December 2018 - Jari Jemari Menari

Dec 31, 2018

BOOK HAUL DECEMBER 2018 💸

5:07 AM 8
BOOK HAUL DECEMBER 2018 💸

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Lama rasanya tak buat book haul. Memandangkan, lagi beberapa jam nak masuk tahun baru 2019, so . Ika buat entry ni special just untuk akhiri entry bulan ni. Salah satu sebab lain ialah, ika dah habis mencari kesemua buku yang ika nak untuk bulan ni. Bulan ni ika beli semua buku yang ika betul betul nak baca. Masa 12.12 haritu tak terjebak lansung membeli dekat Karangkraf. Haha lega. Bayangkan kalau setiap bulan ada sales. Kenot imagine tau. Maka, kita sendiri kena la kawal nafsu. Semoga ika tidak mengikut hawa nafsu sangat ketika membeli buku. Amin. 

Ada 15 buah buku. 12 buah ika beli preloved, lagi 3 buku baru ika beli dekat Sun@Mag. Semua buku ni ika aim lama sangat dah. Tapi tak sangka masa masuk bulan 12. Banyak org let go buku buku yg ika aim. Happy sangat! Harga pun berbaloi. Ika rasa mcm ika tak spent banyak sgt kot? Haha sedapkan hati sendiri. Tapi sebenarnya, banyak habis gak! haha menangis. 



HARGA BUKU 

KEM MOTIVASI, NOTA 2 & 3 - RM 30 
ARKITEK JALANAN - RM 15
NADI, JIKA AKU & DUA - RM 30 
SAMURAI, L.U.T.H & MISI CINTA  BAD GUY- RM 15
YANG DIA PILIH, I'M MRS KERTU & PENGANTIN LELAKI UNTUK AKU - RM 25 

Buku Nota 2 & 3 paling susah nak cari yang preloved punya sebab kalau ada pun mahal. Baik beli buku harga asal. Ika mencari sangat sebab ika dah habis baca Nota 1. So tahap ingin tahu tu tak boleh nak kawal. Nak jugak tahu!
Misteri Kem Motivasi tu mmg dah lama jeling jeling nak baca. 

Hey Arkitek Jalanan. Welcome to my bookshelf!




Inilah antara buku paling banyak good review! Ika tak pernah baca buku Prolog Media. So, ni percubaan pertama and ika ada high expectation. Harap harap kena dgn citarasa! :) Nanti boleh beli lagi buku dari Prolog. 

Antara sebab ika aim semua buku ni ialah ika ada baca banyak review yang bagus dari blogger & goodreads. Apa cara sekalipun, ika lebih prefer physical book dari ebook. Bukan sebab ika tak boleh terima ebook. Boleh. Cuma aura membaca bila pegang buku lagi best. Dengan baunya. Dan tak semua buku ada ebook. 

Maka, bertambah tambah la list TBR ika tahun hadapan. Jadi sayang nak baca bila dah ada dekat tangan. Insha'Allah, ika akan rajinkan diri update review di dalam blog bila dah habis baca. Ada banyak lagi book review yang pending. Dasar penyakit M. Tahun ni, secara rawak ika habiskan almost 20 books dekat Goodreads. Itu dikira mcm apa yang ika dah update. Sebenarnya banyak haha. Tapi, ika anggap ika baca 20 buku je la eh. Doakan tahun depan ika dapat baca lebih banyak dari tu. 

Boleh puasa buku dah kan? Tahun depan tak payah beli dah. Kan kan. Tapi, kalau ada yang best dan ada yg sudi bagi buku. Apa salahnya Hee. 

See you gais in my next entry <3 nbsp="" span="">

Dec 30, 2018

NOVEMBER BOOK HAUL PART ONE // 18 💸

4:44 AM 11
NOVEMBER BOOK HAUL PART ONE  // 18 💸

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Antara azam 2018 ika tahun ni ialah ika taknak kerap sangat pergi Pesta Buku. Paling banyak pun mungkin 3. Tapi, ika rasa kalau ika tak pergi Pesta Buku pun. Ika banyak terjebak membeli secara online. Dan, tahun ni merupakan tahun yang paling kerap ika beli buku. Hampir setiap bulan. Alhamdulillah. Cuma nafsu membeli buku tu nampak gayanya macam kena kawal sikit. Haha. 

Ika ingkar dengan azam dan janji ika. Taktahu la nak tergelak ke nak sedih. Kalini, buku buku yang ika beli novel cinta. Ika tak selalu sgt beli novel cinta. Kalau ika nak beli atau dan beli sekalipun, ika mungkin dah usha dekat Goodreads. Ika suka tgk star rating. Semua buku yang ika beli ni, ika tak baca sinopsis atau tgk star rating lansung. Makanya, daku gamble saja membeli. Harap, tidak mengecewakan hati ini. 

