August 2024 - Jari Jemari Menari

Aug 18, 2024

Meet & Greet Tun Laila X Bath Garden

6:42 AM 2
Meet & Greet Tun Laila X Bath Garden


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥




29 June 2024 : Lupa nak update special event ni dekat dalam blog. So harini, marilah kita mengimbas kembali. Sebenarnya sangatlah random pergi ke Tun Laila's Girl's Talk Session X Bath Garden ni. Tak plan. tapi masa tengah scroll X. Ika ada nampak yang Tun Laila ada mention pasal M&G ni. Tapi only for 50 participants only. 


So siapa yang terpilih dapat dapat lagi pergi. Ika terus isi form. Dengan harapan ada la terselit rezeki dapat jumpa Tun Laila in person. And ika paksa one of my close friend untuk register juga. Saja ajak dia sebab tahu kiteorang dua memang perlu pergi event macamni untuk boost up and absorb energy Tun Laila. 




And akhirnya, dapat info yang kita & kawan kita shortlisted. Yayy. Happy me :) Secara automatik terus ada plus one. Bertempat di Dasher Smart Home, Setia Alam. Pukul 10.30 am - 1 pm. Oh ya, dress code untuk event ni ialah pink or  white. Kita pilih untuk pakai warna pink instead of white sebab kita tak ada keyakinan nak pakai warna tu. Silap haribulan nampak baju je berjalan hshs. First time dapat pergi event yang tak ada kaitan dengan buku. Bila tengok gigirl lain dress up lawa-lawa. Auto rasa kerdil. 


So move forward, kita macam starstruck sikit masa Tun Laila depan mata. Selalu tengok dia dekat Tiktok je. Kalau dari kaca mata ika. Ika suka cara Tun Laila bawa diri dia dalam medsoc. Dia tak berpura-pura jadi orang lain. Dia jadi diri dia sendiri. Suka dengan tahap keyakinan yang di ada. Tambah pula dengan kerjaya dia sebagai seorang lawyer. Dia boleh dijadikan contoh yang baik buat pengguna medsoc yang lain. 





And buktinya memang bila depan-depan pun. Selain dia sangatlah cantik and so smol. Kita suka tengok cara dia berikan respon untuk soalan-soalan yang diberikan and cara dia jawab soalan pun bukannya asal boleh saja. Dia tahu apa yang dia cakap. :) Banyak yang Tun Laila share. Bukan saja mengenai diri dia. Tetapi diselitkan juga dengan nasihat dan random talk (kerjaya, kerja, kewangan, kehidupan & tips). Tapi mostly, banyak yang nak tahu macam mana cara Tun Laila boleh jadi sangat confident. Hopefully, sharing Tun Laila dapat membuka mata buat kita semua. Dalam banyak-banyak benda. Ika suka satu ayat dari Tun Laila. 


JANGAN BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN. 

TAPI BANDINGKANLAH DENGAN DIRI SENDIRI


So, enjoy sedikit gambar yang sempat ika capture masa hari kejadian. Tak sempat nak pegang kamera sebab kitanya terlebih fokus hshs. 

"Its's not always rainbow and butterflies"








Talk yang memang berikan positive vibes. Tak rasa menyesal lansung bangun awal pagi semata-mata nak ke sini. Berbaloi and weekend saya pada minggu itu berlalu dengan baik. And the best thing is semua participants dapat goodies beg. Bath Garden sangat bermurah hati bagi full size of product. So, ika dapat scent Coconut Hibiscus  Shower Gel, Shea Butter Scrub & Shower Puff. Shower Gel dia wangi. Lurve. 

Thank you Tun Laila & Bath Garden. 

