2025 - Jari Jemari Menari ♡

Aug 20, 2025

Ulasan Buku - Hush, Now by Ayumi (2025)

4:44 AM 0
Ulasan Buku - Hush, Now by Ayumi (2025)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃\


Nyaman walau dalam kelam.

Ada apa dengan Hospital Atma? Rahsia apa yang tersimpan kemas di sana? Siapakah yang mendaftar dirinya sendiri untuk masuk ke wad psikiatri dengan rela hati? Tidak lain tidak bukan. Zarilah orangnya. 


Zari ada misi di Hospital Atma. Berbekalkan 72 jam yang dia ada di sana. Dia perlu dapatkan sesuatu sebagai bukti. Ada seseorang yang dikenali Zari hilang disana tanpa jejak bertahun-tahun lamanya.
Bertemu dengan Doktor Kaz yang juga mempunyai misi yang sama -pesakitnya hilang tanpa jejak. Mereka berdua bergabung untuk melondehkan Hospital Atma. Apa yang berlaku seterusnya? Berjayakah mereka? 



Personal fav character kita ialah Zari. She so strong. Permulaan cerita yang menarik. Rasa macam kita pula yang ada di Hospital Atma. Dengan explanation yang baik dari penulis mengenai suasana hospital wad dan tingkahlaku pesakit. Rasa lebih real. Dengan keadaan Zari yang sebegitu. Dia sudah berjaya buktikan yang jangan pandang dia takda mata okay. And Zari kombo dengan Doktor Kaz pula. Memang kombo yang marbeles.

"Saya jumpa..something..dekat basement hospital ni"
"Nampak macam bilik rawatan..tapi dia bukan macam bilik rawatan" -Zari.



Selain bergenre thriller romance. Ada diselitkan sedikit horror. Semuanya seimbang dan tidak berlebihan. Kita jelas dengan storyline. Kita tahu apa yang penulis cuba nak sampaikan. Bila individu menjadi tamak dan salah guna kuasa. Memang akan membahayakan ramai pihak. Yang tidak bersalah akan mati katak macamtu saja.

Selepas Kambus. Kita memang menantikan karya dari penulis Ayumi. She memang berbakat menulis genre thriller. Personally, for those yang dah biasa membaca karya Ayumi. Memang tidak akan ada masalah dengan writing style beliau. So far so good. Mungkin she banyak tengok movie horror/ thriller & tambah dengan pengalaman hidup. Maka Hush, Now menjadi satu naskah yang tidak mengecewakan.

It's not easy at all untuk menulis isu kesihatan mental. Penulis memang kena banyak buat research. Dan saya percaya penulis buat sebab bukan semudah ABC nak letak pengunaan terma, nama ubat dan rawatan. Korang akan banyak belajar benda baru dalam buku ni for sure.  

Thank you so much buat pihak Lawa Lingo dan Ayumi Syafiqah atas pemberian naskah Hush,Now ini. Semoga kita dapat bekerjasama dengan lebih banyak lagi untuk projek-projek akan datang.


 



Ulasan Buku - Misteri Dalam Remang by Fakhroul Anour

3:49 AM 1
Ulasan Buku - Misteri Dalam Remang by Fakhroul Anour

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃


Bau asap kemenyan dan wangian bunga kemboja yang bersilih adalah petanda kehadirannya. 


Deep inside. Saya terfikir juga. Saya pernah tak baca karya penulis sebelum ini di mana-mana? Mungkin iya. Sebab long time ago saya memang baca majalah komik Gempak. Oh ya, dalam masa yang sama. Terdetik juga dalam hati. Banyak betul stock cerita seram penulis eh? Sampai dia boleh menulis 36 cerpen macam tak ada apa. Ke dia menulis 1 hari - 1 cerpen. Padahal, saya sendiri nak menulis 1 cerpen sampai berpeluh. Punyalah takda idea.


Saya boleh cakap dalam 36 cerita. Mestilah ada yang saya rasa storyline okay not bad, ada potensi untuk dipanjangkan jadi novel, tak puas sebab terlalu pendek, perlukan pencerahan, tergantung sikit, tergantung sepi, aneh & rasa nak tepuk meja sebab saya perlukan jawapan. Saya rasa part tergantung tu mesti style penulis. Kenapa penulis buat macamtu agaknya? 


