Jari Jemari Menari ♡

Dec 18, 2023

Cerita Ringkas - SIBF 2023

8:59 PM 3
Cerita Ringkas - SIBF 2023



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Harini, ika nak share pengalaman kali kedua ke SIBF / MBSA Shah Alam. Tapi secara ringkas saja ya. Sama macam tahun lepas. Tahun ni juga ika jadi Personal Shopper. Cumanya, hanya untuk hari pertama & terakhir sahaja. Fun-fun only. Hm, dah tua-tua ni tak minat tempat sesak. Kalau ada hala tuju barulah gigih menapak. Oh ya, memandangkan parking pun tak berapa banyak. Ika datang awal pagi. Datang awal balik lambat. Ha macam mana tu?. Sebab hari pertama selalunya ika akan explore tempat, buku & harga. Dan hari terakhir, dah tak melilau sana sini dah sebab dah tahu tempat. 


Total damage personal ialah RM 50+. Tak ada list nak beli buku apa. Memang ke sana as PS and nak cuci mata. End up, terbeli juga sebab harga not bad. Lagipun, ada banyak buku baru. Mana boleh tahan :') Antara buku yang ika beli :- 


1. Carmine - Ruwi Meita 

2. Koyak - Aini Bakar 

3. Pada Subuh Yang Membawaku Pergi - Yaya Samad 

4.Ilustrasi Ed - Ayumi Syafiqah 

5. 3 buah buku PTS. 


Ika share sikit gambar yang ika sempat ambil sepanjang ika di SIBF. 🙌🏻 Tak sempat sangat nak pegang phone all the time. Sebab tangan penuh mengangkut barang customer. Apa pun, hopefully, penganjur ambil kira luahan/kritikan dari pengunjung untuk penambahbaikkan di masa akan datang. Sebab this year, ada reruai yang tersorok & messy dari segi susunan. 








 

So far, ika enjoy pergi ke SIBF. Sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan & penulis buku. Selalunya communicate dekat medsoc. Bila jumpa face to face memang lagi happening :) Ya memang ramai sangat orang especially weekend. Tapi, dah nama pun pesta buku kan. Mustahil tak ramai. Seronok tengok family yang datang ramai-ramai dan layankan permintaan anak nak beli buku. 

Semoga rakyat Malaysia suka baca buku sampai bila-bila :) 

https://www.instagram.com/ikashoid/reel/C0T2b28Pu-A/

Nov 27, 2023

Ulasan Buku - Pada Subuh Yang Membawaku Pergi by Yaya Samad

8:59 PM 1
Ulasan Buku - Pada Subuh Yang Membawaku Pergi by Yaya Samad

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥



Sinopsis Ringkas -

Bahagia itu ada tapi tidak seperti kisah dongeng


Bayangkan, seorang anak kecil yang mengharapkan belaian seorang ayah. Namun, yang singgah di badannya hanyalah pukulan demi pukulan. Dipukul tanpa alasan yang kukuh pula tu? Anak kecil itu tiada perasaankah? . Itulah yang terjadi pada Iskandar Dzulkarnain. Hanya ibu & adiknya sajala tempat dia meluah segala rasa & bermanja.

Disebabkan itu jugalah, Nain mengambil keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh & ke asrama penuh. Dia ingin membawa diri jauh dari ayahnya itu. Dalam masa yang sama,Nain juga turut diuji dengan masalah kesihatan. Apa yang akan jadi seterusnya pada Nain? Mampukah dia membawa diri jauh dari kemelut hidupnya yang sangat berliku itu?


Hidup Nain yang sebegitu rupa telah menjadikan dia matang sebelum usia tidak kira dari segi percakapan, perbuatan & pemikiran. Dia telah memilih untuk menjauhkan diri dari benda-benda toksik & membentuk dirinya sendiri menjadi seorang yang mempunyai prinsip. Sentiasa tahu apa yang dia inginkan dalam hidup, berpendirian tetap & bersangka baik dengan ujian dari Allah SWT. Nowdays, ramai jadikan alasan sekian-sekian untuk terus hanyut melakukan kesilapan demi kesilapan.

