November 2019 - Jari Jemari Menari

Nov 27, 2019

MOVIE REVIEW- LUPT 2018

7:54 AM 24
MOVIE REVIEW- LUPT 2018

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Sepanjang bercuti dari blogging ni. Ika banyak jugak layan movie. Tak kira la movie apa sekalipun. Kalau ika terlebih rajin, Insha'Allah ika akan update satu persatu movie review ni, tapi jangan la korang expect untuk ika update review secara professional. It just my personal opinion. 

Antara banyak-banyak movie di Netflix. Ika pilih untuk review yang ini dulu sebab movie ni terlintas dalam kepala. Of course, memang tak boleh tgk ada cerita hindustan baru dekat Netflix, mesti kelam kabut nak melayan. By the way, siapa ada Netflix. Boleh tengok movie Lupt ni dekat sana. Selain dari tu, maybe korang boleh cari di website. Ada je website yang ada subtitle. 



 SYNOPSIS
Harsh Tandon, a workholic, decides to go on a vacation with his family when he suffers from insomnia. However, their car breaks down in the middle of a forest and they come across a suspicious man who offer help. 

YEAR: 2018
DURATION: 1h 50 min
CAST: JAVED JAFFREY, MEENAKSHI DIXIT, VIJAY RAAZ, NIKI ANEJA WALIA, RISHINA KANDHARI. 
TAGLINE: Every Family Has A Story




LUPT bermaksud missing/lost. 

Okay, first of all ika hanya familiar 2 muka dalam movie ni iaitu Javed & Vijay. Mungkin yang lain pelakon baru. Apa yang ika perasan. Kalau movie bergenre seram, selalunya dieorang akan ambil Bipasha Basu untuk berlakon. I'm not sure why tapi mmg BB sinonim la dengan cerita seram. Tapi, bila adanya peredaran masa maka banyak la muka baru. But it's okay. Benda tak jadi masalah pun kan haha. 

So, macam yang korang tgk dekat trailer. Cerita Lupt ni bergenre seram dan kekeluargaan. Bagi ika, satu percubaan yang baik. Bukanlah yang terbaik untuk movie seram tapi masih boleh dikatakan enjoyable. Storyline yang simple dan very straight forward. Ika boleh predict dgn ending movie ni, so ika rasa eventho ramai yang kata ada plot twist. Ika rasa plot twist dia kurang umphh. Ika ada baca review yang lain, dieorang kata ini merupakan movie yang underated and low budget. If yes low budget, ika akan kasi credit untuk movie ni sebab walaupun dalam low budget mampu hasilkan satu movie yang bukan dalam kategori yang membosankan dan nampak murahan. 

Ika hanya suka few parts saja dalam movie ni which is masa kereta dieorang rosak and ada stroller dekat tengah jalan. Part tu, ika rasa not bad. Good try. Ulang banyak kali pun, part tu jugak ika "terasa". Haha. Dan bukan part tu je, ada lagi. Kalau cerita dalam ni takut terjadi spoiler pulak. So, kena tengok sendiri la kalau mcmtu. 



And ika puji tempat yang dieorang pilih untuk shoot movie LUPT ni. Memang jalan dekat negara India sejenis yang gelap gelita lepastu takda cahaya eh? Haha. Pastu, tiba-tiba ada seketul rumah yang ala ala homestay dekat tengah-tengah alam. Boleh pulak sesat seketul dekat situ. Ish. Dan yang paling tak masuk akal, boleh pulak rasa nak pergi stay dekat rumah tu. Tak kisah la ramai org ke sikit org ke masa tu atau sensorang ke. Lebih rela duduk dalam kereta tau. Haha. 

Apa pun, kalau korang rasa mcm cerita ni nampak cm best. Boleh la cuba pergi tengok dekat Netflix. Kalau nak tengok jugak tapi takut, ajak la member ke adik ke siapa-siapa ke teman korang okay?  


Thankyou. 

Planner 2020 Giveaway by Messarah

6:19 AM 15
Planner 2020 Giveaway by Messarah

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Setelah sekian lama menghilangkan diri dan tak join apa-apa giveaway. Ika rasa macam nak join giveaway yang ini by Messarah. Ini semua gara-gara ternampak planner 2020. Mana tau ada rezeki. Tak cuba tak tahu. So, lets go. Korang pun boleh join. Still ada masa lagi. 


Disebabkan Messarah ni bakal manyambut birthday dia 27 December. Nak ucap, Selamat Hari Lahir Messarah. Semoga awak sentiasa dalam lindunganNya. Love & take care of yourself and enjoy your life with people that you love. 

