November 2023 - Jari Jemari Menari

Nov 27, 2023

November 2023 Giveaway

9:15 PM 8
November 2023 Giveaway

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kita ternampak post giveaway ni. Wow, memang lumayan sungguh hadiah yang ditawarkan. Siapa tak suka emas. Rezeki siapalah agaknya ni ya? Apa pun, kalau kalian berminat nak join, tekan saja banner :) Syarat pun mudah saja. Jom pakat join jom. 




Kita suka design Masjidil Haram Makkah // Masjidil Haram Makkah. Reason kenapa pilih design itu sebab kita ada niat nak jejakkan kai ke sana tapi masih tak kesampaian lagi. Jadi, tengok gambar pun jadilah. Doakan la, mana tahu one day ada rezeki nak fullfill impian bear saya ni. Siapa tahu kan? :) 

Ulasan Buku - Pada Subuh Yang Membawaku Pergi by Yaya Samad

8:59 PM 1
Ulasan Buku - Pada Subuh Yang Membawaku Pergi by Yaya Samad

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥



Sinopsis Ringkas -

Bahagia itu ada tapi tidak seperti kisah dongeng


Bayangkan, seorang anak kecil yang mengharapkan belaian seorang ayah. Namun, yang singgah di badannya hanyalah pukulan demi pukulan. Dipukul tanpa alasan yang kukuh pula tu? Anak kecil itu tiada perasaankah? . Itulah yang terjadi pada Iskandar Dzulkarnain. Hanya ibu & adiknya sajala tempat dia meluah segala rasa & bermanja.

Disebabkan itu jugalah, Nain mengambil keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh & ke asrama penuh. Dia ingin membawa diri jauh dari ayahnya itu. Dalam masa yang sama,Nain juga turut diuji dengan masalah kesihatan. Apa yang akan jadi seterusnya pada Nain? Mampukah dia membawa diri jauh dari kemelut hidupnya yang sangat berliku itu?


Hidup Nain yang sebegitu rupa telah menjadikan dia matang sebelum usia tidak kira dari segi percakapan, perbuatan & pemikiran. Dia telah memilih untuk menjauhkan diri dari benda-benda toksik & membentuk dirinya sendiri menjadi seorang yang mempunyai prinsip. Sentiasa tahu apa yang dia inginkan dalam hidup, berpendirian tetap & bersangka baik dengan ujian dari Allah SWT. Nowdays, ramai jadikan alasan sekian-sekian untuk terus hanyut melakukan kesilapan demi kesilapan.

Encik Faizal iaitu bapa kepada Iskandar Dzulkarnain ialah seorang lelaki yang tidak berguna. Walaupun ada kerjaya yang baik tetapi dia memilih untuk menghabiskan duitnya itu di tempat yang salah. Malah, dirumah dia kerap memukul, mengherdik serta melayan Nain dengan teruk sekali. Dia mungkin lupa. Seorang anak itu pasti menyimpan perasaan yang tidak baik jika diperlakukan sebegitu rupa. Sampailah satu tahap, saya sendiri merasakan Encik Faizal sangat keterlaluan. Play victim dan mengunakan kuasa veto ayah untuk menjadikan situasi jadi lebih sukar. 

Mujurlah Nain dari awal sudah berhajat untuk angkat kaki dari rumah yang baginya tidak selamat itu. Encik Faizal, koau gagal menjadi seorang ayah yang gagal! BOO. 



Boleh rasa betapa sayangnya Nain pada keluarga dia. Dia sentiasa berusaha menjaga & ingin menyenangkan keluarganya. Biarlah berhabis kudrat sekalipun, asalkan keluarga dia senang. Sayangnya Nain dekat ibu. Boleh rasa tau sampai sini. Rasa nak peluk mak kita. Tapi kita dah tak ada mak. Hm. ❤️
Brotherhood antara Nain & Fahim memang A+. Karakter kontra mereka berdua melengkapi antara satu sama lain. Imagine sajalah Naim yang pendiam vs Fahim yang talktive and gila-gila. Menarik bukan?. Terima kasih Fahim kerana wujud dalam hidup Nain. Suka dengan cara kalian menjaga antara sesama kalian. Tanpa sedar, kalian mengajar saya untuk lebih menghargai orang sekeliling saya. 


Dan saya suka cara penulis sampaikan dakwah secara halus dalam buku in antaranya ialah: 
Fokus belajar ✔️
Jangan sibuk bercinta✔️
Jaga batas antara lelaki & perempuan ✔️


** Bagi saya, ada beberapa perkara yang saya perlukan penjelasan . Sebab adanya plothole yang ketara. Bila penulis memilih untuk fokus pada sesuatu perkara, ada perkara lain yang penulis terlepas pandang untuk explain (trauma perbuatan sonsang,pembahagian harta & dll). Ada juga watak yang menghilang sebegitu saja & outofnowhere muncul hanya semata-mata sebagai pencetus untuk panjangkan cerita / point untuk confess sesuatu.

