BOOK REVIEW - PUAKA PENTAS DEWAN SEKOLAH BY CIK PUAN FIFI, LYLA & SABRINA ISMAIL - Jari Jemari Menari

Dec 27, 2020

BOOK REVIEW - PUAKA PENTAS DEWAN SEKOLAH BY CIK PUAN FIFI, LYLA & SABRINA ISMAIL

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Penulis: Sabrina Ismail, Lyla & Cik Puan Fifi 

Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS)

Tahun: 2020 

Muka Surat: 128 mukasurat 

Penerbit: Penerbit X 

Pecutan terakhir sebelum habis tahun 2020. Ini merupakan bacaan ika yang ke 80 pada tahun ini. Sebelum lebih lanjut, ika nak ucapkan ribuan terimakasih buat Penerbit X kerana berikan buku ini untuk direview. Menghimpunkan 3 cerita pendek di dalam satu buku dan seperti yang ika pernah beritahu sebelum ini. Ika sangat tertarik dengan cover buku kesemua Siri Puaka yang ada termasuk yang ini kerana simple tapi masih ada vibe seram itu. Dimana-mana saja pasti akan tersembunyi makhluk misteri. Nice. 

Penulis: Sabrina Ismail, Lyla & Cik Puan Fifi 

Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS)

Tahun: 2020 

Muka Surat: 128 mukasurat 

Penerbit: Penerbit X 

Cerita 1 : Ulik Mayang Kesawari // Cik Puan Fifi 

"Jin? Aku Mayang" 

اولق مايڠ كو اولق
اولق دڠن جالا جيملا
اولق مايڠ داولق
اولق دڠن توانڽ ڤوتري

Mengisahkan tentang Amanda yang cedera ketika berlatih tarian Pementasan Ulik Mayang untuk Perasmian Sekolahnya yang ke 100. Amanda dikatakan dirasuk oleh sesuatu sehinggakan semuanya berantakan. Disebabkan kecederaan Amanda. Cikgu Zarina susah hati kerana masa semakin mencemburui mereka. Dan kebetulan ada pelajar baru masuk yang bernama Waheeda. Jadi Waheeda diambil oleh Cikgu Zarina sebagai pengganti Amanda kerana Waheeda pernah menyertai aktiviti kebudayaan di sekolah lamanya dan sudah semestinya Waheeda berbakat dalam tarian. Adakah nasib Waheeda akan sama dengan Amanda?

Ika suka dengan penceritaan yang disampaikan oleh Cik Puan Fifi.  Bilamana scene menari Ulik Mayang itu diceritakan , rasa macam sangat real. Seperti yang kita tahu, Ulik Mayang itu sendiri dapat memberikan kita rasa tak sedap hati. Dengar lagu pun dah meremang inikan pulak tengok tarian. Watak-watak di dalam ini semunaya mencurigakan dan kita tak dapat jangka jikalau ada watak jahat siapakah orangnya. 

Penulis berjaya buat ika seronok untuk teruskan pembacaan pada awal mukasurat. Kaitan di antara setiap watak di dalam Ulik Mayang Kesawari ini saling berkait rapat walaupun pada asalnya, kita mungkin akan tertanya tanya apa kena mengena dia ni dengan dia ni? Tapi keseluruhannya, ika berpuas hati. 


Cerita 2: Mawar // Lyla 

Kau Semua Akan Mati! 

Pada tahun 1980-an. Mengisahkan tentang seorang gadis polos yang bernama Mawar. Dia telah di-game oleh dua rakannya. Ketika hari di mana dia menyertai aktiviti sekolah, dia telah dipakaikan dengan baju yang kelakar dan makeup yang hodoh. Dua rakannya tadi memang berniat tidak baik. Ketika Mawar keluar di pentas sekolahnya, teruk dia dikerjakan dan dibahan oleh rakan sekolahnya yang lain. Sehingga berlaku satu kejadian yang menyayat hati.

Dan pada harini, 3 rakan baik ingin menyertai pertandingan video seram yang mendapat habuan sebanyak RM10k. Jadinya, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke tempat di mana kejadian Mawar itu dan membuat dokumentari. Sampai di sana berlaku kejadian pelik. Suspen juga ketika mereka berada di sana untuk membuat rakaman. Gangguan demi gangguan sehingga berlaku kecederaan. 

