan terbuka dan melalui perjalanan sebagai seorang ibu bersama-sama. 



YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, "Kempen Pek Kasih Mama ini adalah sebuah kerjasama strategik antara Shopee dengan KKM yang mencerminkan komitmen bersama untuk menyokong komuniti. Ia juga diharapkan dapat meringankan bebanan kos sara hidup keluarga. Shopee Mum’s Club adalah sebuah komuniti yang membolehkan ibu-ibu mendapat akses pendidikan daripada pakar. Sesi Shopee Live, yang menampilkan pakar penjagaan bayi dan kanak-kanak, menyediakan pandangan bernilai mengenai pelbagai topik keibu-bapaan. Sesi-sesi ini juga memudahkan perbincangan supaya ibu-ibu dapat berkongsi dan belajar antara satu sama lain.”



Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia
, menekankan dedikasi Shopee untuk membawakan perbezaan bermakna melalui kuasa transformasi teknologi. "Shopee komited menjadikan e-dagang mudah diakses dan bermanfaat untuk seluruh rakyat Malaysia, termasuk meningkatkan akses terhadap barang keperluan. Kerjasama kami dengan kerajaan, seperti inisiatif Pek Kasih Mama dengan kerjasama KKM ini membolehkan kami membawakan impak positif secara langsung kepada komuniti terutamanya kepada ibu dan keluarga. Melalui pek penjagaan keperluan dan sumber berharga di Shopee Mum’s Club, kami berusaha untuk membawakan sokongan segera dan berjangka masa panjang buat ibu-ibu di seluruh Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 2019, Shopee Mum’s Club telah muncul sebagai tonggak sokongan untuk para ibu di seluruh Malaysia. Ini dapat dilihat melalui komitmen pelaburan berterusan melalui subsidi harga dan baucar untuk keperluan penjagaan ibu dan anak. Menawarkan keahlian percuma dengan faedah eksklusif, termasuk baucar khas RM30 untuk ahli baharu dan baucar eksklusif RM20 untuk pengguna sedia ada*, Shopee berusaha untuk menyediakan penjimatan dan kemudahan yang signifikan kepada semua ibu. Melalui kerjasama dengan jenama bayi terkemuka, Shopee memastikan akses kepada produk berkualiti pada harga yang berpatutan, yang dihantar terus ke pintu ibu. 



Untuk maklumat lanjut dan untuk menyertai Shopee Mum’s Club, layari https://shopee.com.my/m/mums-club.


Jun 18, 2024

Wordless Wednesday - Hadiah Hari Jadi ♡

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kita nak langgar entry wordless kalini. Kita masih nak tulis sesuatu disini. Terima kasih banyak to both of you sebab bagi hadiah dekat kita. Kalian pandai buat saya terharu. Semoga kalian dimurahkan rezeki & yang baik baik saja buat kalian. <3 . Yang pasti, tahun ni saya tak payah beli bag dah hshs. Alhamdulillah. 



Pre PBAKL X PBAKL 2024 📚📈

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Jadi, bulan lepas PBAKL berlansung selama seminggu lebih. Dan memandangkan hari pertama PBAKL jatuh pada hari lahir ika. Ika ambil keputusan untuk pergi hari pertama untuk jalan-jalan & reward diri sendiri. Sanggup ambil AL hshs. Jom kita jump ke book haul terus. To be honest, memang dah standby list buku nak dibeli. Sangat risau terbeli banyak buku sebab tahun ni banyak publisher tak rilek. Sebab keluarkan banyak buku best sekaligus. Tapi end up masih terbeli benda yang tak ada dalam senarai. Well done dearself. hshs. Rasa macam badut tapi tengok orang lain pun 2 x 5 je. Terus tenang sikit hati ni. Tak la rasa bersalah sangat. 


Entry kalini kita belanja gambar book haul saja ya. Nanti next entry kalau ada rezeki. Kita akan cerita secara ringkas pengalaman kita masa PBAKL :) InshaAllah. 


Total Damage?-- Usah dikira. 
Total Buku? -- 39 buah (10 buah dah selesai baca) 


Prolog Media
1. Kenzi X Embun / Anna Lee 

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) :
2.Sinappapal / Azizi Haji Abdullah (RM5)

Imprint Penerbit X
3.Halimunan / Riley Rizan 
4.Patung Voodoo / Ilya Abdullah 
5.Puaka Pejabat / Sabrina Ismail, Mus & Mira Ishak 
6.Puaka Perpustakaan / Rhea, Balqis Jaz & Eye Naura 
7.Puaka Dewan Makan Asrama / Zehann Ur Rakhie
8.Puaka PKP / Khairul Nizam Khairani 
9.Puaka Dobi Layan Diri / Siti Solehah , Mus & Khairul Aswad
10.Puaka Koperasi Sekolah / Mira Ishak, Siti Solehah & Balqis Jaz 