Untuk debut, satu percubaan yang baik dari penulis ✨Sebak juga rasa didada. Siapa yang pernah rasa kehilangan pasti akan tercuit dengan naskah ini. 
Anyway, kalau kalian berminat nak dapatkan buku ni. Kalian boleh beli di Shopee Mangosteeen atau ke SIBF yang akan berlansung di MBSA Shah Alam pada 1/12/2023. 

Nov 22, 2023

Nieyl Mencari Bloglist Baru

8:57 PM 7
Nieyl Mencari Bloglist Baru

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kebetulan tengah lunch ni ada masa nak singgah blog rakan-rakan lain. Jadi, kita ternampak post dari Akak Nieyl. Lama rasanya tak join any contest or segmen. Jadi, kalini kita nak join ini :) Hopefully, yang lain juga boleh ramai-ramai memeriahkan segmen ni. Tekan banner untuk ke blog Kak Nieyl. 




Syarat-syaratnya :


1.       Follow blog seindahcerita Follow Instagram @nieylanadia 

2.      Blog yang aktif dan rajin tinggalkan komen

3.     Buat entri bertajuk Nieyl Mencari Bloglist Baru

4.     Jangan lupa buat entry di Blog Masing-masing

5.     Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini okay



Tarikh tutup: 23 November 2023 sehingga 27 November 2023

Nov 5, 2023

Ulasan Buku - Miss Apprentice by Azwin Nalisa

9:09 PM 1
Ulasan Buku - Miss Apprentice by Azwin Nalisa



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

"Kalau tak mampu jadi rajawali, merpati pun sudah memadai"

Disebabkan cuti penggal sekolah akan bermula, parents Sofea menghantar Sofea ke rumah neneknya iaitu Nek Da untuk menghabiskan masa cutinya. Nek Da merupakan seorang pengusaha bengkel menenun songket. Sepanjang Sofea disana, dia musykil dengan arahan dari Nek Da untuk tidak mendekati bangsal terbiar & seseorang yang suka mengintai rumah Nek Da.

TAPI -- ada satu kejadian yang terjadi semasa dia di sana. Dia secara tidak sengaja terjatuh ke dalam sungai. Dan sedarnya Sofea. Dia bukan lagi Sofea. Dia bangun sebagai Dayang & berada di tahun 1970 ‼️ Apa yang terjadi selepas itu?

Cantik sungguh cover Bookiut :) Tak pernah tak eyecatching. 


MA ini bakal membuka mata adik-adik gegadis khususnya. Siapa kata perempuan bakal mengakhiri kehidupannya di ceruk dapur? Kita juga boleh berjaya dan terbang tinggi untuk capai apa yang kita inginkan. Ubah mindset yang sudah lama dalam pemikiran kita. Gegadis juga boleh sukses‼️

Jalan cerita bergerak dengan sangat cepat. Bila Sofea ada di tahun 1970an. Banyak benda yang selama ini dia tidak tahu. Dia mula faham sedikit demi sedikit. Dan once bila dia cantumkan semua persoalan yang ada. Nah. Itu dia ~ Bayangkan, Sofea kena hidup sebagai Dayang. Dayang tu bukan biasa-biasa orangnya. Jadi, Sofea kena sesuaikan diri sebagai Dayang & sekelilingnya. Actually, agak berdebar juga bila sampai di penghujung cerita. Rasa intense. Tapi puas hati baca ending. Plot twist unexpected.

Banyak benda yang boleh kita belajar dalam MA. Penulis memang buat research mengenai tenunan songket. Sambil kita baca sambil google. Lagi feel bila kita tahu apa yang kita baca. Ada proses sebelum menenun kain, kedudukan kepala kain & banyak lagi. Kalau nak google saja-saja mesti boring nak baca. Tapi bila fakta diselitkan dalam cerita. Terus seronok dibaca.


Tahniah Kak @azwinnalisa ✨ Satu naskah yang penuh dengan pengisian. Hopefully, penulis teruskan menulis. Dengar cerita ada lagi upcoming buku :) Tak sabar nak baca. Kita tunggu tau. And terimakasih juga untuk pihak Imprint Bookiut untuk naskah ini. 

Me love so much Nek Da bahasakan diri dia 'kita'. Comel sangat. Nanti-nanti saya ada anak cucu nak bahasakan diri sendiri kita jugak la 🫶🏻 #ikareviewbuku #bookiutpts #bookiuteers