2020 - Jari Jemari Menari

Dec 28, 2020

EBOOK REVIEW - AKU PLAYBOY, DIA USTAZAH BY CIK BAWANG

11:49 PM 4
EBOOK REVIEW - AKU PLAYBOY, DIA USTAZAH BY CIK BAWANG

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Beberapa minggu lepas, ika cuba cari bahan bacaan yang ringan dan nipis. Kerana, ika fikir hujung tahun ni. Ika taknak baca sesuatu yang sarat, Jadi, ika pilih ebook dari Cik Bawang iaitu Aku Playboy, Dia Ustazah. Sejujurnya, ika memang cuba avoid dari membaca tajuk yang ada perkataan playboy. Kerana sesungguhnya, ika tahu playboy tidak lari dari perangai badboy, dikelilingi dengan wanita cantik dan playboy selalunya kaya haha. Jadinya, ika terjudge ebook ini dengan cover ebooknya kerana sudah semestinya orang kaya tidak lari dalam warna gold ah gitu. Suka hati je kan. Dalam masa yang sama, ika tak pernah baca karya dari penulis Cik Bawang ini. Ini juga merupakan first impression terhadap karya penulis. 

So, bismillah. Here we go. Just short review. 


" Thankyou Allah for you my love" 

Mukasurat: 188 mukasurat
Format: Ebook 
Penulis: Cik Bawang 

Sinopsis 

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Dayyan atau mesra dengan panggilan Ean. Sudah semestinya seorang playboy. Permulaan ceritanya, dia ada beberapa kali terserempak dengan seorang gadis bernama Nadja. Pertama kali, di majlis sahabatnya.  Jadi, sudah ada tarikan kepada gadis itu. Nadja merupakan seorang guru sekolah yang mengajar subjek agama jika tidak silap. Nak dijadikan cerita, mama Ean memberikannya tempoh untuk membawa calon isteri berjumpa dengannya. Maka, misi Ean pun bermula. Dari ex girlfriend sampailah ke skandal dilist kan sebagai calon isteri. 

Berjayakah Ean mencari calon isteri yang menepati citarasa mamanya?. Atau kuatkah jodoh dan takdir Ean dan Nadja? Namun, disebabkan pengalaman sahabatnya bernama Dani. Dia jadi prejudis terhadap insan yang "alim". 


BOOK REVIEW - PUAKA PADANG SEKOLAH BY MASZMIRA, KHAIRUL AHMAD & RUBY ANNAS

5:44 AM 3
BOOK REVIEW - PUAKA PADANG SEKOLAH BY MASZMIRA, KHAIRUL AHMAD & RUBY ANNAS


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Bila memikirkan sesuatu tempat itu ketika waktu malam, mesti membuatkan kita terfikir akan suasana yang gelap dan sunyi. Mesti kita rasa something kan? Ika ingat lagi masa pergi ke Bangkok Thailand beberapa tahun lepas. Suasana malam di sana ternyata berlainan sedikit. Tambahan pula bangunan-bangunan mereka yang mempunyai reka bentuk yang menarik namun bukan itu yang ingin diceritakan. Vibes bangunan malam mereka itu membuatkan kita yang melihat rasa tak senang duduk. Especially, sekolah mereka. Huu. Okay, lets proceed ke book review yang ada kaitan dengan sekolah juga. 

Kalini, ika nak review satu buku dari Sri Cerita Hantu, Puaka Padang Sekolah yang ditulis oleh 3 penulis iaitu Khairul Ahmad, Ruby Annas & Maszmira. Sebelum itu, terimakasih sekali lagi ika ucapkan buat Penerbit X kerana berikan buku ini untuk ika baca. Ika sangat hargainya. 

Penulis: Maszmira, Khairul Ahmad & Ruby Annas 

Tahun: 2020 

Harga: RM 10 

Penerbit: Penerbit X 

Mukasurat: 119 muka surat


Cerita 1 : Gelanggang // Maszmaria 

"Jangan biarkan di hidup! Jika dia hidup, kau yang akan mati"

Mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Zarif. Dia sering tertanya-tanya dengan sikap tukang kebun sekolahnya iaitu Pak Janggut terhadap dirinya. Pak Janggut seolah olah membenci dirinya dan akan marah Mawar, cucu kepada Pak Janggut kerana berkawan dengannya. Dalam masa yang sama, Zarif keliru dengan kejadian mistik yang berlaku di sekolahnya ketika dia baru sahaja menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Silay & mimpi yang aneh di dalam tidurnya. 

