October 2020 - Jari Jemari Menari

Oct 29, 2020

Yeah!! 11.11 Double Digit Sales & Kempen Beli Barangan Malaysia di PG Mall.

6:47 PM 5
Yeah!! 11.11 Double Digit Sales & Kempen Beli Barangan Malaysia di PG Mall.

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Entry kalini khas buat mereka yang mencari-cari online shopping untuk shopping pada 11.11.Mesti ramai yang tertunggu-tunggu 11.11 yang tidak lama lagi akan datang kan? Tarikh yang cantik untuk kita shopping di platform online kerana sudah tentu membeli secara online pada tarikh tersebut dapat memberi penjimatan yang berkali ganda buat kalian. PG Mall juga tidak ketinggalan melepaskan peluang untuk memberi sesuatu yang istimewa buat pelanggan mereka pada tarikh 11.11 nanti. 

PG Mall akan mengadakan 11.11 Sales, KBBM & PG Mall Payweek Bonanza Big Campaign! Kalian boleh scroll dan cuci mata dulu di website mereka untuk melihat pelbagai jenis barangan yang ada. Mana tahu ada yang berkenan di hati, nanti boleh la masukkan ke dalam cart shopping kalian dan proceed pembelian pada tarikh 11.11 :). 

Jom jom kita terjah apa yang ada.


Buat pengetahuan kalian semua, ini adalah sedikit info ringkas mengenai PG Mall. 
PG Mall merupakan ecommerce platform NO 1 di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2017. Dan PG Mall merupakan salah satunya local ecommerce. Dan mereka berada di rank yang ke 3 sebagai Top 3  E Commerce Site di Iprice Sight. Satu pencapaian yang bagus! Dan yang penting,  PG Mall juga terima semua ewallet. 




Untuk 11.11 sales (Double Digit Sales), PG Mall akan memberikan tawaran hebat seperti:- 

• 11% off min spend RM 11 
• Discount code: 1111 
• Free shipping capped at RM 4 

Kalian rasa hanya ini saja? Jom, kita teruskan baca yang seterusnya. 


Seterusnya ialah Proudly Local. Proudly Local ini akan berlansung dari bulan Julai sehinggalah Disember 2020.  Seperti yang kalian dapat baca pada gambar diaatas:- 

 Coupon Code: KBBM20 RM20 OFF ,Min Spend RM50 
Coupon Code : KBBM30 RM 30 OFF , Min Spend RM100 

Inilah masa untuk kalian merebut peluang untuk dapatkan dan beli barang keperluan rumah seperti barangan dapur, barangan bayi dan kanak-kanak, kosmetik dan kecantikan, fesyen, elektronik, sukan dan banyak lagi. Macam-macam barang ada. Semuanya dihujung jari. 

Bukan 11.11 pun dah boleh shopping dah. Nak tunggu apa lagi. Sampai hujung tahun pulak tu. Best sangat. 

 • Support local with #BarangBaikBarangkita 
• https://pgmall.my/proudly-local-campaign



PG Mall Payweek Bonanza 

• From 25 Oct- 5 Nov 2020 
• Special Dealer Recruitment Drive 
• Be a dealer with full payment purchase of RM 3000 
• Code: KBBMND - Extra 1.5% off 
• Be a priority dealer with full payment purchase of RM 5000 
• Code: KBBMPD - Extra 2% off 
• Get purchase wealth card RM 200

Jom dapatkan koleksi emas hanya di pG Mall sempena promosi Payweek Bonanza! Cepat! Checkout sekarang sehingga 5 November sahaja! Seperti yang di lihat di gambar di atas. Pelbagai tawaran menarik yang akan kalian dapat jika menjadi dealer. Sebanyak 1.5 % & 2% akan diberikan mengikut pembelian kalian. 


Turut serta ialah, Kempen Beli Barangan Malaysia. Dan kalau kalian nak tahu juga ada beberapa kedai KBBM di PG Mall iaitu seperti di bawah berserta gambar ya :-  











Tai Fook
 • From 25 Oct- 5 Nov 2020
• Coupon Code: KBBM30 RM30 OFF ,Min Spend RM100 
• RM235 per gram 
• Free Shipping 

Wow! Sangat Menarik. Tak sangka barang kemas juga boleh dibeli online.Tidak perlu ke kedai emas lagi. Tambahan pula, kalau kalian lihat apa yang dtawarkan, pasti memikat hati. Spend sebanyak RM100 untuk barangan dah masukkan code. Kalian akan jimat RM 30. Lagi-lagi ada free shipping. 

Bestnya! 