Takpa la saya tanya. Saya jawab okay?.

Kemungkinan besar. Yang tergantung tu mesti penulis nak suruh pembaca fikir sendiri. Ya la, kadangkala setiap kejadian mistik dalam dunia ni memang akan meninggalkan tanda tanya dan tiada jawapan. Kan? Sebab kalau setiap misteri ada jawapan takda la seramnya disitu. Hm logik kan apa saya cakap hshs. 

Cuma saya mengaku la setiap kali habis baca 1 cerpen. Saya akan macam woo amende ni?. Woo ini asal engko sampai sini je ceritanya? Woi kenapa dah habis. Apa jadi woii. Woii ha dia macamtu. Macam nak amuk tak amuk gayanya.  



Kalau dilihat. Cerpen penulis penuh variasi (tempat, tema, budaya, kejadian pelik & kepercayaan). Macam-macam cerita kita boleh baca. Kamu tinggal nak ejas 🧠 kamu saja. hshs

Kita senaraikan Top 5 Fav Cerpen okay. Selebihnya kalau nak tahu korang kena beli & baca sendiri.

•Wasiat Kuburan Malapetaka
•Puaka Primbon
•Penumpang Malam
•Seemati Puteri Jelmaan

Siapa yang mencari kisah seram yang banyak dalam 1 buku - tahap seram manjah-manjah - yang nak rasa perasaan bercampur baur masa pembacaan.Boleh dapatkan Misteri Dalam Remang. Semua orang pun boleh baca. Entahlah mungkin faktor usia. Haritu saya baca tajuk buku ni.

MISTERI DALAM LEMANG. Hm




May 30, 2025

Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian

5:42 AM 2
Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃\



Shopee bawakan Lagi Murah ke tahap lebih hebat sempena 6.6 ini! Dari 1 hingga 9 Jun, nikmati diskaun hebat untuk keperluan harian dengan potongan sehingga 66% Diskaun Harian Lagi Murah, Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, dan Gabung & Jimat Diskaun Hingga 40%. Sama ada barangan dapur, keperluan rumah atau penjagaan diri, semuanya sah Lagi Murah!

Untuk membantu pembeli sahkan tawaran Lagi Murah, Shopee bekerjasama dengan Mak Kiah Ferry sebagai Murah Polis rasmi! Saksikan kemunculan khas beliau di media sosial rasmi Shopee dan Shopee Live pada 5 dan 6 Jun, di mana beliau akan memberikan cap kelulusan untuk pilihan Lagi Murah terbaik.

Kemeriahan diteruskan dengan rancangan Alieff Irfan 6.6 Shopee Lagi Murah Showdown yang akan ditayangkan pada 5 Jun, 8 malam di Shopee Live dan saluran YouTube rasmi Alieff Irfan. Tandakan kalendar anda untuk menyaksikan cabaran menarik, baucar eksklusif, dan gelak ketawa bersama bintang internet ini!

66% Diskaun Harian Lagi Murah

Lengkapkan keperluan harian dengan tawaran hebat untuk jenama-jenama kegemaran anda seperti Vinda, Huggies, Colgate, Unilever, Skintific, Oatside dan banyak lagi. Semua tawaran telah disahkan oleh Murah Polis kami, jadi semestinya Lagi Murah! Pada 6 Jun sahaja, jangan lepaskan tawaran tambahan dengan potongan sehingga 90% menerusi RM6 Knockout Deals daripada jenama terkemuka seperti Gintell, Samsung dan Dyson. Tetapkan peringatan anda sekarang!

Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum

Tak perlu keluar rumah, beli-belah sambil pakai baju tidur pun boleh! Gunakan Baucar Penghantaran Percuma harian Shopee dan nikmati penghantaran pantas terus ke pintu rumah tanpa sebarang syarat perbelanjaan minimum.