Encik Faizal iaitu bapa kepada Iskandar Dzulkarnain ialah seorang lelaki yang tidak berguna. Walaupun ada kerjaya yang baik tetapi dia memilih untuk menghabiskan duitnya itu di tempat yang salah. Malah, dirumah dia kerap memukul, mengherdik serta melayan Nain dengan teruk sekali. Dia mungkin lupa. Seorang anak itu pasti menyimpan perasaan yang tidak baik jika diperlakukan sebegitu rupa. Sampailah satu tahap, saya sendiri merasakan Encik Faizal sangat keterlaluan. Play victim dan mengunakan kuasa veto ayah untuk menjadikan situasi jadi lebih sukar. 

Mujurlah Nain dari awal sudah berhajat untuk angkat kaki dari rumah yang baginya tidak selamat itu. Encik Faizal, koau gagal menjadi seorang ayah yang gagal! BOO. 



Boleh rasa betapa sayangnya Nain pada keluarga dia. Dia sentiasa berusaha menjaga & ingin menyenangkan keluarganya. Biarlah berhabis kudrat sekalipun, asalkan keluarga dia senang. Sayangnya Nain dekat ibu. Boleh rasa tau sampai sini. Rasa nak peluk mak kita. Tapi kita dah tak ada mak. Hm. ❤️
Brotherhood antara Nain & Fahim memang A+. Karakter kontra mereka berdua melengkapi antara satu sama lain. Imagine sajalah Naim yang pendiam vs Fahim yang talktive and gila-gila. Menarik bukan?. Terima kasih Fahim kerana wujud dalam hidup Nain. Suka dengan cara kalian menjaga antara sesama kalian. Tanpa sedar, kalian mengajar saya untuk lebih menghargai orang sekeliling saya. 


Dan saya suka cara penulis sampaikan dakwah secara halus dalam buku in antaranya ialah: 
Fokus belajar ✔️
Jangan sibuk bercinta✔️
Jaga batas antara lelaki & perempuan ✔️


** Bagi saya, ada beberapa perkara yang saya perlukan penjelasan . Sebab adanya plothole yang ketara. Bila penulis memilih untuk fokus pada sesuatu perkara, ada perkara lain yang penulis terlepas pandang untuk explain (trauma perbuatan sonsang,pembahagian harta & dll). Ada juga watak yang menghilang sebegitu saja & outofnowhere muncul hanya semata-mata sebagai pencetus untuk panjangkan cerita / point untuk confess sesuatu.

Untuk debut, satu percubaan yang baik dari penulis ✨Sebak juga rasa didada. Siapa yang pernah rasa kehilangan pasti akan tercuit dengan naskah ini. 
Anyway, kalau kalian berminat nak dapatkan buku ni. Kalian boleh beli di Shopee Mangosteeen atau ke SIBF yang akan berlansung di MBSA Shah Alam pada 1/12/2023. 

Nov 5, 2023

Ulasan Buku - Miss Apprentice by Azwin Nalisa

9:09 PM 1
Ulasan Buku - Miss Apprentice by Azwin Nalisa



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

"Kalau tak mampu jadi rajawali, merpati pun sudah memadai"

Disebabkan cuti penggal sekolah akan bermula, parents Sofea menghantar Sofea ke rumah neneknya iaitu Nek Da untuk menghabiskan masa cutinya. Nek Da merupakan seorang pengusaha bengkel menenun songket. Sepanjang Sofea disana, dia musykil dengan arahan dari Nek Da untuk tidak mendekati bangsal terbiar & seseorang yang suka mengintai rumah Nek Da.

TAPI -- ada satu kejadian yang terjadi semasa dia di sana. Dia secara tidak sengaja terjatuh ke dalam sungai. Dan sedarnya Sofea. Dia bukan lagi Sofea. Dia bangun sebagai Dayang & berada di tahun 1970 ‼️ Apa yang terjadi selepas itu?

