Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Entry ringkas -- Finally. Tahun ni, ika berkesempatan juga untuk join book exchange anjuran Untitled ni. Tahun sebelum ni ika hanya mampu tengok saja. Disebabkan ini kali pertama join. Ika rasa teruja sikit. Lepas dapat nama orang yang ika perlu kirimkan buku. Minggu tu juga ika ke bookstore berhampiran dan terus hantar keesokan harinya. Sebab ada masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Kena ikutlah :)
Ika baru sedar English Book sedikit pricey. Sebab jarang beli kan. Sekali tengok harga telan air liur juga. But anything for you la Haha. Tunggu nanti penerima buku tu unboxing baru ika belanja sneakpeak apa yang ika berikan dekat orang tu oki! Next boleh santai tunggu buku ika sampai pula dari pengirim misteri.
Rasa serba salah juga sebenarnya dekat pengirim misteri ika tu. Sebab dalam list wishlist ika mostly memang kena beli online sebab dekat bookstore tak ada. Tapi, bak kata EL. Itulah cabarannya. Suprisingly, masa ika terima buku ni. Ika terkejut yang dia bukan bagi sebuah. Tapi baik hati berikan 2 buah buku yang ika idamkan.
Terimakasih banyak-banyak buat awak si pengirim misteri. Maaf menyusahkan awak sebab ada benda yang di luar jangkaan kita berdua. Tapi awak sikit pun tak ada nak marah ke apa. Hope awak juga happy dengan apa yang awak akan terima nanti.
Happy sangat bila dapat pegang Nirnama & Heliophile. Dua buah buku yang kerap lalu lalang dekat FYP Tik Tok. Kalau ikutkan ni harga asal dah melebihi dari bajet yang sepatutnya diperuntukkan oleh si pengirim. Each of us kena spent dalam range RM 50 - RM 55 sahaja. Ini memang unexpected! . Ini macam hadiah hari raya. Boleh dah balik kampung dengan tenang <3
Kalau kalian nak tengok video unboxing klik link dekat bawah okay? . And kalau rajin boleh follow and support ika dekat TT. Member baru nak menapak dekat TT.
2 comments:
Alhamdulillah.. Ika dapat lebih dari apa yang ika minta.. Yup.. buku BI memang agak mahal..
Rabia dah follow tiktok akak nnti ada masa rabia komen
Post a Comment