Gabung & Jimat Diskaun Hingga 40%

Di Shopee, Lagi Murah bukan sekadar janji, ianya adalah misi kami. Sempena 6.6 ini, maksimumkan penjimatan anda dengan menggabungkan Baucar Penghantaran Percuma, Baucar Shopee, Baucar Kedai dan Syiling Shopee bersama tawaran harian semasa checkout untuk diskaun tambahan sehingga 40%.

Eksklusif Kempen: Alieff Irfan 6.6 Shopee Lagi Murah Showdown

Disiarkan pada 5 Jun, 8 malam, rancangan Alieff Irfan 6.6 Shopee Lagi Murah Showdown menjanjikan malam penuh tawaran hebat dan hiburan tanpa henti! Tonton di Shopee Live dan YouTube rasmi Alieff Irfan. Diiringi pasukan AI beliau, rancangan ini dipenuhi dengan permainan menarik, cabaran lucu, dan tawaran eksklusif Lagi Murah. Nantikan baucar istimewa, hadiah Syiling Shopee dan banyak lagi — semua disampaikan dengan gaya jenaka dan karisma pasukan AI.

6.6 ini, jangan sekadar cari murah — cari Lagi Murah! Dengan tawaran hebat dan dorongan selebriti internet kegemaran anda, inilah masanya untuk tambah ke troli dan berjimat besar di: https://shopee.com.my/m/6-6


Era Baharu Perbelanjaan Bijak: Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga dengan Kualiti

5:40 AM 1
Era Baharu Perbelanjaan Bijak: Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga dengan Kualiti

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃\



Rakyat Malaysia masih berhati-hati dengan perbelanjaan mereka, namun kini mereka juga meneliti strim langsung dan video produk sebelum membuat pembelian. Menurut tinjauan pengguna terkini dari Shopee*, walaupun 42% responden masih mengutamakan diskaun dan harga rendah, sebilangan yang lebih besar iaitu 58% kini meletakkan keutamaan kepada kualiti produk dan kredibiliti penjual dalam menentukan sama ada sesuatu pembelian itu benar-benar berbaloi.


Trend baharu ini menandakan perubahan ketara dalam landskap e-dagang: pengguna masih peka terhadap harga, namun tidak lagi membuat keputusan berdasarkan diskaun semata-mata. Sebaliknya, mereka menggunakan pelbagai ciri yang membina kepercayaan seperti Shopee Live, Shopee Video, kandungan affiliate dan ulasan yang sahih untuk mencapai keseimbangan antara kemampuan dan kualiti. Golongan pengguna ini lebih berwaspada dan bijak, memanfaatkan teknologi digital untuk memaksimumkan nilai setiap ringgit serta memastikan keputusan pembelian yang lebih bernilai.


Pengesahan Kualiti Produk Melalui Bukti Sosial

Walaupun harga kekal sebagai faktor penting, pengguna masa kini tidak sekadar mencari diskaun, mereka juga menilai kualiti produk menggunakan pelbagai ciri yang tersedia di platform.


Lebih 60% pengguna Malaysia memanfaatkan ciri seperti baucar harian, pulangan tunai, Syiling Shopee dan label ‘Lagi Murah’ bagi mendapatkan penjimatan terbaik. Malah, 79% responden melaporkan bahawa mereka menggabungkan pelbagai baucar untuk memaksimumkan penjimatan, manakala 40% aktif mencari label ‘Lagi Murah’ bagi memastikan mereka mendapat harga terendah. Namun, pendekatan baharu ini disertai dengan semakan lanjut menerusi ciri-ciri tambahan seperti Shopee Live dan Shopee Video.


Sebanyak 83% pengguna menyatakan bahawa mereka menggunakan Shopee Live sebagai panduan pembelian. Penstriman langsung bukan sahaja bersifat interaktif dan menghiburkan, malah turut menampilkan demonstrasi produk dalam masa nyata, interaksi jujur antara penjual dan pelanggan serta promosi eksklusif. Kesemuanya membina keyakinan yang tidak dapat dicapai menerusi paparan produk statik. Pembelian kini bukan sekadar soal harga, tetapi nilai menyeluruh yang dirasai pengguna.