Dah lepas dah bulan 11. Tapi tetap nak update Book Haul. It's okay la. Okay la dari tak ada terus kan hee. 


Taknak mention harga. Demi menjaga sensitiviti. Cumanya, untuk entry kalini ika nak share star rating buku buku yang ika beli ni. Ika saja nak list down star rating dari Goodreads. Sebab selalunya, memang ika punya rate buku tu berlainan. Hehe. 

1. Cinta Tak Pernah Usai // Juriah Ishak: 2.86
2. Aku Jatuh Cinta // Anna Nabila: 4.25 
3. Aku Bukan Perampas // Amylie Haizani : 3.1 
4. Hingga Hujung Waktu // SNA: 3.89 
5. Detik Terindah bersama Fair & Lovely:  3.67
6. Gila Gila Cinta // Izza Aripin: 4.24 
7. 1. 2..Kamu // Arfa Ardiya: 2.5 
8. Kahwin 3 Kali // Rasya Elyna: 1.5 
9. Awekku Kembar // Siti Rozilah: 3.38
10. Cinta Senget Benget // Nina Rose: 4.0 

11. GPS Cinta //Arysa Nasir: 2.5
12. Terbaik Untukmu   // Yatie Atiqa: -
13: Epilog 3 Naga // Kaz Ishak: 3.59
14. Atin, Jom Kahwin // Iffa Zalia: 4.0
15. Bukan Dia Tapi Aku // Eka Farhana: 3.48
16. Gadisku Rabbita // Nina Rose: 4.5
17. Eh, Biar Betul // Junie Octovian: 3.3
18. Operasi Bulan Madu // Aini Mahisha: 3.43
19. Tolong Cari Suamiku // Asmah Hashim: 3.42
20. Tak Cinta Tak Apa // Zurie Yanie: 2.14 

21. Cinta Jangan Tipu // Emma Maizura: 4.05
22. Akulah Si Jelita // Syaida Ilmuna: 3.44
23. Ku Peluk Hatimu // Rozita Abd Wahab: 3.33
24. Balada Air Mata // Angela Engkuan: -
25. Janda 916 // Raihan Zaffiya: 4.22
26. Hanya Untuk Dia // Nurul Izah: 3.56
27. Jodoh Yang Ku Cari // Eija Khadeeja: 4.18
28. Gulai Siput Daun Kaduk // Fida Rohani: 3.73
29. Jangan Jauhi Aku // Nuroll Shazlinda Hairul: 4.0

30. Rupanya terbeli novel yang sama sampai dua buah: Aku Jatuh Cinta. Ada tanda tanda macam akan ada GA. Insha'Allah. 

Dec 20, 2018

"Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)"

6:28 AM 9
 "Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)"

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Sebelum ni, ika terlepas untuk join GA dari Yea. Tapi harini, ika nak join segmen bloglist dari beliau. Jom kita support her. Masih ada masa lagi. 




Click Here To Join

Tarikh tutup: 31 Disember 18, 11.59 PM. 

Giveaway The Berkat Di Mialiana.com

6:21 AM 10
 Giveaway The Berkat Di Mialiana.com

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️



The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.
Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.
Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.
Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.
Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.

Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

 


Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5aEZKiwDL

Dec 18, 2018

Buku Murah Sun@mag, Curve

12:05 AM 9
Buku Murah Sun@mag, Curve


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Siapa sini rumah dia dekat dgn Curve atau dia suka pergi Curve bila hujung minggu? This time, ika nak share satu physical bookstore yang best dekat Curve. Ika pernah masuk kedai ni dulu, tapi setahu ika tak ada pulak jual novel Melayu. Mostly, hanya ada book BI, Magazine, Buku Kanak Kanak, Komik, Kamus & others. Tapi, semalam masa ika singgah sekejap dekat Curve. Ika saja masuk sini. Jadi rambang mata bila nampak banyak novel Melayu. Tapi, ika rasa mcm dieorang nak pindah. Tak sure la. Sbb ada clearance moving out.


1 buku- RM 10
3 buku- RM 25
Kira diskaun RM 5

Sementara kedai ni masih ada. korang boleh la singgah dan beli. Sun@mag ni berdekatan dgn kedai mana? Untuk kesenangan korang, ika akan kasi beberapa kedai terdekat dgn Sun@mag. Ada DIY, Kedai Tepayakki, Ayam Penyet, Mesin ATM Bank Islam. 