Gold Plated Swarovski 
• 24k Gold Plated Swarovski Dinar Casing Pendant 
• Open for order now 
• First 500 buyers get to purchase the pendant at RM648 only 
• https://pgmall.my/index.php?route=product/product&product_id=710700

Apa tunggu lagi geng. Set date & Enjoy shopping! 
Tak sabar betul rasanya bila tengok ada macam -macam diskaun yang PG Mall berikan kepada pelanggan mereka. Ingin tahu lebih banyak lagi, boleh layari media social serta website mereka untuk maklumat yang lebih lanjut.
About PGMall: 
Website: PG Mall
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia 
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/ 
Telegram : https://t.me/pgmallofficial001

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #1111sales #bonanzapayweek #taifook #Stayathome 

Oct 27, 2020

BOOK REVIEW - PHILANTHROPISTS BY ROZLAN MOHD NOOR

7:21 AM 20
BOOK REVIEW - PHILANTHROPISTS BY ROZLAN MOHD NOOR


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️



Ini merupakan kali ketiga ika berpeluang untuk join blogtwit tour bersama dengan Untitled. Sebelum ini seperti yang ika pernah beritahu dalam previous post. Ika pernah collabarate untuk Sinarut 1994 & Magnolia 1976. Untuk bulan ni, ika akan baca buku baru dari FIXI yang bertajuk Philanthropists dari Rozlan Mohd Noor. Tujuan utama ika apply untuk baca buku ni sebab ika aim tahun ni at least nak baca 3 buah buku English. At least. Dan juga penulis bernama Rozlan Mohd Noor ni, ika familiar dengan nama beliau tapi tak pernah lansung baca karya dia. Hanya dengar ura ura yang karya beliau memang best! 

Tapi, sebelum itu. Review ini akan ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Nanti, ika akan update semula dengan Bahasa Inggeris. Kira review ini akan jadi dwibahasa. :)



Penulis: Mazlan Mohd Noor
Penerbit: FIXI
Mukasurat: 301 muka surat
Format: Paperback 
Genre: Jenayah & Penyiasatan
Harga: RM 16.90

Mengisahkan tentang dua lelaki yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Sentul. Dengan kesan tembakan dan boleh dikatakan pembunuh tidak meninggalkan banyak petunjuk untuk dikesan. Yang menjadi misterinya apabila pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan dadah. Namun mengapakah tempat persembunyian dadah tidak disentuh? Dan masih terdapat juga misteri yang lain. 

Dalam menangani kes itu, Inspektor Mazlan Latif dan Detektif Sarjan Jihan Kamaruddin dari Penyiasatan Khas (D9) menghadapi rintangan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di seluruh negara. Ianay menyekat pergerakan mereka untuk mencari lebih banyak petunjuk. Atau sebenarnya mungkinkah pembunuh tersebut dekat sahaja dengan mereka? 

Siapa yang minat cerita penyiasat polis. Ini khas buat kalian semua. Kalian akan dibawa menyelusuri penggembaraan dalam menyelesaikan jenayah besar di Malaysia.Cerita ini terasa dekat kerana kita tahu cerita yang ditulis penulis itu berlatarkan negara kita. Jangan sangka dunia dan tugas polis ini senang. Risikonya tetap ada di mana mana saja yang mereka ada. Tahniah buat penulis kerana berjaya menulis cerita ini dengan sangat baik dan kalian boleh dapatkan terus kesemua karyanya. Worth it! 

Penulis juga ada menyelitkan tentang pe'el orang kita di Malaysia ini. Yang memang betul sama sekali apa yang diperkatakan nya di dalam bahagian pertama buku ini. Tentang orang kita yang suka berkumpul di tempat berlakunya kemalangan. Membuatkan keadaan disitu sesak dan kehadiran mereka yang sekadar melihat itu tidak membantu pihak polis. 

Cumanya, ika ada juga macam blur sikit dengan pangkat yang ada dalam unit polis dan juga term-term yang mereka gunakan. Namun, ika rasa itu bukanlah penghalang untuk ika tidak habiskan buku ini. 

Congrats again untuk penulis Rozlan Mohd Noor! Semoga terus berkarya dan hasilkan karya yang menarik lagi. 



Oct 26, 2020

Hadiah Giveaway Readers Heaven

6:30 AM 10
Hadiah Giveaway Readers Heaven

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Minggu lepas, ika terima parcel besar dari J&T. Cumanya, ika perasan kotak ika kemek sedikit di bahagian atas dan tepi kotak . Tapi, tak apa la. Ika sendiri pun faham keadaan parcel ni masa dalam perjalanan nak sampai ke tangan ika. Mungkin dicampak, ditindih, ditekan dan sebagainya. It's okay. *sedapkan hati sendiri*. J&T memang boleh dipuji ya. Barang selalu sampai awal dan malam pun ada yang masih hantar parcel. Goodjob. 

Ika ada cuba nasib masuk contest dari Readers Heaven. Kalau menang dapat basic box subscription pula.Apa lagi, join je la. Itupun last minute decide nak join. Alhamdulillah, ada rezeki terselit. Hanya perlu jawab soalan mereka iaitu:- 

"What's your thought about Malaysia Classic literature ?"

A: Bahasa Melayu Klasik ini saya kira ianya adalah cerita-cerita klasik dulu kala di mana dengar lenggok bahasa sudah tahu,baca ayat juga sudah dapat cam, dan banyak pengajaran yang terselit. Sangat dekat dengan kita tapi akan jauh dilupakan jika kita sendiri tidak mengangkat karya melayu klasik sebegini.

Saya rasa bahasa dan cerita melayu klasik seharusnya dijadikan contoh buat generasi muda zaman sekarang. Supaya mereka tahu betapa indahnya bahasa yang digunakan. Puitis, tersirat tersurat, penuh makna dan sebagainya.