Kandungan video pendek seperti Shopee Video pula menjadi sumber ulasan pantas dan boleh dipercayai yang menambah keyakinan pembeli. Sekitar 70% responden mempercayai cadangan pencipta kandungan, terutamanya apabila disokong oleh penilaian penjual yang tinggi dan ulasan pengguna yang telah disahkan. Bagi produk atau penjual baharu, hampir separuh responden menyatakan bahawa penilaian penjual dan ulasan pembeli adalah rujukan paling penting. Ini menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap bukti sosial dan ketelusan, di mana nilai produk turut merangkumi pengesahan komuniti.


Menilai Semula Erti “Berbaloi”: Kualiti + Mampu Milik = Pembelian Bijak




Trend ini mencerminkan perubahan kekal dalam tabiat membeli-belah dalam talian rakyat Malaysia. Pengguna kini tidak hanya mengklik pada produk paling murah – mereka menilai, membandingkan, dan mencari bukti kualiti. Maka, penjual perlu menawarkan tawaran menarik sambil melabur dalam kandungan berinformasi, penglibatan masa nyata dan pengalaman yang membina kepercayaan.


Bagi memenuhi keperluan pembeli bijak ini, Shopee giat memperkembangkan ekosistem affiliate melalui pelbagai inisiatif daripada menggalakkan lebih banyak kandungan bentuk pendek menerusi Video Missions, membimbing pencipta kandungan berkualiti tinggi melalui Content Creator Club, hinggalah memudahcara padanan affiliate secara strategik antara penjual dan jenama. Usaha ini semakin membuahkan hasil yang ketara: dalam kempen Raya Bersama Shopee dan Festival Fesyen & Kecantikan 5.5 baru-baru ini, affiliate menyumbang kepada 1 daripada setiap 3 pesanan, sekali gus membuktikan peranan besar mereka dalam mendorong penukaran melalui kandungan yang dipercayai dan mudah didekati. Pembangunan berterusan ini mencerminkan komitmen Shopee untuk membekalkan pengguna dengan kandungan yang lebih bermakna dan diyakini, menyokong keputusan pembelian yang lebih bijak serta membantu penjual berkembang dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi digital jangka panjang.


Komitmen ini telahpun menunjukkan hasil yang nyata buat penjual tempatan seperti Mohd Naimran Nordin, pengasas jenama Adnaa yang dikenali dengan busana tradisional elegan dan mampu milik. Sepanjang kempen Raya Bersama Shopee, jualan Adnaa meningkat sebanyak 170% hasil penggunaan alat kandungan interaktif seperti Shopee Live dan Shopee Video. Naimran berkongsi bahawa alat ini “menghidupkan rekaan kami, membolehkan pelanggan melihat kualiti dan potongan secara langsung.” Sepanjang kempen tersebut, Adnaa mencatatkan peningkatan pesanan melalui Shopee Live (116%), Shopee Video (281%), dan yang paling ketara, melalui kandungan affiliate (227%).


Kejayaan Adnaa menunjukkan mengapa Shopee terus memberi tumpuan kepada kandungan dan komuniti. “Pengguna hari ini lebih berpengetahuan berbanding sebelum ini,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia. “Mereka bukan sekadar mencari harga terendah, bahkan mereka mencari keyakinan dan nilai yang bermakna. Oleh itu, kami melabur dalam alat seperti Shopee Live, Shopee Video, dan memacu kandungan affiliate. Kami mahu memperkasakan rakyat Malaysia untuk berbelanja dengan lebih bijak, dan pada masa yang sama, membantu penjual memacu penukaran melalui pembinaan kredibiliti dan hubungan yang bermakna.”


Perubahan ke arah pembelian yang lebih bijak ini adalah satu anjakan struktur yang berkekalan. Bagi jenama dan penjual, nilai kini tidak lagi bergantung kepada harga semata-mata,  tetapi pada gabungan kemampuan dengan keyakinan.




