Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Ika pernah share pada tahun 2019, mini library ika.Klik Sini. Tapi lepas dari tu, ika tak update sebabnya ika sendiri tiada masa untuk buat apa-apa dekat mini library tu selain dari menambah buku. Haha. Kalau tak silap masa tu, ika still jaga arwah mak yang sakit dan lepas daritu, sibuk kerja and uruskan hal kahwin. Jadi memang terabai sebentar la mini library dalam bilik tu.
Ika sebenarnya memang ada my own dream mini library. Kalau boleh nak rak besar atau rak yang penuh sampai ke atas, letak tangga. Boleh la fefeeling panjat tangga sebab nak cari buku. Lepastu nak ada sofa yang selesa. Kecil pun tak apa asalkan tak baca buku dekat atas katil. Sebab ending dia kadang tu ternganga tidur. Haha.
Kualiti memang teruk sungguh gambar ni.Pening kepala nak adjust. Handphone pun buat hal sekarang haih. T.T |
Lepas kahwin, ika ada suarakan dekat husband ika untuk buatkan ika at least satu ruangan tetap untuk letak semua buku. Sebab kalau korang nak tahu, ika suka ubah perabot. Setiap 6 bulan. Jenuh juga nak fikir habit macamtu. Tak stick in one place. Jadi, sepakat pilih ruangan di sebelah pintu masuk bilik. Gambar dekat atas merupakan mini library yang paling latest yang ika boleh usahakan untuk diri sendiri. Serius bersepah sebab lepas baca terus letak merata and dan tak ikut warna buku lansung.
Nanti, inshaAllah. Ika tak janji bila tapi ika harap lagi sekali ika share mengenai mini library ika. Memang dah sepenuhnya menjadi apa yang ika betul-betul nak. Sebab sekarang , ika pakai apa ada. Cadang memang nak besarkan meja and cari kerusi selesa. Besarkan rak & tambah floating shelf. Plus, ika nak beli any Tab or maybe Ipad khas untuk baca ebook. Sebab ika rasa, ika seronok juga baca ebook sekarang :)
Patut kutip derma kilat tak untuk beli rak baru haha. Okay jumpa lagi nanti dalam next entry oki!