Hey, I'm back again. Oh, Assalamualaikum readers sekalian. 🙋
Let's go straight forward to my title post above. Book Review- Creepyposta.
Thankyou Najwa Yunos sebab belanja sis buku ni, menggunakan baucar buku dia yang tak pernah terusik. Ika dapat buku ni 4 hari lepas birthday ika (2016)
Well, buku ni ika sendiri pilih sebab kebetulan masa tu dia offer dekat kiteorang, ambik je buku apa apa pun dekat Borders, janji cukupkan amount baucar tu. HEHE.
Before this ika pernah buat entry pasal buku ni, tapi bukan la secara full. My Mini Library
Rasanya tak terlambat lagi nak buat review pasal buku ni sebab sampai sekarang pun ika nampak still lagi ada org yang mencari buku ni. Tertarik dengan coverpage dia yang nampak cam satu machiam. Haha. Gambar tangan pegang aiskrim yang berdarah. Kuku dia tu pulak warna hitam. Em. Tengok cover pun dah feel. Yang paling penting, pasaipa cute sangat warna buku ni. HAHA.
SINOPSIS
Setiap helaian akan menghantui anda. Ibu mengandung, pesakit jantung dan pengecut dinasihatkan untuk tidak membaca buku ini. Juga, jangan membaca separuh jalan. Kerana, selagi anda belum baca sehingga helaian terakhir buku ini, 'dia' akan mengikuti setiap langkah anda - menurut anda untuk membaca sehingga tamat.
CREEPYPOSTA acalah koleksi cerita seram yang dikutip daripada dunia yang tidak nyata (dari media Wattpad)
AUTHOR: JEFFREY ZAIN
PUBLISHER: LEJEN
PAGE: 233 PAGES
YEAR: 2016
MY REVIEW
Eventho, ika kurang suka beli buku yang ada cerita pendek macam ni sebab selalu rasa tak puas bila baca and rasa cam ala, sekejapnya dah habis dah. Tapi, buku ni buat ika tukar fikiran. Ika mula sukakan buku jenis mcmni. Sebab dia sajikan ika a lot of stories. And i love it. Serius rasa seramnya. And yes, berbaloi. Penulis berjaya menulis cerita cerita yang tak klise. Ada satu dua cerita yang dah pernah baca dekat tempat lain. Tapi, yang lain semua baru dan serba baru.
Ika suka semua cerita dalam ni. Serius tak tipu. Serioussssstalk.
Paling ika suka is #DIRASAYANGDORA
Cerita mengenai sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka yang ada anak patung bernama Dora. Maka bila anak patung dah nama Dora, Dira tu anak perempuan nya la.
Nak dijadikan cerita, Dira Dora ni seakan akan seiras. Dan dari situ la, bapak Dora mula merasakan sesuatu dekat anak patung anaknya. Kalau korang nak tahu apa yang dia buat, korang kena baca.
Good job Abg Jeff, cerita ni memang menarik sangat bagi ika sebab plot twist. Ika suka sebab walaupun ceritanya ringkas tapi feel seram tu dapat rasa. Semuanya best. Sila la menulis lagi banyak buku camni.
Highly recommended! Berbaloi dengan harga.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️