Apr 26, 2025

Ulasan Buku : Joko Ronggo by Intan Aidda

10:48 PM 2
Ulasan Buku : Joko Ronggo by Intan Aidda

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃


Lepas Gharib. Kita teruskan misi baca buku karya penulis yang lain. Suprisingly Joko Ronggo juga mendapat tempat di hati saya ☝🏻

Nama Mahani tidak lekang menjadi bualan orang kampung. Kata mereka. Mahani menyeru Joko Ronggo untuk kekal cantik & dia jugalah menjadi dalang kematian suaminya. Kerana untuk kekal cantik, ada yang harus menjadi korbannya. Tambah pula dengan kes kematian yang berlaku pada Leman. Lagi bertambah-tambahlah gosip itu berterbangan.
Kasihan Mahani. Apa sebenarnya yang berlaku?

Setiap kali ada kematian. Kita tertanya-tanya. Makhluk Joko ni macam big foot / mawas ke?. Macam mana bentuk dia? Warna apa?. Basically fizikal Joko la. Sebab the way dia bunuh mangsa dia memang zap zap zap. Terus mati.

Kita approved Joko Ronggo. First, of course sebab latar tempat yang dipilih penulis. Tak salah apa yang penulis pilih . Kampung - misteri ? 🤝 Kita suka macam mana penulis menceritakan pelbagai ragam dan kerenah penduduk kampung. Dalam sesebuah kampung mesti ada jenis perangai sedemikian. Dia macam sejenis pattern 🥴 Kemudian, diselitkan dengan 'makhluk' yang menjadi ketakutan semua.


Lagi seronok bila penulis hadirkan 2 anggota polis bernama Harith & Hadi untuk menyiasat dengan teliti kes Leman di Kampung Gua Batu Hitam. Actually, kita suka scene masa dieorang berdua nak cari kampung GBH. Berani betul masuk menonong dengan hanya percaya pada kata hati. Dan Harith? . Gangguan yang dia terima dan cara dia handle. Memang tabik.

Sebenarnya, cerita ni ada ending yang menyedihkan. Terutamanya bila kita tahu yang hubungkait antara semua yang terlibat. Kita rasa silapnya ialah bila manusia itu buat sesuatu perkara fikir seronok dulu baru fikir benda lain

Ulasan Buku : Penghapus Roh by Kieraeinz

10:44 PM 1
Ulasan Buku : Penghapus Roh by Kieraeinz

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃



"Bilamana bulan mula mengambang penuh. Semua roh dalam taman ini akan bergerak"


Sinopsis Ringkas:

Tok Wan meminta bantuan dari 5 sekawan (Lizam, Ash, Nadim, Haifa & Rabia) untuk menghalau roh budak perempuan di sebuah rumah. Mereka ini merupakan GPR-32 (Geng Penghapus Roh) di sekolah mistik. Di Taman Mawar Putih, ada banyak peristiwa aneh yang berlaku. Antaranya:

• Lembaga hitam berada di atas setiap bumbung rumah.
• Kuasa mereka hilang bila ingin melancarkan serangan.
• Ahli lama, lubang hitam & banyak lagi.
Apa sebenarnya yang berlaku?



Masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Dan mereka ini bukan budak-budak biasa yang sekolah di sekolah biasa macam kita. Mereka ada 'sesuatu'. Dalam ni kalian akan membaca sebuah kisah pengembaraan untuk menghapuskan/menghalau entiti yang tidak diketahui dari mana. Dan juga penempatan Taman Mawar Putih itu sendiri. Disitu mula satu persatu rahsia terungkai. Menarik ~ So far just nice untuk bacaan santai. ☝🏻

At first, kita macam rasa watak roh yang bernama Adik is so cute. Sebab dia macam tak menakutkan pun. Sikit pun tak beri ancaman. Maybe sebab apa yang penulis describe lebih pada comel (melayang-layang). Tapi at the same time. Rasa sedih dengan Adik sebab dia berseorangan dalam rumah tu menanti sesuatu yang tak pasti. Ending pun actually fair enough untuk Adik & semua yang terlibat. Sekurang-kurangnya tahu kenapa dengan adik.

Kita rasa buku ni ada vibes macam Jiwa Tanpa Jasad juga. Penulis suka buat storyline lain dari yang lain. Yang bukan kebiasaan penulis akan buat. Macam out of da box sikit. For me. Tak seram pun cumanya lebih pada suspen dan misteri. Kalau divisualkan mesti best. Sebab ada macam tak tahu nak describe macam mana. Ada magic sikit, entiti & dunia lain.