Cantik sungguh cover Bookiut :) Tak pernah tak eyecatching. 


MA ini bakal membuka mata adik-adik gegadis khususnya. Siapa kata perempuan bakal mengakhiri kehidupannya di ceruk dapur? Kita juga boleh berjaya dan terbang tinggi untuk capai apa yang kita inginkan. Ubah mindset yang sudah lama dalam pemikiran kita. Gegadis juga boleh sukses‼️

Jalan cerita bergerak dengan sangat cepat. Bila Sofea ada di tahun 1970an. Banyak benda yang selama ini dia tidak tahu. Dia mula faham sedikit demi sedikit. Dan once bila dia cantumkan semua persoalan yang ada. Nah. Itu dia ~ Bayangkan, Sofea kena hidup sebagai Dayang. Dayang tu bukan biasa-biasa orangnya. Jadi, Sofea kena sesuaikan diri sebagai Dayang & sekelilingnya. Actually, agak berdebar juga bila sampai di penghujung cerita. Rasa intense. Tapi puas hati baca ending. Plot twist unexpected.

Banyak benda yang boleh kita belajar dalam MA. Penulis memang buat research mengenai tenunan songket. Sambil kita baca sambil google. Lagi feel bila kita tahu apa yang kita baca. Ada proses sebelum menenun kain, kedudukan kepala kain & banyak lagi. Kalau nak google saja-saja mesti boring nak baca. Tapi bila fakta diselitkan dalam cerita. Terus seronok dibaca.


Tahniah Kak @azwinnalisa ✨ Satu naskah yang penuh dengan pengisian. Hopefully, penulis teruskan menulis. Dengar cerita ada lagi upcoming buku :) Tak sabar nak baca. Kita tunggu tau. And terimakasih juga untuk pihak Imprint Bookiut untuk naskah ini. 

Me love so much Nek Da bahasakan diri dia 'kita'. Comel sangat. Nanti-nanti saya ada anak cucu nak bahasakan diri sendiri kita jugak la 🫶🏻 #ikareviewbuku #bookiutpts #bookiuteers


Oct 24, 2023

Ulasan Buku - Bitter Honey by Seri Maya

9:27 PM 1
Ulasan Buku - Bitter Honey by Seri Maya

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

"Cuma apa, bang?"
"Cuma..abang jatuh cinta lagi, Hannah" 💔


Saya kira selama 14 tahun usia perkahwinan di antara Aidil & Nur Hannah. Mereka berdua bahagia sepanjang melayari bahtera perkahwinan. Setuju? Masing-masing menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai pasangan suami isteri & parents.

Dikurniakan 3 orang cahaya mata, kedua-duanya juga sudah stabil dari segi kewangan& berpendidikan tinggi.Jadi saya rasa tiada apa lagi yang mereka kurang. Melainkan hanya perlu maintainkan 'spark' ✨ dalam rumahtangga mereka. Walaupun ya. Sepanjang tempoh itu ada upside down nya. Tapi, mereka berjaya harungi. Awal perkahwinan memang tempoh untuk seseorang itu belajar. Kan?

Namun, kehadiran orang ketiga (Deeba) titik permulaan goyahnya Aidil. Silapnya disini ialah Hannah 'terlalu' bersangka baik. Rasanya kalau Hannah tak pedulikan Deeba pun tak mengapa. Sebab Deeba tu bukannya tidak boleh berdikari. Dia dah cukup besar untuk settlekan masalah yang dia hadapi. Tapi itulah peribadi Hannah yang mungkin tidak semua orang ada.


"Truth is honey which is bitter. Jika kita menidakkan segala kepahitan dalam hidup ini, kita takkan rasa kemanisannya."