Shopee Bath Garden 

Memperkasakan PMKS: Bagaimana Komuniti Penjual Melonjakkan Kejayaan E-Dagang di Malaysia

6:17 AM 1
Memperkasakan PMKS: Bagaimana Komuniti Penjual Melonjakkan Kejayaan E-Dagang di Malaysia

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥



Setelah sembilan tahun mencari tujuan dan mengalami kegagalan dalam beberapa perniagaannya yang lalu, Mohd

Zaid Othman akhirnya menemui kejayaan melalui minatnya terhadap pembuatan lilin pewangi. Pada tahun 2019,

beliau melancarkan Lampu Cherita, sebuah kedai lilin pewangi buatan tangan. Namun, pada permulaan perjalanan perniagaan dalam taliannya, Zaid

berhadapan dengan pelbagai kerumitan e-dagang dan menghadapi cabaran sebagai penjual e-dagang baharu.

Bertekad untuk berjaya, Zaid beralih ke Shopee untuk mendapatkan sokongan dan ilmu pengetahuan yang

diperlukan. 


Melalui platform e-dagang, Zaid mendapat akses kepada kelas latihan dalam talian percuma yang

memperkasakannya dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan penting untuk mentransformasikan perniagaannya.

Kurikulum ini merangkumi pelbagai bidang penting seperti jualan, pemasaran, dan operasi yang menawarkan

strategi praktikal untuk memacu trafik, meningkatkan kadar aktiviti pembelian, dan menguruskan inventori.


Selain daripada kursus-kursus ini, ilmu pengetahuan Zaid juga semakin mendalam melalui program Shopee

Xperts di mana sekumpulan pelatih sah dan penjual yang berjaya berkongsi ilmu dan pengalaman mereka

bersama beliau. Bimbingan mereka memainkan peranan penting yang membolehkan Zaid mengaplikasikan

amalan terbaik dan memaksimakan keberkesanan alatan perniagaan platform. Dengan nasihat berkesan daripada

para profesional berpengalaman ini, Zaid melakukan penambahbaikan kepada operasi perniagaannya yang

membawa hasil ketara dan dan membuka pintu kejayaan buat Lampu Cherita.



Dalam Zaid aktif dalam kumpulan Facebook ShopeeUni - sebuah komuniti penjual yang rancak berbincang hal

e-dagang, beliau menemui rangkaian sokongan yang sangat berharga. Kumpulan ini menjadi sumber inspirasi d

an nasihat yang membawakan perspektif baharu yang membantunya kekal maklum tentang trend industri dan

mengatasi cabaran. Persekitaran berkolaboratif kumpulan ini merupakan faktor kritikal dalam pertumbuhan dan

kejayaannya.


Namun, Zaid menghadapi ujian dan cabaran dalam perjalanan perniagaannya. Pada tahun 2021, banjir yang

melanda kilang lilin yang juga rumahnya menyebabkan kerosakan bernilai RM100,000. Dalam menghadapi

kesulitan ini, beliau menemui semangat melalui komuniti Shopeenya. Rakan seperjuangan penjual dan

pelanggannya bekerjasama memberikan sokongan penting dan bergotong-royong membersihkan ruang yang

rosak. “Bantuan mereka semasa waktu yang paling sukar buat saya meringankan beban yang sangat berat buat

saya dan mengingatkan saya tentang ikatan kuat yang telah dibentuk. Pengalaman ini buat saya rasa sangat

bersyukur dan komited untuk memberi kembali kepada masyarakat,” kata Zaid.


Sifat solidariti dan kemurahan hati ini menunjukkan semangat mendalam dan kesepaduan komuniti e-dagang

yang membantu Zaid membina semula perjalanan perniagaannya. Didorong oleh rasa syukur dan dilengkapi

dengan ilmu pengetahuan yang telah diperolehnya, Zaid melangkah ke peranan baharu sebagai mentor. Beliau

aktif menyertai kumpulan Facebook ShopeeUni dengan berkongsi mesej motivasi, tips praktikal, dan nasihat

tentang cara memanfaatkan alat perniagaan Shopee. Pandangannya mengenai strategi pemasaran, penglibatan

pelanggan, dan pengoptimuman produk dihargai komuniti ini. 


"Saya amat bersyukur atas sokongan yang saya terima ketika saya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam

menjalankan perniagaan. Kini, saya berasa puas dapat membantu yang lain mencapai kejayaan dengan bimbingan

dan dorongan yang juga pernah membantu saya. Menyokong komuniti adalah cara saya memberi kembali dan

membantu yang lain berjaya seperti yang telah saya terima sebelum ini," kata Zaid.