Apr 24, 2025

Ulasan Buku : Penyiasat Istana by Mahizan Husain

5:54 AM 2
Ulasan Buku : Penyiasat Istana by Mahizan Husain

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃

One word.
MENYESAL MENYESAL MENYESAL!
sebab baca lambat/peram buat perkasam buku ni. Best ✨


Hi penulis. Saya peminat baru anda. Lepas baca Experimental Hero. Kita terus proceed baca Penyiasat Istana. Kita suka dengan writing style & idea cerita penulis. Sikit pun tak bosan. In fact, sepanjang kita baca buku ni. Kita sangat enjoy. Awal cerita terus mata melekat. Tak lepas dah buku. In one sitting je habis. Kita harap sangat buku ni bukan novella haha tapi novel. Panjang dan tebal sikit kan. Tak puas.


Sinopsis Ringkas:
1. Mengisahkan tentang Si Tunggal yang kebetulan terserempak dengan Panglima Guntur. Panglima Guntur perlu mencari bunga sakti untuk menjadi penawar bagi Putera Mahkota yang sedang sakit di istana. Selepas tawar menawar dan perbincangan antara mereka. Si Tunggal bersetuju untuk membantu Panglima Guntur. Apa yang terjadi seterusnya?

2. Cerita bersambung apabila Si Tunggal masuk ke dalam istana. Dia dilantik menjadi Panglima Muda. Dan kemudiannya, berlaku pembunuhan bersiri yang sangat misteri. Putera Mahkota mengambil tindakan secara senyap dengan melantik Si Tunggal menjadi Penyiasat Istana. Apa yang berlaku seterusnya?



Perjalanan nak mencari bunga sakti tu menarik. Bab 2-4 🤌🏻. Ada 4 halangan yang mesti mereka tempuhi untuk mendapatkan bunga sakti. Kita suka penulis masukkan elemen adventure fantasi di awal cerita. Kita boleh berimaginasi dengan baik bila baca apa yang penulis describe. Baik dari segi situasi, keadaan sekeliling, perasaan & cabaran. Terhibur dengan gelagat Panglima Guntur sepanjang perjalanan. Dia macam pakcik-pakcik tua yang kabut tapi baik hati~

Pandai penulis letak elemen kejutan dan twist berganda dalam cerita melayu klasik macamni. Bagi kita, semuanya just nice. Tak lebih, tak kurang. Dan jangan risau. Kalau rasa macam susah la nak faham kosa kata klasik. Dekat belakang ada glosari. ☝🏻 Selain dari tu nak puji Abam Tunggal kachak hahaha. Kbyee

Kita rekomen buku ni untuk semua orang. Sesuai dibaca oleh semua lapisan umur.





Ulasan Buku: Hantu Galah by Khairul Nizam Khairani (2025)

5:48 AM 0
Ulasan Buku:  Hantu Galah by Khairul Nizam Khairani (2025)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃


KAU MENCARI AKU, INI AKU DATANG KEPADAMU!


Selepas kematian isterinya (Badriah). Muhaimin mengambil keputusan untuk membawa anak-anaknya (Hyniyah & Hadif) pulang ke tanah air semula. Tergendala projek sains teleportasi yang tengah diusahakan & update kes mengenai isterinya itu menambah lagi luka di dalam hati.

Sehinggalah, Muhaimin mendapat panggilan dari Alam Akhar Sdn Bhd yang berminat menyambung membiayai projek & menawarkan pekerjaan. Maka, bermulalah new journeynya di Lembah Sedayan bersama anak-anak. Apa yang terjadi seterusnya?

Ingat Hyniyah & Hadif dalam buku sebelum ini? . Kalini, kalian akan menyelam lebih lagi mengenai family background mereka. Malah, Hadif dalam Hantu Galah baru berusia 7 tahun. Masih kecil lagi ☝🏻 Dan, tidak lupa juga dengan Lembah Sendayan. Penulis selitkan juga banyak info mengenai tempat misteri ini & siapa disebalik projek gagal LS.