Imprint Bookiut :
11.Miss CEO / Haryani Kamilan (Klik Sini)
12.Miss Writer / Noor Azlin 

Dear Novels
13.Celaru / Zura Anwar 
14.Netizen / Illa Shanahila 
15.Pelan / Zaifu Zaman Ahmad (Klik Sini)
16.Gharib / Intan Aidda (Klik Sini)

Buku Prima
17.Perempuan Busana Merah / Ramlee Awang Murshid (Klik Sini) (RM 25)

Iman Publication
18.Bayang Sofea / Teme Abdullah 
19.Pada Masa Yang Terhenti / Osman Deen 

Mahakarya
20.Teka Teki Permainan Penyamar / Zura Anwar 

Hilal Asyraf  
21. Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung (Jawi Version) 

Karya Seni 
22.Cinta Berganti Nyawa - Hannaz
23.Jika Itu Takdirku - Fhy
24. Aku Lelakimu - Sara Aisha
25.Erti Cinta - Camellia 
26.Liefde - NA
27.Lelaki Ke 19 - NA 

Fajar Pakeer 
28. The Witness - Suhaila Selamat
29.Pembantu Cik Medusa  - Eyla Hime
30.Persis Drakula -Asraff Shaari 
31. Rindu Dalam 8 Doa - Tiey Anam
32. Jangan Tinggal Aku - Suhaila Selamat 
33. My Heary With You - Anithsya
34. Diamonds - Ombak Pantai 
35. Imperfect Moment - Ayeshah Amani 
36. Darkest Moment - Ayeshah Amani 

Suara Hati 
37.Leo - Jaja Ahmad 

Penulisan2U 
38. Raid Arjuna - Rose Harissa 
39.Zinnirah - Woori 


Terima kasih juga buat Natasha Mayza aka Mak Miyu untuk Bidan & Kak Azwin untuk Selindung Di Sebalik Rahsia. Both buku diberi sempena birthday kita. Me is happy girl :) Semoga kalian berdua terus sukses dalam bidang penulisan. Yang penting, kita sayang dua-dua banyak sangat. 









Ulasan Buku - Mek Dagang by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Kata orang. Kalau ternampak patung Mek Dagang..
kalau berani. Cium pipinya dan minta saja apa yang kau minta. Jamin kau boleh dapat" - Nazli


Ada banyak khabar angin / versi cerita mengenai restoran Mc Dagang yang terbengkalai itu. Jadi, Hyniyah dan 3 rakannya yang lain nak merasai sendiri pengalaman memasuki premis terbiar itu dan mencari patung Mc Dagang. Mereka jumpa patung tersebut dan Nazli yang perangainya suka bergurau telah mengucup patung itu.
Apa yang terjadi seterusnya?

Satu demi satu kematian berlaku dalam kalangan mereka. Mereka percaya ini ada hubungkait dengan MC Dagang. ‼️


Boleh nampak penulis cuba nak play around dengan dialog dak dak remaja sekarang bercakap & bergurau. For me, saya tak kisah sebab ini mungkin cara penulis nak bereksperimen.

Okay, kalini cerita pasal restoran Mc Dagang & maskot yang dikatakan misteri itu. So far, saya rasa masih ada elemen suspen, suprise & plot twist yang penulis letakkan. Macam biasa. Penulis tahu macam mana nak attract pembaca untuk kekal dengan cerita and teruja tunggu siri seterusnya.


Cara kematian dalam buku ni tak gore sangat. Even, kemunculan makhluk pun kita rasa masih lagi penulis malu-malu nak belanja. Kita rasa penulis mesti makin lama makin all out untuk siri akan datang.

Tak terfikir pula si polan ada kaitan dengan si polan. Sebab kita ni otak lurus macam pembaris. Kalau dapat teka pun sikit je 🤏🏻 Tapi, saya masih rasa tak puas hati dengan seseorang dalam cerita ni sebab tindakan dia tu sangat selfish dan membahayakan nyawa orang. Cara dia justify semua benda pun macam tak boleh terima dek akal. Benci ~
Jadi pattern pemerhatian untuk siri Dimensi Paranormal ni ialah setiap satu buku mungkin satu cerita yang akan ditamatkan terus dari segi jalan cerita. Cuma masih ada connection dari segi watak dan crime scene misteri yang terjadi. Masih terlalu awal nak buat conclusion sendiri. Kita tunggu saja next buku iaitu Hantu Belaan.