Update: Hikayat Malim Deman memang best. Ika dah baca 50 mukasurat dah. Nanti dah habis ika review di sini & IG. 


Apa yang ada di dalam box Readers Heaven? 

  • Hikayat Malim Demam // Pawang Ana & Raja Haji Yahya 
  • Kampung Girl // Umi Kalsom ( Reward as a dropship) 
  • Notebook - Grid 
  • 2 Magnetic Bookmark
  • 1 Face Mask ( Merdeka Edition) 
  • Elastic Bookmark by anthingsunny
  • Glitter Pen
  • 2 Washi Tapes 
  • Random Polaroid Picture - Journal Purpose 
*sepatutnya dapat another 1 book, tapi nanti dah dapat ika update lain okay. 

Of course happy. Sebab dapat banyak benda dalam box ni. Ini dah macam dapat hadiah hari lahir pulak. Lagi-lagi macam masa unboxing tu, kita taktahu apa yang ada dalam box. Seronok. By the way, Readers Heaven merupakan malay box subscription yang pertama di Malaysia. Selalunya, hanya ada di luar negara dan kalau ada dalam Malaysia sekalipun, ianya merupakan English Book. Setiap bulan, RH akan ada tema yang berlainan buat kalian. 

MINI SUBSCRIPTION BOX: RM 35 
BASIC SUBSCRIPTION BOX: RM 55


Maaf atas kualiti video unboxing ni. Ika tak sure kenapa dalam blog. Video pecah dan sakit mata melihatnya :| Kalau nak tengok yang clear version boleh tengok di IG. InshaAllah, nanti ika akan update banyak lagi entry. Tengah rajin sikit ni boleh la update. 

IG: @sicashoid

See you guys in my next entry. 


Oct 25, 2020

EBOOK REVIEW - WANGI BY NAIM TAMDJIS

5:57 AM 24
EBOOK REVIEW - WANGI BY NAIM TAMDJIS


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ini merupakan ebook terbaru dari penulis, Naim Tamdjis. Sebelum ni, ika ada baca ebook penulis bertajuk Lockdown. Kalau tanya apa yang membuatkan ika tertarik dengan ebook ini. First sekali, cover ebook ini. Tahniah buat You Seth Tan. Kalau zoom nampak habis la segala macam muka dalam cover tu.Warna cover menenangkan tapi dalam masa yang sama bagi satu vibe yang lain. 

Ebook ini boleh dibeli dengan penulis. Denga harga RM10, kalian akan mendapat ekstra satu lagi cerita seram Paranormal yang ika akan review di entry yang lain. Untuk pengetahuan kalian, hasil pembelian kalian sebanyak 20% akan dimasukkan di tabung Covid. Membeli sambil menderma kiranya. 

Review ini mungkin akan ada sedikit spoiler tanpa disengajakan. Maaf ya. 


Penulis: Naim Tamdjis 
Muksurat: 194 mukasurat
Format: Ebook 

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Alias, yang baru saja berpindah ke rumah baru kerana dia suka akan kehidupan yang lebih selesa, bersih dan tenang. Tidak diganggu dengan hiruk pikuk orang lain. Dengan bajet yang sederhana, Alias dapat sebuah rumah teres yang dirasakan okay baginya. Disitu, dia berkenalan dengan seorang perempuan cantik bernama Lengsir Wangi yang merangkao jirannya.Maka, hati Alias berbunga-bunga mengenangkan yang dia mempunyai jiran perempuan yang sangat cantik, berbau wangi dan yang pastinya telah memikat hati lelakinya.

Hari demi hari, Alias semakin angau dengan Wangi. Tanpa disedari Alias, sesiapa sahaja yang mengacau Alias atau mempertikaikan kewujudan Wangi pasti akan diganggu. Seolah -olah memberi ancaman dan ugutan secara halus buat mereka-mereka ini. Sedangkan Wangi ini duduk disebelah rumahnya. Dan kehidupan Wangi juga ternyata sama seperti orang lain. M

Namun, sampailah terjadi satu kejadian dimana ibu kaki Alias seperti digigit oleh sesuatu. Dia seolah-olah seperti mayat hidup. Hidupnya mula huru hara. Apa yang terjadi kepada Alias?  

Ketahuilah bahawasanya cerita Wangi ini nampak macam logik tapi hakikatnya yang mustahil ini tidak mustahil boleh terjadi dalam realiti kehidupan kita. Mata kasar kita tidak akan nampak benda yang tak sepatutnya dan tak diizinkan olehNYA. 



Storyline teratur dan kemas. Satu percubaan yang baik oleh penulis. Sebagai pembaca, ika sendiri dapat predict dari awal cerita perngakhirannya. Cuma yang membuatkan ika teruskan pembacaan ialah kerana ika nak tahu apa akan terjadi terhadap watak utama, si Alias. Ayat yang digunakan penulis mudah difahami dan sangat straight forward. Permulaanya dimulakan dengan penuli menembuial mangsa. Dan seterusnya, dilanjutkan dengan pengalaman mangsa tersebut. Secara peribadi, benarlah cinta itu buta sehinggakan tidak dapat nak bezakan realiti atau ilusi. 

