Ulasan Buku - Pelan by Zaifu Zaman Ahmad - Jari Jemari Menari

May 15, 2024

Ulasan Buku - Pelan by Zaifu Zaman Ahmad

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Ya. Mira lumpuh. Jadi, dia bergantung harap sepenuhnya pada Suri (orang gaji) & suaminya untuk buat rutin harian dia. Tapi pada suatu hari, suami Mira terkejut apabila dia mendapati orang gajinya mati ditangan Mira & Mira boleh bangun dan bergerak dengan sendirinya. Apa yang terjadi seterusnya? 



Jangan kata suami dia je terkejut. Yang baca ni pun sama. Kita nak tahu juga selama ni dia pura-pura ke sebab nak attention dari orang dalam rumah tu?. And kita sebenarnya tak adalah sabar banyak masa di permulaan cerita ni. Sebab Mira banyak ulang benda yang sama all the time. Bila minta dia perjelasan dia diam. Itu membuatkan kita sendiri rasa macam nak masuk dalam cerita and soal Mira sendiri. Geram. 


Awal cerita agak slow sikit. Tapi penulis mula dapat rentak bila dah masuk part nak sorok mayat Suri yang mati katak tu. Of course kita yang sejenis tak boleh jadi polis ni. Terus tuduh sesiapa yang kita rasa bersalah dalam cerita ni. Rupanya salah tekaan kita. 



Bayangkan dah la pelan nak sorok mayat. Patutnya bukan ke kena macam panik? Atau sekurang-kurangnya tunjuk la kau shaking ke nampak darah atau kau menangis ke? Tapi kita rasa argh tak cukup feel tu. Over kan?. Kita rasa watak Mira terlalu rileks. Cara dia suruh Nawawi buat semua kerja tu macam semudah itu saja. Padahal benda tu salah dia. Nawawi pula yang nak kena struggle fikir masalah yang bini dia buat. Nawawi pula macam ha awak dah bunuh orang. Ha itu je la. Takda pula kau report polis. Lagi bersekongkol dengan bini. Ko rasa kenapa dia tak report? Sebab sayang? . Kena bacalah~


Kita rasa ending dia tak adil & berat sebelah buat si pelaku & si mangsa. Tapi persoalan kenapa Mira boleh lumpuh-berjalan & kenapa benda ni semua berlaku. Terjawab ๐Ÿ™Œ๐Ÿป 


Kadang tu,tak sangka kan yang sebenarnya baik dengan kita tu la ketua setan. Yang perlahan-lahan nak ambil kesempatan atas kesempitan. Sebab tu kita hidup ni kena ekstra berhati-hati.


Siapa nak baca cerita thriller yang tak berapa nak thrill. Baca ni okay? Bulan ni rasa macam kerap baca cerita pasal sorok mayat ๐Ÿ˜ถ‍๐ŸŒซ️ Nanti kita kumpulkan semua cerita yang ada kaitan dengan sorok mayat okay?

2 comments:

Sha Mohamed said...

Pergh!! Menarik.. Lama dah tak membeli.. Kita kumpul dulu list.. kikiki..

fanny_dcatqueen said...

Kliatan menarik, dan saya penasaran pula dengan jawabannya ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Tapi Kaka tulis tak terlalu thrill juga yaa ๐Ÿ˜…. Cuma at least kalo terjawab semua yg kita bingungkan, dah okelah.