Apakah yang terjadi sebenarnya ? Apa kaitan antara semua yang dihadapi oleh Zarif? Mampukah Pak Kaza (pak guard / bapa angkat) menyelamatkannya ketika dia di dalam kesusahan. 



Cerita 2 : Tari // Khairul Ahmad 

"Panggil saja kakak. Kak Sari"

Mengisahkan tentang Ain yang kerap bersendirian di hujung padang di sekolahnya. Perbuatan Ain itu menimbulkan perasaan kurang senang Pak Atan (tukang kebun sekolah). Ain sebenarnya merasa terhina dengan perbuatan rakan-rakan tariannya yang menyindirnya "kayu" kerana dia kekok ketika menari. Tambahan lagi, mereka merakam dirinya menari dan masukkan di media sosial. Dia terasa diperlekehkan. 

Entah bagaimana, ketika bersendirian. Ain telah berkenalan dengan seorang gadis cantik bernama Sari. Kemunculan Sari telah memberikan semangat baru buat Ain. Sari juga telah berjanji untuk mengajar Ain menari dan akan melindungi Ain dari rakan yang membulinya. Selepas itu, kehidupan Ain di sekolahnya telah berubah 360 darjah. Sebab? Kena baca ya kalian. Ini favourite ika dalam siri ini. 👌🏻

Cerita 3: Korosu (Bunuh) // Ruby Annas 

Watashi no atama ga miemasu ka? 
Ada nampak kepala saya tak? 

Permulaan cerita yang sangat menyayat hati. Pada zaman dahulu, tentera Jepun berleluasa menganggu penduduk kampung. Termasuk la keluarga Salmah. Salmah telah menyaksikan keluarganya dibunuh oleh tentera Jepun gara-gara mereka mendapat maklumat yang ayah Salmah telah menyimpan radio. Cuba kalian bayangkan, melihat sendiri keluarga dibunuh kejam. Perasaan sebak menyelubungi diri. 

Dan pada ketika ini, ianya mengisahkan tentang beberapa orang pelajar perempuan yang tinggal di asrama. Mereka curi-curi keluar hanya semata-mata membeli sesuatu. Namun, malang tidak berbau. Mereka terjumpa sekumpulan manusia yang berkawad di padang sekolah ketika waktu malam. Mereka ingatkan budak-budak JPAM. Rupa-rupanya? Maya, Sufi dan Nita sangkaan mereka meleset dan mereka masuk ke dunia/ alam yang lain & menyaksikan sendiri kejadian yang menimpa Salmah. 


Dec 27, 2020

BOOK REVIEW - PUAKA PENTAS DEWAN SEKOLAH BY CIK PUAN FIFI, LYLA & SABRINA ISMAIL

7:09 PM 14
BOOK REVIEW - PUAKA PENTAS DEWAN SEKOLAH BY CIK PUAN FIFI, LYLA & SABRINA ISMAIL

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Penulis: Sabrina Ismail, Lyla & Cik Puan Fifi 

Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS)

Tahun: 2020 

Muka Surat: 128 mukasurat 

Penerbit: Penerbit X 

Pecutan terakhir sebelum habis tahun 2020. Ini merupakan bacaan ika yang ke 80 pada tahun ini. Sebelum lebih lanjut, ika nak ucapkan ribuan terimakasih buat Penerbit X kerana berikan buku ini untuk direview. Menghimpunkan 3 cerita pendek di dalam satu buku dan seperti yang ika pernah beritahu sebelum ini. Ika sangat tertarik dengan cover buku kesemua Siri Puaka yang ada termasuk yang ini kerana simple tapi masih ada vibe seram itu. Dimana-mana saja pasti akan tersembunyi makhluk misteri. Nice. 

Penulis: Sabrina Ismail, Lyla & Cik Puan Fifi 

Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS)

Tahun: 2020 

Muka Surat: 128 mukasurat 

Penerbit: Penerbit X 

Dec 21, 2020

BOOK REVIEW - ON THE WAY BY ABEMAT USUL & BAMAN

5:46 AM 17
BOOK REVIEW - ON THE WAY BY ABEMAT USUL & BAMAN

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Selalunya, kalau ke kedai buku. Ika suka juga ke bahagian komik. Usually, bahagian komik ni kanak-kanak memang akan ada walaupun sorang dekat bahagian tersebut. Komik memang ada peminat yang tersendiri. Bagi ika, kita sudah ada banyak pilihan berbanding dahulu. Dari segi genre dan content juga sudah berubah dan upgrade dari semasa ke semasa. 