Pada tahun 2022, sumbangan Zaid diiktiraf secara rasmi apabila beliau dipilih sebagai salah satu daripada 17

ahli Shopee Bintang. Penghormatan ini menandakan peralihannya daripada seorang penjual yang berjaya kepada

mentor dalam program Komuniti Shopee Bintang. Zaid berinteraksi dengan penjual lain melalui acara dalam dan luar talian dan berkongsi kepakarannya melalui

sesi bulanan Facebook Live. Beliau menekankan kepentingan untuk sentiasa belajar dengan mengadaptasi trend

baharu dan untuk menggunakan sepenuhnya sumber bernilai Shopee Xperts dan Shopee University.


Kisah Zaid adalah bukti kuasa transformasi sokongan komuniti dan pembelajaran berterusan dalam dunia

e-dagang. Melalui sumber Shopee dan sokongan yang tidak pernah putus dari rakan seperjuangan penjual,

beliau mengubah cabaran kepada perniagaan yang berjaya dan mengambil peluang ekosistem platform untuk

membantu orang lain berjaya.


Menyokong Perniagaan Tempatan Melalui Perkongsian Strategik

Bagi Shopee, memacu ekonomi digital Malaysia bukanlah sekadar menyediakan alat perniagaan dan memupuk

komuniti penjual yang dinamik; ianya jugalah adalah tentang kerjasama yang berkesan yang boleh

memperkuatkan sokongan terhadap PMKS tempatan. Mengenalpasti usaha kolaboratif dengan agensi kerajaan

dan pihak berkepentingan utama adalah penting, Shopee meningkatkan peranannya dalam memperkasakan

penjual melalui kerjasama strategik dengan agensi kerajaan.


Program seperti Pupuk@Shopee dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(MCMC) yang bertujuan untuk melatih dan memperkasakan penjual e-dagang luar bandar melalui kelas Shopee

University telah dijalankan di pusat internet luar bandar MCMC. Kelas-kelas ini telah memacu jualan sebanyak

RM55 juta untuk 29,000 penjual tempatan yang meningkatkan pendapatan harian purata mereka sebanyak 22%

tahun ke tahun. Selain itu,  melalui Program OKU Celik Digital dengan kerjasama Kementerian Komunikasi,

500 penjual OKU tempatan dapat belajar cara mengemudi pasaran digital melalui sesi latihan yang dijalankan

oleh Shopee.


“Di Shopee, komitmen kami lebih daripada menyediakan alatan perniagaan. Kami percaya dengan kepentingan

komuniti dan memupuk perkembangan komuniti untuk membantu penjual tempatan berjaya dalam era digital.

Kami berusaha membantu memenuhi potensi penuh mereka yang memacu ekonomi digital Malaysia dengan

menyediakan sumber penting kepada PMKS dan membina komuniti penjual yang kukuh. Dengan usaha bersama,

kita dapat membawakan impak yang berkekalan dan meningkatkan pertumbuhan usahawan kita,” kata Tan Ming

Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.

Aug 6, 2024

8.8 Festival Shopee Live: Tawaran dan Hiburan Tanpa Henti!

9:22 PM 0
 8.8 Festival Shopee Live: Tawaran dan Hiburan Tanpa Henti!

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Dari 26 Julai hingga 11 Ogos, nikmati extravaganza membeli-belah dengan harga terendah, tawaran hebat, dan

hiburan tanpa henti di Shopee Live! Untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda lancar dan

menyeronokkan, Shopee mempunyai beberapa ciri hebat khas untuk anda.


Berubah fikiran terhadap produk yang telah dibeli? Tiada masalah! Dengan polisi 15 Hari Pemulangan Percuma,

anda boleh mengembalikan item dengan mudah tanpa soal* termasuk disebabkan ‘Ubah Fikiran’. Selain itu, kami

tahu betapa pentingnya penghantaran tepat waktu, jadi jika pesanan anda tiba lewat, anda akan diberikan baucar

RM5 melalui program Jaminan Tepat Waktu Shopee. Belanja lebih tanpa risau dan nikmati perkhidmatan

penghantaran yang boleh dipercayai.