Buku buku interior design yang hard cover, kalau tak silap, harga dia RM 39. Tak pasti la mahal ke murah tidak harganya. Tapi, boleh la kot kan. Buku buku dia pun bukannya buku yang tak berkualiti. Masih elok dan cantik lagi. First hand kan. Ada banyak pilihan sampaikan pening kepala. Tapi, ika yakin ada je yang jenis suka baca buku jenis mcm ni sebab tu ada nya buku buku ni semua. Mustahil la, buku ni tak ada peminat tersendiri. 





Kalau tak silap ika, tak semua buku ada banyak copy. Ada yang mcm limited. Ada 1 copy je for one book. Kira siapa cepat, dia dapat. Lagi lagi untuk buku BI la. Kira siapa nak buku mcm ala ala buku yang dijual dekat BBW, boleh kot singgah sini. Nampak mcm lebih kurang je buku dia. Tapi tu la, kedai ni mcm dipandang sepi je. Mungkin org tak tahu kewujudan kedai ni atau org tak suka baca buku. 2 tu je la kot. Hee. 


Untuk novel Melayu, jangan la expect novel latest ada terjual dekat sini. Sebabnya, ika perhatikan mostly novel dia mcm tak baru dan tak la lama sgt sgt. Sedang sedang. Kira just nice. Antara publisher yang ada Idea Kreatif, Penulisan2u &  Fajar Parkeer. Ika ambik masa setengah jam dekat bahagian novel melayu saja sebab belek novel satu satu. Ada beberapa novel yang hanya ada sebuah saja. Dan of course, ada juga yang banyak copy. 

Rasa mcm nak beli sebuah je masa masuk tu. Sebab rasa mcm tak nice je masuk dlm kedai buku tu lama-lama, end up keluar dgn tangan kosong. Haha adakah ini alasan? Haha. So, ika beli la 3buah. Nak beli 1 rasa rugi. Nak beli 3 rasa mcm bazir sbb ada banyak lagi novel yang tak dibaca lagi. Tapi teka la rakan-rakan sekalian, adakah seketul ika berjaya atasi dilema? 

Akhirnya.. 






Tidak ya kwn kwn, haha seketul ika tak berjaya keluar dengan tangan kosong. Sebab ika dok aim beberapa buku yang ika dah lama cuba nak baca. Selama ni, ika banyak baca novel dari Alaf 21 & Buku Prima. So, kalini ika nak cuba try publisher lain. Ika pilih 3 buku yang berlainan publisher. Dah lama nak baca karya Hani Fazuha. Personally, tak berapa familiar dgn penulis baru. Sebab tu la curious gila. Haih.  Buku Idea Kreatif pun ada terselit beberapa buah. Kalau rajin belek, dapat la tangkap hee. 

Oh ya, most important thing. Sila bawak cash. Sebab sini tak boleh guna debit card. Bagus jugak tak boleh guna debit, sebab lagi banyak kang beli. Ada baiknya tak ada debit debit ni. Haha. 

Geleng kepala bila fikir tajuk novel sekarang. 3 novel ni, novel cinta terakhir yang ika akan beli untuk tahun ni. Ika ada banyak novel cinta yang masih dalam TBR. Stok nak dibaca berderet. Dah tak risau dah kalau tak ada buku. Haha. Apa yang merisaukan diri ni sekarang ialah nak cari masa untuk habiskan semua buku buku yang ada, 

Salah satu azam 2019: Nak berjinak jinak dengan PNMe- Reader. 

See you guys soon in my next entry, Insha'Allah. 

Dec 14, 2018

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2018 By Lady In Red Planner

1:18 AM 6
GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2018 By Lady In Red Planner


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Salam Jumaat semua. Harini, ika nak join GA dari Sis LZ. Hee. Tanda support beliau. Serius, syarat dia simple je. Tak renyah lansung. So, tunggu apa lagi gais. Mana tau ada rezeki kan. GA ni start 14 Disember - 23 Disember 2018. 

Dec 11, 2018

MATHAF 2018, STAR AVENUE.

5:22 AM 11
MATHAF 2018, STAR AVENUE.

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Memandangkan, ika berkesempatan untuk pergi ke MATHAF 2018 dekat area rumah ika ni. Ika nak share la dekat blog. Kot la kalau tak ada yang tahu pasal food Festival yang tengah berlansung dekat Star Avenue ni. Kebetulan, festival ni masih berlansung sampai Ahad ni. 7/12/2018 - 16/12/2018. 10 hari. Lama jugak, sebab haritu 3 hari je. Tengah cuti sekolah kan ni, seronok bwk bdk bdk or family makan makan. So, here we go. 