Ika kenal dengan nama Publisher Buku Puris dari komik yang mereka keluarkan. Kebetulan, iklan mengenai komik baru seram mereka baru saja lalu di timeline facebook ika. Lama ika berhajat untuk membaca komik dari penerbitan mereka. Akhirnya, berkesempatan dapat membaca salah satu dari komik mereka iaitu komik bertemakan islamik bertajuk On The Way dari AbeMat Usul & BaMan. 

So, here we go. Bismillah. 


Terimakasih kepada Buku Puris untuk komik On The Way ini. Komik dari Abe Mat Usul & BaMan ini boleh dikirakan sebagai komik islamik yang membawa isu isu yang dekat dengan masyarakat kita di zaman ini. Antaranya ialah utamakan benda lain dari ibadah, penyakit hati, kelalaian, 1000 satu alasan, aurat dan lain-lain.

Harga: RM 10 
Penerbit: Buku Puris
Tahun: 2018
Mukasurat: 128 mukasurat 

Komik ini memberikan kesan yang mendalam ketika membaca. Deep. Sebab kita tahu, kita manusia semuanya tidak sempurna. Jadinya, komik ini dapat memberi kesedaran yang selama ini mungkin kita sendiri alpa. Lalai dengan duniawi. Melebihkan hal hal yang tidak penting lebih dari segalanya. 

Mengandungi 20 komik ringkas hitam putih. Susunan yang kemas dan dialog yang digunakan sesuai untuk komik islamik. Komik ini disyorkan dibaca oleh semua golongan. Muda atau tua. Nak jadikan sebagai hadiah permulaan untuk memupuk semangat baca juga boleh untuk kanak-kanak. Kerana apa? Sambil memupuk semangat membaca. Manfaat dari setiap kata kata di dalam komik ini akan memberikan impak dan aura yang baik buat pembacanya.

Komik ini juga diselitkan dengan kata kata hikmah dan juga pesanan-pesanan ringkas. Antara ayat kesukaan ika secara peribadi-

" Sesungguhnya kamu terlalu menjaga pandang manusia, sehingga kamu lupa tempat pandang Allah, iaitu hati. Maka peliharalah hati kamu"

" Kalau kita masih tidak yakin dengan pakaian yang kita pakai itu boleh terus digunakan untuk solat atau tidak, maknanya masih ada bahagian aurat kita yang kurang terjaga lagi" 👍🏻

Ika tertarik juga dengan tajuk utama komik ini iaitu On The Way. Di mana kalian boleh baca di bahagian terakhir komik ini. Sesungguhnya, apa yang pelukis cuba nak sampaikan ialah kita ni tidak kira la siapa sekalipun, mampu berdakwah. Cuma semuanya atas kemahuan kita. Memang besar maknanya maksud On The Way dalam komik ini. Kalau nak tahu mengenai apa dengan lebih lanjut. Bolehlah dapatkan dan baca :)

Siapa berminat untuk dapatkan komik ini boleh tekan link di atas. Satu komik berharga RM 9. Jimat RM 1.
Dan ada banyak lagi komik yang kalian boleh dapatkan di website tersebut. 

Nyahplastik Siri Cerita Hantu Puaka dari Penerbit X

2:39 AM 2
Nyahplastik Siri Cerita Hantu Puaka dari Penerbit X


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Just quick update here. Tengahari tadi masa tengah masak. Ada kurier datang hantar parcel untuk ika. Ika ada aware yang akan ada beberapa parcel akan tiba cuma tak pasti bila. So, tak sangka pula harini. Tapi, apa pun Alhamdulillah. Finally, yang ditunggu berkunjung tiba. Pertama sekali, terimakasih buat pihak Penerbit X untuk review copy ini untuk ika berikan ulasan. 

Memang kebetulan, ika merupakan collector buku Siri Puaka dari zaman bujang lagi. Bagi ika, buku dari Penerbit X ini sangat sesuai dibaca jika seseorang itu tengah mengalami simptom reading slump. Bukunya nipis dan kalian yang sukakan cerita pendek. Ini mungkin bersesuaian dengan citarasa kalian. Dalam satu buku, samaada mempunyai 3 cerita pendek atau satu buku ada 1 cerita yang padat dan ringkas. Sesuai dengan ketebalan dan tajuknya. 


