June 2020 - Jari Jemari Menari

Jun 24, 2020

EBOOK REVIEW - SUMPAH BY SHAZ JOHAR

5:21 AM 13
EBOOK REVIEW - SUMPAH BY SHAZ JOHAR

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Ika tak pasti bila agaknya kali terakhir ika baca buku dari Shaz Johar. Tapi baru-baru ni, ika ternampak yang Shaz Johar ada keluarkan buku baru bertajuk Sumpah. Dan masa tu masih samar-samar lagi mengenai akan adanya physical book untuk Sumpah ni atau tak. So, dalam masa yang sama FIXI telah keluarkan dalam bentuk Ebook. Dan malam tu jugak ika beli di Google Play dengan harga RM 8 lebih. Eksited bukan seketul Ika? Haha. 

Sebelum tu, ika memang nak bagi credit untuk cover buku. Sangat menarik dan misteri ya. Sebab ika tak pasti apa sebenarnya yang nak disampaikan dalam cover buku Sumpah ni. Akan tetapi setelah orang yang buat cover buku Sumpah ini reveal apa disebalik gambar di dalam ini. Baru la faham. 




Bukan Shaz Johar la kalau apa yang ditulisnya tak membuatkan orang pening kepala dan fikir sejenak lepas baca. Rasa macam luar kotak.

Kalau baca sinopsis, mengisahkan tentang Lela Palatute yang dikahwinkan dengan kawan ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia . Kalau nak tahu si Lela ni baru 12 tahun. Dengan umur yang setahun jagung macam tu, apa je Lela tahu buat?. Personally, sangat simpati dengan nasib Lela. Anak kecil seperti dia sepatutnya kena menimba ilmu di sekolah lagi. Tapi atas desakan dan kekangan juga, Lela ni tak dpt nak bersekolah. Dalam Sumpah ni, watak Lela mcm terbahagi kepada dua. Satu watak yang macam budak budak yang senang digula gulakan. Dan satu lagi ialah watak seperti orang yg dah dewasa. Ada beberapa part dalam Sumpah ni yang membuatkan ika rasa macam Lela bukan mcm budak 12 tahun sebab cara dia tu. Sometimes rasa macam luar dek akal la. Macam ah budak kecik mana boleh nak buat mcmni, mana boleh ckp mcmni. Tapi tak pasti la kalau budak sekarang yg berumur 12 tahun cmna kan. Tak sepatutnya budak bawah umur dikahwinkan dengan org berumur sebab mereka ini masih naif dan banyak lagi yang perlu diexplore.

Tapi back to Lela & Pak Hadir. Asalnya memang macam tak faham kenapa Pak Hadir ni boleh come out with idea untuk kahwin dengan Lela. Sangat sesuatu. Dan cara dia approach untuk kahwin dgn Lela pun, pada mulanya kalau mak Lela tak setuju. Tak menjadi jugak. Tapi hujung pangkalnya depa kahwin jugak la. Em. Kalau nak tahu apa tujuan utama Pak Hadir kahwin dengan Lela kena baca la. Pak Hadir ni boleh tahan ya. Wei stress. Weii lepas tu kan weii eeii weii details jugak ya depa memanja. Nak muntah help help. Ada bahagian yang agak lucah dan tak sesuai la dibaca oleh budak budak baru nak up. Dah warning okay. Ada part yang lucah.

Source: Facebook FIXI 


Okay next, cerita jadi menarik bila Lela ni mula berpindah dgn Pak Hadir di banglo kepunyaan bapa saudara Pak Hadir.Banyak benda yang pelik terjadi dekat Lela sampaikan Lela rasa lain dalam rumah banglo itu sendiri. Dia jadi macam hilang akal bila bercakap soal loteng di rumah tersebut. Storyline Sumpah ni agak upside down. Dia punya flow tu agak bagus untuk kita stay membaca. Sebab curious. Tapi, bila terlalu curious, rasa mcm kena tutup jap sebab nak hadam banyak benda dalam satu masa. Mcm contoh, Lela ni dia selalu communicate dengan kucing bernama Olaf. Dan Olaf ni pulak selalu macam hasut Lela untuk berfikir dan bertindak luar dari biasa. Maka, ika terfikir Olaf ni sebenarnya baik ke jahat. Dia nak protect Lela ke? Dan cerita cerita yang Olaf ni cerita membuatkan bukan saja Lela boleh percaya dgn cerita tu, dengan kita kita sekali nak percaya. Kaitan antara tajuk Sumpah dengan storyline ada kena mengena sebab Olaf ni masa dia start bercerita pasal Bidan Kiah & Mariati dan dirinya sendiri yang telah disumpah.

Hujung pangkalnya, mereka semua ni saling berkait rapat dan apa yang jadi semuanya bersebab. Dan hanya orang tersebut saja yang tahu mengapa sekian sekian benda ini jadi. Dan Lela, too bad. Dia terlalu kecil untuk hadapi semua tu dalam hidup dia. Apa sangatlah budak kecil boleh fikirkan. Tindakan yang dibuat bukanlah tindakan yang betul kalau tiada yang menasihati. Hm. Cumanya kalau tak fokus baca, akan lost sikit. Dan bagi ika, ika rasa mcm berat sikit la ceritanya & berpusing pusing.