Watak Alias pada mulanya, ika anggap dia sebagai seorang yang buta hati sebab tidak peka dengan benda yang tidak masuk akal. Ada banyak sangat tanda & clue yang diberikan atau secara logiknya boleh difikirkan dengan baik oleh seseorang itu jika berdepan dengan situasi pelik sebegitu. Adakah Alias ini seorang yang sentiasa bersangka baik terhadap orang lain? Em. Mungkin la. Tapi, ketidakpekaan dia tu membuatkan dia sendiri merana haha kbai.

Menarik sebab ika enjoy baca part penulis ceritakan tentang orang-orang yang diganggu oleh benda tu. Dari si Pakistan, Si Badur  sampailah orang India, si Muthu pun dikacaunya haha. Masa baca tu, terikut ikut dengan slang dieorang. 😂  

Oct 23, 2020

BOOK REVIEW - BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN BY DILLA AHMAD

7:42 PM 4
BOOK REVIEW - BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN BY DILLA AHMAD


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ini merupakan buku kedua dari penulis yang dibaca pada tahun ini. Semalam, masa letak review ini di Instagram. Ada yang cakap buku ni dah habis cetak dan susah nak dapat yang baru melainkan preloved atau ebook. Kebetulan, ika sendiri pun baca buku ni secara ebook iaitu di PNMeReader. 

Tak sangka pula yang Bukan Kemahuan Fikiran ni susah juga untuk dicari. Tapi gais, if rasa nak sangat baca. Ebook masih ada. Don't worry. Cumanya tak dapat la kita pegang and bau buku. 


BKF ini ada sedikit keistimewaan yang saya suka. Bukan seperti kebiasaan perkahwinan 'ganti', atau dalam erti kata lain kena ganti tempat org lain. Mengisahkan tentang Hadif yang terpaksa mengantikan tempat abangnya, Zarif untuk mengahwini Ain. Zarif menghilangkan diri secara tiba tiba dan hanya meninggalkan sehelai nota. Bagi menutup malu kedua belah pihak. Hadif terpaksa berkorban.

Istimewanya ialah karakter Hadif. Dia hidup serba sederhana di sebuah kampung. Berkerja sebagai owner ladang lembu. Dia bermula dari bawah. Walaupun dari keluarga kaya tapi atas sebab tertentu. Dia menyesuaikan diri untuk mencari duit sendiri. Pakai pun motor kapcai & Myvi. Rumah biasa. Sanggup menahan panas demi mencari sesuap nasi.
Nampak hidup watak Hadif. Rasa macam tak mustahil adanya watak org kampung yang sebegini. Seronok. Perwatakannya juga bukanlah sempurna. Dia juga ada kekurangan. Lama kelamaan, ada perubahan dalam watak Hadif.

Bila berkahwin dengan Ain. Semuanya jadi lain. Hidupnya dulu hanya bertemankan Pak Seman dan lembu bertukar dengan kehadiran Ain. Walaupun mulanya dia tak berapa nak layan Ain. Keras. Baran. Tapi Ain pandai mengambil hati Hadif. Sedikit sebanyak dia belajar untuk menawan hati suami dia. Tapi iya. Dia muda. Dengan usia semuda dia, dia kena pikul tanggungjawab besar sebagai seorang isteri. Watak Ain boleh dikatakan watak gadis matang.


Romantik orang kasar yang bagi saya okay. Maksudnya, tak terlalu manis sangat sampai rasa nak muntah. Boleh diterima. Hadif sendiri daulat dengan perasaan dia terhadap Ain. Malu mulanya. Alih alih dia sendiri pergi mencari isterinya. Haha. Okay la cute.

Watak paling tak tahu malu dalam ni ialah Lia. Dah ada tunang. Nak jugak si Hadif. Tak tahu jaga hati Ain. Dan ah kau memang spoiled! Emosi betul. Stress sis.

Okay la BKF ni. Rasa seronok baca sbb berlatarkan suasana kampung. Rasa macam masih logik dibaca sebab realitinya mungkin boleh terjadi ✌🏻At the end of the day korang sendiri boleh predict sendiri kan. #ikareviewbuku

Oct 22, 2020

BOOK REVIEW - MONOKROMATIK BY IQBAL RAFIUDIN

8:54 AM 6
BOOK REVIEW - MONOKROMATIK BY IQBAL RAFIUDIN

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Pertama sekali, buku ini dibeli 2 tahun lepas sebab BookCafe ada buat sale sebuah buku RM2. Jadinya, kalau ditanya berapa harga masa ika beli buku ni, kalian dah tahu terang-terangan dah.RM 2 geng, mana boleh tak beli. Kena beli jugak sebab buku ni harga asal dia berbelas ringgit. Kira jimat banyak sangat dah. TBR 2 tahun lepas ni, semalam baru ika baca. 

Ika tertarik dengan cover buku Monokromatik ni.  Nampak comel tapi menakutkan dalam masa yang sama. Of course, kita tahu yang ada mesej tersembunyi disebaliknya. Kenapa ada dua kepala atas bawah dan kenapa kedua-dua wajah jelas menunjukkan emosi yang berlainan. Mengapa? 

Let's proceed, bismillah. 