Ika dapat 2 buah buku bertajuk:- 

Puaka Pentas Dewan Sekolah // Sabrina Ismail, Lyla & Cik Puan Fifi 

Puaka Padang Sekolah // Khairul Ahmad, Ruby Annas & Maszmira. 

Kedua-duanya nampak menarik. Tak sabar nak baca. InshaAllah, ika akan update kedua-duanya di IG & Blog. Ika paling suka cover buku Siri Puaka. Tak boleh nak disangkal lagi dia punya cantik. Sometimes, tak perasan pun ada sesuatu dalam cover tu. Bila dibelek betul-betul baru nampak. By the way, kalau sesiapa yang nak dapatkan Siri Puaka ini. Kalian boleh dapatkan di bookstore atau beli di Esentral (Ebook). Siri Puaka paling latest ika baca ialah Puaka PKP yang ika beli di ESentral. Kalian boleh check it out review ika: -

REVIEW PUAKA PKP

Memandangkan, harini ekstra rajin. Jadinya, ika buatlah video nyahplastik yang sangatlah simple. Al maklumlah, kita ni budak baru nak belajar baut video. Tak power. Ada hati nak jadi  book youtuber . Baru buat video unboxing dah pening kepala. Belum lagi bila disuruh bercakap depan kamera. Haha mimpi di siang hari la jawabnya dengan impian nak jadi youtuber. Jadi blogger picisan sudahlah. Janji dapat share dengan readers JJM mengenai buku-buku yang ika baca. 

So here we go, Bismillah. Selamat menonton videonya gais. Jumpa lagi nanti di entry akan datang. 

IG: @ikashoid

* Kualiti video pecah. Maaf*


Music: Summer Sidewalk
Musician: Music by Audionautix.com
Site: https://audionautix.com/
License: https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/legalcode

Dec 18, 2020

BOOK REVIEW- HELLO IT'S ME BY ANNA LEE

7:27 PM 2
BOOK REVIEW- HELLO IT'S ME BY ANNA LEE


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Tahun ini, ika hanya sempat baca dua buah karya dari Anna Lee iaitu Jika Aku & Hello, It's Me. Kalau tidak silap, ada lagi 1 buku yang dikatakan berkesinambungan ceritanya iaitu Mesej. Ika dah tunggang terbalik baca. Tak tahu nak dahulukan yang mana satu. Sebab, main ambil je di rak dan baca. Pemalas sangat nak baca atau tanya orang yang dah pernah baca, nak kena baca yang mana dulu. Haih. Buku Anna Lee ni dulunya (2016) memang menjadi buah mulut book lover sebab jalan cerita dia yang lain. Masa tu, ika tidak berpeluang untuk baca buku keluaran Prolog Media ini. Jadi, tahun ini kita dah ada bukunya, kita baca la :) Better late than never. 

So, here we go. Bismillah. 


Penulis: Anna Lee 
Publisher: Prolog Media 
Year: 2016

*Review diambil di Goodreads* 

Ika tergelak sendiri bila fikir yang ika pergi baca Jika Aku dulu instead of Hello, It's Me. Why why why la. Sebab tu la watak Tiya & Duta dalam Jika Aku telah buatkan ika blur. Dari mana datangnya dua watak ni. tapi lepas baca HIM ni. Baru la faham semuanya. And HIM ni pun memang tidak mengecewakan. HIM romance action ya buat sesiapa yang tertanya dengan genre buku ini. 

Mengisahkan tentang Tiya & Duta yang tertukar phone di cafe. Kebetulan yg luar biasa ya sebab semua tentang phone dieorang sama dari segi jenis, warna, password dll. Haha. Oh wow memang tak tercapai dek akal ya. Dan disebabkan pertukaran handphone itu la dieorang boleh berkenalan and disebalik perkenalan itu menyimpan rahsia terbesar Duta.