Kalau ada award watak perempuan paling tabah dalam novel. Kita boleh calonkan Nurul Hannah. Ketabahan dia ketika dilanda ujian orang ketiga dalam rumahtangga dia & Aidil memang 👍🏻. Kalau orang lain mungkin dah tunggang terbalik dah. Tapi Hannah. Wow! Cara dia react, bertanya dan tindakan selanjutnya memang tak semua orang mampu untuk lakukan. Nampak la orang educated tu macam mana.

Adil ke ending macamni? Bagi saya tak adil. Terutama sekali buat Hannah. Kalau saya duduk sebelah penulis masa dia tulis cerita ni. Mungkin kiteorang akan bercakaran sebab saya tak suka endingnya. Saya sikit pun tak kesian dekat Aidil. Dia punca. Towards the end tu, sebab kau rasa kehilangan. Kau nak aku rasa simpati dekat kau? Hm tidak sama sekali.

Jadi rasanya dah boleh tahu dah kan cerita ni memang turn out akan menyakitkan hati para pembaca sekalian. Tambah pula ada watak-watak yang sangat toksik & tolol. Memang jadi double sakit hati. Ini pun nasib baik la ada daya nak tulis ulasan. Ikutkan hati nak letak emoji jari tengah je (khas buat Aidil, Deeba & Puan Masyitah). Tapi apa pun, banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita Bitter Honey ni. 💔


Oct 22, 2023

Ulasan Buku - Puaka Orang - Orang by Rizal Ramli

10:28 PM 4
Ulasan Buku - Puaka Orang - Orang by Rizal Ramli



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

"Berambuslah kau, jangan ganggu keluarga aku!"

Haji Ismail sekeluarga yang baru sahaja berpindah ke negeri Pantai Timur mula mengalami kejadian pelik dan aneh di rumah baharu mereka. Orang-orang yang terpacak di tengah sawah, berhadapan dengan rumah mereka seolah-olah memerhatikan mereka sekeluarga‼️ Apa yang akan jadi seterusnya?

..Orang-orang berkepala patung mannequin berada di luar sedang mengantukkan kepalanya di tingkap ..



Ceritanya ringkas, padat & suspen. Vibes kampung & sawah padi. Memang kalau malam-malam pun. Aura dekat kampung ni lain sikit. Tambah pulak dengan adanya orang-orang. Memang 👍🏻. Jangan harap la nak keluar malam wei.

Fast paced. Ending okay. Jalan cerita tak mengarut sebab memang realiti sekeliling kita pun. Memang ada terjadinya benda macamni. Sepatutnya bila kita ni masuk ke rumah yang sudah lama ditinggalkan. Kita kena la buat apa yang sepatutnya. Rumah yang lama tak berpenghuni ni biasanya memang jadi sarang benda tu. Part seram tu walaupun sekejap-sekejap boleh rasa tau. Lagi-lagi bila kita tahu yang kita ni macam sedang diperhatikan sesuatu.



Nasib baik, semua watak dalam Puaka Orang-Orang ni alert dengan keadaan sekeliling mereka. Mereka ambil kisah perubahan kelakuan ahli keluarga. Mujur Haji Ismail bertindak pantas untuk memulihkan keadaan mereka sekeluarga. Kalau tidak, mesti akan ada yang terkorban. Bayangkan, secara tiba-tiba Aina ada kawan imaginasi & Puan Salmah mula mengalami gangguan. Dup dap dup dap juga masa baca.


Next, saya suka macam mana Adam adapt dengan environment baru. Boleh nampak watak Adam ada improvement yang baik dari masa ke semasa. Tambahan pula, perkenalan Adam & Epi membawa banyak perubahan dalam diri Adam. Sedikit sebanyak dia mula seronok berhijrah ke Kelantan. Dan Epi. Watak tambahan yang menonjol 👍🏻 Tanpa Epi. Mungkin watak Adam akan hambar.

Saya rekomen buku ni buat pembaca yang rumahnya ada sawah padi & orang-orang. Eh tak tak. Semua orang pun boleh baca. Buat peminat cerita seram lokal. Jadikan ini sebagai salah satu bahan bacaan santai kalian.