Source: By JJM 

Nama Penulis: Iqbal Rafiudin 
Mukasurat: 201 mukasurat
Format: Paperback 
Tahun: 2015
Publisher: Terfaktab

Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki bernama Rafiq yang berpindah ke sekolah baru. Dia merupakan pelajar STPM.  Ketika di dalam kelas, dia mendapati ada seorang gadis yang keseorangan dan dipinggirkan oleh kawan yang lain. Jadi dia mengambil keputusan untuk menegur gadis tersebut dan tidak semena mena dia ditegur oleh seseorang dengan amaran: Jangan tegur Adira kalau kau taknak menyesal!

Aneh! Sebab itulah ika ambil keputusan untuk teruskan membaca sebab curious. Lagi satu, bila mana penulis mengunakan loghat utara dalam Monokromatik ini. Jadinya terasa lebih dekat dengan watak. Baca pun laju sebab ika tak ada masalah lansung dengan loghat utara sebab loghat ni selalu diguna pakai di rumah. 

Source: Google 
Credit: Perbadanan Kota Buku

Kenapa dengan Adira? 

Adira dikatakan sakit mental dan ada split personality. Satu lagi identitinya ialah Marsha. Seorang gadis yang nyata-nyata kontra perangainya. Lebih boyish dan gangster tetapi Marsha banyak melindungi Adira dari dibuli di sekolah. Identiti kedua Adira ini selalu dijadikan bualan orang di sekolah. Asal ada pergaduhan saja, mesti nama Marsha dipetik. Genjala buli di sekolah memang sepatutnya dipandang serius oleh semua pihak. 

Akan tetapi,  Rafiq tetap menerima Adira sebagai kawan walaupun diberi amaran & tahu tentang penyakit aneh Adira. Hati dah tertawan. Nak buat macam mana kan. 😊 Akan tetapi, sampailah berlaku satu kejadian tragis antara mereka berdua sehinggakan ianya menimbulkan tanda tanya kepda Rafiq. Dia perlukan penjelasan dan jawapan dari Adira.

Secara peribadi, jalan cerita buku ini menarik. Misteri di awal cerita itu ada. Dibawa perasaan misteri itu menjadi persoalan di pertengahan buku. Rasa teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang Adira & Rafiq. Dari zaman persekolahan sehinggalah 8 tahun selepas itu. Tetapi..

Mungkin disebabkan ini karya pertama penulis. Jadi ada beberapa kekurangan. Sudah semestinya ada typo di beberapa muka surat serta penulis secara tiba tiba flashback tanpa beritahu flashback mengenai apa. Adakalanya nama watak menjadi nama penuh kadang nama singkat. Sebolehnya, ika lebih prefer nama itu sama saja dari awal sehingga habis cerita. Adakalanya, ianya mengelirukan saya sebagai pembaca. 
Banyak yang ingin dihighlightkan. Isu mengenai dalang disebalik semuanya. Begitu mudah ya dia plan semuanya. Kan best kalau dia ceritakan walaupun sedikit.

Ada juga beberapa persoalan yang kekal menjadi persoalan. Contoh macam kenapa mak Adira jadi macam emo gila lepas keguguran tu. Huu. 
Penulis sudah jelaskan isu mengapa mak Adira menjadi emo selepas keguguran dan mengapakah dia memilih untuk ignore anaknya. Jawapannya ialah:- Mak Adira meroyan. Jelasnya, orang yang mengalami situasi begini akan terkesan secara emosi. 

Overall, ika mengharapkan yang buku ini dapat diolah dengan lebih baik. Sebab penulis sudah mempunyai idea  yang menarik. Ika taknak ulas banyak sangat secara details apa yang ika tak okay dengan buku ini sebab ika risau boleh jadi spoiler. #ikareviewbuku 

Boleh dapatkan Monokromatik di Esentral(EBook) dengan harga RM10 : - 

Spoiler bermaksud: Ulasan yang kita beri secara tidak lansung sudah menceritakan keseluruhan cerita.

Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya

8:46 AM 10
Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Malam ni, ika nak join segmen 10 blogger terpantas by Sis Misha. Mood tengah baik nak join segmen hehe. Sambil-sambil tu cuba nasib. Mana tahu ada rezeki kan. 


Click Here To Join

Kalau berkaitan dengan No 10 :- 

No 10 adalah satu nombor khas buat JJM, di mana sudah 10 tahun ika menjadi tuan buat blog JJM ini. Seingat ika, ika mula blogging masa sekolah menengah dan masa tu memang entry semua budak-budak geli geli habis. Taknak cerita, siapa yang pernah baca pernah la.Yang tak sempat baca Alhamdulillah. Haha. 

Tapi dalam 10 tahun tu, ika on off jugak dengan blog. Start tahun lepas baru la mula nak berjinak-jinak menulis balik. Sebab ika rasa menulis blog khusus untuk book review merupakan satu medium yang bagus untuk orang lain cari rujukan untuk bahan bacaan. 