“Life is too short to spend it at war with yourself”. – Duta
“Being different isn’t a bad thing. It means you’re brave enough to be yourself”. -Tiya

Dalam masa yang sama kita akan menyusuri pathway seorang penulis secara general. Bagaimana industri buku di Malaysia. Adakah seperti yang kita semua sangkakan. Mudahkan menjadi seorang penulis?  For me personally, aku rasa penulis seperti meluahkan perasaannya towards industri buku di dalam HIM ini. Menarik untuk kita tahu serba sedikit mengenai industri ini. Nampak mudah menjadi seorang penulis tapi hakikatnya, mereka saja tahu. No idea, no manuscript.  Cumanya, ketika membaca part di mana Tiya sebagai novelis cerita mengenai isu ni, seolah-olah macam kena ceramah. Dan ceramah tu buat mata terkebil kebil menahan ngantuk. Nasib baik, hanya selingan saja bahagian ini. Jadi, ia tidaklah mencacatkan jalan cerita. 

Seronok berkenalan dengan watak Tiya & Duta. Both of them ada very good chemistry. Suka dengan kombinasi perwatakan kontra yang dibawa oleh penulis untuk kedua watak utama HIM ini. Walaupun, awal cerita dieorang banyak communicate through phone. Tapi seronok baca. Tak boring. Boleh rasa mood cinta tu. Kurang ayat cinta tapi kita boleb rasa aura tu faham tak?. Tak perlu dihuraikan dengan ayat manis manis dan ceritakan secara terperinci dari segi perbuatan. 

At the same time kita dapat rasa perasaan suspen yang dihadapi oleh Tiya ketika di airport dan semasa Tiya di negara orang. Persoalan demi persoalan. Identiti Duta pun masih samar samar tapi tetap tidak memburukan jalan cerita. Storyline A. Congrats penulis. ❤️ And part last tu memang meremang. Kaitan antara HIM, Jika Aku & mind reader saling berkait. Hee. Nice. Dasar seketul ika. Main baca je lepastu dah blur baru la nak baca first book. 


Jualan FIXI 12.12 di Shopee

7:01 PM 1
Jualan FIXI 12.12 di Shopee


Assalamualaikum & Hi readers ❤️

Harini, ika nak share salah satu dari Book Haul Bulan 12. Rasanya, dah lama tak buat entry book haul sebab tak sempat. Sebelum 12.12 lagi, banyak publisher yang promote macam-macam tawaran menarik. Geram je tengok harga yang murah-murah yang dieorang tawarkan. FIXI pun tak terkecuali. Memandangkan ika dah lama tak beli buku FIXI. Ada beberapa buah yang ika dah aim. Bila tengok poster ada 90%, macam eh serius la?. Murah betul. 

To be honest, ika dah mula kurang membeli buku FIXI atas sebab-sebab tertentu melainkan kalau ika betul-betul rasa macam nak baca sangat. Then, ika prefer beli ebook dari physical book. Antara sebab sampingan ialah ika dah kekurangan space untuk simpan buku. Jadinya, sementara nak fikirkan cara nak banyakkan lagi ruangan menyimpan. Ika beli ebook dulu. Untuk 12.12 ni kita langgar! Nak letak mana? Fikir kemudian. Haha


Buku-buku baru yang dikeluarkan tahun ni pula dijual dengan harga RM 12. Dan ika rasa siapa yang menanti masa nak dapatkan koleksi Sayembara Musim 2, mesti dieorang beli masa sales haritu. And ada juga buku baru Philanthropist & Sumpah. Tapi, ika tak beli yang RM 12 tu. Ika beli yang ada diskaun 90% sebab ada beberapa buah lagi yang ika tak ada physical booknya. Jadi, ini peluang yang terbaik la. Sebab ada yang kata, tak ada cetakan lagi selepas ini kalau dah habis stok. 

Ada beberapa orang yang dm ika di IG yang cakap mereka hanya sempat grab beberapa buah saja sebab banyak yang dah sold out. Kebetulan, ika checkout masa pukul 8 pagi before pergi kerja. Jadi, masa tu memang semua buku available lagi. Sudahlah ada free shipping RM 12. Lepastu, boleh redeem coin lagi. Apa lagi yang nak kan. Puas hati sangat. 


Jumlah buku yang dibeli keseluruhannya ialah 11 buku. Tercheckout buku 2020: Anthology dua kali gais. So careless :( Sebab rasa macam dah okay dah rupanya teradd dua kali. Sebab before this pun memang plan nak beli so dah masuk cart siap-siap. Lepastu lupa. Haih. Tak pasti lagi samaada nak jual atau nak buat giveaway dengan buku extra tu. Kalau ada giveaway, inshaAllah akan ada la nanti di blog ini. 