Mengapa Anda Akan Suka 8.8 Festival Shopee Live


Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum

Ucapkan selamat tinggal kepada yuran penghantaran! Semasa 8.8 Festival Shopee Live, setiap hari anda boleh

menikmati penghantaran percuma ke atas semua pembelian anda tanpa keperluan perbelanjaan minimum! Bukan

itu sahaja, sepanjang bulan Ogos, anda boleh menikmati pembelian barangan Fesyen & Kecantikan dengan baucar

Penghantaran Percuma yang diperbaharui

setiap hari pada jam 12 tengah hari. Hanya tebus baucar dan membeli-belah sepuas hati!


Diskaun Sehingga 70% di Shopee Live

Ya, anda tidak salah baca! Setiap hari dan sepanjang hari, anda boleh dapatkan diskaun sehingga 70% ke atas

jenama dan penjual kegemaran anda setiap kali anda membeli melalui Shopee Live. Temui penemuan baru dan

jimat banyak sambil menikmati strim langsung yang menghiburkan. Pada 8 Ogos, nikmati lebih banyak baucar,

jadi anda boleh berjimat besar!


SPayLater dengan Caj 0% Hingga 3 Bulan 

Ingin beli sekarang dan bayar kemudian? Nikmati SPayLater tanpa caj sehingga tiga bulan. Pengguna baharu

boleh mendapatkan diskaun RM20 tanpa perbelanjaan minimum, sementara pengguna sedia ada boleh menikmati

diskaun RM20 dengan perbelanjaan minimum RM130. Baucar SPayLater khas ini hanya tersedia pada 8.8, jadi

anda boleh membeli lebih tanpa risau!


Nikmati Diskaun Terbesar dan Tawaran Menarik 

Nikmati diskaun besar sehingga 80% untuk barangan kegemaran anda dari 26 Julai hingga 11 Ogos. Mulakan

dengan 8.8 Kick-Off Deals dan dapatkan penjimatan tambahan dengan Baucar Sepanjang Hari dari 26 Julai

hingga 7 Ogos. Dari 1-8 Ogos, nikmati tawaran hebat di Shopee Live dengan harga terendah dan barangan edisi

terhad bermula pada pukul 8 malam pada 7 Ogos. Dapatkan Tawaran Knockout dengan diskaun terbesar pada

harga RM8 dan RM88 sahaja. Maksimumkan penjimatan anda dengan menggunakan Baucar 8.8 dan

menggabungkannya dengan baucar penghantaran percuma. Dari 9-11 Ogos pula, tandakan kalendar anda untuk

After-Party 8.8 dan nikmati diskaun lanjutan.


Ayuh Kemeriahan dengan Acara Khas 


8.8 Shopee Live BATTLE: Menangi Tunai RM1,000 dan Produk Baseus
Sertai Permainan Shopee Live yang ditaja oleh Baseus yang berlangsung setiap hari pada pukul 8 malam dari

1 Ogos. Permainan yang menarik ini menampilkan sesi jualan dengan harga kompetitif dan sesi permainan dengan

selebriti jemputan. Penonton boleh mengundi pasukan kegemaran mereka dan memenangi Shopee Coins.

Selain itu, seorang pemanggil bertuah akan memenangi tunai

RM1,000 dan produk Baseus dengan menjawab soalan berkaitan kempen 8.8. Tonton Pertarungan Shopee

Live 8.8 pada pukul 8 malam dari 5-7 Ogos untuk peluang mengumpul kod baucar dan memenangi baucar

eksklusif sehingga RM50 untuk digunakan pada 8 Ogos!


Lebih Seronok dengan Shopee Video

Nikmati video pendek yang menarik daripada pencipta kandungan di Shopee Video. Tonton video, tebus Shopee

Coins, dan nikmati baucar diskaun 80% tanpa perbelanjaan minimum untuk pembelian melalui Shopee Video.