Makanya, jangan dikira la umur ika berapa dan clap clap sikit la sebab usia Jari Jemari Menari ni dah genap 10 tahun. Doakan ika sentiasa konsisten update blog :) 


Oct 14, 2020

EBOOK REVIEW-LOVE BY PIYAA

8:02 PM 9
EBOOK REVIEW-LOVE BY PIYAA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kebetulan hari itu, ternampak post Ayeshah Amani di Instagram pasal cerpen LOVE ni. Kalau tak silap, dia ada mention kalau sesiapa nak baca boleh approach penulisnya, Cik Piyaa. Disebabkan ika tengah mencari bahan bacaan santai, ika terfikir macam why not baca cerpen. Cepat sikit habis dan bagi mengelakan reading slump. 


Penulis: Piyaa
Mukasurat:  58 mukasurat 
Format: Ebook

"Terlalu obsesi kadang boleh membuatmu hilang empati" 

Kehidupan Sabrina dalam LOVE ini boleh dikatakan sedih pada awal cerita. Awal cerita yang menyakitkan hati sebenarnya. Untuk terima kenyataan yang suami sendiri bertindak luar jangkaan bukanlah satu perkara yang mudah bagi Sab. Sab dan suaminya, Qairi nyata tidak ditakdirkan untuk bersama

Perpisahan tersebut memberi Sab harta yang paling bernilai tanpa dia sedari. Dijaga dengan baik sehinggalah berlaku satu kejadian yang tidak diingini. Sab yang selama ini gigih bangun dengan sendirinya akhirnya rebah jua.

Dan muncul seseorang yang tidak disangka-disangka selama ini dalam hidupnya setelah harta paling bernilainya pergi dijemput Ilahi. Dan apa yang akan terjadi kepada Sab dan Qairi? Adakah mereka akan bersama? Adakah Qairi akan diberikan peluang kedua, hilang di depan mata hilang begitu saja, bintang sudah ku ukir janji sudah kau mungkir eh? Atau Sab akan tetap membawa dirinya jauh dari Qairi? 

Memandangkan cerpen ini hanyalah 50+ mukasurat. Jadinya, saya tak dapat ceritakan dengan lebih takut jadi spoiler yang maha teruk. Storyline LOVE ini sangat ringkas. Ada juga yang tiba tiba outofnowhere. But its okay. Rasanya kalau dapat explanation dengan lebih lagi mengenai mengapakah sekian sekian perkara itu terjadi mesti lagi menarik. Konfliknya yang ada banyak which is untuk cerpen pendek. Semua konflik diselesaikan penulis dengan baik. Penulis juga turut selitkan beberapa isu realiti dalam kehidupan kita sekarang antaranya:-

• Sakit Mental / Obses
• Curang
• Hasad Dengki

Konklusi mudahnya ialah, jangan dibuat main orang yang ada masalah mental ini. Boleh memudaratkan orang lain. Fikiran & perbuatan mereka adakalanya boleh menyebabkan kematian. #ikareviewbuku

Oct 13, 2020

SKECHERS and Mew-Suppasit launches special collection “ Mew Collection: The Moon is Beautiful

9:05 PM 6
SKECHERS and Mew-Suppasit launches special collection “ Mew Collection: The Moon is Beautiful


 Assalamualaikum & Hi readers <3


KUALA LUMPUR, 14 October 2020 - Footwear brand SKECHERS has launched a special collection in collaboration with Mew-Suppasit Jongcheveevat, SKECHERS Thailand’s Brand Ambassador. Malaysian fans of the Thai actor can now get their hands on the much-anticipated “Mew Collection : The Moon Is Beautiful” exclusively on Shopee from 15 October 2020. 


The Mew Collection : The Moon Is Beautiful consists of caps, t-shirts, hoodies, jackets, pants and bags, and comes in 4 different colours - black, yellow, white and grey, for customers to mix and match into several different styles. SKECHERS Thailand Brand Ambassador Mew-Suppasit not only conceptualised the idea but also selected the colour scheme and designed the logo of the entire collection. 


Mew-Suppasit JongcheveevatSKECHERS Thailand’s Brand Ambassador said, “It was very exciting to be working with SKECHERS in creating this new line of collection, especially knowing that it will be featured in many Asian countries. I felt the need to ensure the design was suitable for different groups of people, but at the same time conveys the meaning behind the designs. I came up with ‘The Moon is Beautiful’, a Japanese belief of sending love through the moon as my inspiration in hopes of spreading my love and goodwill to customers and fans.”


The Mew Collection : The Moon is Beautiful takes inspiration froman ancient Japanese tale revolving around the confession of love through the moon. The saying “the moon is beautiful'' is another expression of “I love you”. Therefore, the collection’s logo is designed with the letter “M'' to represent both the ‘Moon’ as well as ‘Mew’. The connecting circle lines represent the moon, conveying love and relationship, along with an infinity symbol that resembles two moons together as part of the collection’s elements.

SKECHERS “Mew Collection : The Moon is Beautiful” will be available exclusively on SKECHERS Malaysia Official Store on Shopee from 15 October 2020 at https://shopee.com.my/skechers.os

#SkechersMY #SkechersXMewSuppasit

Oct 9, 2020

Segmen: Jari Jemari Menari Bloglist 2020

2:19 AM 33
Segmen: Jari Jemari Menari Bloglist 2020


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Memandangkan bloglist ika kelihatan seperti hidup segan mati tak mahu. Ika memang berhajat untuk buat segmen untuk mencari bloglist baru untuk diletakkan di sidebar blog. Lagipun senang ika nak blogwalking. Plus, kalau blogger tu aktif memang lagi cun sangat. 