Tapi, storyline ni boleh dikatakan lain dan aneh?. Haha. Ending pun sama. Kalau korang tahu mcm mana cara penulisan Shaz korang tahu la yang dia suka main twist twist sana sini. Nak kelainan, boleh cuba baca Sumpah. Maaf atas kekurangan reviu ini. Haha. Masih pening lalat.

New info: Buku Sumpah akan terbitkan. dan korang semua boleh dapatkan physical book ni. Boleh dapatkan di website FIXI atau di Shopee mulai 25 Jun - 8 Julai sempena #pbaklonline2020. 

Source: Twitter FIXI


Kalau rasa nak baca sample boleh klik dibawah. Ada di Wattpad & Google Play. 





Jun 13, 2020

BOOK REVIEW - DENGKIL PERFORM

9:07 PM 22
BOOK REVIEW - DENGKIL PERFORM

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Ulasan buku seterusnya ialah buku Dengkil Perform dari Wow Press. Wow Press bermurah hati berikan buku Dengkil Perform ini untuk Ika. Terimakasih banyak-banyak. Macam yang dapat dilihat dalam gambar, Dengkil Perform ini merupakan gabungan antara puisi, prosa dan lukisan. Sejujurnya, ika bukanlah pengemar buku puisi. Secara peribadi, ika rasakan baca buku puisi ini bukan untuk ika sebab ayatnya terlalu puitis. Orang yang lurus macam ika kadang susah nak hadam ayat puitis. Unless kalau macam ada buku puisi yang berjaya menarik perhatian ika bila ika start baca mukasurat pertama. 

Tapi, kalau kalian nak tahu. Buku puisi boleh dijadikan pilihan ketika seseorang pembaca itu mengalami reading slump. 
Sebab kita tahu yang buku puisi ini bahan bacaan yang pendek, ringkas, straight forward dan paling utama ialah nipis. Maka, sesuai la orang yang tiada mood nak baca pilih buku puisi. Serioustalk. 

Cover DP yang simple dan pemilihan warna hitam sebenarnya pemilihan yang not bad. Kalau tak silap, mengikut sumber terdekat ika. Cover bangunan Dengkil Perform ini merupakan entrance UITM Dengkil. Ingatkan bangunan biasa saja rupanya ada maksud disebalik gambar. 


Source: Picture by myself. 



Muka Surat: 135 m/s 
Tahun: 2017
Bahasa: Mixed Language (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) 

Dengkil Perform merupakan hasil karya gabungan pelajar-pelajar UITM Dengkil. Ini ibarat seperti luahan hati setiap seorang dari mereka semua yang akan meninggalkan kampus tersebut. Mereka semua mengekspresikan apa yang di dalam hati dengan fikiran dengan menulis. Senang kata macam majalah sekolah tapi ini majalah sekolah versi bebas. Sebab terselit juga lukisan. 

Disini, kita akan lihat kreativiti dari mereka. Perasaan mereka bila mereka dah habis belajar, tinggalkan kolej, kenangan, kawan-kawan dan dll. To be honest, bila baca rasa macam nak jadi student balik. Sebab seronok bila kita dikelilingi dengan kawan-kawan dan perkara-perkara yang best masa kolej. Cuma ika nak pergi kolej untuk spent time dengan kawan la bukan untuk belajar haha boleh macamtu tak? 


Ini selingan dari Dengkil Perform (Prose) 

Favourite <3 3="" td="">

Ika sangat enjoy bila belek bahagian painting dan ika percaya semua orang mempunyai kreativiti tersendiri. Kalau mereka ini datang dari bidang yang berlainan, lagi membuatkan ika lebih kagum dengan bakat yang mereka ada. Kerana bukan semua orang boleh melukis. Dan bukan semua orang juga boleh menulis seperti mereka. Kalau disuruh saya menulis, 1 perenggan pun belum tentu saya mampu. 

Mungkin akan datang untuk penambahbaikan, di belakang buku sediakan blurb ringkas menceritakan buku Dengkil Perform ini mengenai apa. Dan highlight kan ianya nukilan /karya dari pelajar dari UITM Dengkil itu sendiri. 

Disini, ika nak attached sekali soalan yang ika tanya kepada Wow Press berkenaan DP. Semoga kalian lebih mengetahui mengenai buku DP ini dengan lebih jelas. Ika tanya 5 soalan dan pihak Wow Press ada baca soalan ika mengenai mengapakah mereka ini trending di twitter. Maka, total semua soalan ialah 6. 




Kalau korang nak dapatkan buku DP ini sila ke instagram Wow Press dan dm mereka. Dan kepada pelajar UITM Dengkil yang pernah menulis di dalam buku ini atau pernah berlajar di sana. Kalau korang terbaca review buku ika ni. Sila komen dibawah ya. :) Share la pengalaman korang semua masa di sana. 