With <3 nbsp="" span="">
Ika.S

Nov 22, 2019

BOOK REVIEW- PUAKA TAMAN TEMA

12:38 AM 10
BOOK REVIEW- PUAKA TAMAN TEMA


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Kalau sebelum ni, ika pernah reviu PUAKA BUNDLE BY AYDA ARIANNA. Korang boleh klik link untuk baca reviu buku tu. Sejak dah berjinak-jinak baca yang puaka bundle, ika pun memang dah aim kalau ada duit lebih nak beli yang lain untuk jadikan koleksi. Sebab murah dan nipis. Untuk Puaka Taman Tema ni, cousin ika belikan sebab dia tahu ika lama sangat dah cari yang Taman Tema ni. Thankyou Farah. Seronok bila org belikan apa yang kita suka. Okay, let's proceed. 

Bismillah. 


First of all. Tajuk taman tema tu mmg menarik perhatian. So, bila cakap psl Taman Tema. Terus teringat rumah hantu, cahaya lampu yang extra, budak-budak, badut & permainan permainan yang sedia ada dkt sana. Dalam buku ni, ada 3 cerita. Personally. Hanya 2 cerita saja yg menepati tema Taman Tema. 






1. Takbur // Del Osmera 
Irfan, Rafi & Ucop plan utk habiskan cuti sekolah mereka dgn aktiviti meneroka bandar baru yg baru dibuka beberapa bulan lepas. So, mmg selalunya akan ada sorang kwn yg suka buat research psl tempat yang akan dilawati. So, Rafi pun buat research sendiri-sendiri. Bila dia sampaikan apa yg dia dpt dr pembacaan dia dekat kwn kwn dia. dia kena bahan balik. 

Nak jadikan cerita, masa dieorang otw nak sampai ke hotel. Ternampak la satu taman tema masa dieorang dlm bas and dieorang plan nak pergi. Okay. Ika suka mcm mana penulis gambarkan suasana taman tema ni. Buat ika terimagine dgn sendirinya bila baca. 

Dan flow cerita pun okay bagi ika. Tak drag. Hujung cerita pun not bad. Nice try penulis. Apa sekalipun, saya mesti hujung cerita nak tahu kenapa blh jadi mcmtu mcmni. Penulis penuhi apa yang saya nak tahu huhu. Dia senang cerita mcmni la. Mulut tu jaga bila dekat tempat org. Dan kena percaya yg bukan kita saja yg ada atas bumi ini. Ada jugak 'yang lain'. Jangan kita cuba cakap besar kalau kita tak percaya sekalipun. Nanti makan diri. Itu je la. 

2. Misteri Teratai Park 

Blurb di belakang buku datangnya dari cerita ni. Disebabkan blurb ini la, ika rasa mcm wuu. Best! Kisah mengenai 3 org kawan kolej yang kena buat assignment if I'm not mistaken. Bala, Haikal & Ah Guan excited nak explore Taman Tema baru dekat Jerantut. Katanya menepati la apa yg dieorang nak utk assignment dieorang. I mean utk praktikal dieorang. Then, dekat Taman Tema tu. Mcm mcm benda jadi. And semuanya misteri sgt termasuk la org yg menjaga taman tema tu. Part nak hujung-hujung mmg best! Cik Anita & Part yg si Bala memancing tu mmg kenot brain. Huhu. 

Nak kasi credit dekat penulis sebab dia berjaya buat ika enjoy utk teruskan membaca. Well done. 

3. Along 

Cerita Along ni senang cerita tak relate pun dgn taman tema. Cumanya dia hanya jadikan taman tema as a place utk dia kembangkan lagi cerita. Hanya disebabkan malam tu salah seorang pengawal yg bertugas dikacau oleh sesuatu di pokok dalam taman tema tersebut. Maka, keluarlah segala cerita disebalik cerita pokok & Along itu sendiri. 

Maybe saya jenis bukan penyabar orgnya. So saya rasa yang penulis drag cerita Along ni lama sgt. Haha. Nak hujung baru cerita. Haha tiber emo. Tapi satu percubaan yg baik la. Penulis at least tak lari jauh sgt cerita di antara asal usul pokok & Along ni.


Takleh nak cerita lebih pasal ketiga tiga cerita di atas sebab takut jadi spoiler yg teruk haha. Sebab buku ni nipis saja. ini pun bila dh cerita serba sedikit rasa mcm haha ter nak jadi spoiler dah. Ampun. Sbb lama tak buat review. Rasa mcm blur pulak. Haha kbye.