Segmen ini akan berlansung sehingga habis bulan Oktober 2020. 

Bloglist kalian akan ada di dalam list selama 3 bulan

Instructions:

1. Follow blog JJM Jari Jemari Menari &  Instagram

2. Buat entry tajuk : " Segmen Jari Jemari Menari Bloglist 2020'

3. Letak banner di atas & link kan ke entry ini. 

4. Kalian boleh tinggalkan jejak/komen di 1 entry terlatest JJM. 

5. Letak link entry yang sudah di publish ke ruangan komen. 

Ika harap rakan rakan blogger ada yang sudi memeriahkan segmen bloglist ika ni and support ika ya. Sebab ni kali kedua ika buat segmen. Giveaway nanti InshaAllah bakal menyusul ❤️️
Sambil sambil tu, korang boleh la blogwalking each other. 

Oct 8, 2020

Tudung Sukan Pilihan Wanita Aktif - TAHAN Instant Hijab dari PTT Outdoor

9:05 PM 9
Tudung Sukan Pilihan Wanita Aktif  - TAHAN Instant Hijab dari PTT Outdoor

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Entry khas ini khusus buat muslimah di luar sana yang aktif bersukan & beriadah. Mesti ada dalam kalangan kita yang aktif bersukan kan?. Jika bukan setiap haripun, mesti akan mencari masa untuk melakukan aktiviti bersukan seminggu sekali. Apa pakaian dari hujung rambut sehingga hujung kaki yang menjadi pilihan para wanita muslimah yang aktif bersukan?. Sudah semestinya, kita perlukan sesuatu yang selesa untuk dipakai dan menutup aurat. Tidak panas. Serap peluh dll. 

Kalini, ika nak cerita lebih details mengenai hijab yang kita perlukan ketika bersukan. Memperkenalkan TAHAN Instant Hijab dari PTT Outdoor. Tudung sarung instant yang memang instant! Kita tidak perlu runsing untuk melilit shawl atau seterika bawal untuk awning yang on point. Dengan tudung instant dari PTT Outdoor ini, kerja kita lebih mudah dua kali ganda. Tiada alasan lagi untuk mencari tudung sarung yang berkualiti dari segi material dan rekaannya. 


Keistimewaan TAHAN Instant Sport Hijab 

- Cepat Kering 

-Sesuai digunakan untuk aktiviti outdoor & indoor 

-90% Polyester & 10% Spandex 

-Inner melekap di muk, selesa  dan tidak bergerak 

-Anti kedut 

-Strectcable 


PERSONAL REVIEW 






Secara peribadi, ika sejenis yang cepat dan kuat berpeluh. Lagi-lagi kalau bersukan. Kadang tak selesa bila dah berpeluh teruk sangat, mula la tergaru atau naik allergic. Berbeza bila ika pakai Tudung TAHAN Instant Hijab dari PTT Outdoor ini. Ika rasa selesa kerana tudung ini serap peluh dan yang paling penting yang ika akan titik beratkan ialah tutup bahagian dada dan belakang seeloknya. 

Selain itu, ika rasa untuk edisi all black ni memang satu pemilihan yang sangat tepat. Sebab ika memang pengemar tudung warna hitam. Senang la nak pakai dengan baju apa sekalipun. And kalau pakai warna hitam ni, peluh tu takkan nampak dekat tudung. Ha, itu yang best tu! 

Bagi ika, memang harga murah la. Berbaloi dengan keistimewaan yang ada untuk tudung ni. Bukan senang ya nak cari tudung sukan yang selesa dan best. Ika recommend! 



Kalian juga boleh dapatkan 10% diskaun dengan hanya masukkan kod: 
IKA10












BOOK REVIEW - JODOHKU JEJAKA JELITA BY ALIESHA KIRANA

8:18 AM 7
BOOK REVIEW - JODOHKU JEJAKA JELITA BY ALIESHA KIRANA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Novel JJJ ini ika dapat hasil exchange book di Setia Alam. Asalnya, ika ada sedikit perasaan berbelah bahgi untuk dapatkan buku ni. Nama penulis memang ika familiar. Cumanya, masa tu maybe ika rasa nantilah baca. Alih-alih masa letak dekat rak. Belek semula terus decide nak baca :)


Penulis: Aliesha Kirana

Cover Jodohku Jejaka Jelita memang dari yang lain. Jelita sangat. Bila baca blurb dekat belakang buku buatkan ika rasa macam , ah cerita lelaki lembut. T.T Boleh imagine la kiranya macam mana cerita dan rupa lelaki lembut kiranya walaupun tak baca lagi.  

Secara ringkasnya, mengisahkan tentang Ayeshah yang baru saja putus cinta dengan Ridwan. Dengan tidak semena mena muncul childhood friend dia, Andra. Andra lelaki jelita berambut panjang, pandai berfesyen, kulit flawless, kurus dan lembut. Jadinya, Ayeshah walaupun mulut dia kondem Andra tapi cara dia menerima kehadiran Andra tu tidak seperti orang lain. Kiranya, dia tidak terima Andra walaupun Andra bukan macam lelaki lain. 