  • Jepun 
  • Licik 
  • Kiub 
  • Dihantu 
  • 2020: An Anthology 
  • Hauri
  • Hero
  • Berang
  • Raka
  • Revolver 

Ini harga buku-bukunya! 




Terimakasih FIXI sebab jual murah-murah. Rata-rata peminat FIXI happy teruk sebab dapat beli buku baru dengan harga yang tak masuk akal. Cuba pergi tengok dekat twitter. FIXI retweet gambar dari pembeli. Kita pun jadi seronok tengok orang lain beli juga. Sama sama berhabis duit. Haha. Oh ya, siap bagi beg FIXI lagi. And apa yang boleh dipuji ialah buku dihantar dengan packaging yang sangat kemas dan secure. Bubble wrap pun bukan ala kadar je letaknya. Process order pun cepat. So no bad experience sepanjang pembelian dengan FIXI. Terus suskes dan keluarkan lagi buku-buku yang best. 

See you guys in my next entry. 

Dec 16, 2020

Giveaway by Blog Tangan Gebu

6:25 PM 12
Giveaway by Blog Tangan Gebu

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️

Harini, terasa nak blogwalking & update blog setelah beberapa hari kurang sihat. So, my first entry is join Giveaway by Blog Tangan Gebu. Main reason kenapa join giveaway ni sebab salah satunya tertarik dengan hadiah yang akan diberikan kepada pemenang plus nak support juga sis buat giveaway :)




Dec 10, 2020

Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog

10:42 PM 9
Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️

Selamat Hari Jumaat semua. Harini cuti bagi sesiapa yang ada di Selangor. Termasuk la diri sendiri. Jadinya, tengah berkelapangan waktu ni, kita belek la blog. So, harini nak join giveaway dari Syidah. Dengan harapan,semoga terselit la rezeki. Cuba nasib saja ni. Jom kira ramai- ramai memeriahkan lagi giveaway dari sister Syidah ni. 


Klik Sini Untuk Join

Tarikh Tamat: 26/12/2020

12.12 Birthday Sale: A birthday bash with Shopee

10:21 PM 1
12.12 Birthday Sale: A birthday bash with Shopee

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️

12.12 Birthday Sale: A birthday bash with Shopee

It’s Shopee’s 5th birthday and the e-commerce platform is inviting Malaysians to join in the celebration as it will be offering

some really cool deals and exciting entertainment! 


Not sure where to start? Here are some 12.12 features that Shopee has listed down for you. Tip: Be sure to add those items

to cart, claim all your vouchers, top up your ShopeePay and get rested before the 12.12 Birthday Sale. Ready for what’s to

come next? Here goes! 


Birthday Deals: Free shipping with a minimum spend of RM12. On 12 December from 8PM to 11.59PM, enjoy

free shipping with absolutely no minimum spend! Take advantage of the irresistible 12 sen and RM1 deals happening on

Shocking Sale on various items.  


Shopee Games: Play Shopee Shake, Shopee Candy, Shopee Bubble, Shopee Poly, Shopee Claw, and Shopee Lucky

Prize to win up to 12 million Shopee Coins - coins that you can accumulate and offset purchases on the platform.

Water plants on Shopee Farm to get a FamilyMart Basque Burnt Cheesecake Sofuto; and don’t miss the chance on

12 December when you stand a chance to harvest and take home an iPhone 12! 


12.12 Birthday Bash: Be part of the millions of Malaysians across the country who will countdown with Shopee to

12 December via a concert tonight at 9PM on Shopee Live, Astro Ria, Astro Gempak and YouTube. The 12.12 Birthday

Bash live show boasts a star-studded line-up such as Sheila Majid, Faizal Tahir, Ruffedge, Misha Omar, Khai Bahar,

Maya Karin, Bella Astillah, Dolla and many more, with hosts Dato' Ac Mizal and Fiza Frizzy who will keep viewers

entertained throughout the night. 


Limited Shopee vouchers are up for grabs while users stand to win from a pool of 12 million Shopee Coins when they

participate in Shopee Shake and Shopee Catch. There will also be two Shopee Kotak Duit segments with cash prizes worth

up to RM24,000 happening during the show. The 12.12 Birthday Bash is sponsored by adidas, Dr Cardin, Kinohimitsu, P&G,

Polo Hills, and Prudential who will be giving away exclusive limited time deals during the show. 