Before that, sorry of gambar kabur, goyang dan tak nampak sangat makanan. Sebab ika curi curi tangkap haha. 


Siapa yang pernah baca entry Food Festival Shah Alam ika tahun lepas (Click Sini). Mesti korang tahu festival ni banyak makanan apa. Well, MATHAF means Malaysia Thailand Halal Food Festival. Banyak makanan Thailand yang ada. Dan semua ika suka. Masa ika sampai dekat MATHAF, hujan lebat dan tersangat la crowded. Sebab masing masing nak berteduh. Tapi, sikit pun tak menghalang ika untuk explore MATHAF. Oh ya, bukan la makanan Thai semata mata, sebab ada jugak makanan dari Malaysia. 





Apa agaknya makanan yang terjual di MATHAF? 

Nak di listkan satu persatu tu susah sebab ika tak sure dengan nama nama makanan yang ada. Tapi apa yg ika perhatikan antaranya : 

1. Dimsum: RM 10- 5biji 
2. Kerabu Kaki Ayam / Kerabu Su'un/ Kerabu Maggi : RM 7 
3. Baby Crab: RM 10- Bekas Kecil OR RM 20-Bekas Besar 
4. Sosej Pulut & Other: RM 3 
5. Somtum : RM 7 
6. Kacang: RM 10 
7. Churros: RM 5 
8. Mango Float 
9. Takoyaki 
10. Nasi Goreng Sotong/ Ayam/ Udang : rm 7 
11. Sotong Bakar - Ikut Size 
12. Air Mangga OR Air Buah Naga: RM 6 (Kecil) / RM 8 (Besar): dalam satu cup ada   penghadang untuk dua air buah ni. Berbaloi. 
13. Mango Sticky Rice
14. Ice In Fog 
15. Ais Krim Kelapa 

Tapi, ika nampak ramai yang eksited sangat bila nampak ada Kerabu Kaki Ayam. Ehem, sedap okay. Korang patut cuba. Sebab rasa pedas & masam. Sama jugak dengan Somtum. Memang piaww betul haha. 




Masa ika pergi Bangkok pun pasar malam atau street food dieorang, ika lansung tak berani nak beli yang jenis cucuk cucuk ni sebab nampak lain sangat sosej yang dieorang masak. Nampak berkilat ahaha. Mula la ragu ragu. So, dekat MATHAF ni ika pulun beli. Lagipun, tak ragu ragu sebab dah nama Halal Food Festival kan. Kebetulan, ika bawak Tyra. Kawan ika yang banyak tau pasal makanan Thai sebab dia ada darah dekat sna. So, jadi esktravaganza mood tak was was tu. Serious sedap. Ika suggest untuk korang try sosej pulut. Hee

Okay, kedai makcik ni punya sos sedap okay. Haha. Banyak gila ika melabur dekat kedai dia sebab sedap. Lagi lagi sosej pulut tu. Nyums. 



Untuk baby crab. Ada banyak perisa yang korang boleh pilih. Which is original, seaweed, BBQ, Tomyum, Cheese & sebagainya. Macam yang ika cakap, baby crab ni terjual mengikut size bekas tu. Kalau kecil. RM 10. Kalau besar, RM 20. Tapi, ika rasa kalau korang ambik yang size besar lagi banyak blh masuk and berbaloi sebab baby crab pun kecik je kan? So, banyak la sikit bole makan. 

Banyak kedai jual baby crab ni, so jangan risau kalau habis haha okay? 

Cekap akak ni buat kerja.. Eventho order beratur, dia tetap boleh siapkan dalam masa yg cepat. 
Korang jangan risau nak fikir dekat mana lepas dah beli. Sebab, dia ada sediakan banyak meja & kerusi untuk korang duduk dan makan. Sambil- sambil tu, korang boleh la tengok tengok barang yang dieorang jual selain makanan. Ada beg, baju, kasut dan mcm mcm lagi. Kalau barang, kebanyakannya agak murah harganya. Makanan, kita tak boleh kata yang makanan tu pricey. Sebab dekat MATHAF boleh dikatakan murah jugak. 

Takkan la korang teringin nak makan makanan Thailand sampai nak kena terbang ke Thailand kan? Unless if niat korang nak makan sambil jalan cuci mata. Yang tu memang kena la terbang ke sana. So, guys. Tunggu apa lagi. Sesiapa yang teringin nak rasa makanan Thai, meh la datang MATHAF 2018. 

LOCATION: STAR AVENUE LIFESTYLE MALL, BANDAR PINGGIRAN SUBANG 
PARKING: 3jam pertama- RM 1 (Sorry kalau salah info) 
FACEBOOK MATHAF 2018