Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Gunakan seni bela diri ke arah kebaikan bukan sebaliknya.
Ini merupakan sekuel kepada novelet Silat Warrior.
Rupanya, ada mata-mata yang memerhati Yameen. Yameen telah dipaksa untuk mendaftar ke Government Special Academy (GSA) . Dalam keterpaksaan, Meen turutkan juga atas sebab-sebab tertentu.
GSA ialah satu akademi khas yang khusus buat para pembuli. GSA ditubuhkan untuk mengajar pembuli supaya menjadi manusia yang berguna. Dan para persilat seperti Meen, Kamarul dan lain-lain ialah untuk memberikan kestabilan dalam komuniti di GSA. Kalau ada kaki gaduh kena ada yang boleh control kaki gaduh. Dia ibaratnya macam itu. 🙌🏻. Akademi ni sama macam sekolah. Belajar macam biasa cumanya enviroment, sistem, peraturannya berlainan. Lebih ketat.
Penulis mengetengahkan isu:
• Buli ✔️
• Politik-tahi ✔️
• Gila Kuasa ✔️
Penulis tak lepaskan peluang untuk selitkan bahagian aksi silat & bergocoh (bergaduh). Part ni pembaca kena ada imaginasi tinggi sikit. Kena sendiri-sendiri imagine gaya yang penulis tulis. Kita sampai sekarang rasa siapa pandai bersilat ni cool.
At the same time, dalam ni kita akan dapat tahu dengan lebih mendalam mengenai salasilah keluarga Meen. Serius tak sangka hubungan yang ada antara Meen dan seseorang itu.
Untuk karakter. Kita suka semua kecuali Basir . Boleh macam tu? Haha. Sebab si Basir tu kalau dapat jumpa depan-depan. Nak tenyeh dia dengan cili api.
Well done akak @sharinaelisanovelist . Teruskan berkarya. Kita nak lagi sambungan. Hehe.
1 comment:
Novel tapi ada gambar2 di sebagian halaman ya kak? Saya pikir komik tadi. Menarik sinobsisnya.. bisa saya bayangkan isinya ttg Orang2 yang jago beladiri, berkumpul jadi satu 👍.
Post a Comment