12.12 Live Shows: The entertainment continues on Shopee Live on 12 December with a talk show and special

announcement by Malaysia’s sweetheart Dato’ Sri Siti Nurhaliza at 12.30PM; catch Didi & Friends at 3.30PM, Stray

Kids fan meet at 4PM, and a night with GOT7 and Stray Kids at 8PM. Stay tuned for these special shows! 


Shopee Kotak Duit: This live game show on Shopee Live that rewards users with up to RM12,000 in cash is

having special sessions today at 9PM, and on 12 December at 6PM and 8PM. Lucky users will be called to answer

one simple question and given a chance to unlock one of six mystery

boxes that contain different cash values, with the grand prize being RM12,000.


12.12 Birthday Specials: Feed your soul with mouth-watering deals from your favourite F&B outlets on Shopee’s Food

& Services Vouchers in-app portal. Don’t forget to check out the terms and conditions, and validity period: 

  • Gong Cha: Strawberry Taro [RRP: RM12], Strawberry Matcha Latte [RRP: RM10], Strawberry Marble [RRP: RM10]

  • now at 50% off

  • Baskin Robbins: 1 Pint Handpacked Ice Cream at RM23.12 [RRP: RM33.50]

  • Kenny Rogers: Tandoori Whole Chicken at RM29.90 [RRP: RM50.70]

  • Salad Atelier: Poke Bowl (The Monk Bowl) with Ayataka set meal at RM12.12 [RRP: RM20.46]

  • Tealive: Tealive Classic Roasted Milk Tea with Grass Jelly at RM5 [RRP: RM7]



12.12 Electronic Deals: Enjoy discounts of up to 60% with some of the best-selling gadgets and home appliances on Shopee.

Check out the electronic deals and add them to cart via 12.12 Electronics Deals:

  • Audio: Sony WF-1000XM3 Wireless Noise-Canceling Headphones at RM489 [RRP: RM949]

  • Computer & Accessories: HUAWEI MateBook D 15 (8GB+256GB) with free backpack at RM1999

  • [ RRP:RM2299]

  • Kitchen Appliances: Tefal Easy Fry Classic Healthy Fryer (4.2L) EY20 at RM299 [RRP: RM799]

  • Mobile Phones: Apple iPhone 11 Pro (512GB) at RM4499 [RRP: RM5999]

  • Wearables: realme Watch S at RM299 [RRP: RM369]


Rewards with ShopeePay: This 12.12 Birthday Sale, get attractive cashback of up to RM8 when Malaysians pay with

ShopeePay at offline outlets that accept its mobile wallet. Pay with ShopeePay at favourite restaurants and household

names like Starbucks, Krispy Kreme, Caltex, Mydin, Secret Recipe, Seoul Garden and more


A Bigger Celebration: Shopee is working real close with brands, retailers and sellers to offer exclusive deals

on millions of items on its platform. Check out brands such as Vinda, realme, Watsons, Unilever, Philips, Pediasure,

L'Oreal, Enfagrow, Nivea, OPPO, Dutch Lady, OnePlus, QQ Malaysia, Carlo Rino, Nutox, adidas, Photobook, Dr Cardin as

well as Private Labels by ZALORA. 


#ShopeeGivesBack: With many charitable organisations across Malaysia struggling to stay afloat from the impact of Covid-19,

Shopee is working with over 30 charity homes and organisations such as MERCY Malaysia and Zoo Negara to raise funds for their

respective causes.

Support the charity initiative and its various causes during

this season of giving via the Deals, Top-ups & Bills in-app portal or #ShopeeGivesBack


The list does not stop there! This 12.12 Birthday Sale is Shopee’s biggest celebration yet with more exciting stuff for users to

check out on Shopee. 


In the meantime, if you want to know more about Shopee and its presence across 7 markets in Southeast Asia and Taiwan,

do check out the infographic below. Psst! Did you know that its regional headquarters in Singapore is so huge that it is even

larger than the size of 3 football fields combined? 


To find out more about the Shopee 12.12 Birthday Sale and be part of this celebration, visit https://shopee.com.my/m/12-12 

BOOK REVIEW - PSYCHOPATH BY EIJA KHADEEJA

6:00 AM 18
BOOK REVIEW - PSYCHOPATH BY EIJA KHADEEJA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️

Lately, ika sangat tertarik dengan cover buku dari FP. Rata-ratanya memang sangat cantik dan tahniah buat pereka muka hadapan buku FP. Kalian berjaya membuatkan pembaca rasa nak beli kesemua buku sekaligus. Cover buku Psychopath ini juga memang eye catching. 

