June 2023 - Jari Jemari Menari ♡

Jun 18, 2023

Ulasan Buku- Perangkap Psiko by Asraf Shaari

7:12 AM 1
Ulasan Buku- Perangkap Psiko by Asraf Shaari

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kehilangan seorang budak lelaki bernama Fuad di kampung itu membuatkan Mina iaitu jiran Fuad.  Ingin menyiasat akan kehilangan Fuad. Namun, idea Mina dihalang oleh rakan-rakanny kerana dianggap menganggu kerja polis. Hanya Dannya saja yang sudi membantu Mina untuk melakukan misi itu. Mana tidaknya, mereka berdua ada hubungan istimewa. Itu yang sudi tolong tu. Berjayakah Mina & Danny dalam misi itu? Kemanakah Fuad menghilang?



"Jangan takut. Abang tak makan orang..hehehe..siapa nama adik."

ulangnya kembali pertanyaan yang masih belum dijawap. 

"Ru..Rusydi."

"Nak masuk bengkel baru abang? Hehehehe..."


Abang Dee -- seorang mekanik yang suka mengusik budak-budak yang lalu lalang di hadapan bengkelnya. Adakalanya disergah dan muncul secara tiba-tiba. Budak mana yang tidak cuak? Appearance Abang Dee yang tidak terurus itu menambahkan lagi perasaan takut. Setiap kali bercakap hujung mesti hehe. Eh seremlah mat.


Mina mengesyaki Abang Dee atas kehilangan Fuad kerana Fuad hilang ketika dalam perjalanan pulang dari mengaji. Ramai orang kampung akan melalui bengkel Abang Dee. Hanya itu jalan yang selamat digunakan. Tapi bukti apa yang di ada? Bertambah berkobar-kobar Mina bila adiknya Amat pula hilang. 


MENTAL ILLNESS & ORGAN TRADE



Dalam Perangkap Psiko memang sudah terang-terangan penulis beritahu yang Abang Dee memang seorang pembunuh & mempunyai masalah mental. Buktinya kalian boleh baca macam starting Abang  Dee bunuh mangsa-mangsanya. Muka baik tapi psiko. Dan Abang Dee ada rakan subahat juga ya!! Cuma penulis akan kaburi mata pembaca dengan jadikan karakter lain sebagai tertuduh.



Aku tidak setuju dengan tindakan Mina & rakan-rakannya selepas mereka berjaya melepaskan diri dari telaga itu. Itu namanya kerja bodoh. Walaupun rasa berani melebihi dari perasaan takur. Ramai pun belum tentu berjaya tumbangkan seorang manusia yang pernah membunuh orang. Perbuatan melulu bertindak tidak mendatangkan apa-apa faedah.


Tapi kan-- memang betul. Apa saja yang masih belum terjadi dan kena dekat batang hidung kita sendiri memang kita tidak akan faham akan sesuatu situasi itu. Kita boleh nak comfort orang tapi dalam masa yang sama kita juga kena faham adakalanya ayat comfort kita tu boleh membuatkan orang rimas dan annoyed. HANYA MASA saja yang akan buatkan orang tu terima kenyataan sedia ada. 


Cerita ini lebih kepada misteri yang mild sahaja. Kita cuma nak tahu apa yang terjadi pada mangsa. Mati ke hidup ke? Dan siapa dalang disebalik kehilangan budak di kampung itu. Atas motif apakah penculikan tersebut? Satu percubaan yang baik dari penulis. Cerita yang boleh dibaca oleh semua golongan sebab tak ada scene kejam yang hardcore. 


Shopee : Perangkap Psiko



Jun 12, 2023

Ulasan Buku - Kru Paranormal Keranda Terbang by Khairul Nizam Khairani

9:33 PM 0
Ulasan Buku - Kru Paranormal Keranda Terbang by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"..beberapa batang jari muncul dan mengenggam tubir keranda. 

....bangun sesuatu dari dalam keranda itu.

SESUSUK TUBUH TANPA KEPALA!!!"


SINOPSIS 

Secara ringkas, Keranda Terbang mengisahkan tentang seorang bidan bernama Mak Wok. Dia mati dengan tragis sekali. Kepalanya hilang begitu sahaja. Kemudiannya, banyak kematian berlaku setahun selepas itu -- di mana mangsa-mangsa yang mati akan melihat kemunculan keranda terbang. Sekaligus dikaitkan dengan Mak Wok kerana Adam telah menemui pusara Mak Wok dalam keadaan mencurigakan & mayat Mak Wok hilang.