Selepas pindah di LS. Disinilah banyak berlaku kejadian-kejadian aneh. Dah macam tempat jin tendang pulak.


Kita rasa watak Muhaimin red flag 🚩 Dengan keputusan yang dia ambil mendadak untuk terima tawaran kerja. Rumah pulak jauh dari orang & kemudahan awam. Dia macam accept semuanya dengan tenang. Tak nampak juga boleh jadi sosok ketua keluarga yang boleh diharap. Entahlah. At the end of the day, kita rasa kesian dekat Hyniyah & Hadif. Sebab mak dah meninggal. Bapak pulak macam saintis gila. Hm

Dalam setiap buku. Mesti akan ada 2 cerita yang berbeza. Satu cerita utama & cerita yang akan menjadi penyambung setiap siri. Sama juga macam Hantu Galah. By the way, itulah sampai sekarang masih clueless dengan perjalanan Siri Dimensi ini sebab tak pasti entiti yang ada dalam setiap buku ni apa benda sebenarnya. Jadi geram sebab tak boleh teka.

Jadi, di mana hantu galah dalam cerita ni?
Ada terselit dalam cerita lain. Kalau explain dalam ni nanti korang dah tak teruja nak tahu. Hshs. Adakah Daiman (kawan Hyniyah) diganggu Hantu Galah selepas merakam sekolah di Lembah Sendayan? Atau apa sebenarnya rahsia yang disimpan sehingga kematian demi kematian terjadi selepas itu.

Lai buku ke 6 Qutrub & Setan Mesin Jahat . Kita tak sabar nak explore ~

Ulasan Buku : Rangkulan Jin by Iki Carrienna

5:33 AM 0
Ulasan Buku : Rangkulan Jin by Iki Carrienna

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃


Muzaffar terdesak. Dia akan dihalau keluar oleh tuan rumah sebab bayaran sewa rumah yang tertunggak. Pertemuan di antara dia dengan kawan lama bagaikan memberinya sinar. Dia ditawarkan ganjaran yang lumayan jika dapat menetap selama 3 bulan tanpa berpindah keluar dari Villa De Amour. Kerana dia juga tidak nampak jalan keluar dari masalah kewangan yang dihadapi.


Dia bersetuju pindah bersama keluarga tercinta ke tempat baru. Disana, mereka mula diganggu sedikit demi sedikit terutamanya Ayumi. Ayumi mula bermimpi & diganggu perempuan berpakaian pengantin. Dan lebih parah lagi apabila Ayumi hilang & tercampak ke masa lalu. Apa yang terjadi seterusnya? 



Rasanya, kalau kita di tempat Muzaffar. Kita mungkin akan buat tindakan yang sama. Walaupun kita tahu villa sebesar dan secantik itu kerap bertukar 
Rasanya kalau kita dekat tempat Muzaffar. Kita mungkin akan buat tindakan yang sama. Walaupun kita tahu villa sebesar dan secantik itu kerap bertukar penyewa. Tapi tawaran lumayan wei. Takkan nak lepaskan peluang. Meh 😮‍💨 Cuma kita tak angkut satu family rasanya. Tapi satu bas punya sedara mara tinggal sekali. 

Kurang rasa seram. Lebih pada suspen bila ada gangguan. Entiti yang muncul outofnowhere pun kadang meminta juga. Banyak persoalan mula timbul. Kita mula nak flip m/s sebab nak tahu lebih. 

Watak Ayumi paling menyerlah dalam Rangkulan Jin. Dan, kita rasa masa pertemuan antara Ayumi & Kamalia ialah saat yang kita paling tertunggu-tunggu. Kita suka macam mana penulis dengan smoothnya bawa kita ke zaman lain. Know know eh? Watak villian dalam ni pun not bad. Kalau kita stress melayan kerenah Sabrina dalam ni memang benarlah watak tu berjaya. Sejenis rebel dengki baran. Sikit lagi nak kasi pelempang 🤏🏻 

Ya. Watak banyak. Kena fokus. That's why kita kata kalau setiap watak pembaca tak dapat nak bezakan. Time travel horror kalau silap arah memang pembaca total lost. Sebab kita tahu watak present - past memang saling berhubungkait tapi akan mengelirukan jika tidak diexplain dengan betul. Mungkin akan ada perbezaan wajah & nama. Tapi masih orang yang sama. Itu sangat tricky. Kita boleh predict arah storyline cuma bukan 100%. Still seronok untuk dibaca. 