Disebabkan itu, Andra decide untuk ajak Ayeshah kahwin. Ayeshah of course terkejut. Dia sendiri pun dalam  dilema nak terima atau tidak. Mestilah ada perasaan ragu-ragu sebab dia tahu Andra macam mana. Bayangkan kalau kita di tempat Ayeshah.

Banyak benda boleh kita ambil masa baca Jodohku Jejaka Jelita ini:- 

Adakah ini Andra yang penulis imagine? Memang cantik. 
Source: Google


1. Jangan menilai seseorang dari cara pemakaiannya. 

2.Perubahan seseorang yang terpesong untuk ke arah yang lebih baik seharusnya disokonh oleh orang terdekat dengannya. 

3. Jangan perlekehkan usaha dan niat seseorang untuk berubah. 

4. Jangan jua gunakan kekerasan atau ejekan untuk menegur untuk memperbetulkan kesalahan orang tersebut. 

5.Menerima pasangan yang juga pilihan kita sendiri seadanya. 

6.Jangan jadi batu api jika kita tahu ada hubungan kekeluargaan yang tidak baik. Jadi la air untuk menyejukan keadaan. 

7. Avoid ex kalian untuk jaga isteri/suami. 

8. Berterus terang dengan pasangan anda tentang apa jua masalah, perasaan, pendapat dan sebagainya. So that pasangan kita tahu dari mulut kita sendiri dan bukannya dari orang lain. 

9. Dendam tidak akan menyelesaikan masalah. 

10. Jangan ambil kesempatan dengan masalah yang dihadapi oleh diri sendiri atau orang lain. 

Watak Andra yang lembut memang ada perkembangan dan perubahan dari segi wataknya. Dari nafsunya yang terpesong sehinggalah dia sendiri ingin berubah. Ayeshah pula sebagai medan atau tujuan utama dia kekal dengan niatnya untuk berubah. Sanggup buat apa saja untuk bahagiakan isteri dia. Dan dia sangat faham isteri dia hehe. Konflik antara Andra dan Ayeshah itu kurang sangat. JJJ melibatkan konflik keluarga. Bagaimana Andra ingin menyelesaikan masalah dia dengan mama dia. Hm 

Mengenai Hyke pula, kurang sangat cerita tentang dia. Seolah olah cerita dia sampai penghujung tu macam boleh kira dengan jari. Watak antagonis yang aneh. Lelaki yang sonsang dan mampu lakukan apa saja demi kebahagiaan diri dia. Please Hyke. Go away & back to Allah. 


Facebook Aliesha Kirana

Oct 7, 2020

Matcha Lovers Should Check Out These New Drinks At Gong Cha

3:53 AM 5
Matcha Lovers Should Check Out These New Drinks At Gong Cha

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Yes, you heard it right, Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha and Malaysia’s no.1 e-commerce platform Shopee are back for another round of special drinks. This time, they will be enticing matcha lovers with a whole new series of matcha drinks called the 10.10 Festival Drinks in celebration of Shopee 10.10 Brands Festival. 

Brewing for a limited time only, matcha lovers will be treated to three exclusive drinks - Matcha Coffee Latte, Matcha Marble and Matcha Latte which are only available for purchase via the Shopee App from now till 25 October.


Matcha Coffee Latte

Who would have thought that matcha and espresso can go hand-in-hand in one drink. The silky fine matcha powder coated with milk and the rich espresso shot create a beautiful layered beverage. If you can't decide between iced coffee and a matcha latte, how about enjoying the best of both worlds at once!


Matcha Marble

An Instagram-worthy drink thanks to the beautiful marble texture created by the blending and weaving of fine matcha powder into rich milk to form a smooth and silky look. Sweetened to your preference, the drink is topped off with a layer of Gong Cha’s signature creamy milk foam that leaves you wanting for more. 



Matcha Latte

Feel refreshed, especially on a hot day, when you take a sip of the iced matcha latte. Psst! We hear that matcha latte has some health benefits! So what are you waiting for?  

The Gong Cha e-drink series can only be purchased digitally via the Shopee App and redeemed at all Gong Cha outlets nationwide. Get the Shopee x Gong Cha 10.10 Festival Drinks exclusively on Shopee through the Food & Services Vouchers in-app portal from now to 25 October.

Fans can enjoy the drinks at an introductory price of RM10. Save more when you purchase the drinks at RM5 only this October on these special dates: 3, 7, 10, 15, 18, 21 & 24.

The 10.10 Festival Drink is in conjunction with the Shopee 10.10 Brands Festival that is taking place from now to 10 October. The region’s biggest online shopping event for brands like Gong Cha and many more, the Shopee 10.10 Brands Festival is bound to surprise users with greater savings. Enjoy exclusive RM10 deals, free shipping with a minimum spend of RM10 and choose a wide selection of 100% authentic products from favourite brands via the Million Dollar Brands Discounts in-app portal. Users also stand to win prizes, vouchers and Shopee Coins worth up to RM1,000,000 when they play Shopee Games such as Shopee Farm, Shopee Claw, Shopee Poly and more.

What are you waiting for? Visit https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series now!