8.8. Shopee Live Festival menawarkan tawaran yang tiada tandingan, penghantaran percuma untuk semua

pesanan, dan ciri menarik seperti SPayLater tanpa caj sehingga 3 bulan. Sertai keseronokan dengan 8.8 Shopee

Live BATTLE, dan banyak lagi. Beli dengan yakin dan nikmati penjimatan hebat dari sekarang hingga 11 Ogos

di Shopee Live!


Aug 3, 2024

Ulasan Buku- Sindiket 2 by Arman Jazee

10:15 PM 2
Ulasan Buku- Sindiket 2 by Arman Jazee

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Tiada jalan kembali

Yang ada hanya kematian 



Syukur nekad. Biarlah dia hidup serba kekurangan di kampung itu bersama isterinya yang menghidap kanser tahap akhir dan bersama anak-anaknya. Janji, dia tidak lagi bergelumang dalam dunia hitam itu. Dia ingin mulakan hidup baru. Tapi, penerimaan anak perempuannya (Aliya) terhadap dirinya dari kecil hingga besar tidak begitu baik. Aliya bencikan Syukur. Sehinggalah terjadinya satu kejadiaan yang menyebabkan Aliya keluar dari rumah itu dan membawa diri ke Kuala Lumpur. 


Selepas Syukur menghadapi 2 kehilangan besar dalam hidupnya. Tambah lagi satu masalah apabila Aliya terjerat dalam sindiket pelacuran. Syukur harus bertindak untuk menyelematkan anaknya. Apa yang terjadi seterusnya? 


Kalau korang minat cerita thriller aksi. Nak masuk dalam dunia kongsi gelap, sindiket pelacuran & perdagangan manusia. Sindiket 2 pilihan yang tepat. 


Jalan cerita bergerak dari slow pace - fast pace.  Penulis masukkan elemen kekeluargaan, persahabatan & dendam. Ada juga kata-kata hikmah yang menusuk dan boleh dijadikan pedoman hidup. Akan ada juga timeline flashback. Tapi, pembaca tak akan lost track sebab penulis mention di bahagian atas. 


Penuh aksi & suspen ✔️ 

Plot twist not bad ✔️ 

Agak intense sepanjang pembacaan ✔️

Menguji tahap kesabaran pembaca ke another level ✔️ 

Karakter Syukur digarap dengan baik. Boleh nampak 2 sisi yang berbeza. Ketika bersama keluarga & musuh. Dia bukan kaleng-kaleng. Tak kosong orang kata. Tapi sebab diusik. Dia terpaksa berdepan dengan mereka-mereka yang tak makan saman. Puas hati juga sebab setelah beberapa tahun. Akhirnya Syukur tahu siapakah musuh sebenarnya. 

Oh ya, kalau ada award bapak tiri paling penyayang dan penyabar. Syukurlah pemenangnya. 


Sumpah kecewa dengan Aliya dari awal sampai nak dekat hujung cerita ✋🏻 Korang boleh tak tolong azankan telinga si Aliya?. Biar dia sedar diri sikit. Kenapa dia bebal sangat. Kalau bukan kerana dia. Rasanya, hidup mereka sekeluarga tidak kucar kacir. Rasa macam buat dosa kering maki si Aliya ni dalam hati. 

Hm at the end of the day, rasa macam dia tak layak dapat bapa tiri yang baik & pemberian bernilai dari bapa tirinya itu. #bukuprima #sindiket2 #bukukarangkraf #novelthrillerbukuprima


Kita rasa awal cerita tu sedikit slow mungkin disebabkan situasi pada awal cerita itu sedih. Kita akan banyak baca Syukur meratapi kematian isteri dia. Tapi, apa lagi yang kita harapkan dari sebuah cerita yang bermula dengan kisah kematian? Takkan happy. Jadi mohon kalian bersabar meneruskan pembacaan sebab makin lama makin rancak konflik. 


Overall, satu naskah yang baik. Tahniah penulis ✨