Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Hutang yang menimbun membuatkan Orked terpaksa mengerahkan kudratnya untuk mencari rezeki demi kelansungan hidup & lunaskan hutang. Hidupnya 24 jam hanya kerja kerja & kerja.
Dan Seth -- sejak kejadian hitam ketika dia masih kecil itu. Dia mengalami PTSD. Hidupnya seperti dalam sangkar kerana dia bergelut dengan deting yang sering menganggu kehidupannya.
Dan kedua-dua mereka ini bertemu sesama mereka--tapi dalam keadaan yang tidak logik ~ Apa akan terjadi seterusnya?
Perasaan masa baca Sebenarnya Ilusi ni bercampur baur. Semua perasaan tu bila bergabung jadi unknown feeling. Masalah hidup Seth & Orked ni complicated. Tapi apa yang kita suka pasal both of them ialah sikit pun mereka tidak meletakkan 'sakit' itu sebagai salah satu cara untuk mereka buat perkara yang memudaratkan diri & bodoh.
Bukan dengan cara kita tinggalkan dia terlalu lama untuk bagi dia space. Tapi tetaplah disampingnya untuk jadi pendengar setia & bantu overcome masalah kawan.
Tapi ada juga few person yang annoying dalam cerita SI ni. Tapi itulah rencah kehidupan. Bukan semua orang tu boleh dijangka perangainya.
Kita rasa kita dah jumpa antara salah satu bacaan terbaik untuk tahun 2024. Teruskan berkarya akak. 💗✨