Yang pasti siapa sebenarnya 2 orang yang suka datang outofnowhere macam men in black tu. I wonder hshs. Datang jadi hero lepastu poof hilang.



Jun 11, 2024

Rekaan Praktikal Liyanacollection Menyerlah di Shopee Live

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Platform Penstriman Langsung Memainkan Peranan Penting untuk Menonjolkan Fungsi & Nilai Produk




Shopee Live telah menjadi alat perniagaan penting buat Liyanacollection, jenama fesyen Muslimah tempatan yang menawarkan rekaan sedia pakai dengan sentuhan buatan khas. Diasaskan oleh Norliyana Abdul Ghani, seorang pereka fesyen yang belajar sendiri tentang rekaan fesyen dan mempunyai minat mendalam tentang fungsi pakaian, Liyanacollection mengutamakan keselesaan dan kepraktisan untuk wanita Muslimah moden. Pakaian mereka menampilkan rekaan mesra wudhu, mesra penyusuan dengan zip tersorok, dan fabrik berkualiti tinggi dan tebal yang direka elegan — semuanya pada harga yang berpatutan.


Mengintegrasikan Shopee Live ke dalam operasi harian Liyanacollection sejak tahun 2021 terbukti menjadi batu loncatan buat mereka. Semasa penstriman langsung, penonton berpeluang melihat butiran terperinci yang direka khas dalam setiap pakaian. Hos menunjukkan bagaimana zip yang tersembunyi dengan bijak pada kedua-dua lengan memudahkan untuk berwudhu dan zip tersorok untuk memudahkan ibu menyusu dan ciri-ciri lain yang menjadikan pakaian ini sesuai untuk pemakaian harian. Interaksi secara langsung ini amat penting dalam memacu kejayaan Liyanacollection. Ia membolehkan pelanggan melihat kepraktisan dan kecantikan rekaan mereka secara langsung, sekali gus mengukuhkan kepercayaan pelanggan


Norliyana menekankan kuasa ketelusan yang boleh dicapai melalui Shopee Live. “Ketelusan membina kepercayaan dan pelanggan setia," jelasnya. "Shopee Live membolehkan kami berhubung dengan pelanggan secara langsung, menunjukkan kualiti terperinci rekaan serta menjawab soalan secara langsung. Kepercayaan ini yang memacu kejayaan kami. Kami sangat mementingkan perkhidmatan pelanggan, dan penilaian kedai yang positif adalah penting bagi kami."

Ciri-ciri Shopee Live meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah Shopee Live buat penonton Liyanacollection. Penonton boleh menebus Shopee Coins dan baucar pengikut baharu, sementara fungsi "beg oren" membolehkan mereka terus ‘add-to-cart’. Sejak mengintegrasikan Shopee Live, Liyanacollection telah melihat kesan ketara, terutamanya semasa musim kemuncak seperti Raya, di mana hasil jualan mereka berganda.

Untuk kekal berdaya saing dalam dunia e-dagang yang sentiasa berkembang, Shopee memperkasa Liyanacollection melalui peluang pembelajaran yang berterusan. Ciri platform ini yang memberi fokus kepada perkongsian ilmu dan ketelusan analitik data pengunjung juga membolehkan meraka mengetahui tentang trend semasa dan perkembangan terkini platform. "Perniagaan saya adalah 80% dalam talian, jadi saya sentiasa menimba ilmu tentang perkembangan terbaharu platform ini," kata Norliyana. "Setiap minggu, pasukan saya menyertai kelas dalam talian untuk memahami lebih lanjut dan kekal maklum tentang perkembangan dunia jualan dan beli-belah dalam talian." Universiti Shopee menawarkan kursus percuma dan menyediakan ilmu perniagaan dalam talian penting terutamanya buat penjual baharu.

Koleksi Raya 2024 Liyanacollection telah dipamerkan di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita, yang distrim langsung kepada lebih daripada 70,000 penonton seluruh negara melalui Shopee Live.

Liyanacollection telah berkembang dari sebuah usaha dropshipping menjadi perniagaan tempatan yang berjaya dan membawa impak positif kepada komuniti. Dengan hampir 30 pekerja, jenama ini memperkasakan tukang jahit tempatan dengan mengambil mereka di kilang jahit Liyanacollection di Alor Setar, Kedah. Terkini, menawarkan 50 rekaan tersendiri, dengan fokus terhadap pakaian tradisional dan perkahwinan, Liyanacollection meraikan warisan budaya sambil menawarkan wanita Muslimah moden dengan pilihan yang bergaya dan praktikal. Dengan lebih daripada 2000 helai terjual di Shopee, Baju Kurung Brocade LYS Beryna adalah yang terlaris. Liyanacollection merancang untuk melancarkan koleksi pakaian