Cover comel tapi isi tidak sama sekali. Jangan tertipu okay. Nak tahu asal usul Abe Imtiaz & adik Adam? Baca buku ni. Nak lagi feel baca buku ni. Korang re-read & refresh balik buku Hantu Jarang Gigi & Draugr. Ada Ghazali, Adam, Ehsan & Ridhuan dan ramai lagi. Ehem, meremang juga baca Keranda Terbang ni. Sesekali ada la terbayang-bayang. Phew





Entah berapa ramai dah manusia yang tak bersalah mati katak dalam siri ni. Hanya disebabkan sifat tidak perikemanusian satu manusia lain. Ramai menjadi korban. Rupanya baru la dapat connect dot dot dari siri sebelum ini dengan Keranda Terbang. Dah nampak sinar sikit dah.

Ternganga mulut bila baca ending 😮 Yang pasti bila banyak identiti sudah bertukar maka lebih pening untuk kita fikirkan apa-apa kemungkinan. Penukaran identiti berlaku atas dasar ingin melepaskan diri atau melupakan masa silam.

Patutlah admin @penerbitx suruh sediakan tisu. Rupanya memang betul ada benda yang menyedihkan dalam cerita ni. Sumpah tak sangka tergamak betul dieorang. Dasar tak ada hati perut. Apa dosa orang tu. Tak boleh la part ni. Rasa nak hug karakter tu. Em

Nasib baik tabbing. Senang nak cari isi penting :)

Macam biasa. Mindblowing & Unexpected Plot Twist. Penulis ni rasanya dia rangka cerita ni dari A to Z dengan baik sekali. Well done penulis. Yang pasti taktahu sampai sekarang penulis makan apa sampai jadi bijak tulis cerita macamni.

Masih belum puas hati lagi walaupun dah buku ke 10. Kita dah nak sampai penghujung. To be honest dah ada syak dalang utama siri ni. Tapi tak apa kita tunggu. Next - nak baca Kolam Dewa pula.


Jun 7, 2023

PBAKL Haul & Birthday Gifts. 🎂

12:21 AM 9
PBAKL Haul & Birthday Gifts. 🎂

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


PBAKL sudah melabuhkan tirainya pada Ahad lepas. Ika berkempatan untuk pergi pada hari Sabtu (27/5/2023). Cumanya tak dapat nak letakkan banyak gambar masa di sana sebab memang sangat sesak dengan orang dan macam biasalah. Dah masuk tempat yang penuh buku. Otak tak ada nya nak fikir lain, fokus dengan buku saja. Haha. Tapi apa yang boleh ika katakan.l --


PBAKL tahun 2023 memang sangat meriah dengan aktiviti, kehadiran pembaca, rombongan sekolah, tawaran yang tak masuk akal, dan juga banyak reruai dari pelbagai publisher di Malaysia ini. Cumanya mungkin bagi ika reruai agak bersepah sikit. Susah nak mencari. End up penat haha. Overall, seronok la tengok ramai sangat orang yang hadir ke pesta untuk beli buku. Siapa kata orang Malaysia malas membaca. Haip! 


Entry ni just nak share book haul yang ika beli sempena PBAKL. Ya. Overspent. Tapi, it's okay sebab still akan dibaca juga. Basically pergi ke sana memang ada list. Tapi list tu hancur sebab ternampak buku lain dulu. Dasar. Haha. 


Bismillah. 





Reruai PTS Media Group 

Bookiut : Undead City / Osman Deen
Penerbit X: Keranda Terbang / Khairul Nizam Khairani 


Reruai Fajar Pakeer | 3 buah RM 20 

• Negeri Cinta Zaim Zini 
• Lili Buat Najah
• Ghaib 
• Kematian Bernyawa 
• Fasiq 
• Lelaki Khas Untuk Hanis 
• Kecubung 
• Patah Sayap Bertongkat Paruh 
• 1 Pengakuan, 9 Luahan 


Reruai Fizziany 

• Gelang / Fizziany  (RM 5) 

Reruai The Patriots 

• Mencari Mendam Berahi / Ilham Mazalan 
• Hikayat Adiwangsa: Gapura Matra / Awan Wafdan 

Reruai Prolog Media 

• Parut ( RM 12) 
• Magisial  (RM 12) 
• Mimpi Tak Pernah Lupa / Fakhrull Halim (RM 28) 

Perangkap Psiko/ Ashraf Shaari
Unforgettable Husband / Ieya Sya 
Bougainvillea / Packy Sadique 
Prank/ Ramadan Omar 
Mawar / Anis Akhir 
Garis / Khairul Aswad 
Kembara Mistik: Dia 
Dear First Love 
Khumanthong / Maria Kajiwa 
Pokok / Lokman Hakim 


Ada member ni tahu kita suka poskad. Dia bagi poskad terbang dari Langkawi. 