See you gais in my next book review. Tata

Jun 6, 2020

BOOK REVIEW - HOMESTAY (KEMBARA MISTIK)

2:21 AM 30
BOOK REVIEW - HOMESTAY (KEMBARA MISTIK)

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Beberapa bulan lepas, ika ada spent sikit duit untuk beli beberapa buku random. Antaranya ialah Homestay (Kembara Mistik) dari penerbit Fajar Pakeer. Sebenarnya, ada ternampak post dari Kak Kasihku Amani mengenai buku ni. So, buku ni ada dalam wishlist la. Kebetulan masa singgah kedai buku tu, memang ada bukunya. Dengan harga RM10. Kalian dapat baca 3 cerita seram pendek dari 3 penulis yang tidak asing lagi iatu Eb Reeza, Maria Kajiwa & Rhea.  

Buku ini mempunyai 150 muka surat. Nipis. Cover buku boleh dipuji. Masih dalam kategori 'eye catching". 


Honeymoon // Eb Reeza 

Mungkin ini hanyalah cerita pendek. Jadinya, idea penulis kelihatan lebih baik berbanding dengan novel beliau yang lain. 

Mengisahkan tentang Ryana & Ahshroff yang ingin pergi honeymoon di sebuah homestay bernama Kubu Homestay. Hadiah perkahwinan dari kawan Ashroff. Akan tetapi, setibanya mereka di homestay tersebut. Banyak kejadian pelik dan misteri terjadi. Lagi-lagi bila pekerja di homestay Kubu Homestay boleh dikatakan sombong, tidak mesra alam & menakutkan. Tambahan pula, peringatan untuk tidak keluar selepas jam 10 malam sangat mencurigakan bagi mereka berdua. 

Dah namanya bulan madu. Takkan nak kena berkurung pulak. Jadinya, Ryana & Ashroff ingkar dengan arahan bellboy. Dan mereka diburu di homestay tersebut. Ending not bad. I don't mind at all dengan ending macamtu. Ending semua bersangkut paut dengan watak utama dan diceritakan secara jelas mengapa mereka diburu di sana.

Cuma kesian dekat Ryana & Ashroff. Mereka menjadi mangsa keadaan mungkin? Atau karma? 

Homestay Putih Nian // Maria Kajiwa 

Cerita kedua masih boleh diterima dek akal. Logik. Sebab bersangkut paut dengan makhlus halus. Lagipun, benda macam ni terjadi dalam kehidupan kita. Nak disangkal tidak boleh. Penulis menulis cerita "realiti". Mak Putih adalah penambah cerita. 

Pengajarannya tetap satu. Jangan menyekutukan Allah. Tak kira la pertaruhannya adalah kemewahan sekalipun. 


Rahsia // Rhea 

Mengisahkan tentang suami yang ingin menebus kesilapan terhadao isterinya gara-gara kesalahan dia mencurangi isterinya. Bagi menebus kesalahan. Dia minta peluang kedua dari isterinya. 

Hisyam telah menyewa homestay dari Riezal untuk luangkan masa bersama isteri dan 2 orang anaknya. Akan tetapi, terang-terangan bila sampai di homestay tersebut. Macam-macam kejadian aneh berlaku. Anak-anak mereka ada kawan baru, budak perempuan di kawasan air terjun, hanya ada sebuah homestay di situ. Menarik. And ilmu hitam ini tidak lari dari orang yang sememangnya mempunyai niat jahat dan hati busuk. Minta dijauhkan. 





Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan

1:27 AM 2
Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Apa khabar semua? Sihat? Harap semuanya dalam keadaan yang sihat. Stay safe semuanya. Covid 19 masih lagi belum pulih dan diharapkan kita semua dapat menjaga diri kita masing-masing sebaik-baiknya. Ikut SOP yang diberi kerajaan. Norma baru yang kita hadapi sekarang mungkin kita tidak biasa lagi tapi mana tahu in future kita dapat kembali seperti sediakala semula. 

Okay, let's proceed with our title. 

Ika selalu terfikir di mana agaknya kita nak baca artikel mengenai perubatan?. Adakalanya ketika kita dalam kedaan curious dengan perubahan yang terjadi di badan kita. Kita akan panik dan risau. Dengan membaca artikel dari sumber yang tepat dapat membuatkan kita jadikan bahan rujukan sebelum berjumpa dengan doktor. 

Laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan Ika iaitu Tips Kesihatan. Di sini anda boleh dapatkan informasi berkenaan penyakitjenis rawatan dan yang paling best sekali mestilah sebab ada banyak tips untuk gaya hidup sihat



Apa yang ika suka berkenaan web ini adalah kerana penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas. 
Selain itu, saya juga boleh print setiap artikel yang ada kat sana kalau nak tunjukkan dekat mak ayah atau pelajar, dengan hanya tekan ikon print di hujung artikel. Format printing dia memang cantik dan tak serabut. 
Kalau anda ingin mencari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah melawat ke sana ya.