Tahniah buat @iki_carrienna atas keberanian awak untuk menulis mixed genre yang jarang penulis lain tulis. Saya suka dengan writing style penulis yang senang untuk dihadam.

    Apr 20, 2025

    Ulasan Buku: Zombie 2.0 by Tey Marzuki (2025)

    12:27 AM 2
    Ulasan Buku: Zombie 2.0 by Tey Marzuki (2025)

     

    Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 


    Pertama sekali, terima kasih buat pihak Penerbit X atas kiriman naskah novel terbaharu yang bertajuk Zombie 2.0.  Sama macam Rentas. Novel Zombie juga ada spray edges yang sangat cantik. Memang trademark spray edges PX ada quotes di tepi buku. Oh ya, masa first time PX reveal cover and tajuk novel. Kita terus teruja nak baca sebab kita memang peminat cerita zombi. 



    ❝Empati dalam dunia penuh keterdesakan ini adalah sesuatu yang istimewa❞


    Harga: RM 39 (SM) / RM 42 (SS) 

    Genre:  Fiksyen, Distopia, Scifiksyen & Apokalips

    MukaSurat: 336 m/s  


    Satu virus merbahaya telah merebak. Manusia yang dijangkiti virus tersebut bertindak ganas, tidak waras dan memburu manusia. Mereka ini digelar sebagai CRAWLER. 
    Di Ultra Boulevard. Mia dan survivors yang lain hidup serba kekurangan. Mereka terpaksa mencatu makanan, terperuk di tempat yang sama dan tiada kebebasan kerana crawlers ada di mana-mana. 

    Mia terjumpa seorang anak kecil di sebuah bangunan tinggal. Dia mengambil keputusan untuk menjaga budak tersebut dan menamakan sebagai Fiffy. Namun, lama kelamaan Fiffy menunjukan tanda-tanda akan berubah menjadi crawler. Apa yang terjadi seterusnya? 

    Storyline tersusun, pace bergerak dengan smooth& page turner✔️ 
    Siapa Alpha ? Kenapa Mia diekori Alpha? Siapa Mastermind ? Apa motif virus disebarkan? Ada penawar tak? 

    Secara peribadi, kita ada rasa intense 🤏🏻☝🏻 sebab bila kita letakkan diri kita sebagai salah seorang survivor. Itu tidak mudah. Dengan boleh rasa betapa gloomynya vibes di Sunny Hill. 

    Untuk Zombie 2.0 ni kita anggap sebagai pengenalan. Kita harap akan ada sambungan. 

    Persoalan yang berlegar-legar dalam kepala pembaca akan terjawab sikit tapi bukan secara menyeluruh sebab kita masih memerlukan jawapan -
    • Kenapa Fiffy boleh ada dekat bangunan terbiar tu bersendirian. Nak tahu juga mana pergi mak dia & kejadian sebelum dia diletakkan disitu.
    • Kehidupan manusia yang masih ada di Ultra tu macam mana lepasni? 
    • Adakah penawar berjaya dihasilkan? 
    • Kalau berjaya dengan mengunakan kaedah apa? Adakah semua crawlers akan berjaya disembuhkan? 
    • Bagi produk gagal. Berapa ramai sebenarnya? 

    Kebanyakan cerita zombie selalunya tak ada ending yang memuaskan hati. Malah meninggalkan seribu pertanyaan apa yang akan terjadi akhirnya? Tapi tidak untuk untuk Zombie 2.0. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang tengah diusahakan untuk memulihakan keadaan walaupun bukan secara total. 

    Perkara paling utama yang kita belajar ialah empati itu bukan perlu sahaja ada dalam diri manusia dewasa. Malah, perlu dipupuk dalam diri kanak-kanak sejak awal lagi. ☝🏻 Kenapa? Sebab dengan empati kita akan lebih memahami perasaan dan situasi orang lain.