"Satu Nyawa, Satu Trofi"

👣 Apa yang kalian akan buat kalau berdepan dengan psikopat? Lagi lagi yang sanggup membunuh demi kepuasan diri?.Entah apa agaknya yang difikirkan oleh si psikopat. 

Publisher: Fajar Pakeer 
Penulis: Eija Khadeeja
Genre: Thriller 
Mukasurat: 489 m/s 
Harga: RM 24 (SM) / RM 27 (SS) 

Mengisahkan tentang Ezlina yang ingin membalas dendam akan kematian tunangnya, Zain. Polis mengesahkan Zain mati kerana kemalangan namun sebulan sebelum kematian Zain. Zain ada memberitahu kepadanya bahawa kematian yang akan terjadi dirancang oleh insan bernama Dato Iqbal. Kata-kata Zain berlegar legar di fikiran Ezlina sehingga dia nekad untuk mendekati musuhnya, Dato Iqbal. Cara paling mudah ialah menjadi pengasuh kepada anak Dato Iqbal, Aqasha.

Watak Ezlina juga boleh dikatakan sebagai watak yang di pertengahan. Kadang-kadang dapat rasa yang dendam dia membara-bara, kadangkala macam so so juga. Namun, apa yang boleh dipuji untuk watak Ezlina ini ialah dia seorang yang sangat setia. Kesetiannya kepada tunangnya walaupun tunangnya sudah tiada lagi boleh dipuji. Dan dia sangat tabah menghadapi dugaan walaupun pada asalnya hanya tinggal lagi beberapa minggu/bulan saja dia akan berkahwin dengan Zain. Hm.

"Bukan aku yang pancing, tapi dia yang menyerah diri". -Dato Iqbal.

Baginya, kematian Zain memang wajar. Kenapa? Apa kaitan antara Zain, Dato Iqbal & Ezliza? Kematian Zain bikin semua orang tidak senang duduk. Watak Dato Iqbal dalam buku ini masih menunjukkan dia masih berfikiran waras dalam menyelesaikan masalahnya. Bagi ika,masalah yang dihadapinya bukanlah masalah yang kecil. Kalau tak sabar mesti salah langkah. Cuma perangai Dato Iqbal adakalanya menyakitkan hati dan macam kepala angin. Semua kemahuannya harus diturutkan. Agaknya mesti tension pekerja yang berkerja dengan Dato Iqbal. 

Personally, siapa yang ada buku ni. Belek la cover buku ni. Ika belek semalam dalam 15 min dan ika rasa wajah pembunuh berselindung disebalik topeng itu.

Bagi ika, watak tambahan dalam ini seperti Fizi, Syamil, Hafiz & Pak Amat melengkapkan dan menyempurnakan cerita ini. Lagi-lagi, bila Fizi turut sama membawa kita menyiasat sama kes Zain seperti yang diarahkan oleh majikannya, Dato Iqbal. Rasa macam geng Fizi pulak jadi penyiasat. Boleh tak nak anggap Fizi second main lead? Haha. Good job Fizi. Untuk watak antagonis, memang gila tak boleh bawa berbincang ya.Penat nak handle emosi haha.

Rasanya, ini percubaan pertama penulis menulis cerita sebegini. Lari dari kebiasaannya. Boleh diberikan pujian untuk percubaan pertama beliau. Kerana sesungguhnya menulis genre apa pun memang susah dan mencabar. Untuk memenuhi citarasa pembaca jua bukanlah perkara yang mudah. Psychopath ini bagi saya yang suka baca genre sebegini, ianya tetap ada originality walaupun saya dapat agak flow ceritanya. Dah nampak lurus dan jalan ceritanya tapi yang membuatkan ianya lain sebab penulis corner sana sini dan ianya ada menimbulkan pertanyaan untuk beberapa part di dalam novel ini. Tapi tapi, buat sesiapa yang baru berjinak jinak nak baca buku genre sebegini, kalian boleh cuba baca ini.

Siapa yang nak dapatkan buku Psycopath ini, kalian boleh beli secara online atau di kedai buku berhampiran.