Ini best juga. Lagi lagi bila di pengakhiran cerita di mana mereka melihat semula rakaman video yang diambil. Ergh. Meremang. Tapi itulah mcm sedikit tak logik tapi mana ada cerita hantu yang logik. Kahkah. Hantu berdendam? atau hanya sekadar ilusi semata mata? 

Cerita 1 : Merdeka // Sabrina Ismail 

Mengisahkan tentang pelajar yang akan membuat persembahan hari kemerdekaan di sekolah. Jadinya, untuk watak yang dipegang oleh Anna. Dia diberikan satu baju lengkap askar untun menjayakan wataknya. Namun, ketika baju tersebut dipakai. Anna berubah kelakuan dan perubahan tersebut dikesan oleh kembarnya, Elsa. Apa tindakan Elsa untuk menyelamatkan kembarnya dan apa kaitan dengan dewan sekolahnya?. Watak yang paling menyerlah di dalam ini sudah tentu Elsa kerana kita boleh nampak usaha dia menyelamatkan kembarnya dari bahaya. 

Cerita ni pun okay boleh diterima dek akal. Demi menyelamatkan diri, ada seseorang yang akan menjadi korban dan perlu ada galang gantinya. Tak sangka juga dengan pengakhirannya. 


Setiap dari cerita mempunyai mesej dan pengajaran yang kita boleh ambil untuk kehidupan seharian kita. Tolong jauhi buli seseorang secara emosi mahupun fizikal. Ternyata, buli emosi mampu membuatkan seseorang itu menjadi sangat terluka dan berdendam tanpa kita sedari. Keseluruhannya, ika rasa tema dewan sekolah itu kena dengan cerita yang ditulis setiap penulis. Bukan sekadar tajuk sahaja di muka hadapan. Goodjob semua! 

14 comments:

Syazni Rahim said...

nice book

Tiara Sapphire said...

betullah kadang ada juga tak logik cite hantu ni. tapi layan je lah..hahaha
https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-indonesia-assalamualaikum-calon.html

Sha Mohamed said...

Wah.. bertuah Ika dapat buku untuk direview.. Ohsem bukunya..

Kak Fas said...

Baca buku ni lebuh kurang macam filem Khabir Bhatia ‘Cinta’ tiga dlm 1. Menarik

Bae Roslan said...

suka baca buku short stories. tak ambik masa lama dan boleh stop baca setiap cerita.kisah yang 1st tu macam menarik la

Rawlins GLAM said...

Ada masa Rawlins pun suka baca himpunan cerita pendek sebegini & seram semestinya. Rawlins peminat novel terbitan Buka Prima

Kitkat Nelfei said...

Baca tajuk jer dah rasa sangat familiar dengan apa yang kita lalui masa di bangku sekolah dulu2.. pentas dan dewan memang berkait rapat dengan insiden pelik2.. lagi2 kalau sekolah lama yang bertapak di tempat kem tentera Jepun dulu2..ni yang buat me lagi tertarik nak membaca novel ni :P

Sis Lin said...

Menarik pulak buku cite dewan puaka tu.. teringat masa sekolah buat pemenrtasan teater, ada budak pengsan macam kena rasuk histeria..menakutkannn... happy reading yaaaa

Wai Yee aka Rane said...

it's nice to read a book whenever we have free time. I like that the book has a few short stories inside

Huda Halid said...

wah tajuk ni cukup buatkan huda teringat time performance di sekolah. senior buat performance ada features2 hantu, sekali betul2 hantu muncul. scary giler

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Review yang menarik. Alam paranormal ni memang di luar batas pemikiran kita, tapi kalau cerita yang merapu2, terlampau tak logik, saya mmg susah nak terima.

Sunshine Kelly said...

Thanks for this book review and some snipets, macam quite interesting juga.

Cik Min said...

Eh suka la cte seram macam ni. Memang kena dgn jiwa sangat..nanti nak cari la

Rolling Grace said...

this is a very brief and precise book review. love how detailed and vivid you are in the writing!