EBOOK REVIEW - LOCKDOWN BY NAIM TAMDJIS



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Harini, ika nak reviu satu ebook bertajuk Lockdown yang ditulis oleh Naim Tamdjis. Ebook ni boleh dibeli terus dari penulis. Masa ika beli, harga ebook ni RM10. The best thing is, kita membeli sambil menderma. Hasil dari pembelian ebook ni, penulis akan sumbangkan kepada tabung Covid Negara. Dalam erti kata lain, membeli sambil menderma. 

Penulis akan hantar ebook dengan password sekali. Cover not bad. Effort penulis tu ada. Okay, let's proceed. 




Lockdown mempunyai 6 kisah seram iaitu rumah sewa, penggali, bomoh, sekuriti, pemandu & muzium. Mengisahkan tentang penulis menemubual setiap seorang dari mereka ini untuk mengetahui pengalaman mereka menghadapi situasi seram. 

Kalau ditanya antara 6 cerita. Mana satu yang menjadi kesukaan ika? Ika akan pilih 3 tajuk iaitu penggali, sekuriti & muzium. Tiga cerita pendek ini ada storyline yang kuat. Ini pendapat Ika. Tak pasti dengan pembaca yang lain. 


Insan yang diberi nama gelaran Pak Tam ini telah menceritakan beberapa peristiwa yang terjadi kepadanya sepanjang menjadi penggali kubur, Selepas bercerai dengan isterinya. Dia telah mengambil keputusan untuk membawa hati yang lara. Dan pondoknya terletak di tengah dan dikelilingi oleh kubur. Dalam banyak-banyak cerita, favourite ika yang ini sebab sedikit sebanyak memberi keinsafan dalam diri. Lagi-lagi bila Pak Tam cerita, dia ada terdengar suara dan pukulan di dakam kubur, Ika suka semuanya dalam cerita Penggali ini. Best. 

Sekuriti yang bernama Abang Jamal telah bertugas di sebuah universiti di Lembah Klang tidak lokek juga bercerita ketika ditemubual. Antara yang menarik perhatian ialah cerita mengenai seorang pelajar lelaki (Tumatek) yang ditemuinya berada di universiti ketika cuti semester. Bayangkanlah ya bertapa innocentnya si Jamal ni. Kalau Ika, Ika dah blah awal-awal dah. Takkan la ada yang berani stay sorang masa cuti sem tapi kalau ada salute habis dekat korang. Haha. 


Nak beli? Boleh contact direct dengan penulis. Thankyou.
https://www.facebook.com/NaimTamdjis

You Might Also Like

11 comments

  1. Membeli sambil menderma.. Memang ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Sambil-sambil baca tu dapat la bantu walaupun sedikit :)

      Delete
  2. Jemputjoin contest kalau belum ya 😊

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  3. serram tengok cover dia. cerita 6 pasal muzium tu macam best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua cerita okay. Tapi paling fav bagi ika memang penggali :) Rasa macam lebih dekat dgn jiwa.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Ntah mcm mana blogwalking sampai tersinggah kat blog ika ni.. done follow #1420.

    Apa pun entri ni menarik. SS tak pernah lagi beli ebook. cerita2 dia pun mcm menarik ni. terima kasih sharing this.

    ReplyDelete
  5. Wah banyaknya book review kat sini :DD

    ReplyDelete
  6. Cerita seram rupanya. Singgah beraya di sini.

    ReplyDelete
  7. Singgah sini... Selamat Hari Raya :D

    ReplyDelete
  8. tak terlintas pulak pasal kisah seram bila ramai terkurung dekat rumah. Nice lah kreatif sangat

    ReplyDelete