Nak sekalikan juga unexpected gifts from my bestfriends. Thankyou so much korang. Paling tak percaya yang dieorang berjaya dapatkan 5 wishlist buku sis dengan jayanya. 🫰🏻Semoga korang dimurahkan rezeki. Happy me. 

• Rumah Kabilah Jin / Anuar Darwisy
• Ifrit / Ilya Abdullah
• Sindrom / Tey Marzuki
• Ganggu / Ayumi Syafiqah 
• Projek Seram Telaga / Noorfadzillah , Rizal Ramli & S Kausari. 


Next, Adik bongsu saya bagi booksleeve.Kasihan dgn kakak dia kot sebab booksleeve sedia ada ni macam belacan. Tapi yang dia bagi ni serius cantik. Thankyou Maan. <3 Last but not least. Terimakasih Rabia sebab sudi bagi hadiah ni untuk akak. Buat susah - susah je. Semoga dimurahkan rezeki dengan lebih lagi. Amin. 






Jun 6, 2023

Ulasan Buku - Rumah Kabilah Jin by Anuar Darwisy

10:08 PM 1
Ulasan Buku - Rumah Kabilah Jin by Anuar Darwisy

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-NYA"


Dalam masa yang singkat, Ustaz Baihaqi & Ustaz Ukasyah perlu mencari penempatan baru buat 20 orang pelajar maahad tahfiz yang berada dalam jagaan mereka. Dalam mencari solusi. Hadirnya Haji Radin menghulurkan bantuan atas dasar terhutang budinya dia pada Tok Guru Rahman (tuan asal maahad). Dia berikan sebuah..


Rumah agam terbiar 2 tingkat berwarna putih- senibina zaman kolonial- 12 bilik - jauh dari penempatan terdekat - dibina di dalam ladang kelapa sawit. Itulah tempat baru buat mereka semua. Apa yang terjadi selepas itu?


Penulis: Anuar Darwisy 

Penerbit: Kaki Novel

Genre: Supernatural Religious Horror 

Mukasurat: 418 m/s

Tahun: 2023

Ini hanya pendapat peribadi saja. Mungkin kulit buku boleh di-upgrade kan lagi. 


Perkongsian penulis tentang idea asal RKJ ini membuatkan saya kagum dengan beliau. Gabungan kisah benar dan olahan penulis. Memang tidak mengecewakan. Turn out cerita ini bukan sekadar fiksyen seram yang kosong ‼️


Penuh dengan ilmu, mesej dan pengajaran yang boleh diambil oleh pembaca. Siapa kata baca cerita seram mengarut?. Ini buktinya. 👍🏻 Saya yakin penulis telah membuat research yang sebaiknya. Bukan boleh kita sesuka hati letak petikan ayat Al Quran dalam ini sewenang-wenangnya tanpa ada hubungkait.

Sinopsis :)


Bagi watak pula, gabungan Ustaz Baihaqi & Ustaz Ukasyah sangat menjadi.Saling melengkapi antara satu sama lain terutama sekali dalam menguruskan maahad tahfiz yang ditinggalkan pada mereka. Amanah dijalankan sebaiknya untuk mengelola 20 pelajar yang lain. Watak sampingan yang lain menguatkan lagi jalan cerita. Peranan mereka juga penting.


Tidak melewah dan fast pacing. Sebab tanpa sedar saya dah ke bab seterusnya dengan cepat. Penulis hook saya dari mukasurat pertama lagi. Vibes kampung + islamik + seram menyerlah. Persoalan demi persoalan terjawab satu per satu. Dot dot yang ada bersambung dengan baik dan logik.


Paling best bila baca pertarungan antara jin. Suspen sangat. Samiha? Mak laff energy Samiha. Berapi-api Samiha dalam cerita ni. 🔥


"satu benda hidup menjalar laju dari atas lalu  memasuki mulutnya"

benda tadi menerobos perut dan punggungnya 


The way penulis describe every single thing dalam RJK boleh dikatakan terperinci. Saya boleh straight away imagine. Cara mangsa dibunuh - diburu - terperangkap dan banyak lagi. Kudos A Darwisy. 

Plot twist dalam ni bukan 1. Banyak juga penulis belanja plot twist. Sebab saya ingatkan dalangnya orang lain tapi macam tu saja penulis twist balik otak saya. Sebagai seorang pembaca cerita seram yang cereweet. Saya approved buku ini. Tak rugi baca dan boleh nampak penulis cuba sesuatu yang lari dari kebiasaanya untuk setiap karya baru yang penulis keluarkan. All the best Tok!

Nak complain satu je. Tak boleh ke 1 tahun 2 buku tok keluarkan? Haha 🤣🤣


Reruai Popular di PBAKL. Tok tengah melayan peminat beliau. Haha

Goodreads

Instagram: Review Rumah Kabilah Jin

BELI SINI: Shopee Kaki Novel